Rabu, Disember 31, 2008

Israel targets Gaza mosques

Israel targets Gaza mosques

(AFP) Several mosques were flatted in the Israeli strikes.

Mosques across the Gaza Strip have become the latest target of the Israeli military juggernaut, unleashed against Gaza. -->

GAZA CITY — Mosques across the Gaza Strip have become the latest target of the Israeli military juggernaut, unleashed against the impoverished coastal enclave since Saturday.
"As if it was not enough for them to kill our people and children, the Israelis are also destroying the houses of Allah," Abu Khalid, a Gaza resident, told IslamOnline.net.
Two people were killed and scores wounded when Israeli warplanes attacked a mosque near Abu Khalid's house in western Gaza.
"We heard a big boom and saw a black cloud of smoke billowing into the sky," he recalled.
"We went out to see what happened and were dumbfounded to see the mosque razed to the ground."
Israeli warplanes blitzed a mosque in Jabaliya early Monday.
Five girls of the same family, including a 14 month-old toddler, were killed overnight when Israeli war jets pounded a mosque near their home in the northern town of Jabaliya.
A third mosque in the southern town of Khan Younis was also flattened after Israeli aircraft bombed it out.
The massive Israeli bombardment of targets in Gaza has killed at least 345 people, including 57 civilians, according to medics and UN figures.
At least 27 of the dead are children.


Crime

Gazans were infuriated by the Israeli attacks on their mosques.
"How dare they attack places of worship places," fumed a visibly moved Abu Rami, whose house was destroyed in an Israeli attack.
"They shall answer to Allah the Almighty."
Abu Omar, a mosque imam, could not believe himself.
"Why are they targeting mosques? Are the mosques being used to fire rockets?" he asked.
"Mosques are the houses of Allah and are only used for worship. Such attacks are the worst of crimes," he said angrily.
Wael Al-Zard, a preacher, lamented the silence of Arab and Muslim countries over the Israeli onslaught.
"Do not the Israeli attacks constitute war crimes and crimes against humanity?"


Source: IslamOnline.com
=========
Apa kita boleh buat?
Boikot Jenama yang menyokong Israel!!
http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php

COMPANIES TO BOYCOTT


AOL Time Warner Time Life magazine, CNN, ICQ
Apax Partners Jonny Rockets, Sunglass Hut.
Arsenal Football Club
Coca-Cola Fruitopia, Fanta, Kia Orange, Lilt, Sprite, Sunkist..
Caterpillar
Danone HP foods, Evian, Volvic, Jacob
Delta Galil Hema, Barbie, Carrefour, Auchan, Tchibo, Victoria's Secret, GAP, Banana Republic, Structure, J-Crew, JC Penny, Pryca, Lindex, DIM, DKNY, Ralph Lauren, Playtex, cK, Hugo Boss, M&S
Disney
Emblaze
Estée Lauder Aramis, Clinique, DKNY, Prescriptives, Origins, MAC, La Mer, Bobbi Brown, Tommy Hilfiger, Jane, Donna Karan, Aveda, Stila, Jo Malone, Bumble & Bumble, Kate Spade
Home Depot Villager's Hardware, Georgia Lighting, Apex Supply, EXPO Design Centres
IBM
Intel
Johnson & Johnson
Kimberly-Clark Kleenex, Kotex, Huggies, Andrex
Lewis Trust Group River Island, Isrotel hotels, Britannia Pacific
The Limited Inc Express stores, Lerner New York, Structure, New York & Company, Mast Industries, Intimate Brands, Victoria's Secret, Bath & Body Works, White Barn Candle Company, Henri Bendel

L'Oreal Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson
Marks & Spencer M&S, St.Michaels
McDonald's
Motorola
Nestle Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food, L'Oréal
News Corporation TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records
Nokia
Revlon New World Entertainment, Forbes
Sara Lee Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox
Siemens
Selfridges
Starbucks Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo
Timberland

===========
Info dari Mazlan a.k.a Lae;
Saudara2 kita berada dlm kesengsaraan.Hulurkan sumbangan krisis Gaza ke Aman Palestin Berhad,Maybank 562263010787 or BIMB 12029010047880.

Jumaat, Disember 26, 2008

Rakan itu..

Allahyarham ayoh koi memanc skeptik kalu kisoh-kisoh angker diperdengarkan kepada beliau.. Sokmo koi ingat ayat klasik beliau.. "Pernah tengok tak taik hantu?"... untuk menempelak pengkisahan-pengkisahan dari dimensi keempat yang agak kabur dan disertakan dengan elemen-elemen kehantuan..

Namun, ayoh sempat menceritakan zaman awal perkahwinan beliau.. bangun tika dinihari untuk pergi menoreh bersama mok koi yang tersinta.. menoreh pokok orang, bukan kebun sendiri.. zaman kesusahan melampau yang menjurus kepada demonstrasi di Baling oleh pemimpin pelajar ketika itu saudara Anwar Ibrahim.

Suatu dinihari nan bening, mok mengejutkan ayoh machanc biasa untuk menoreh.. setelah mengayuh basikal berbatu-batu dalam kegelematan malam berpandukan cerah langit (jalur langit yang cerah ialah jalan kebun manakala kawasan gelap ialah disebabkan ditutup oleh pokok getah), sampailah ibubapa koi di kebun yang dituju. Setelah beberapa ketika menoreh berpandukan lampu suluh dari topi berlampu yang dipakai oleh deme, kelihatan cahaya berbalam-balam dari kebun sebelah menandakan rakan seperjuangan telah tiba untuk memulakan tugas.

"Awal hari ni?" laung ayoh dari sebelah sini. Biasanya rakan itu memulakan kerja menoreh setelah hari mula cerah..
"Haa.. saja start awal sikit" balas rakan dari sebelah sana.

Kemudian ayoh bertanya lagi kepada rakan itu beberapa soalan sapaan lagi, saja nok menghilangkan suasana hening dan syahdu dinihari dalam kebun getah dan gelap pekat dihiasi dendangan cengkerik dan riang-riang. Lama-kelamaan rakan itu semakin jauh ke hujung kebun berpindah dari lorong ke lorong menyudahkan kerja klasik melayu ke atas spesis pohon dari Brazil itu.

*******************************

"Nak siap dah ke?" tegur satu suara yang sangat dikenali mok dan ayoh ketika matahari mula hendak menunjukkan rupanya. Rakan itu tadi rupanya..

"Kamu pun dah nak siap ke?" ayoh menyoalbalas..

"La..kan aku baru sampai ni..." balas rakan tadi sambil tersenyum..

Ada satu arus sejuk mengalir dari muka ayoh dan mok menuju ke segenap saraf. Mok dan ayoh hanya mampu menggigil.

Semenjak dari hari itu, mok dan ayoh hanya turun menoreh bila matahari hampir memancarkan sinarnya.. pewww!!

Jumaat, Disember 05, 2008

Surat jawapan dari Pejabat Daerah dan Tanah Maran, cc kepada semua pihak terlibat..

Assalamualaikum rodonc-rodonc semmer..
Pertamanya koi mohon jutaan maaf kerana lama tidak mengupdate blog koi ini ekoran koi kursus sebulan dan jaranc amat dapat akses ke internet. Jutaan maaf jugek kepada rodonc-rodonc bloggers yang selama ni koi selalu mengomen di blog wokme, banyok koi nok kena qadha' baca balik ni..hehe

Seperti yanc koi janjikan pada entrada yang lepas, inilah surat jawapan dari Pejabat Tanoh Maran. memang menyakitkan hati koi sebab lain yang ditanya lain yang dijawab, di samping nampok sangat nok mengcover ADO terlibat. Dia ingat koi budok Tadika Kemas ke nok pedo'oh gitu gaye..

Okla.. koi letok surat2 tersebut.. Ulasan koi akan menyusul di bahagian komen atau dalam entrada seterusnya..Insya-Allah..

**Telah disunting semula setelah menerima nasihat dari rakan-rakan yang prihatin supaya menyelindungkan maklumat peribadi. Terima kasih sahabat-sahabatku..






Jumaat, November 21, 2008

Surat kepada Pejabat Tanah dan Daerah Maran, cc kepada PTG dan KPTG Putrajaya

Assalamualaikum rodoncs semmer..
maafkan koi lamer tok mengupdate.. sibuk amat koi bulan ni.. kursus terkejor-kejor koi..

