Memaparkan catatan dengan label sawit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sawit. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 16, 2008

Ho-ho-ho, Ba-lik kampung..... Ha-ti Go-reng..

Koi bosan.
Keja malam lagi.
Dalam kepala koi hanya memikirkan nak balik Gelangi La Bella pagi esok. Hal-ehwal pagor kebun sawit koi mesti diselesaikan segera. Kalau tidak, setiap kali pergi melawat ada sahaja anak sawit baru dibaham dek binatang bersiong hodoh itu. Ada juga yang hanya dikeluarkan secara kejam (dan mati) dari lubang yang koi upoh bambang-bambang dari seberang menggalinya dahulu.

Arrgh! Stress jugek koi memikirkan keserakahan binatang yang haram koi dan saudara-saudara seagama makan tu. Karang koi panggil tokey restoran dari Sri Jaya menjalankan versi Gerak Khas beliau sendiri di Gelangi baru spesis liar tu tau langit tinggi rendah. Tapi pikir-pikir balik boleh jatuh haram hukumnya sebab koi menggalakkan manusia makan al-lahmul khinzir.

Cerita pagor koi ni doh kira masuk peringkat telenovela doh gamoknya.. meleret-leret. Di Sepanyol, deme panggil "culebrón" yang bermaksud ulor besor. Koi pun rasa takjub dengan keupayaan rakyat Malaya menghayati telenovela-telenovela yang suatu waktu dahulu menjuarai siaran-siaran waktu prima di saluran-saluran utama negara. Hiba..
Balik semula ke cerita pagor koi. Setelah menghadapi serangan gelombang pertama, koi berusaha dengan segala petua dan tips dari pelbagai golongan penanam sawit dan bukan sawit, tentang cara menghindari serangan babi dari berulang. Cara mak dan ayah koi dulu juga gagal. Deme letok 3 pelepah sawit yang dipotong dalam julat 1 1/2 kaki ke 2 kaki dan disusun berbentuk 3 segi di sekeliling pokok sawit, dengan bahagian berduri menjulur keluar. Nampaknya babi yang sekali-sekala membuat lawatan tapak ke kebun koi berkulit tebal. Habis disesah segala pokok sawit yang koi harapkan dapat berbuah 2 tahun lagi, untuk membantu penghidupan keluarga koi yang sederhana ini. Koi kemudiannya membeli kawat, pemotong kawat serta paku di kedai Jusoh Dagang di Bandar Pusat Jengka untuk membuat pagar tiga segi individu bagi setiap pokok. Petang itu koi dan isteri berjaya menyiapkan hanya satu pagar mengelilingi sepokok sahaja..harhar. Seminggu kemudian, koi menelefon rodong koi dari zaman mandi sungai iaitu Najib untuk mencari kayu untuk membuat pagor keliling kebun versi anti-babi. Beliau berjaya menjumpai kayu-kayu yang sesuai untuk dijadikan tiang pagor di sebuah kedai dalam Wilayah Jengka dan pihak kedai telah bermurah hati menghantar 150 batang kayu dengan kos RM5 sebatang.

Minggu lepas koi balik ke Gelangi dan membeli jaring hitam babi di kedai Natural Strategy berhadapan dengan Balai Polis Jerantut. Esok koi tak sabor-sabor bersama isteri dan anak sulung koi Uzair Ziad Al-Mentakabi yang berumur 6 tahun untuk memacakkan batang-batang kayu tersebut dan jika diizinkan Allah memasang jaring babi pada hari Ahad 17 Ogos 2008 ini.

***********************************************************
Haa.. mesti wokme terpisat-pisat (pinjam istilah Dzul Dos Cuernos) membaca apekene mamat Don Balon ni cerita hal pagor sawit pulok hari ni.. takde idea la tu..hehe

Ada beberapa sebab sebenornya yang koi pilih topik pagor ni.. takde mender seram pun.. atau lawak.. semuanya berkenaan ketidakpuashatian koi berkenaan sikap orang kita. Dulu masa susoh bila nok upoh buat mender-mender keje kebun, menggeletat deme datang buat keje. Le ni, jangan harap..ramei yang hanya mahu lepak dan menghabiskan usia emas dengan cara kedai kopi begitu. Itupun takde la senang sangat, dapat "elaun tetap" RM1500 je dari Felda. Itupun dikira hutang, kena bayor balik dengan bunga atau faedah atau kata David Beckham "interest". Mat indon pulak dulu geng-geng 80-an kelam-kabut buat keje nak kumpul duit, pantang dengor ada orang nak mengupoh itu-ini. Sekarang ni call pun cakap sibuk, takpun tak boleh nak start segera, ada banyak keje lain lagi.. etc, dll serta bll.. (et cetera, dan lain-lain serta blablabla). Jual mahal...

Mmmm..mikir panjang koi sebab lepas ni koi nak sambung projek-projek sawit baru (JV dengan bekas rakan sekerja dan kakak ipar koi) di Kuala Klawang dalam daerah Jelebu (sebab tu koi selalu ulang-alik ke sana), Kg. Berchang di Lepih (koi plan nak tebang sendiri belukar tu, potong batang kayu untuk buat kayu pagar sendiri dan buat pagar sendiri selepas "kena ketuk" nak pitam oleh juruukur yang ukur tanoh tu.. wokme bayanc la bulan 3 baru ni 5.6 ekar dia caj RM600..harga promosi gamoknye.. sekarang ni 3.5 ekar dia caj RM800. Berasap jugek la lubang telinga koi..), Kg. Lepar dalam Mukim Gali dan Kg. Chenua dalam Mukim Sega. Semua tu nok pakey berapa banyok RM koi pun maleh nok mikir sangat. Semua tu sebagai persediaan untuk meninggalkan pekerjaan koi sebagai kuli jerman di syarikat koi keje le ni. Lebih masa untuk perkembangan mental dan fizikal anak-anak.

Sebab tu la gamoknye perkataan "pagar" dalam bahasa Sepanyol bermaksud "bayar".. hehe
Huwaaaarrrrghhh...
zzzzZZZZZ balik...