Memaparkan catatan dengan label cikgu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cikgu. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 16, 2009

Hari Guru 16 Mei 2009: "Guru Pembina Negara Islam"

Koi setiap hari guru pasti terkenang akan guru-guru yang sangat koi kasihi, ataupun pada waktu itu koi bengang dengan deme tapi sekarang nampok kebaikannya..

Koi akan sentiasa kenang jasa deme..
Mereka amat mulia pada pandangan masyarakat dan juga Islam.

Janganlah kerana kita jurutera, doktor atau ahli perniagaan berjaya kita perlekehkan guru-guru sekarang..

Guru dulu perjuangannya agung, guru sekarang perjuangannya unggul..

Mok ayoh dulu jaranc mengata guru..
mungkin kerana pendidikan mereka lebih rendah daripada guru..

Mok ayoh sekaranc ramai yang ada master, phd sebagainya..
ataupun yanc profesional terasa guru-guru yang hanya ada diploma atau ijazah sebagai kurang cerdik..
Pernoh koi terjumpa kes melalui isteri koi yanc pada masa tu menjadi guru ganti di sebuah sekolah menengah di semenyih..

Si bapa bertegas mengajar matematik mengikut jalan penyelesaian beliau..
Lebih pantas dan elegan..
Padahal cara beliau muingkin gaya pelajar matematik di sebuah universiti..
Guru pula dilatih supaya sesuai dengan umur dan pemikiran pelajar pada waktu itu..

Jadi nasihat koi.. yakinlah pada guru..
Koi dan isteri juga bertekad tidak akan menghantar mana-mana anak di sekolah rendah ke tuisyen kerana koi percaya sudah cukup apa yanc diajor di sekolah untuk berjaya..
Cuma kita sebagai ibu bapa mesti membantu memberi tunjuk ajar kepada anak-anak ketika mereka membuat kerja rumah..

Sempena hari guru tahun ini juga, marilah kita mengenang juga perjuangan para guru yang telah syahid menentang penjajah Inggeris dari England..
Ya..
England yanc kamu sokong dalam permainan bola yang disepak, ditanduk dan gembira takde aroh bila mencecah jaring ikan itu..

Tuan Guru Hj Mat Hassan atau Tok janggut di Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong dari Negeri Cantik Budaya Menarik, Tuan guru Haji Sulong Al-Fatani dari Negeri Melayu Islam Patani yang sehingga kini masih terjajah oleh Siam, sudah cukup 100 tahun pada 2009 ini, semenjak perjanjian Bangkok 1909 yang membahagikan Kelantan, Kedah dan Terengganu kepada Inggeris, dari England lagi..

Dan Patani yang sekarang dipecahkan oleh Siam supaya tak bersatu kepada Pattani (Petani), Narathiwat (Menara), Yala (Jala), Satun (Setul) dan Songkhla (Senggora) diserahkan kepada Siam. Perlis bernasib baik apabila menjadi wilayah terakhir yang termasuk kembali ke dalam Tanah Melayu.

Dan bagi koi dan anok2 Pahanc yanc lain, pelik jugek sebab hidup Tuan Guru Mat Kilau sebagai ulama tak pernah dihighlightkan sepanjang koi belajor sejaroh Tanah Melayu. Ada pendapat yang beliau meninggal di Kelantan setelah berundur merentasi Ulu Tembeling, Ulu Dungun dan terus ke Kelantan. Ada pula pendapat yang mengatakan beliau meninggal di Pulau Tawar. Kena cek dengan Dzul Menerung Paya ni sebab dia keturunan Mat Kilau dan anok jati Pulau Tawor..

Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!

Khamis, Ogos 21, 2008

Lari dalam guni.. Tadika Kemas Gelangi 2, 1983

Hari ni koi terkenang kisah masa Darjah 1 dulu. Koi masa kecik dulu memang paling suka tengok hari sukan sekolah, tak kiralah sekolah rendah, menengah atau tadika. Masa umur 5 tahun, koi dah pegi tengok hari sukan Sekolah (rendah) Kebangsaan Kota Gelanggi 2 dan Hari Sukan Tadika. Acara penonton masa tu hanyalah kutip gula-gula, koi masih ingat yang koi hanya dapat sebijik je, itupun yang lebih-lebih orang lain kutip sebab koi memang dari dulu lagi jenis malas berebut-rebut. Sebab tu koi benci dan sakit otak dengan jem pagi-pagi pegi keje tu..

Hari tu koi dah masuk Darjah 1. Teringin nak pegi tengok budak-budak tadika bertanding dalam pelbagai acara yang menarik bagi koi. Ada acara isi air dalam botol, lari sambil bawak sudu berisi bola ping-pong, lari golek gelung rotan dan pelbagai lagi. Acara yang koi nak cerita ni pun ada. Acara wajib bagi hari sukan sekolah koi rasa..hehe. Setelah selesai macam-macam acara, sampailah ke acara yang koi suka tengok tapi tak suka masuk ni. Payoh nak berlari atau melompat. Manjang jatuh.

Cikgi-cikgi pun menyediakan murid-murid di garisan permulaan. Setiap pasukan disediakan dengan satu guni jalur atau dalam Bahasa Sepanyol atau Portugisnya "saco" (saku seluar pun disebut saco, kan ke sama bentuk dan fungsinya tu.. beratus-ratus perkataan kita asal dari Portugis rupa-rupanya). Cikgi yang memegang hailer pun melaungkan.."Sedia...", kemudian meniupkan wisel.."Prrriitttt!!"..
Murid-murid yang mengambil bahagian pun kelam kabut la menyarungkan guni masing-masing seperti hendak memakai kain pelikat. Wullamak.. dalam ramai-ramai tu ada seorang yang meluru pantas ketika murid lain terhegeh-hegeh menyarungkan guni.

Tiba-tiba koi bersama seluruh hadirin menderaikan ketawa apabila budak itu sebenarnya menyarungkan guni ke kepala hingga separuh badan dan berlari terhuyung-hayang tak tentu arah kerana tidak nampak laluan beliau. Harhar.. koi ketawa sampai terduduk. Masa tu juga koi rasa memang budak tu yang "betul" sebab memang dia yang menepati istilah "Lari dalam guni", dia memang sedang berlari, bukan melompat seperti kanak-kanak lain, dan dia juga sedang berada dalam guni, cuma di bahagian kepala dan badan. Cikgi yang memegang hailer (sambil ketawa) segera mengejar beliau dan menghentikan larian beliau sebelum ada yang tercedera (dilanggar beliau atau cedera kerana berguling-guling ketawa..harhar).

Pengajaran dari kisah ini?
i. Gunakanlah istilah yang sesuai supaya semua paham apekebende yang kita deskripsikan..
ii. Weeii..budok.. pegi la training.. ini tidak.. orang training aok tak datang, bila tiba masa, lain disuruh lain dibuat..
Hiba..hehe

Khamis, Ogos 07, 2008

Kisah budak belajar kimia..


Sek. Men. Jengka Pusat, 1992. Tingkatan 4N. Ketika itu matapelajaran Sains masih dalam Bahasa Melayu.. (takde la pulak bodo budok-budok generasi koi sebab belajor dalam bahasa ibunda yang tercinta...)

Suatu hari di makmal kimia...
Guru bertugas: Cikgu N, comel orangnya.. bersuara lemak-lemak basah.. Hobi: Bercakap dengan gaya yang agak lawak dan mencubit perut koi & the gang..
(Nama guru wanita muda tersebut dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri.. Dialog dibina semula untuk menggambarkan keadaan sebenar..)

Cikgu N: Hari ni kita akan belajar mengenai elektrolisis. Sila rujuk gambarajah dalam buku teks serta di papan hitam (hijau sebenornya..)..
Saya dah suruh pembantu makmal sediakan semua radas di atas meja. Dalam bikar tu terdapat larutan kuprum sulfat yang berwarna biru serta dua elektrod positif dan negatif (anod dan katod) yang disambungkan kepada punca elektrik. Bila arus elektrik dialirkan selama beberapa ketika, pepejal kehijau-hijauan akan terbentuk di elektrod negatif. Ini akan membuktikan ion-ion Cu+ dari larutan kuprum sulfat termendak di elektrod negatif. Haa..boleh mulakan ujikaji.

Kami pun mula la kelam kabut menghidupkan punca kuasa yang koi lupa apa panggilannya. Koi memang paling minat kimia sewaktu di sekolah menengah. Anod dan katod mula la berbuih-buih. Cikgu N pun turun dari meja panjang tinggi di hadapan makmal memantau anak-anak muridnya melakukan ujikaji. Koi seperti biasa tercuit-cuit bergurau dengan Az sidekick koi di sekolah. Sampai di meja kumpulan kami, Cikgu N bertanya.."Haa.. Macamana? Boleh? Ha.. tu nampak tak dah ada enapan hijau tu..".. sambil menekapkan kedua-dua tapak tangan sebagai menopang tubuhnya di meja ujikaji kami. Koi dah memang tersedia berdiri di situ, di sebelah Cikgu N.

Tiba-tiba..entah jin mana yang menggerakkan jari telunjuk koi mematuk belakang tangan Cikgu N! Cikgu N terkujat dan serta-merta menarik tangannya dan memekup tempat kena patuk seolah-olah tempat itu terluka.. Koi kaget. Cikgu N berdiri tegak selama beberapa saat memandang secara tidak tepat (bukan pandang serong) ke arah koi dengan wajah blur. Az pun nampak kejadian tersebut. Az mula tersengih-sengih dan memekup mulutnya dengan tangan, menahan ketawa.

Koi tak tau apa nak buat, lalu segera kembali ke tempat duduk koi terpinga-pinga. Cikgu N segera kembali ke meja panjang di hadapan, berdiri, tidak duduk, memandang ke arah semua pelajar.

Cikgu N: Haaa..buat ujikaji tu betul-betul aaa..jangan nak cucuk-cucuk tangan orang...

Aduuuss! Bisanya.. koi menyelitkan muka di celah buku teks ungu sambil Az ketawa terbahak-bahak.. hampess..