Sabtu, Ogos 30, 2008

Koi, Kodi dan Kapchai

Gambar Hiasan: Pak Hartono bersiar-siar di waktu sore menantikan berbuka puasa.
((Amaran: Sebahagian dialog dijana semula untuk menggambarkan senario sebenar))

((Aviso: Se han regenerado
unas partes de los diálogos para manifestar el verdadero escenario ))

*** Ini adalah bahagian pertama dari trilogi "Koi, Kodi dan Kapchai"..

Babak 1

Watak
-watak:
Koi, seorang budak dari Daerah Jerantut, Pahang

Kodi, seorang budak dari Daerah Selama, Perak

** Nota kaki: Satu kebetulan, koi dan kodi ada bau-bau ketiak sebab ada ayoh sedara koi di Selama tu kira tok sedara dengan deme.. Sebelum masuk UM koi hampeh tok keney mamat ni.. hehe

Suatu dinihari di Kolej Ketiga UM, 1995


Koi: Kodi.. jom layan maplé jom..laporr aa..
Kodi: Okay jugak.. pukui berapa la ni..

Koi: Ntahla..nko tengok aa jam loceng akob..
Kodi: Pukui 2 lebih.. jom aa aku pun lapaq ni.. sat aku mandi dulu..baru layan..


Kami bergegas mandi dan selang 15 minit kemudian, kedua-dua kami telah siap berpakaian maplé.
Kodi menyetat moto dan koi sekelip mata bergelar pembonceng setia kapchai Honda NX beliau. (Koi masa tu naik RXS yang menjadi bahan lawak member-member waktu itu, mula la segan je nak naik moto tu..hehe ) Turun dari bukit kolej, koi memberitahu kodi:
koi: Kodi, jauh aa pusing depan DTC.. bapak boringya jalan one-way ni..kita cross depan library dah la.. (Laluan lawan arus ini boleh terus keluar ke pintu PJ, ke arah maplé seksyen 14).
Kodi: Ish.. kena tahan dengan pak guard mampuih kita..
koi: Alah.. takde pak guard aa pagi-pagi camni..

Kodi pun terus membuat satu lap yang tidak terlalu leper ke arah perpustakaan (masa tu, jalan belakang perpustakaan tu tak boleh lalu, ada pembinaan apa ntah koi dah lupa..)

Tiba-tiba kelihatan cahaya berbalam-balam dari arah hadapan fakulti kejuruteraan, lalu masuk ke laluan hadapan library, betul-betul setentang dengan kami..

Koi: Slow kodi...slow..karang berlanggar dengan moto tu..

Kodi memperlahankan motosikal beliau seselow mungkin... mamat yang menaiki motosikal tersebut nampak terkejut melihat kami.. kemudian mengelak ke kiri dan kanan..tapi yang peliknya..

Bum!!!

Berlaga tayar moto beliau dengan tayar moto yang kami naik..
Kodi jatuh ke sisi jalan..
Koi jatuh ke belakang (menunjukkan betapa slow kodi waktu itu, momentum moto mamat tu menghumban koi ke belakang, kalau kodi laju mesti kami sama-sama terbang ke depan disebabkan inersia kami..)
**Nota kaki: momentum, M = mv, di mana m=jisim bahan, v=halaju jasad

Kami bingkas bangun. Mamat itu pun begitu..
Kodi segera mengangkat motornya kembali.. kulihat tayarnya menunjukkan ciri-ciri awal mahu menjadi nombor 8..
Mamat itu juga segera menegakkan kembali motor beliau..
"(((((KIPS, ingat RXZ tadi))))"..kata koi dalam hati..
Kulihat lever brek depannya patah..

Beliau bertanya dengan nada agak kesal.. "Bakpo mung masuk kok ni nyo? Ké one-way ni ké..."
Koi membalas.."Sori be.. kito nok cepak sakning.."..

Kodi segera menuntun motornya ke seberang jalan..memberi isyarat tangan suruh koi cepat..

Koi bersuara.." Kito gi dulu be.. sori bbanyok deh.."..
Mamat itu hanya mengangguk..kemudian bersuara perlahan.."Pahni bo la cross nyo.."..
Koi menjawab perlahan juga.."Okay be.."..sambil bergerak ke arah kodi..

Malam itu kami berjaya juga sampai ke maplé walaupun tayar depan motor Kodi
yang mempunyai no. plat ACT xxxx tesebut bergerak ke semua arah, gelong all-out kata orang utara..

***Nota kaki:
Member koi Man Musang dari BM menyatakan yang ACT bermaksud "accident"..hehe
********************************************
[[Babak 1 berakhir]]

7 ulasan:

  1. hahaha betul la tu ACT eksiden! hahah

    BalasPadam
  2. hahaha..yg egi one way wape..mujur tak kena seranah..sambung..sambung

    BalasPadam
  3. ha ha ha...tulah, kan ke jenayah membawa padah...tak ikut sign board kira jenayah apa...eh ko nih org kelantan ke pahang?

    BalasPadam
  4. don,
    separuh nyawa aku cuba memahamkan maksud maple tuh!! aku cuba2 gak merenung dalam mata makrifat aku, kot2 la masa kat UM dulu aku terlepas pandang...
    tercabar title linguist aku! hehehe..
    sekaaaalinya, ma-peley lar!!!
    camana ni, kat "ma" tu kena ada stress sikit la brader /m^/ , barulah ahlil-ahlil bahasa buleh paham! heheh gurau jer, "sesungguhnya riak itu syirik!!!"

    BalasPadam
  5. Waa..rakan-rakan semua.. koi balik pahang ujung minggu baru ni..
    pastu semalam pulak koi mc la pulak..

    Min,
    Haa.. tu baru skit je cerita dia tu..ada dua bahagian lagi..hehe

    D-z,
    memang koi biasa mengeross tika dinihari jalan tu..
    tapi ntah kenapa bila berduet dengan kodi koi kantoi.. :)

    hentam..
    kira dah nak kena malam tu..hehe
    Koi orang pahang tapi koi boleh bercakap loghat kelantan dan terengganu dengan baik. Loghat kedah boleh jugek, tapi kurang sketla.. setakat nak ambik hati sanak sedara belah mak ayah koi boleh la..hehe

    Machista,
    Separo nyawa aa..
    kan koi bubuh tanda acento "é" atas huruf "e" tu..bermakna stress di situ..

    Rakan-rakan bloggers semua..
    Koi ucapkan selamat menjalani ibadah puasa..

    BalasPadam
  6. tu la aok buas sangat.
    sambung wei..sambung

    BalasPadam
  7. poyotito,
    Mender ke buehnyer..zaman nak menentang autoriti je kerja koi tu hehe..
    Insya-Allah koi sambung.. :)

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui