Khamis, Ogos 07, 2008

Kisah budak belajar kimia..


Sek. Men. Jengka Pusat, 1992. Tingkatan 4N. Ketika itu matapelajaran Sains masih dalam Bahasa Melayu.. (takde la pulak bodo budok-budok generasi koi sebab belajor dalam bahasa ibunda yang tercinta...)

Suatu hari di makmal kimia...
Guru bertugas: Cikgu N, comel orangnya.. bersuara lemak-lemak basah.. Hobi: Bercakap dengan gaya yang agak lawak dan mencubit perut koi & the gang..
(Nama guru wanita muda tersebut dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri.. Dialog dibina semula untuk menggambarkan keadaan sebenar..)

Cikgu N: Hari ni kita akan belajar mengenai elektrolisis. Sila rujuk gambarajah dalam buku teks serta di papan hitam (hijau sebenornya..)..
Saya dah suruh pembantu makmal sediakan semua radas di atas meja. Dalam bikar tu terdapat larutan kuprum sulfat yang berwarna biru serta dua elektrod positif dan negatif (anod dan katod) yang disambungkan kepada punca elektrik. Bila arus elektrik dialirkan selama beberapa ketika, pepejal kehijau-hijauan akan terbentuk di elektrod negatif. Ini akan membuktikan ion-ion Cu+ dari larutan kuprum sulfat termendak di elektrod negatif. Haa..boleh mulakan ujikaji.

Kami pun mula la kelam kabut menghidupkan punca kuasa yang koi lupa apa panggilannya. Koi memang paling minat kimia sewaktu di sekolah menengah. Anod dan katod mula la berbuih-buih. Cikgu N pun turun dari meja panjang tinggi di hadapan makmal memantau anak-anak muridnya melakukan ujikaji. Koi seperti biasa tercuit-cuit bergurau dengan Az sidekick koi di sekolah. Sampai di meja kumpulan kami, Cikgu N bertanya.."Haa.. Macamana? Boleh? Ha.. tu nampak tak dah ada enapan hijau tu..".. sambil menekapkan kedua-dua tapak tangan sebagai menopang tubuhnya di meja ujikaji kami. Koi dah memang tersedia berdiri di situ, di sebelah Cikgu N.

Tiba-tiba..entah jin mana yang menggerakkan jari telunjuk koi mematuk belakang tangan Cikgu N! Cikgu N terkujat dan serta-merta menarik tangannya dan memekup tempat kena patuk seolah-olah tempat itu terluka.. Koi kaget. Cikgu N berdiri tegak selama beberapa saat memandang secara tidak tepat (bukan pandang serong) ke arah koi dengan wajah blur. Az pun nampak kejadian tersebut. Az mula tersengih-sengih dan memekup mulutnya dengan tangan, menahan ketawa.

Koi tak tau apa nak buat, lalu segera kembali ke tempat duduk koi terpinga-pinga. Cikgu N segera kembali ke meja panjang di hadapan, berdiri, tidak duduk, memandang ke arah semua pelajar.

Cikgu N: Haaa..buat ujikaji tu betul-betul aaa..jangan nak cucuk-cucuk tangan orang...

Aduuuss! Bisanya.. koi menyelitkan muka di celah buku teks ungu sambil Az ketawa terbahak-bahak.. hampess..

14 ulasan:

  1. salam Don Balon,
    Koi (pinjam pronouns hang kejap) gelak terbahak-bahak baca posting aok kali ni!!. teringat kejap kat anecdotes aku sendiri masa sekolah2 dulu...
    harharhar, ngko nak tau apa sebenarnya yang terjadi masa tu?? dalam istilah adolescent development nya, perbuatan ko tu dipanggil BUDAK NAK AKLI BALIGH!! HARHARHAR
    there's a period in every teenager's life where they start to "wonder aloud" abaout certain "wonder experiences!" hehe.
    c u later!
    dari segi bahasanya - posting ngko memang best.

    BalasPadam
  2. Hehe..
    Di..
    Koi memang takde niat langsung nak "mematuk" belakang tangan cikgu N tu..

    Sampai sekarang koi sendiri kalau teringat peristiwa tersebut koi tersengih-sengih sebab memang ntahapa-hapa koi masa tu.. dan masih belum ketemu sebabnya..
    Sebab itu la koi bubuh tag "selangkah ke alam misteri"..
    Hehe cikgu tu pun mesti tertanya-tanya sampai sekarang..
    Dia ni first day den masuk sekolah tu selepas "Escape from Alcatraz" kebetulan waktu kimia jugak..
    Dia duduk di meja guru..
    Dia panggil..
    "Mat..mat..nko mari sini..mari sini.."
    Koi: Ye cikgu.. (berjalan menuju Cikgu N)..
    Cikgu N: Dulu sekolah mana?
    Koi: Sek. men. Sultan Hj. Ahmad Shah Kuantan..
    Cikgu N: Dah tu apsal masuk sini?
    Koi: Mmmm..saja nak sekolah tempat sendiri cikgu
    Cikgu N: Ha..sudah..jangan nak tipu.. kena buang ni kan?
    Koi: mana ada cikgu.. saya yang mohon..
    Cikgu N: Haa..ye la tu.. meh sini.. rapat sikit..
    Koi: Aaa?.. (sambil merapatkan diri ke kerusi beliau..)
    Cikgu N: (Memberi cubitan bersaiz L di sebelah kiri pusat den..sakit la jugak..) Aaa.. kat sini jangan buat hal.. dah pegi duduk tempat awak..

    Edeh..tak pasal-pasal koi kena..
    padahal koi blah dari Penjara Batu 8 sebab tertekan dengan kehidupan berasrama je.. koi mintak ayah koi mohon..dari bulan 3 ke 4 ntah.. dekat 2 bulan baru settle.. tak sampai setengah tahun koi bersekolah tahun tu..

    Apapun.. koi tetap berterima kasih kepada Cikgu N yang menerangkan kimia yang ditakuti 90% pelajar dengan jelas dan menarik..menyebabkan koi sentiasa berminat dengan kimia sampai sekarang..kecuali kimia organik.. :)

    BalasPadam
  3. bro...ko bkn minat kimia tu...ko minat kat cikgu N tu, mcm aku tak tau...si rahimin pun suka wat trick yg sama ngan pelayan si ida...huarghh...

    BalasPadam
  4. man helang..
    Chess.. loh memang biqin gué penasaran..hehe
    Rahimin tu koi stuju memang betul ada sesuatu kat budak ida tu.. (jangan marah min..koi tak ngumpat ..aok.bukok blog ni aok boleh baca ..hehe)..
    Tapi koi tidak..
    Koi memang ikhlas minat kat kimia tu..
    Lagipun Cikgu N masa tu dah kawen la fulak..

    Nota kaki: Man, guanner aok boleh tau yek?? Ni mesti ada pengalaman minat cikgu ni..
    Lain kali simpan la rahsia koi.. heheh

    BalasPadam
  5. Enche Don,
    Iskhhh...iskhhh...
    nakk kena nihhhh..cucuk tangan che gu...

    :P

    BalasPadam
  6. yanaz..
    itulah misteri yang paling besor dalam hidup koi..

    Koi tak tau kenapa dan macamana ia boleh berlaku..

    Koi serahkan kepada Dzulkarnain Senjakala untuk menganalisis..
    heheh.

    BalasPadam
  7. ooooo, dengan guru kima pompuan awok berani la..cuba cucuk perut guru disiplin SMJP masa tu! kahkahkah

    BalasPadam
  8. Ah don balon, aok tak tau lepas SRP memang keh ada apply sekolah luar, tapi memang la tak dapat sebab kita skolah situ, keh maleh la nak panggil alcatraz padahal memang seme budak berasrama mcm tu panggil asrama penjara. Memberontak jela yg mampu dibuat oleh seme2 yg ada..

