Sabtu, Ogos 23, 2008

Prosa itik

Pantai Tanjung Bidara..

Bunyi Alfa:(((paapp..paaapp..peeppp..)))
Keterangan: Bunyi itik dilepaskan


Itik-itik putih..
Menjerit bersahutan "Run for your life..!!" (Itik import)
Namun hanya ku dengar bunyi itu, bunyi Alfa..
Berak kecing tak mampu lagi..
Menguis air bak berlari di litar Interlagos..
Mengibas sayap bak burung Albatross..
Namun sesarmu jengkal ke jengkal..

Bunyi Beta:(((Prriiitt...)))
Keterangan: Itu bunyi maut..

Pemburu berenang gegak-gempita..
Laras di bahu disandang perkasa..
Sepicing mata tangkas di air..
Sejurus bunyi Beta..
Tangis menghindar maut sang itik..
Hilai tawa perenang, pemburu..
Bercampur-baur..
Nyawaku permainan??

*********************
Arrgh! Aku bermimpi rupanya..
Kubuka mata..
Kulihat itik-itik putih itu diberi nama Tuan Haron Mohd.Zin, Mohd. Zaidu Qossim, Muhammad Isa, Mat Qasim, Awang Bie, Abu Tholib Seto..


dan nama-nama mesra telinga..

Air masin Tanjung Bidara itu kini menjadi air payau muara..
Sungai Takbai.



Dan Ramadhan ini..
Mataku tak mampu menangis lagi..

5 ulasan:

  1. peristiwa tu amat pahit utk dikenang...kalaulah aku ni superman....

    BalasPadam
  2. peh...giler mahathir..
    panas hati je bila ingat2 balik tak bai nih..kau lg byk tahu sejarah dia lgpn org umah kau org sana..
    serius aku hiba(pinjam perkataan glemer kau)..

    BalasPadam
  3. tragedi tu. orang kafir tak akan puashati pada kita sehingga la kita menjadi seperti mereka.

    BalasPadam
  4. Man,
    Benar sekali. Dah la puasa, kena susun macam sardin..atau macam batang getah lepas kena tebang..
    Memang paling celaka dalam dunia siam ni..
    Yahudi pun takde sampai macam tu..
    Aok bayang la orang paling bawah tu berapa kilo tekanan ke atas batang tengkuk dia?
    Kalau sorang berat 60kg, 5 lapis atas dia? 300 kilo..
    kompom mati.

    D-z,
    ya benar..
    aku turut merasai kepahitan dan kesengsaraan itu..
    semenjak kekacauan, mak mertua dan ipar2 aku kebanyakan masuk merempat ke Malaysia..(kelantan)..
    ITU TANAH KITA, SAMPAI KIAMAT KAMI AKAN TUNTUT!!

    S.yanaz,
    wat's dat? :)

    Rahimin,
    Itu janji Allah. Adalah menjadi tanggungjawab kita kembali gemilang seperti zaman para sahabat dan tabi'in..
    Jika isu Palestin kita anggap jauh nun di Semenanjung Arab sana, kes yang takde bezanya ada di anjung negara kita.
    Tiap kali Ramadhan..koi tak dapat berhenti berfikir mengenai masalah ni..

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui