Memaparkan catatan dengan label kenangan raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan raya. Papar semua catatan

Sabtu, September 01, 2012

Cara-cara bakar lemang 30 minit oleh Raja Lemang Maranello..

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Sabtu lepas, 7 Syawal 1433 Hijrah bersamaan tarikh Orang Putih 25 Ogos 2012, koi dan seluruh ahli keluarga kecik koi telah memaksimumkan hari terakhir beraya di Pahang pada tahun ini dengan sebaik mungkin.

Pukul 10 pagi komeh telah keluar ke rumah Makcik Ani, besan mak koi yang tinggal di Felda Kota Gelanggi 2 juga. Setelah 40 minit di sana, koi menerima panggilan dari rodonc koi sejak zaman sekoloh rendoh Encik Mohd Khairi bin Omar, bertanyakan "Mane aok weh? Kate nok beraya rumoh Najib..". Koi pun menggelepor membawa anak-anak ke rumoh Najib rodonc komeh di Kota Gelangi 2 jugek dan bersembang hal-hal santai hingga pukul 1.20 pm. Lame jugek weh, sempat la anok-anok koi menumpahkan secawan coca-cola ke permaidani baru beliau, sori rodonc kuikui..


Selesai bersalaman, komeh kembali ke rumah Makcik Ani dan mengambil isteri koi di sana. Kami bersegera keluar ke bandor Jerantut untuk beraya di rumah Azizi. Setelah solat jamak taqdim di Masjid Oren Jerantut, kami singgap di rumah beliau hingga pukul 4 pm. Kemudian kami bersegera ke rumah Encik Zul di Damak pula. Perjalanan dari Jerantut ke Damak mengambil masa 30 minit. Di rumah Zul, kami berbual selama sejam dan terus keluar menghala ke Maran yang dijangka mengambil masa 2 jam dari Damak. Koi sengaja mengambil Jalan Jerantut-Temerloh, kemudian turun ke LPT. Tepat berkumandang azan maghrib, kami sampai di Taman Maran Jaya dan disambut mesra oleh rodonc koi Fendi a.k.a Bede Lubuk Paku. 

Setelah menghabiskan sepinggan lontong yang sangat lazat (biasanya koi kuranc minat), komeh pun solat jama' taqdim, kemudian menyambung santapan lemang yang sangat-sangat menarik minat koi.  Menurut Pak Mahmud, pak mentua Fendi, lemang ini resipi istimewa beliau. Walaupun dibakar semalamnya, kulit keliling lemang tersebut tidak keras macam selalu, butir pulut tidak keras berbutir macam biasa. Mula-mula koi syak dia rebus dulu, tapi pak Mahmud menegaskan yang beliau tidak berbuat demikian. Maka, bermulalah sesi mengambil tips membakar lemang cara Raja Lemang Maran (gelaran ni koi yang bagi, sebab adik koi yang tak minat lemang pun kata sedap amat lemang dia). Komeh mencari pen dan sehelai kertas kosong untuk mengambil nota. 

Resipi Lemang Pak Mahmud Raja Lemang Maran


Bahan-bahan:

Beras pulut 1 gantang (3 gantang bersamaan 2 kilo, macam 2 batu = 3 kilometer jugek la kuikui)

Santan mesin di kedai, 1.5 kilo
Air dan garam secukup rasa, dicampur dengan santan, jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat
Daun lerek untuk melapik pulut di dalam buluh. Lihat gambor di bawah.
Daun ini biasa ditemui di ladang getah. Bila dibakar dalam buluh lemang, baunya memang sedap. Gambor dirembat dari blog shahaimi.blogspot.com kuikui
Daun lerek yang telah dipotong dari pokoknya, tangkainya dibiarkan panjang


Proses menggulung daun lerek dan memasukkan gulungan ke dalam buluh. Amaran: Jangan potong ruas buluh pendek seperti dalam gambar ini, sila rujuk ilustrasi koi di bawah kuikui
Gambor-gambor dirembat dari blog KRT Taman Maran Jaya, kebetulan pulok demeh ada gambor ni.. Gambor yang koi ambik ander dalanc henpon tua koi, bluetooth tak jalan pulok kuikui Terima kasih KRT Maran Jaya.

Buluh lemang, takde buluh bukanla lemang namanya kuikui
Mula dengan pemilihan buluh. Jangan pilih buluh yang sangat muda. Sebabnya? Buluh muda sangat basah. Menurut Pak Mahmud, kita kerugian masa dan haba awal kerana haba dihabiskan untuk mengeringkan buluh sebelum haba betul-betul sampai ke beras pulut.