Ini ada koi letok surat koi kepada Pejabat Tanah dan Daerah Maran yang tersinta..
Reply dari demer koi akan scan dan letok dalanc update seterusnya..
Lihatlah sendiri perangai orang2 yang kita amanahkan menjaga khazanah negara dan bangsa... \


**Telah disunting semula setelah menerima nasihat dari rakan-rakan yang prihatin supaya menyelindungkan maklumat peribadi. Terima kasih sahabat-sahabatku..
================
Mahadhir bin Mat Lazim

No XX, Jalan XXXXXX,
Bandar XXXXXXXXX,
4XXXX Xxxxxxxx,
Selangor Darul Ehsan

Faridah binti Hamzah
No XX, Jalan XXXXXX,
Bandar XXXXXXXXX,
4XXXX Xxxxxxxx,
Selangor Darul Ehsan

Shahrulhizan bin Shaibon
No.XX Jln XXXXXXXXXXXXX,
XXXX xxxx XXX, Seksyen XXXXXX
4XXXXX XXXXXXXXXX
Selangor Darul Ehsan

Puan Zarina binti Mahyuddin
No.XX Jln XXXXXXXXXXXXX,
XXXX xxxx XXX, Seksyen XXXXXX
4XXXXX XXXXXXXXXX

Selangor Darul Ehsan
31 Mei 2008

DATO' HAJI ABDUL KADIR BIN AWANG BAKAR
DIMP., SMP., PMC., AMN., PJK.
Pengarah Tanah dan Galian Pahang
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang Tingkat 2 dan 3, Kompleks Tun Razak Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan Pahang Darul Makmur


Tuan,
Aduan Salah Laku Penjawat Awam Dalam Proses Lelongan Awam di Pejabat Daerah dan Tanah Maran, 22 Mei 2008 dan Mendesak Tindakan ke atas Hartanah- Hartanah Rizab Melayu yang dipajakkan kepada Bukan Melayu dalam Negeri Pahang


Merujuk perkara di atas, kami Mahadhir bin Mat Lazim nombor kad pengenalan 76xxxx-0X-xxxx, Shahrulhizan bin Shaibon, nombor kad pengenalan 78xxxx-10-xxxx dan sahabat kami Muhammad bin Abdul Latef telah menyertai lelongan awam bagi 7 hartanah yang berstatus tanah pertanian yang terletak di kawasan Sejabon dan Teberau yang berhampiran dengan Kampung Lubuk Paku, Mukim Luit dengan harga rizab keseluruhan RM448,000. Kami disertai oleh isteri-isteri kami Puan Faridah binti Hamzah nombor kad pengenalan 76xxxx-xx-xxxx, Puan Zarina binti Mahyuddin kad pengenalan 78xxxx-xx-xxxx dan Puan Rohaya binti Hamzah. Untuk pengetahuan pihak tuan, penama-penama untuk hartanah-hartanah tersebut ialah Mohd. Nor bin Abdul Rani, bekas Penolong Pegawai Daerah Maran pada tahun-tahun 70-an dan isterinya Mahani binti Sudin. Hartanah-hartanah tersebut telah dipajakkan kepada seorang taukeh Cina yang digelar Dato’ Kan Ching oleh penduduk Kampung Lubuk Paku sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Malah bukan hartanah- hartanah tersebut sahaja yahg dipajakkan, malah terdapat keluasan yang signifikan kawasan Sejabon dipajakkan kepada beliau. Ini adalah berdasarkan perbualan kami dengan penduduk-penduduk kampung yang tidak mempunyai kepentingan apa-apa dengan hartanah- hartanah tersebut.

Isu-isu yang kami dengan dukacitanya ingin sampaikan kepada pihak tuan ialah:

i) Sewaktu proses lelongan tersebut, Penolong Pegawai Daerah Maran, Puan XXXX Xxxx Binti Xxxx XXX telah tidak menunjukkan sifat neutral dengan berbual-bual mesra seperti kenalan lama dengan taukeh Cina tersebut. Taukeh Cina tersebut turut terlibat menyediakan bankdraf yang digunakan oleh Fatimah Binti Musa untuk tujuan lelongan tersebut. Selepas proses lelongan tersebut, Fatimah Binti Musa dan Mohamad Bin Musa telah “memenanginya” dengan harga jualan keseluruhan lebih kurang RM778,000, dan setelah menandatangani dokumen jualbeli, Fatimah dan taukeh Cina tersebut masuk menemui Puan XXXX dan berbual panjang di dalam bilik Penolong Pegawai Daerah. Kami tidak dapat memastikan butiran perbualan mereka tetapi untuk pengetahuan pihak tuan, wang tambahan 10% dari perbezaan harga rizab dengan harga jualan tidak dijelaskan oleh kedua-dua Mohamad Bin Musa dan Fatimah Binti Musa. Kenyataan saya disokong oleh Encik Chandran, peguam dari firma Raja Azhar & Husain Safri, peguam Affin Bank Cawangan Kuantan sewaktu saya menelefon beliau keesokan harinya, dan diperkuatkan lagi oleh kenyataan pelelong Haji Zainal@Ismail bin Mohd. yang turut mempersoalkan tindakan Puan XXXX tersebut. Sepatutnya Puan XXXX sebagai penjawat awam yang diamanahkan menjalankan proses lelongan dan amanah yang lebih besar lagi menjaga dengan penuh takzim hartanah-hartanah dalam daerah Maran tidak boleh berbuat demikian. Kami khuatir ini boleh membawa kepada tanggapan negatif kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) seluruh negara. Dapat disimpulkan bahawa penama hartanah telah meletakkan proksinya supaya hartanah- hartanah tersebut tetap sub nomine Mohd. Nor bin Abdul Rani dan Mahani binti Sudin secara hitam-putih, walaupun jelas cui bono kepada pihak yang diberi pajak dan mungkin ditekan oleh pihak yang diberi pajak yang telah membayar banyak wang pajakan kepada penama. Seperti yang dimaklumi, deposit 10% yang telah dirampas akan dimasukkan kembali ke akaun peminjam iaitu penama hartanah setelah ditolak kos-kos lelongan yang lain. Ini diperkuatkan lagi dengan fakta yang mana wakil beliau Encik XXXX XXXX bin XXXX, seorang pelelong berlesen, menghampiri kami sebelum lelongan dan memberitahu penama hartanah ingin berbincang serta menawarkan RM20,000 supaya kami menarik diri dari lelongan. Dengan ini kami sebagai rakyat Malaysia yang membayar cukai meminta untuk diberi penjelasan secara bertulis oleh penjawat awam tersebut, Penolong Pegawai Daerah Maran, atas tindakan beliau pada hari itu.

ii) Kami memohon supaya pihak PTG menghantar wakil pada hari lelongan semula yang akan ditetapkan oleh PDT Maran kelak untuk memantau keadilan proses lelongan. Adalah tidak adil jika penangkap lelong yang melawan dengan kami akan mengangkat hingga berapa sahaja nilai yang kami tawarkan, sedangkan mereka tidak berniat pun membayar perbezaan harga tersebut.

iii) Kami memohon pihak PTG mengeluarkan arahan rasmi bertulis dalam bentuk pekeliling kepada seluruh PDT Negeri Pahang dan kenyataan akhbar mengenai ketidaksahan pajakan Tanah Rizab Melayu kepada bukan Melayu berdasarkan Enakmen Rizab Melayu (ERM) Negeri-negeri Bersekutu 1913, seterusnya ERM 1933, seterusnya dikenali sebagai ERM (N.M.B Bab 142). Dari laman web KPTG sendiri iaitu http://www.kptg.gov.my/tanahrezab.html dapat diperhatikan ketidaksahan urusniaga persendirian (private dealings) diantara orang Melayu dengan orang Bukan Melayu. Hanya negeri Kedah dan Kelantan sahaja yang mebenarkan pajakan atau sewaan selama suatu tempoh yang tidak melebihi 3 tahun tanpa pilihan untuk memperbaharui kontrak pajakan.

iv) Kami mendesak supaya pihak PTG mengambil tindakan ke atas transaksi-transaksi tidak sah ke atas hartanah-hartanah rizab Melayu. Adalah mustahil pentadbiran PDT Maran tidak mengetahui perkara ini sedangkan kebanyakan pekerja di PDT tersebut mengenali Dato’ Kan Ching dan hubungannya dengan Mohd Nor bin Abdul Rani. Penolong Pegawai Daerah juga pasti mengetahuinya, apatah lagi setelah berbual panjang dengan Dato’ Kan Ching selepas lelongan tersebut. Mitos orang Melayu tidak mampu mengusahakan hartanah- hartanah Rizab Melayu perlu dibuang jauh-jauh ke Selat Tebrau. Kami mendesak pihak tuan bertindak sebelum berlakunya Fenomena Batu Putih atau Putih Mata ke atas tanah daratan kita. Sekarang ini pun sudah berpuluh ribu hektar tanah rizab Melayu diusahakan pihak lain yang mempunyai kawalan de facto ke atas hartanah- hartanah tersebut.

Pihak kami mendesak tindakan segera untuk perkara-perkara di atas. Jika tiada apa-apa tindakan atau tiada sebarang komunikasi dari pihak tuan dan dari pihak Peolong Pegawai Daerah Maran Selepas 21 hari dari tarikh penerimaan surat ini, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan seterusnya yang kami fikirkan perlu.

