
Koi dan member-member kolej ketiga cambiassa mula la menyebok nak pegi mencuba masakan dan layanan gerai-gerai persatuan anak negeri. Ni part favourite kami setiap kali konvo.. setiap tahun kami akan pegi ke gerai Pahang (Koi,Wira dan Li dari Gelangi Raya serta Shahrul dari Raub), gerai Perak (Kodi dari Selama dan Akob dari Taiping), Kelantan (M Jamil dari Kkale Chepo), Terengganu (Ganung dari Kemamang), Sarawak (Wandik dari Kuching), Selangor (Nik??? dari Sungai Besi rumah dia masuk kawasan selangor kata dia) dan Johor (Labal dari Endau). Maka setiap kali makan, kalu makanan tak sedap ke sampai lambat ke memang luruh la telinga anak-anak negeri dalam team kami ni kena kutuk. Anak-anak negeri pulak tak habis-habis mau up sama gerai negeri masing-masing... Boleh kata tiap malam kami akan pegi cuba gerai-gerai yang berlainan. Alah..bukannya sedap sangat pun..dah semmer budok-budok student ni je yang masak..takde experience pun.. kira lepas telan je la kecuali gerai Pahang.. (misti mau up..hehe)..lambat jangan kira la..
Malam pertama konvo pada tahun itu, ada la musibat mana yang buat mender-mender ala funfair yang koi memang tak minat (tak berani sebenornye hehe) naik. Ada yang memutor, ada yang memusing (sama je tapi takrifan koi memusing tu arah vertikal, memutor arah horizontal..heh).. Maka ntah sebab apa laluan jalan raya depan Fakulti Kejuruteraan yang selari dengan pampe tersebut ditutup dengan penanda-penanda macam yang "Berhenti, Sekatan Polis" tu.. Koi petang tu doh lalu situ, nampok la memang jalan tu tutup. Deme buat lencongan kena naik bukit fakulti kejuruteraan tu, linteh bawoh gerbang lengkung fakulti (le ni jadi pejabat jabatan kejuruteraan biologi koi rasa..), kemudian turun semula ke simpang empat dekat jalan yang koi dan kodi tiarap dalam bahagian I trilogi ini.. hehe.
Lepas je sesi makan sambil kutuk-mengutuk dan up-mengeup di gerai negeri mana ntah koi tak ingat.. kami pun bersegera menaiki moto masing-masing. Koi memilih untuk membonceng Wira kali ini kerana deme dah sound awal-awal selepas dua kali tiarap dengan kodi. "Dah..nko jangan naik ngan kodi..suwey".. ujar Shahrul Raub sambil sengih-sengih riang. Maka berhamburlah deruman moto meninggalkan tapak ekspo. Moto Wira berada di kedudukan ntah keberapa tapi betul-betul di depan kodi.. Masuk je ke jalan utama..semua mula memecut.. Kalau tak sampai 100 km/j pun 90 km/j mungkin jugak..
Kodi pun tak kurang..follow RX-Z Wira dengan kapchai ACTnye.. sampai di lencongan semua orang melencong naik ke bukit Enjin, gelaran kami untuk bukit fakulti kejuruteraan. Sampai je Wira di lencongan, beliau turut naik dengan lajunya.. (Bukit ni kalau dah lambat pegi kelas 120 pun boleh besit..best woo..hee). Namun sampai tengah bukit, koi terperasan yang kodi masih memecut laju dan lurus.. beberapa detik kemudian..
Tum! Tum! Tum! Tum! berjujukan............
koi terdengar dentuman-dentuman deras dari bawah sana.. penanda-penanda melayang tinggi dan bertaburan sepanjang jalan.. Koi dan Wira gelak sekuat-kuat hati melihat bayangan kodi dan motornya masih menghentam penanda-penanda yang tinggal dengan penuh bergaya..
Kami kemudiannya bersegera turun ke jalan utama tadi bimbang apa-apa berlaku kepada kodi.. Namun kodi meneruskan perjalanan balik ke kolej.. kami masih tergelak-gelak atas moto sambil mengekori kodi pulang..
Sampai di kolej.. di celah-celah tawa rodong-rodong, koi bertanya kepada kodi..
Koi: "Hahhaha.. (x14).. nko tok nampok ke kodi ada sekatan tu wehh?"..
Kodi: "La..mana aku perasan.."
Betui sekali lagi kata Man Musang.
Namun semua tetap sebulat suara yang memang masih suwey sebab koi berada di tempat kejadian..
Cheh!
**************************
[Bahagian III berakhir]