-buluh dipotong, dengan kelegaan 5-6 inci dari ruas bawah. Ini supaya pulut yang berada di bawah sekali tidak berada terlalu jauh dengan api. Sila rujuk rajah di bawah.



Langkah-langkah:

i) Beras pulut direndam selama 3 hingga 3 setengah jam dalam santan yang telah 
dicampur dengan air tadi.

ii) Toskan air, tetapi jangan terlalu kering, nanti susah nak masukkan pulut ke dalam buluh.
iii) Masukkan daun lerek yang digulung sedikit ke dalam buluh. Rujuk gambor di bawoh.


Lihat gulungan daun lerek di atas. Tercokeng tangkey weh, jangan potong, banyok gunenye weh kuikui Gambor ini juga dirembat dari blog KRT Maran Jaya.


iv) Masukkan pulut sedikit demi sedikit menggunakan pulut. Hentak pangkal buluh dua kali dengan perlahan bagi setiap 3 atau 4 sudu pulut. Ini untuk mengelakkan pulut tidak sampai ke pangkal sewaktu diisi, tetapi apabila diisi santan akan melurut ke pangkal dan tinggal sedikit. Jika ini berlaku, sangat sukar kerana santan telah masuk ke dalam buluh, paras pulut tidak diketahui dan jika hendak diisi semula, santan terpaksa ditoskan semula.

v) Nyalakan api dan sebaik sahaja api besar didapati, susun buluh lemang yang telah diisi dengan pulut. Tuang santan hingga melebihi suku inci paras pulut. Kawal kedudukan buluh supaya tidak hangit atau terbakar.

vi) Tambah santan dua atau 3 kali lagi apabila pulut dilihat mengering. Menurut Pak Mahmud, tempoh membakar tidak sepatutnya melebihi 1 jam dengan cara ini. Jika kita sudah betul-betul mahir, hanya setengah jam diperlukan.

vii) Satu perkara penting ialah, bakar lemang pada siang hari supaya kedudukan buluh dapat dikawal dengan lebih baik, beza buluh yang agak pudar warnanya apabila telah didiangkan dapat dilihat dengan jelas berbanding dengan buluh sebelah yang belum didiangkan. Pada waktu malam, memang sangat sukar. Putarkan kedudukan buluh pada sela masa 10 minit atau kurang sedikit, bergantung kepada warna buluh. Apabila sudah dua atau tiga kali membakar lemang, makin senanglah kita menentukan sela masa putaran buluh.

viii) Api perlu dipastikan sentiasa agak besar dan menyala, pulut yang sudah direndam sebelumnya agak senang masak berbanding pulut yang belum direndam. Yang penting, jarak buluh mesti sentiasa dipantau supaya tiada buluh yang hangit. Jarak ruas yang tinggi (5-6 inci) juga membantu mengurangkan masalah pangkal buluh tidak masak dengan baik.

Mengikut pengalaman koi, membakor lemang ni minimum 3 jam setengoh, tu yang tak daya kering sampei ke tulang koi rasa, dah la bulan pose. Tiap kali membakor, abang sulung koi encik Zaidi lah yang lama menunggu api, komeh lari tido bawoh tangga kuikui
Mana tak jadi 3 jam 4 jam weh.. komeh bakor kayu sampei tinggey bara, baru bawok turun lemang, susun mmolek, berdiang sungguh la weh.. kononnya nok masak slow and steady, tak daya la weh kita pose, kala membakor untuk raya haji tahan la jugek kuikui


Contoh cara memutor batang lemang. Tapi jangan potong pendek ruas, karanc payoh nok masak pulut di pangkey tu weh kuikui

ix) Cara untuk memastikan lemang telah masak ialah dengan mencucuk lidi bersih yang baru diraut ke dalam lemang, terus hingga ke pangkal. Kala rasa lidi tercucuk butir-butir, belum masak lagi la tu. Kala lancorrr je sampei ke bawoh, cantek amat dah la tu kuikui

Satu lagi kelebihan besor lemang daun lerek berbanding lemang daun pisang ialah kita tidak perlu membelah buluh lemang untuk makan. Haaa..pelik dak? Mende ke tidoknye..wokme tarik je tangkai pelepoh daun leret te, pulut yang terbungkus dalam daun canteeek je keluor dari buluh, memang menarik amat weh..sebak tu koi kabor tadi jangan potonc tangkey te kuikui

Lagi satu, apabila lemang telah masak, hentakkan pangkalnya ke tanah lima enam kali sederhana kuat. Pasey pulok kene buat gitu? Haaa.. bila wokme potong isi lemang te, takdok la berderai-derai.. Isi lemang akan padat dan cantik apabila dihidangkan kepada tetamu...