Segala perhatian, pertimbangan dan kerjasama pihak tuan kami dahului dengan jutaan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,



-------------------------------------
(MAHADHIR BIN MAT LAZIM)



------------------------------------------------
(SHAHRULHIZAN BIN SHAIBON)



------------------------------------------------
(FARIDAH BINTI HAMZAH)



------------------------------------------------
(ZARINA BINTI MAHYUDDIN)

s.k.
DATO’ ZOAL AZHA BIN YUSOF
Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
No. 25, Persiaran Perdana
Wisma Sumber Asli
Presint 4
62574 Putrajaya
Tel : 03-81712600
Faks : 03-88810796

Mohamad Aslam Khan
Chief Recovery Specialist
Affin Bank Berhad
HEAD OFFICE
17th Floor, Menara AFFIN
80, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2055 9000 / 9020
Faks: 03-2026 1415

Raja Azhar & Husain Safri . No. 61, 1st Floor, Jln Mahkota
25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5161812
Faks: 09-514 5280

Mahadiah binti Mohamad
Pegawai Daerah Maran
Pejabat Daerah Dan Tanah Maran
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
26500 Maran
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-4771500
Faks: 09-4771858

XXXX XXXX XXXX XXXX
Penolong Pegawai Daerah Maran (Tanah)
Pejabat Daerah Dan Tanah Maran
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
26500 Maran
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-4771500
Faks: 09-4771858

Haji Zainal@Ismail bin Mohd. PPN, PJK
Pelelong Berlesen
No. 21, Lorong IM 2/10
Taman Indera Mahkota Jaya
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel: 016-9203040

Rabu, November 05, 2008

Tahniah buat zamie a.k.a Azlizam Abdullah de Jengka 1


Gambor hiasan.. Anok koi Uzair Ziyad masa umur 3 tahun..doh koi nunggu zamie hantor gambor anok die tok sampei2 koi letok la gambor budok rambut panjanc ni.. hihi


Assalamualaikum rodonc-rodonc semmer..

Semalanc dalanc pukul 6 petanc, koi terima SMS dari rodonc koi zaman skoloh Bandor Pusat Jengka dulu, Az a.k.a zamie..

Alhamdulillah..
Selamat doh isteri dia yang dikasihi melahirkan anok keempat, lelaki lagi. Menyamakan kedudukan dengan koi kata zamie.. 4-4. Jaringan minit ke 08 la ni.. koi dulu minit ke 02,03,05 dan 06. Tok menjawab dia masa tu..hehe
Le ni bila koi mengambil corak bertahan baru la Az menyamakan kedudukan..
tapi kita hanya mampu merancang hanya Allah menentukan..

Anok koi pun L-P-L-L, anok dia pun L-P-L-L. Berjangkit gamoknye.. hehe

Koi menelepon Ahad sebelum Dipabali ari tu lagi dia kata menunggu masa..
sempat lagi koi speaking banjar dengan dia.. hehe
terkejut pulok dia lamer tok spiking gamoknyer ...

Berat 3.76 kilo. Koi suruh dia bubuh nama Don Balon de las Palmas dia tak mboh..
mesti start Ainul kata dia.. sebab semua anok dia start dengan Ainul..

Ha..rodonc-rodonc, moh la kita bagi cadangan nama-nama yang baik kepada saudara kita
Azlizam Abdullah..

Koi cadanc:
i. Ainul Yaqin (peh machanc name turki la pulok.. macam striket Hakan Yakin striker Switzerland tu.. hehe)-mata (penglihatan) yang yakin..
ii. Ainul Ziyad (Pergh machanc name striker Tunisia Ziyad Al-Jaziri la pulok...)-mata (penglihatan) yang bertambah, Ainul Zaidan pun boleh..machanc Zinedine Zidane la pulok.. heheh
iii. Ainul Zaki (pergh machanc striker Mesir yang main dengan wigan tu la plok..Amr Zaki hehe) - mata (penglihatan) yang bersih..

Ha.doh la tyu karanc keluor semua nama pemain bolo pening pulok zamie nok memilih..

Ma'assalamah wailalliqaa'..

Ahad, November 02, 2008

Suatu Malam Nan Suram..:Penunggu TNB Bangsar

Suatu malam dalam tahun 1998 atau 1999, koi terpaksa ke TNB Bangsor untuk mencocoh duit di BSN kecik di sana ekoran BSN Pantai Dalanc pada masa itu terpaksa ditutup oleh masalah yang sampei le ni koi dan rakan-rakan serumoh gagal mendapatkan sebab-musababnya..

Koi dengan Z buruk koi pun merentaslah keagaksibukan Jalan Pantai Baru dari arah Kerinchi dan membuat belokan ke kiri dengan sudut 37 darjah dari garis mengufuk.

Selepas jarak lebih kurang, 15 meter koi membelok ke kanan masuk ke kawasan TNB Bangsar. Sampai ke mesin ATM, koi pun menyempurnakan cocohan dengan jumlah yang cukup untuk dua tiga hari layan sup daging atau Tom Yam Sotong di kedai Sofea Tom Yam (kedai termurah waktu itu..hehe).

Koi mendapatkan Z usang koi lalu separuh memecut..menuju arah pintu keluar Jalan bangsar, bukan jalan masuk tadi. Sengaja koi buat begitu malanc tu, maleh nok pusing balik melinteh Kerinchi. Setelah beberapa ketika melayan perasaan dalam kedinginan dan keheningan persekitaran TNB Bangsar yang meriah di siang hari, koi ternampak dari kejauhan satu susuk tubuh antara pepohon peneduh yang terdapat di situ. Tubuh itu melambai-lambai ke arah koi dari kejauhan.

Koi mula mengaktifkan cognitive dan motor information koi dan akhirnya motor information koi telah menyebabkan motor Z koi berhenti. Satu susuk tubuh agak tinggi, berkulit agak kehitaman, berkumis dan berjambang mendekati koi.. Langkahnya koi lihat agak terganggu, mungkin salah satu kakinya mengalami komplikasi ataupun bahagian basal ganglia dalam otaknya mengalami gangguan. Apabila tubuh itu semakin hampir dengan fairing Z koi, suatu bauan semerbak kemasaman memecah kebeningan malam..

"Mabuk punya kutu la pulak.. abeh aa koi".. motor kognitif koi beroperasi lagi..

Tiba-tiba tubuh itu bersuara dalam Bahasa Melayu dialek Andhra Pradesh..

"Macha.. tumpang pigi itu pintu deppan boley ka?"..

Lagi sekali proses membuat keputusan berlaku...
Keputusan: afirmatif.

"Boley aa macha..?".. ujar tubuh itu lagi dengan suara diiringi bauan kemasaman itu lagi umpama bulan dipagar bintang..

Koi bersuara pendek "Naik aah.." sambil sengih separuh yang dibuat-buat disulami dengan elemen-elemen ketakutan dan kerisauan..

Tubuh itu membonceng Z koi sambil bersuara..arrghh..bau itu semakin kuat ekoran jarak beliau dengan koi kini hanya beberapa cm...

"Macha.. terima kasey aa.. saya suda tunggu suda berapa lama..semua tara mau angkat.." getus beliau..
"Ooooo..perempuan kalu, suda lama itu worang angkat..poodah!" sambung beliau lagi menunjukkan rasa tidak puas yang amat sangat.

Koi rasa nak tergelak.. mana doknye..dressing dah la menakutkan..bauannye pun bisa menyebabkan simptom-simptom seperti orang berbadan dua.. hehe

..............

Akhirnya koi dan tubuh itu sampai ke pintu keluar arah Jalan Bangsor.

Tubuh itu turun dari motor Z koi....
Tiba-tiba koi terkejut!
Tubuh itu memegang pergelangan kaki koi dengan kedua-dua tangannya laksana pengantin perempuan dalam filem hindustan bertemu ibu mertuanya..

Dengan wajah terharu yang dapat koi saksikan menerusi cahaya lampu jalan berhampiran, tubuh itu bersuara lagi..
"Machaa...... terima kasih macha".. sambil terus memegang kaki koi..

Koi dalam suasana masih terkejut hanya menjawab "Ok..ok.. no problem.." seraya memecut kemudian setelah agak jauh ketawa sepuas hati koi.. harhar!

Selasa, Oktober 28, 2008

Baht, Riyal apa saja..


Semalanc koi keje walaupun kebanyakan rakyat Tanah Melayu dan Borneo cuti menyambut (ataupun tidak menyambut tetapi bercuti juga) Dipabali..





Beloh-beloh petanc sket koi menerima panggilan telefon dari istri koi..
Menceritakan kisah anok sulung koi Uzair Ziad yang berumur 6 tahun 4 bulan yang suka memikir macam-macam..

*************
Dengan serius dan berseri-seri..

Abang: Umi, duit tu kan kertas..
Umi: Ha la.. memang la duit tu kertas..
Abang: Ha..boleh la.. kan kita takde duit..
Umi: Pastu?
Abang: Kita ambik kertas.. abi kan ada kompiter.. kita buat duit cantik-cantik.. kita boleh la beli..
Umi: (gelak..)

***************
Kedengaran Mak Teh (adik koi) di ruang tamu sedang memberi penerangan situasi kepada Abang..

Notakakidanmulut: Robert Kiyosaki juga pernah cuba membuat duit syiling sendiri sewaktu kanak-kanak dulu menggunakan tiub ubat gigi aluminium.. hehe

Isnin, Oktober 27, 2008

Takziah buat sahabatku Hayazi a.k.a Akob...

Malam Ahad baru ni rodonc dan rakan serumoh koi maser di UM dulu Akob menelefon..
Ade jugek dia komen di posting koi sebelum ni..
Koi ingat dia nok ngajok rumoh terbuka..
Lepas intro lebih-lebih kurang..
rupanya dia nok buat tahlil..

Anok dia yang baru 4 bulan tu meninggal..
Koi terkedu dan tak tau nok kater mender..
hanya koi mampu bertanya guaner boleh meninggey..

Isnin lepas dia cerita pengasuh anok dia telepon.. maser tu anok dia dah tok sedor..
Bowok gi hospital disahkan meninggal..
Lepas post-mortem doktor kata suffocation..
mungkin kain atau bantal menyekat hidung dan mulut tanpa sengaja..

Nada Akob koi dengor amat tenang dan sabor..
Koi pulok nasihat dia supaya bersabor..
Dan koi kata hanya mampu bagi nasihat..
koi kata koi sendiri pun kalau jadi tok tau la guaner reaksi koi..
Lebih daripada sedih la..
Lagipun koi masih terbayang saat-saat kehilangan ayoh koi Mac tahun ni..

Sempat jugek Akob berpesan kepada koi supaya memantau pergerakan anak-anak..
Dan dia juga berkata sukar jugek nok pastikan begitu sebab kadanc-kadanc teralpa seminit dua pun jadi..
macam kes anok koi kena air paneh dulu la.. (Insya-Allah koi entrikan..)

Apapun, koi ucap takziah kepada Akob dan harap diri koi sendiri bersama pelawat-pelawat blog koi dapat menyedekahkan Al-Fatihah untuk roh anok Akob, dan berdoa kepada Allah semoga beliau bersemadi dengan aman dan menjadi penghuni syurga.

Ameen..

Khamis, Oktober 23, 2008

Angkerr!! Taman Negara Kuala Tahan punye cerite.. II















Sampei giliran koi..
Eh..orang rumoh koi naik dulu..
Kemudian
koi melangkah penuh bergaya.. Haha man helang silap..dia ingat koi tara branee ka... Pekerja canopy walk melaung "Jaga jarak 5 meter"..

Koi tengok org rumoh koi selamber je..
Sampai di bahagian tengoh.. mula la mender tu bergoyang-goyang ke atas ke bowoh..
pemegang tu pulok dah la tali.. kalu orang yang sederhana tinggi machanc koi ni (1.70 m sahaja) pun rasa machanc nok terolek-olek ke kiri kanan..
Dah la luas tempat pijok tu dalanc 1/2 kaki je..

Koi mula rasa nok terkencing.. keringat tiba-tiba memercik dari seluruh bahagian tubuh koi yang berkulit..
Koi memanc terpaksa tengok ke bowoh jugek...
Nasik dengan karipap yanc koi belasah pagi tadi berebut-rebut nok keluor dari mulut..
Koi tahan.. koi tak mampu melangkah lagi.. namun kugagahi jua.. setapak demi setapak.. orang rumoh koi sebok suruh koi cepat..
Koi bersuara perlahan kepada penjaga canopy tu..
"Tokleh patoh balik ke weh?"..
-"Nok patoh balik guanner orang lain naik doh blakanc tu..".. balas beliau sambil tersenyum (baca sengih) melihat gelagat koi..

Ahhh sudooohhh.. ni baru satu jembatan koi rasa nok pitam nok muntah nok berok semua ada..
Koi menapak jugek sikit-sikit..
Apit anok sedare koi yang berada di belakang orang rumoh koi muler nok buat dajey.. muler nok melompat-lompat..
ADA 7 LAGI JAMBATAN!!

sampei je di platform rehat pertama antara jembatan koi menerpa dan memeluk kuat-kuat pokok tualang ke pebenda hntoh..
Koi mula bermonolog "Apeke giler mender aku buat ari ni??..."..
Rimbunan pohonan di bowoh pun nampok kembang kuncup je pada pandangan koi..

Koi tak mau meneruskan perjalanan tapi penjaga canopy dah melaung "Jangan lama-lama ateh platform.. orang makin ramei ni.. "..
"jangan ramei-ramei ateh platfonc weh...

Ahhh! bikin gué penasarann..

Koi meneruskan langkah longlai dan terketor-ketor ke jambatan-jambatan seterusnya..
ada jambatan yang rendoh amat level pemegang dia..koi kena merendohkan badan sikit takut terolek ke tepi...



habis je jambatan kelapan koi terus duduk di tanah dan bertafakur mengenangkan apa sebenornye yang telah terjadi..
sambil anok sedare koi tak habis-habis berderai tawa menceritakan kepada semua hadirin gaya ayoh ciknye sewaktu memeluk erat setiap pokok yang menempatkan platform..

Cheh..

Selasa, Oktober 21, 2008

Angkerr!! Taman Negara Kuala Tahan punye cerite..
















Raya Haji 2007

*****************
Koi walaupun anak Kota Gelangi, Jerantut namun koi kurang minat berekreasi ke hutan, bukit atau gua.

Minat koi lebih ke laut, sungai dan tasik, walaupun koi bukan kaki pancing.
Laut memberikan koi ketenangan, warnanya, bunyinya, pantai berpasirnya..

perrgh Pahangku...


Sungai Pahang mengalir perlahan.. lambang perjuangan menentang penjajahan.. lambang kesinambungan hidup watan..
sangkor ikan patin sepanjang laluan..
peww Pahangku..

Tasik membiru memberikan kedamaian..
sekali-sekala toman mengocak permukaan..

pooff.. Pahangku..

******************
Telepon genggam (Min, pinjanc term aok..hehe) koi berbunyi..
Keluor di skrin nama Pedro Pedraza member koi dari Mexico yang pada masa itu menetap di Kajang..


(Dialog dibina semula untuk menggambarkan keadaan sebenar..)


Pedro: Hola amigo..
Koi: Hola..
Pedro: ¿Cómo estás? ( Guaner gamok?)

Koi: Bien, como siempre jeje.. (Ok je, cambiase hehe..)
Pedro: ¿Recuerdas nuestra conversación de otro día? Del viaje al parque nacional..

(Aok ingat dok sembang berapi kita ari tu? Pasey nok gi Taman Negara tu..)
Koi: Aj sí.. ¿así han decidido viajar a Pahang este Hari Raya?

(Ho'oh ye..ye.. kira jadi la aokmer nok bejalan ke Pahang raya ni?)(Raya haji daa...)

Pedro: Sí..sí..como no.. salimos juntos desde Kajang?

(Ye..ye ..pasey pulok tok jadi.. kita keluor sama-sama dari kajang?)

Koi: Sí..claro. Paramos por su casa entonces?
(Ho'oh mesti aa.. Kome singgoh dumoh deme la kalu gitu yek?)
Pedro: Okay.. a las 9 de la mañana eh?

(Ok.. pukul 9 pagi yek?)
Koi: Bueno..no hay problema.. nos vemos..adios..

(Baiklah.. tiada masalah.. kita jumpa nanti.. bai..)

Pedro: Adios... (Bai..)

*************************
Pagi tu kami sekeluarga bersama dengan Pedro, isteri beliau Inue (Pedro panggey bini dia Annie, koi maleh nok panggey gitu sebab org rumoh koi pun gelarannya Ani..karanc payoh..hehe) dan anak mereka Sarah pulang ke Gelangi untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha..

Pagi raya kami menyembelih lembu sekor di laman rumoh....
malanc raya kami makan BBQ di rumoh besan mok koi di blok 20.. pedro dgn inue tak boleh makanla sebab tu daging korban.. mujur besan mok koi (nama makcik ani pulok..ramey betul ani di sekeliling koi..hehe) buat satey ayanc ke deme..boleh ja jugok makan..
petanc raya dalanc pukul 3 kami pegi ke Gua Gelangi..
Itulah kali pertama dalanc hidup koi, koi pegi gua gelangi.. Dzul mesti bengang dengan koi ni hehe..name je orang gelangi..
Tu la..seperti perenggan pertama tadi, memanc koi kurang minat (itu duuluu.... kata Labu)..

Pagi esoknya.. kami bersiap ke Taman negara..
Koi, Ani koi, Nasywa koi dan Apit anok sedare koi satu keta..
Pedro, Annie dia dan Sarah satu keta..

Pukul 7.30 kami turun..
sampei simpanc Padang Piol-Sungai retang dekat somé (sawmill) tu, kami belok kanan..
nampok la signboard mutiara resort tu 60 km ++ lagi..
Sampei Pdg Piol isi minyok..
sampei di Taman Negara lebih kurang pukul 9.. takde la laju bawok.. jalan machanc ulor padang pasir..

Setelah melintas menaiki perahu, kami pun trekking la lebih2 kurang..
Setelah beberapa kilometer berjalan.. (Gila.. 7 kilometer atas darat pun koi rasa nok pitam..ni pulok dalanc hutan mengelok akor, naik bukit..pewww.. hamper pinsan gué..).. koi terdengor suara-suara dari langit..
koi mencari-cari dari mana datancnye suara-suara tersebut..
ada yang mengekek-ngekek.. ada yang menjerit seperti ketakutan..
Tiba-tiba koi terpandang beberapa lembaga terawang-awang di udara, lebih tinggi dari pucuk pokok-pokok balak yang ada di situ..

Lahh!! Rupa-rupanya homo sapiens machanc kiter jugek tengoh berjalan atas canopy walk..
Cheh..

Koi tiba-tiba teruja..
Koi terlupa yang koi menghidap altophobia..
Seraya koi berkata kepada istri koi..
"Jom naik canopy walk tu.."
istrikoi mula-mula membantah dan mengingatkan koi tentang fobia koi..
Koi tok kira.. koi ajok Pedro sekali..
Dia dengan keluarga dia on je.. deme ni memanc jenis mengembara..

Sampei di kaunter tu, koi dan Pedro pun membayor la dulu.. Pedro naik dulu..
Lepas tu Inue dengan sarah naik..

Kemudian giliran koi..

Bersambung..................
*******************

Selasa, Oktober 14, 2008

Raya baru ni...

Raya baru ni..
target nok raya betulllll punya puas ati..
balik kelantan 2 hari..
raya kedua on the way balik gelangi..
Koi turun dari Pasir Mas pukul 4 pagi..
hati berbunga nok beraya gi mari..
Last-last mok koi telepon: "Anak-anak dah mandi?"..
Pantas koi jawab: "Belum lagi.."..
Kata mok lagi: "Air doh takde 3 hari.."
Tiba-tiba kepala koi jadi berapi..
lalu berkata dalanc hati..
mesti puok JBA buat hal untuk ke sekian kali..

*********************
Aokmer bayanc la..
Raya kedua tu mok koi sewa 4 bilik di Tekam Plantation Resort tok daye doh takde air..
Pinggan-mangkuk bersepah tak basuh..air nak mandi langsung takde..
nak berak kencing pun seksa..
Koi sekeluarga dan adik bongsu tetap landing di rumah..
malam tu air mula ada menitik-nitik..
Esoknya koi pegi Jengka 1 rumah member akrab koi sekoloh dulu pun dapat cerita sama..

Minggu lepas koi baca Berita Harian ada anak peneroka jengka 6 hantor ruangan surat pembaca mender yang sama..
Dia siap tuntut Pengarah JBA Pahang mohon maaf secara terbuka kepada seluruh penduduk Wilayah Jengka..
dah bertahun-tahun masalah yang samer..cuma kali ni paling teruk sebab kena masa raya yang sepatutnya waktu kita bergembira...

Memang potong betul la..!!
Betull punya tak puas ati..

Sabtu, Oktober 11, 2008

Kisah Jutawan Sonyap di Sobuah Kampuang di Baranang, Salangor

Ini ialah copy n paste post koi dalanc sebuah forum yang koi selalu lepak dari tahun 2007 lagi..
banyok ilmu koi bueh dari forum ni..
ilmu pertanian ke, cara nok beli rumoh ke, public mutual ke semmer ada..
ini link ke post koi tersebut..
Tarikh post ialah 14/04/2007 lamer doh tapi koi raser banyok pengajaran dari kisah ini..
koi guna bahasa N9 sebab itulah bahasa rasmi Semenyih dan Beranang.. hehe

http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=955&highlight=sonyap

Amacam..catchy tak tajuk dio..

Selaso lopeh den poie la melinteh dopan Bandar Akademia projek Lion Group yang lambek naik dan baru nak buek launching bulan limo..ha'ah..bulan dopan la..
Den ternampak ado sign board tanah untuk disewo..
Den yang dah sekian lamo nak cari tanah nak tanam herbo wajib masyarakat Melayu dan Thai iaitu serai atau "takrai" dalam bahaso siam, pun menelepon la ko nombor tu..
Mulo2 dongar la sogho makcik yang mesro, kemudian dipass pulak kapado pakcik yang mesro jugak bunyinyo..
Disuruhla den datang kerumah..nak bincangkan brapo hargo dan klaus2 lain yang den pun tak brapo pasti sobab tak ponah2 nyewo tanah ni..
Den pun ngoba'an ko istri den yang tongah bekerjo di Pusat Internet Deso Baranang, dio toghuih ngajak den poie ko umah makcik&pakcik (selepas ini dirujuk sebagai M&P, dokek2 cam S&P jugak.. ) tu.
Waktu rehat istri den (den kojo syif potang, biaso la helpdesk 24/7 mesti syif), kami pun korumah M&P tu. Gadang banar umah eh.. (bahaso minang, besar benar rumahnya), tapi umah kayu dan stail lamo la.. Kenderaan takdo.. basikal buruk yo limo bijik.. Bagi salam, naik ko umah, bertemu la mato dgn M&P yang mesro tadi.

Sonang ati den sembang ngan dorang..bolum masuk bab nyewo lagi, anak sedaro dio datang.. jadi lopeh 15 minit den n istri (DNI) pun mintak diri..esok pulak datang.

==========================

Rabu

Esoknya, den ngan istri poie lagi ko umah M&P tu, waktu yang samo..berbincang hal hargo..sambil2 dio cito zaman dio bukak tanah, nobang pokok etc. memang menarik sobab generasi kito tkado lagi dah bondo2 walaupun owang umah den kato di Guo Musang masih boleh troko kemudian mohon tanah.
Dio pun lotakla hargo 400 setahun untuk 1 1/2 ekar.. DNI pun trimo..
Ado jugak cito pasal anak2 dio sendiri pun tak mahu ngushokan tanah etc. Sedih jugak den bilo pakcik tu menangis mengenangkan kepayahan mengusahakan tanah sedangkan anak2 biarkan yo jadi belukar.. Padahal bukan kono buek sendiri pun, semuo upah indonesia yo..dari menobeh sampai menanam sampai menuai balik sok.. untung boghosih biaso dalam rm5000/ekar..bagi den banyak tu..takpola den belajar dulu..

Sembang2 lagi, timbullak isu jual tanah sobab DNI memang dah lamo carik tanah untuk buat umah.. rujuk bahagian Hartanah "Umum".. ado la sikit pasal pencarian den di daerah Hulu Langat ni. Pakcik tu cerito dio boli baru 2-3 tahun lopeh tanah yang den nak sewo tu, rm115,000.

Isteri den: pakcik boli cash ko?
Pakcik: Ha'ah.. pakcik duit ado.. cumo cam ni lah (pakcik ni tak larat berjalan sbb kena stroke)Bukan nak banggo, tapi nak tunjuk (bagi contoh) kek ekau yo.. nanti acik ambikkan.. (sambil bangun dalam kepayahan bergantung pada railing tali lembu yang digunakan untuk menyokong pergerakan beliau).. (kembali dengan 4 sampul penyata dari ASB)

Pakcik: Ekau tengokkanla dalam tu namo acik xxxxx bin xxxxx dgn makcik xxxxx bt xxxxxx, pakcik buleh baco cumo tak berapo nampak (umur 76 tahun)


Humang aiii!!!
DNI takajuik bosar sobab dalam ASB pakcik tu ado 39x,xxx dan istri pun samo 39x,xxx. Duo penyato lagi anak2 dio punyo..sorang 86,xxx dan sorang lagi 2x,xxx.

Pakcik: Ado 39x,xxx kan? Tu semuo acik simpan tu..dari tahun 80-an lagi.. sikit-sikit acik simpan..bukan acik kojo bagaji cam anak.. susah acik ni.. (sambil menahan tangisan..)

Lalu pakcik pun nasihatkan DNI supaya camano pun mesti simpan..cam Azizi Ali lak point-point dio.. tapi memang confirm bukan dio baco buku Azizi Ali..
dio cerito dio selalu tanyo anak bongsu dio kojo askar..

Pakcik: mano abih gaji ekau xxx?
xxx: gaji den kannya bosar bah.. bapo ratuih yo.. cukup makan yo..
Pakcik: Iyolah..kalau saratuih ekau dapek..takkanla sepuluh inggit tak boleh kau simpan..
Simpan ni jangan kiro nak banyak yo.. sikit pun nyimpan la jugak..


Den potik ayat Azizi Ali, lebih kuranglah.." Saya telah membaca beratus-ratus buku motivasi kewangan dan setiap satunya mempunyai idea dan metod yang agak berbeza-beza. namun kesemuanya bersetuju dalam satu perkara: Anda tidak akan menjadi kaya jika tidak menyimpan".

Den sonyum sendiri sobab lopeh kawin tahun 2000 ni lah baru den tahu apo itu erti simpan.. bukan omak den tak ajar...maso kocik2 den kemain banyak tabung..tapi bilo dah remajo..tahunyo nak mem'brand'kan diri yo.. cam lombu

Sembang punyo sembang.. pakcik tu pun tawarkan 3 ekar lagi tanah dio untuk den sewo.. Alhamdulillah..

pakcik: Sok kau datang kito poie samo2 tengok tanah 3 ekar tu..cantik tanah tu.. rato..

Lalu disambung cerito dio pasal tanah2 dio, penat lelah dio memacam lagi..
DNI mendengar dgn penut minat.. Moga-moga jadi motivasi bagi kami..

Tanah pakcik tu dlm kampung tu sajo ado limobleh ekar.. seekar hargo tanah kampuang di Baranang ni average 120k.. cuba bayang berapo aset dio? 1 juta 8 ratuih ribu.. tu aset beku., yang cair? dalam ASB sajo dokek Rm800k, bank2 lain pun ado jugak.. ASB anak2 dio pun dio yang masukkan. Si xxx tu dio masukkan 500 sebulan, sebahagian hasil gotah bulanan dio.

Yang den kagum tu, pakcik ni masih ado vision walaupun umur dah 76, masih nak melabur lagi.. Tanah yang 1 1/2 ekar tu, dio nak buat tanah lot bilo dah ramai org duduk di Bandar Akademia sobab kedudukan dio boto2 dopan perumahan tu. Dulu mintak ngan petronas nak buek stesen minyak, tapi petronas tak bagi sobab org tak ramai kawasan tu..rugi yo nanti.. Pasni nak boli kodai sebelum perumahan polis yang tongah buek kek somonyih nak sewokan kek orang.. cash lak tu.. hartanah biasonya appreciate.. memang kito untung yo lah.. kito mikirkan loan laie..hapo laie..

Pakcik ni ado mention jugak, mesti ado buek projek apo2..jangan tunggu pendapatan biaso yo.. dio dulu kalau nak ngarapkan upah nobang, nobeh brapo sen la sangat.. ado duit sikit..boli lombu..biakkan.. bondo2 camni la yang support pelaburan kito (ayat den la tu.. )

========================

Jumaat

DNI & anak2 & M&P semuo naik Wira den manjat bukit tengok tanah 3 ekar tu..cumo jalan umang aiii.. tak sanggup dah den bawak keto..4wd okay la..

Memang nostalgik la tanah tu bagi dio..dulu sobolum tahun 1975, dalam utan ateh bukit tu la dio duduk ngan anak limo.. nobang utang.. anak dio duo dah poie dulu..tinggal tigo.. den pun raso nak nangih nengok dio sodih.. sobab den pun ado anak ompek.. 4 th, 3 thn, 2 thn dan 9 bulan.. tak dapek nak membayang dok dalam utan sekeluargo yo..

Itula kisah yang den sompek kongsi dengan semuo wargo bloggers.. mujur ari ni tak sibuk di DHL ni..

Pengajaran di sini:

i) Simpanlah walau sesedikit mana pun gaji kito.. (petua minimum 10%..samo cam Azizi Ali lagi.. den suspek mamat ni poie berguru dgn pakcik ni la dulu.. hehe) supayo jadi budayo dalam diri kito..
ii) mesti ado projek sampingan yang boleh bagi duit gedebuk sikit..untuk modal kito buek pelaburan lain..
iii) Dan den peratikan, kehidupan pakcik ni terlalu sederhana..rumah walaupun besar ..dah agak usang sebab tak sempat dah makcik tu nak kemaskan.. kereto apo pun takdo..jadi den raso kito keno ambik jalan tongah.. sebab mikir2 duit juta2 pun anak2 dio gak yang dapek.. kurang2 poie la melancong, ado kenderaan seleso sikit.. Tapi yang baik jadikan teladan, yang kurang baik jadikan sompadan..

Itu sahajalah nukilan den kali ni.. sila komen wahai rakan-rakanku warga bloggers sekelian..

Ahad, September 28, 2008

Catatan Aidilfitri Seorang Anak Felda

Koi mula-mula maleh nok cerita hal raya pasey ramey telajok doh rodoncs buat tajuk berkait raya ni..tapi nok buat gonner..setiap pengalaman wokmer semmer memang unik dan menyeronokkan dibaca..



Gambar Hiasan: Acara membakor lemanc Aidilfitri 2005. Koi tidak kelihatan sebab koi yang tangkap gambor. Orang rumoh koi sedang mendukung Uwais Munzir, baru umur berapa bulan masa tu..

Koi semangat lepas baca entrada
Hajime pasey mercun sebab koi maser kecik-kecik dulu memang kaki mercun dan bunga api..
Bunga api sembur yang pemegang dia belanc-belanc meroh putih tu (bukan UMNO haha) tu koi patohkan pendek-pendek.. carik tiub moto buruk yang pomen doh buanc, potong ambik bahagian logam yang kita pam angin masuk ikut situ tu (mender ke namer mender tu koi lupa)..

Korek buanc bahagian halus yang kita boleh tekan untuk keluorkan angin dari tiub ni..
Ambik skru yang ngam dengan bahagian luor logam tadi.. kira enforcement la ni.. bubuh sampei empat lima skru.. ambik
dawai tebal yang keras, sambung ke bahagian logam tadi sebagai pemegang. Bunga api pendek-pendek tu masuk ke dalam logam tu, cucuk pulok dengan paku, biar kepala paku tu keluor. Lepas tu ketuk, POMMM!!
peww..api ada kluar la dey.. lagi best main waktu malanc.. ganas je nampok.. hehe

Ironinya le ni koi tak bagi langsung anok-anok koi main mercun.. deme kalu nok main pun malanc rayer dengan sepupu-sepupu di Gelangi atau Pasir Mas.. tu pun terhad kepada bunga api cap Kucing je.. hehe


Bukan apa..
koi kalau boleh nok terapkan betul-betul semangat raya ni kepada anok-anok..
Bermaafan, ziarah... bukan mercun dan duit raya..
Tapi koi tak boleh keras sangat sebab deme muda sangat lagi yang sulung 6 tahun dan yang bongsu 2 tahun.. seperti koi entradakan sebelum ni anok koi 4 orang, yang sulung lahir sewaktu peringkat kumpulan Piala Dunia 2002 dan yang bongsu sewaktu suku akhir Piala Dunia 2006.

Berbalik kepada catatan koi beraya di Gelangi 2..

Zaman koi kanak-kanak dulu tahun 80-an kalu beraya biasanya dapatla 20 sen atau 10 sen duit raya.. kalau ada rumoh bagi 50 sen tu jaga la.. lepas ni habis satu gelangi serbu.. terus kena cop orang kaya..hehe
ye jugek..masa tu nasik lemok di kantin sekoloh ada 3 jenis.. satu 10 sen sepiring, satu 20 sen..dan satu lagi 30 sen sepinggan.. koi ingat ada la sekali koi beli yang 30 sen..itupun simpan duit sebab sampei darjoh 3 koi bawok 20 sen je gi sekoloh.. darjoh 4 sampei 6 pun setakat 30 sen je.. jimat wehh.. hehe

Satu hari raya tu, masa tu koi belum tadika pun lagi.. koi ikut la abang dan akak koi (Zaidi, jurulatih pertama koi main bola.. hehe dan Rohayu, senior l.i.f.e di Asrama Felda KL dulu) pegi beraya..

entah berapa belas rumoh doh koi pegi..
Kami pun singgoh la ke satu rumoh ni..
Lepas layan lebih-lebih kurang (politik beraya hehe) sempret dgn air oren ke sirap ais ntoh..
kami pun meminta diri..
Tuan rumah berdiri dekat pintu.. sambil mengenggam syiling..
Semua orang bergerak keluor dan bersalam dengan tuan rumoh..
Tuan rumoh memberi sekeping syiling setiap orang..
Sampei giliran koi, koi buat mender sama..

Tiba-tiba..
"Eleh! 5 sen! Kedekut!" laung koi kepada tuan rumah. Tuan rumah tergelak. Abang dan akak koi risau dan menarik koi cepat-cepat keluor.

Nasib baik mok koi tak bagi tali pinggang masa akak koi membuat laporan susulan kejadian bila kami sampai di rumah..

Rabu, September 24, 2008

د كهنيڠن دينيهاري شوال ١٤٢٧

Kali ni saje koi tulis dalam tulisan jawi. Saje sebab semangat koi meluap-luap bila Teresa Kok menunjal-nunjal tulisan jawi di Seputeh tak lama dulu.. koi percaya semmer rodoncs boleh bacer... Insya-Allah"

مالم راي 2006

سياڠ تادي كوي ماسيه كرجا. معلومله بارو سبولن لبيه كرجا د شريكت بارو ني. ترڤقسا كرجا سمڤأي راڤت ك هاري راي. شيف ڤتڠ ڤولاق تو..همڤيه.. باليق كرجا ڤون ده 10 مالم..

تاهون ني ڤولاق ڬيليرن براي د كلنتن، كمڤوڠ اورڠ رومه كوي. استري كوي ني اصلڽ دري سوڠي ڬولوق، ناراتيوات تاڤي همڤير سموا اهلي كلوارڬ تله برڤينده ك كامڤوڠ اصل نينيق مريك د ڤاسير مس ايكوران مساءله بوم هاري-هاري د سان.
ماسق كوي كالي ني.. مان دوقڽ.. كلوار كرجا ڤوكول 10، هوها هوها سمڤأي د رومه ڤوكول 11 لبيه..

سمڤأي د رومه د برنڠ نون، كوي مندي دان امبيق كڤوتوسن تيدور سكجڤ.. دالم ڤوكول 12 كوي نق باڠون باليق، لڤس تو بوليه لا مولا ڤرجالنن ڤوكول 12.30 سبب بارڠ-بارڠ سموا استري كوي ده ماسوق دالم بيڬ.. كوي ڤون كونچي لا جم ڤوكول 12..

*******************
بم!! كوي ترسنتق دري تيدو.. هاندفون كوي منونجوقكن ڤوكول 3.30 ڤاڬي..
ادوا.. كوي تيڠوق اورڠ رومه كوي ڤون ترتيدور روڤاڽ.. انق-انق اڤ لاڬي.. لاين باءيق ج داوليت ميمڤي..

كوي سڬرا ملنتونكن ديري.. چڤت-چڤت كجوتكن اورڠ رومه كوي..
اورڠ رومه كوي ڤون سام جادي كلام-كابوت..
"سمڤت ك بڠ نق سمڤأي كلنتن ماچم ني؟" تاڽ استري كوي رسه.
...
كوي جواب.. "موه لا برسياڤ دولو.."
لبيه كورڠ 20 مينيت سموا تله برسديا د دالم كريتا..

كوي ڤون ممبوك بونيت دان ممريقسا ميڽق انجين دان اير دالم رادياتور دڠن ترڬسا-ڬسا..

كمودين كوي سڬرا ممچوت برسام كلوارڬ ملالوءي جالن لاما سرمبن-كاجڠ دان كمودينڽ ماسوق ك لبوهراي كاجڠ-كوالا لومڤور ڬرند ساڬ..

ڤچوت ڤوڽا ڤچوت.. لبيه كورڠ ڤوكول 4.20 كامي سمڤأي د تول باتو 9، تق جاؤه ده دڠن جالن چراس.

تيبا-تيبا..

"ديق..كناڤ كلوار اسڤ باڽق كريتا اديق تو"، تاڽ ڤتوڬس تول وانيتا يڠ ترڤقسا برتوڬس د هاري راي ايت.

"هااا؟".. كوي تركجوت.. كوي كلوار دان منداڤتي اسڤ بركڤول-كڤول كلوار دري بهاڬين بونيت..

"الامق... ماتي لا .. براي تڤي جالن لا اكو تاهون ني.." جريت كوي دالم هاتي
كوي بوكق بونيت دان منداڤتي واڤ ڤانس كلوار دڠن ڤنوه مرياه دري بهاڬين اتس رادياتور يڠ تيدق برتودوڠ.

"ادوس!!".. كوي لوڤا توتوڤ سمولا تودوڠ رادياتور ماس چيك اير تادي..!!


كوي كاڬيت..
دالم كلام-كابوت تو لالو سبيجيك كريتا ستريا دان ڤمندوڽ ممبرهنتيكن كريتا سمبيل برتاڽ:
"كناڤ ني انچئ؟ نق تولوڠ ك؟"
"ساي ترلوڤا توتوڤ تودوڠ رادياتور.. " بالس كوي.

ڤمندو ترسبوت كلوار دري كريتا دان برتاڽ جك كوي اد باواق اير سڤير
. كوي باڬي ك دي بوتول اير مينرال يڠ كوي باواق دان دي سڬرا مينواڠكن اير ك دالم رادياتور يڠ تڠه ممبارا..

بورر
..
اير برسمبور-سمبور.. تاڤي اوليه كران مامت كادازن اتاو چينا سابه ﴿دري ڬاي سبوتنڽ كوي راس دي دري سابه﴾ تو موك ماچم ميكانيك ج كيرا كوي لاين ج لا مند دي بوات..

دي برلاري چاري اير..
كوي ڤون ايكوت لاري..

دي لاري باليق ك كريتا منچوره اير ك رادياتور..

انته براڤ كالي كوي ڤون تق ايڠت.. تاڤي تقد لا سمڤأي 14 كالي.


اخيرڽ.. تياد لاڬي هاب يڠ مڽمبوركن اير..

"بڠ..كيرا هرڬ سلامت هاري راي لا.. تودوڠ ني ساي جوال 40 ريڠڬيت ج" اوجر مامت سابه ترسبوت...

كوي ڤون تق باڽق چاكڤ كوي تروس بايور سمبيل ممبايڠكن سمڤت لاڬي كوي براي..

كامي ڤون منروسكن ڤرجالنن..
لينتس ج تول ڬومبق دالم ڤوكول 5.30 اورڠ رومه كوي برسوارا:
"بڠ، كيت باليق ڤهڠ ج لا.. سمڤت جوڬق سمبهيڠ راي، ڤاستو مالمڽ كيت باليق لا كلنتن"

كات كوي دالم هاتي"ياهووووووووووووووووووووووووووووووووووووووو

Khamis, September 18, 2008

Al-Kisah Geng Bukok Pose Kolej Ketiga II

Gambar Hiasan: Masjid Shah Alam pada pukul 8.10 malam, dirembat dari photopages Azwan Amin hehe sori wan..)










Ramadhan 1416. Tahun Masihi 1995

Hari tu geng bukak pose merancang operasi lagi. Ntoh saper kluor idea nok gi bbuker Masjid Shah Alanc ntoh. Koi raser-raser machanc budok Wira atau koi sendiri..

Dipendekkan ceriter, puok kami Geng Bukok Pose Kolej Ketiga dengan pelakon tambahan Nasyairi bin Nasir a.k.a Panje, dari Bachok dan Wan Nazim bin Wan Jaafar, Kg. Raja, Besut pun memulakan gerak langkah ke Shah Alanc melalui Federal Highway. Aahh..deme je highway..kami motociclistas masih lalu "jalan longkang" dan "terowong maut" sampei ke tahun 2008 ni machanc tu jugekla.. nok wat gonner..kami rakyat marhaen..deme menteri-menteri heboh satu mayapada la kalu chuber-chuber guna laluan marhaen sekali...cheh!..

Berbalik kepada cerita asal..

Sampei di Shah Alanc.. puok koi pun masuk la ke dalam Masjid sambil lepak-lepak dan sembang-sembang sementara menunggu berbuka. Dekat-dekat nak berbuka, kami pun menuju ke ruang makan, di bahagian belakang ruang sembahyang. Berbeza dengan Masjid Bangsar yang mempunyai ruang makan khas di bahagian bawah masjid.

"Buoh dengan kueh je????????!!!!" ujar koi separuh terjerit.
"Aper ni Nik..? kater Masjid Negeri..takkan makan gini je..baik Bangsor lagi wehh.." Wira menguatkan hujah koi.

Nik anak separuh Selangor tu pun tersengih-sengih dan memberikan pelbagai hujah balas namun disanggah oleh kami yang ramai ni..

"Ahh..alanc-alanc datang jauh kita taler betul-betul buoh dengan kueh ni" cadang Wira..
"Ho'oh..layan je la buoh pun buoh la.." kali ini koi pulok jadi amplifier..

Masuk je waktu berbuka.. puok koi pun mula membelasah hidangan buah-buahan dan kueh-mueh yang dipaket cantik-cantik dalam plastik kecik dengan dendam membara.. sampei la perut jadi se'eh dan sebu..

"Haa..ambikk.. tak pernoh lagi aku layan buoh gini gayer..hehe"..getus Wira..
"Datang jauh-jauh ni je dapat.." ujar amplifier bergerak..

Tok bilal pun melaungkan iqamah..
Jema'ah mula bergerak ke ruang solat..
Puok koi pun tak terkecuali sambil merungut-rungut kecil ekoran hidangan yang mengejutkan tadi..
. . . . . . . .
Siap je solat puok koi pun nak menyepring la balik (menyepring=melantun bangun..tiada dalam kamus dewan)..

Tiba-tiba...ada suatu pemandangan yang membuatkan hati koi jadi sebak..

Nun di ruang jamuan kelihatan petugas hidangan sedang menolak periuk besor yang nampak macam periuk nasik ke sekeliling ruang.. sambil pinggan-pinggan disusun..
kelihatan beberapa periuk turut ditolak masuk..

Puok koi pun menghampiri petugas dan jelas ada hidangan berat yang akan dihidangkan kepada para jema'ah..

Adoii..koi menepuk dahi..
Semua perut doh machanc nok pecoh gonner gayer nok isi lagi..?
..............

Malam itu puok koi melayan lebih-lebih kurang hidangan berat dengan muka yang kelat dan perut yang sendat...memanc takde rasa nikmat...

............
Nota kaki dan mulut: Balik tu pulok tayar moto Yamaha SS Sigaw Manila Panje yang dibonceng oleh Nazim bocor di PJ ekoran hentakan kuat di penutup longkang jalan moto... hiba..hehe

Ahad, September 14, 2008

Al-Kisah Geng Bukak Puasa Kolej Ketiga

Gambar Hiasan: Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. (gambar dirembat dari Flickr kepunyaan my_soul_insurance2 004. )

Ramadhan 1416. Tahun Masihi 1995.

Watak:
Wira bin Mohd. Salleh, Gelangi 3, Jerantut.
Koi, Gelangi 2, Jerantut.
Shahrul Nizar bin Abdul Wahab, Sg. Ruan, Raub.
Azman bin Nasaruddin, Seberang Jaya, S. Perai.
Jasni bin Hashim, Utan Aji, Kangar.
Nik Ahmad Faisal bin Jusoh, Sg. Besi.
Kodi, Taman Merdeka, Selama.