    Ah, cikgu kimia memang comel2..geram keh.. keh pn ada jugak cerita cikgu kimia lebih kurang aok jugak tp versi lain.

    Cikgu kimia yg suka pakai baju kebaya terbuka kat dada.

    BalasPadam
  9. subject kimia memang sentiasa ada chemistry antara budak laki dengan cikgu pompuan. misteri yang mastika pun tak dapat nak huraikan

    BalasPadam
  10. Hamba mohon maaf sebab lama tak masuk sebab hamba pulang ke kampung halaman di gelangi melawat ibu tersinta.. sambil berjumpa 15 minit dengan Dzul Senjakala di Kuarter Guru Maran..
    Rahimin,
    aok skoloh situ jugek ke maser tu?
    Tapi koi last dengor citer cikgu tu sakit tenat..
    Tak tau la guanner..
    koi penoh jugek kena sekali skil "cantas roti bun" dengan dia..
    hiba rasa..
    Puncanya klik2 koi di semsas hantor surat ke koi pakai alamat skoloh..
    Siap dengan gambor koi tengoh semangat memetik bass sewa di studio kompleks teruntum (top masa tu..macam hampeh..hehe)..
    Langsung kena panggey dek cikgu disiplin maser tu..
    Dalam hatti aku berkata..
    "Apa salahku?.."
    Apakandaya.. hidupan hutan yang telah diawet itu tidak mengenal mangsa..
    bersalah atau tidak mencantas ia..

    Dzul,
    a'ah.. itu kimia yang negatif..
    Koi takde la gitu..
    Ingin koi tegaskan..koi bingung..
    koi tak tau macamana kuku jari tlunjuk koi boleh tiba ke permukaan kulit belakang tangan Cikgu N.. (nama dia bukan mula dengan N pun..takut rodong2 SMJP boleh teka..tapi dalam nama dia memang ada N.. hihi)..
    Sebab tu koi mintak aok siasat..tanya dengan Amran kasimin ke.. ini mesti ada kaitan dengan jin macam di tanjung Lumpur baru ni.. hehe

    L.i.f.e,
    selamat datang ke blog baru nak start koi..
    Pasal chemistry tu.. memang la koi setuju..tak payah tunggu subjek kimia pun dah memang gitu.. tapi buat kali ke 18. koi tegaskan koi tak bersalah..
    :)

    BalasPadam
  11. haha,
    ohh mmg misteri sungguh rupanya kejadian tu..aku ingatkan kau saja nak gatal2 mcm budak2 sek men ada yg minat kat cikgu..
    kalau budak pompuan plak minat kat cikgu lelaki..
    minat mcm tu je la..

    aku rasa kes kau ni mungkin disebabkan kebiasaan kau yg suka sentuh kawan2.

    maksud aku kwn2 lelaki la sebab kau ni peramah..
    serius..

    kau percaya la teori aku ni sbb kau mmg tak sedar sikap kau yg peramah tu menyebabkan kau secara tak sengaja tersentuh cikgu tu..

    BalasPadam
  12. Ye Dzul..
    Koi setuju..
    Klunya ada pada ayat "Koi seperti biasa tercuit-cuit bergurau dengan Az"..
    Jadi koi ucap terima kasih kepada aok rodong segugusan dan juga sesekolah dulu kerana berjaya menyelesaikan misteri yang bertahan selama 16 tahun ini..
    ¡Viva Menerungpaya! :)

    BalasPadam
  13. mader,
    kau tak perlu bagi aku klu

    sungguh..aku tak nampak pun klu tu..
    serius..

    aku cuma seorang kawan lama dan seorang pemerhati..

    BalasPadam
  14. Hehe..harap-harap gitu la D-z..
    Yang koi risaunyer apa pandangan Cikgu N kepada koi semenjak kejadian hingga sekarang..
    hadoi..malu..malu... hehe

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui