Rabu, Julai 31, 2013

Dialek Melayu Patani Kedah/Perak Utara II

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Merujuk kepada entri koi sebelum ini:

http://donlaurel.blogspot.com/2013/01/dialek-melayu-patani-kedahperak-utara.html

Salah satu dari screenshot dari kumpulan Facebook kami Grup Belaja Cakat Mahang:





Ahad, Julai 21, 2013

Ulangtahun ke-9 Pembunuhan beramai-ramai Tabal (Takbai) 11 Ramadhan 1425 Hijriyyah

Assalamualaikum kaum keluarga, rodonc-rodonc dan saudara seislam sebangsa dan tidak sebangsa..

Setiap kali Ramadhan menjelang, hati koi merintih mengenangkan nasib abang-adik-pakcik yang mati dibunuh kafir Siam, musuh abadi Melayu Islam pada 11 Ramadhan 1425 Hijriyyah bersamaan 25 Oktober 2004 di Tabal (Takbai dalam bahasa siam).

Untuk pengetahuan semua, Tabal ini wilayah Kelantan sehingga tahun 1909. Begitu juga Mundok, Belawan dan Sg Padi, semuanya kepunyaan Kelantan sehinggalah perjanjian puaka Anglopuaka-Siampuaka 1909 memisahkan terus kawasan-kawasan ini dari Negeri Kelantan.




Perhatikan juga Jeli dan bahagian barat Kusial bukan kepunyaan Kelantan tetapi Negeri Legeh yang senasib dengan Negeri Reman yang dipotong dua, bahagian utara masuk Siam dan selatan masuk Kelantan dan Perak. Dua Negeri Melayu Islam yang terhapus terus dari peta dunia dan raja-raja mereka dibunuh Siam. 



Semalam, genaplah 9 tahun peristiwa pembunuhan Tabal yang tragis, sadis, tak terungkap dengan kata itu berlaku.

Sudahlah dibelasah, ada yang ditembak dan dipukul mati. 

Yang hidup diikat seperti biri-biri dan disusun empat lapis dalam trak Siam Laknatullah.
Dua jam perjalanan ramai yang mati sesak nafas, menjadikan jumlah kematian 85 orang.

Dan kematian mereka tak pernah terbela.

Hamba di Sintok pada waktu itu, terluka hati dan perasaan, cedera maruah diri, agama dan bangsa.
Namun masih mampu bersahur ke gerai tom yam Mat Chelsea dari Patani dan minum teh tarik macam biasa, sedang keluarga-keluarga mangsa meratap pilu kehilangan anak, abang, adik, ayah, mati dihina sedemikian rupa oleh Siam Laknatullah.

Jika di Palestin ramai yang cakna, Alhamdulillah, namun di Patani ini situasinya jauh berbeza, Astaghfirullah.
Entah di mana silapnya.
Sudahlah seagama, sebangsa, sebahasa, satu sejarah, satu semenanjung, benarlah kata orang Pula Tawor, like toad under coconut shell.

Adakah otak kita tidak sampai untuk berfikir sudah sampai masanya untuk cakna, untuk membantu meringankan beban, bukan dijadikan alat meraih sokongan bila berdepan pilihanraya.
Bukan alat menunjukkan kepada dunia kamilah pencinta kedamaian lantas menjadi mediator rundingan damai BRN dengan Kera-jaan Siam, dengan mengisytiharkan awal-awal "Malaysia tidak menyokong kemerdekaan Patani".
Hok tok sokong, mung Najib weh, acu mung tanyo rakyat, sokong ko dok??
Hok tok sokong, mung Najib weh, acu mung tanyo muloh pok mung, sokong ko dok??

Dari layan cerita seram, maharaja (tidak) lawak, cerita korea atau jalan-jalan asyik makan, baik tengok video yang berlaku pada tahun 2004 ini. Diulang ye, 2004, bukan 1784.



Rabu, Julai 10, 2013

Ramadhan Kareeem 1434 Hijri bersamaan 2013 Masihi

Ramadhan Kareeem...



Ya Allah..
Kembalikanlah Mesir, Syria, Malaysia, Indonesia, Iran dan negara-negara Islam yang lain kepada sebenar-sebenar muslimeen..




Ya Allah,
Bebaskanlah Palestin, Patani, Kashmir, Chechnya, Dagestan dan wilayah-wilayah Islam yang lain dari cengkaman kuffaar..




Wahai Ikhwanal Muslimeen..
Berdoalah pagi, petang dan malam untuk saudara-saudara di seluruh wilayah terjajah supaya kebebasan kejayaan danmenjadi milik kita di dunia dan akhirat..

Ameen