((Dialog dibina semula untuk menggambarkan keadaan sebenar))

Babak 1
***************
Wira: Wei..jom bukok pose kat Masjid Bangsor ari ni wei.. boring aa dewan makan..
Koi: Okey jugek.. tapi yang boringnye nasik sikit sangat.. lauk dah memanc power dah..
Wira: Tu aa.. Masjid Rahman pulok nasik banyok..lauk tak best langsung... rasa nak bawok nasik sendiri je pegi Masjid Bangsor.. hehe
Koi: Okay jugek tu..jom ajok puok ni pegi..
(Menuju bilik Azman @ Man Musang Pulut, roomatenye Jasni@ Bomoh Hujan turut berada di situ)..
Wira: Woi musang pulut.. jom kita pi bukak posa Masjid bangsar jom..
Man: Jom.. aku okay ja.. Bomoh, hang nak pi dak?
Jasni: jom aa.. hang pi aku pi..
Wira: Aku nak bawak nasik sendiri la.. tak kenyang aa makan kat sana..lauk best..
Man: Cheh hang ni memang aa.. bina badan konon (Wira waktu itu aktif ke gim UM membina badan bersama Shahrul, koi kirim salam je la ke besi-besi yang bercamboh tu.. malas koi..)
Wira: hang mintak la kat makcik dewan makan tu..aku segan..
Man: Cheh..aku jugak.. okla.. hang ada plastik?
Wira: Ada.. satgi aku bagi..
************
Babak 2

Lebih kurang pukul 6 petang, semua dah ada menunggu di garaj moto kolej. Koi, Wira, Shahrul, Nik dan Kodi menunggu Man Musang dan Bomoh Hujan yang ditugaskan mencedok nasik di dewan makan. Selang beberapa minit kelihatan Man dan Bomoh dua orang roomate setia keluar dari dewan makan tersengih-sengih menandakan fasa 1 misi telah berjaya. Bomoh menggalas beg kuliahnya yang dipercayai berisi beberapa kilo nasik, untuk santapan tambahan pasukan di Masjid Sayyidina Abu Bakar Bangsar kelak.

Koi segera melompat ke moto RXZ Wira membonceng. Shahrul dengan Panther Gammanya seingat koi dengan kodi (Koi dilarang naik dengan kodi..harhar). Nik dengan RXZ Wabaknya solo (plat moto dia WBK, kami gelor wabak..harhar). Bomoh membonceng Honda NSR Man Musang (bila man kutuk moto kodi ACT accident, kodi balas "hang sampai beli moto pun nak NSRuddin jugak.."..haha).

Kami bertolak ke Masjid Bangsar.

Sampai di sana telah ramai orang berpusu-pusu termasuk saudara-saudara kita dari Dhaka menunggu di pintu masuk ruang santapan. Setelah berpuluh minit bersembang dan merapu di luar.. pukul 6.45 pintu dibuka. Agak awal tetapi memang perlu untuk mengatur jemaah dengan berkesan.

Kami semua duduk dalam satu kumpulan. Oleh kerana satu kumpulan ada lebih kurang 10 orang, adalah seorang Bangla dan dua rakyat tempatan dewasa yang bukan dari team kami termasuk dalam kumpulan tersebut. Di hadapan kami terdapat lauk-pauk yang amat menyelerakan serta pinggan-pinggan berisi nasik pada kadar seperti makan malam di kedai tom yam orang patani sahaja. Tapi kami tak kisah kerana beg bomoh ada....

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Belum sempat muazzin menyudahkan ayat pertama azan koi terus menerkam ke gelas berisi air sirap untuk meneguk menghilangkan dahaga seharian..

Tiba-tiba Bangla di hadapan koi menepis tangan koi..

Koi tergamam.

Member-member geng bukak puasa turut terpaku.

Bangla tersebut segera mengambil buah kurma dan memberi isyarat kepada koi seolah-olah berkata.." makan ni dulu"..

Ahli-ahli geng bukak puasa pun segera menderaikan tawa melihatkan peristiwa tersebut.
Cheh.. siap tepis tangan koi tu..

Kami meneruskan makan..

Setelah habis sepinggan.. Man musang mengeluarkan khazanah berharga kami dari beg bomoh.

Salah seorang mamat tempatan tersebut ketawa terkekek-kekek melihat kami membawa bekalan nasik sendiri.

Man musang buat selamba.. seorang-seorang demi seorang ahli pasukan menambah nasik..
pueww..nikmatnya.. lauk power..nasik banyak..

Sedang kami asyik melayan nafsu makan kami.. tiba-tiba mamat yang gelak tadi bersuara:

"Dik.. mintak nasik tu sikit!"..

Cheh! Nasib baik Man Musang bagi jugak..


Khamis, September 11, 2008

Kunci kapchai..

Gambar Hiasan: Anok koi yang keempat Umair Fayed, 2 tahun 2 bulan

Pagi semalanc la ni..
Koi siap semmer pukul 7.06 minit.. kalu koi naik kapchai pinjam koi dan la sampei Cyberjaya pukul 7.50++. Koi memanc suka
konsep Jepun JIT (Just in Time) tu.. buat mender sampei awey.. buang maser je.. hehe

Bukok je grill rumoh.. koi masuk balik krumoh cari kunci..
Habis segala tempat yang biaser letok koi cari..
Sambil orang rumoh koi meluahkan ayat-ayat biasa bila koi hilang barang..hehe
Selasa tu koi off-day..tu yang tok ccare ke kacpai sangat tu..
kapchai tu koi pinjam dari biras koi Muhammad bin Abdul Latef lepas skuter koi rosak..4 bulan dah rosok..tok daye jugek koi naik keta..
minyak naik pulok tu.. ada 700++ sebulan minyok sajer..

alamak! sedor-sedor dah 7.20..
Koi capai kunci keta dan kelam-kabut masuk keta takut lambat lagi buat kali ke 552..
Dalam hati berkata.."Alamak.. lari lagi bajet..kalu tidok bleh beli pizza regular doh minyak ari ni.. tol lagi.."

Mujur koi sampei 8.04 a.m. Takde la lambat sangat..tak jam langsung pagi semalam..

Tengah ari tu orang rumoh koi telepon lagi memanc tok jumpa la, tanya biras koi memanc takde duplicate la.. pening koi.. mender nok jawab ke biras koi nanti..

*****************
Lepas berbuka drumoh tu, orang rumoh koi (ORK) memulakan bicara:
((Translated as requested by l.i.f.e & s.yanaz))

ORK: Be, tau dok jjupo mmano anok koci abe mak tu?
(Abang, tahu tak jumpa kat mana kunci Abang Mat tu?)
Koi: Mano nok tahu.. tok oyak..
(Nak tahu macamana dah tak cakap...)
ORK: Ani sakni sajo teringak nok buko ting ssekuk.. buko-buko..kabar-kabar ado ssengih anok
koci ddale.. Ya Allah..Umair la tu..

(Ani tadi saje je la teringat nak bukak tin biskut.. bukak-bukak..tengok-tengok ada tersengih kunci kat dalam tu.. Ya Allah..Umair la tu..)
Koi: ((Bunyi gelak)).. Tu la..abe oyak doh anok mmaing..
(Tu la..abang cakap dah anak yang main..)
ORK: Pah ani gi la ko dio nyo.. Ani wak mace maroh la.. pah ani royak la.. "Haaa.. sorok kunci ye.. buat senyap ye..".. Abe tahu Umair buak guano pah tu?
(Pastu ani pegi la kat dia..Ani buat macam marah la.. pastu ani cakap.."Haa..sorok kunci ye.. buat senyap ye..".. Abang tau tak Umair buat macamana lepas tu?)
Koi: Yo wak guanno?
(Dia buat macamana?)
ORK: Yo suko hahahahaha..
(Dia gelak hahahaha...)

Mmmm..dah pandai buat lawak rupanya anak koi sorang ni.. dengan kos lak tu.. peww!!

Bila abang dan kakak berpuasa..

Gambar Hiasan: Uzair Ziad dan Nuzul Nasywa ketika berumur 4 tahun dan 2 tahun setengah (sekarang 6 tahun 3 bulan dan 4 tahun 10 bulan) Rodoncs bloggers semmer.. Koi selingkan dulu trilogi "K,K&K" tu sebab koi raser nok cerita la serba sedikit hal bulan Ramadhan ni.. tribute la sket ke demmer..

Anak-anak koi yang dua orang ni tahun ni mula koi ajor puasa..
Setakat ni abang dah puasa9 hari termasuk hari ni dan kakak 8 hari..

Dalam entri pendek koi kali ni koi cuma akan petik kata-kata deme sewaktu sedang letih berpuasa..

**************
Abang

Abang: Lama lagi ke nak berbuka Abi?
Koi: Lagi 2 jam..
Abang: Orang cakap la 2 minit..rasa cepat sikit..cakap 2 jam rasa lambat..

*******************
Kakak

Kakak: Umiii..
Istri koi: Nape kak?
Kakak: Kakak ni rase macam nak mati je.. tapi kalau umi kasi kakak makan, baru la kakak hidup balik..
********************