Koi ni membakor lemang dulu belajor dengan oranc perok, almaklumlah komeh ni keturunan kedoh, lemang kurang popular di kedoh, ketupat tiga segi daun palas je yang mayshurnya..
Ye la... Kelantan kan sepupu Kedoh dan adik-beradik terengganu..zaman sekarang ke Kedoh dengan Kelantan rasa terlalu asing, pada hey tu lah laluan masing-masing berulang-alik mencari rezeki, belajar agama atau menyambung silaturrahim sejak zaman dahulu kala lagi..lajok ke Patani, ke Acheh lagi...

Okla..
setakat ni dulu catatan koi kali ni..

Moga hasrat Pak Mahmud Taman Maran Jaya supaya ilmu beliau dapat dipanjangkan ke generasi akan datang dapat dicapai dengan asbab blog koi yang tidak seberapa ini..
Terima kasih daun keladi kepada Pak Mahmud, Fendi dan keluarga yang tidak kedekut langsung ilmu, malah begitu ikhlas menyampaikannya kepada komeh.. Tahun depan mungkin tips buat roti canai pulok, dan ambik sikit je baru ni.. kohot amat dah komeh masa tu.. kuikui

Ma'assalamah wa ilal liqaaaa'..


Khamis, Oktober 23, 2008

Angkerr!! Taman Negara Kuala Tahan punye cerite.. II















Sampei giliran koi..
Eh..orang rumoh koi naik dulu..
Kemudian
koi melangkah penuh bergaya.. Haha man helang silap..dia ingat koi tara branee ka... Pekerja canopy walk melaung "Jaga jarak 5 meter"..

Koi tengok org rumoh koi selamber je..
Sampai di bahagian tengoh.. mula la mender tu bergoyang-goyang ke atas ke bowoh..
pemegang tu pulok dah la tali.. kalu orang yang sederhana tinggi machanc koi ni (1.70 m sahaja) pun rasa machanc nok terolek-olek ke kiri kanan..
Dah la luas tempat pijok tu dalanc 1/2 kaki je..

Koi mula rasa nok terkencing.. keringat tiba-tiba memercik dari seluruh bahagian tubuh koi yang berkulit..
Koi memanc terpaksa tengok ke bowoh jugek...
Nasik dengan karipap yanc koi belasah pagi tadi berebut-rebut nok keluor dari mulut..
Koi tahan.. koi tak mampu melangkah lagi.. namun kugagahi jua.. setapak demi setapak.. orang rumoh koi sebok suruh koi cepat..
Koi bersuara perlahan kepada penjaga canopy tu..
"Tokleh patoh balik ke weh?"..
-"Nok patoh balik guanner orang lain naik doh blakanc tu..".. balas beliau sambil tersenyum (baca sengih) melihat gelagat koi..

Ahhh sudooohhh.. ni baru satu jembatan koi rasa nok pitam nok muntah nok berok semua ada..
Koi menapak jugek sikit-sikit..
Apit anok sedare koi yang berada di belakang orang rumoh koi muler nok buat dajey.. muler nok melompat-lompat..
ADA 7 LAGI JAMBATAN!!

sampei je di platform rehat pertama antara jembatan koi menerpa dan memeluk kuat-kuat pokok tualang ke pebenda hntoh..
Koi mula bermonolog "Apeke giler mender aku buat ari ni??..."..
Rimbunan pohonan di bowoh pun nampok kembang kuncup je pada pandangan koi..

Koi tak mau meneruskan perjalanan tapi penjaga canopy dah melaung "Jangan lama-lama ateh platform.. orang makin ramei ni.. "..
"jangan ramei-ramei ateh platfonc weh...

Ahhh! bikin gué penasarann..

Koi meneruskan langkah longlai dan terketor-ketor ke jambatan-jambatan seterusnya..
ada jambatan yang rendoh amat level pemegang dia..koi kena merendohkan badan sikit takut terolek ke tepi...



habis je jambatan kelapan koi terus duduk di tanah dan bertafakur mengenangkan apa sebenornye yang telah terjadi..
sambil anok sedare koi tak habis-habis berderai tawa menceritakan kepada semua hadirin gaya ayoh ciknye sewaktu memeluk erat setiap pokok yang menempatkan platform..

Cheh..

Selasa, Oktober 21, 2008

Angkerr!! Taman Negara Kuala Tahan punye cerite..
















Raya Haji 2007

*****************
Koi walaupun anak Kota Gelangi, Jerantut namun koi kurang minat berekreasi ke hutan, bukit atau gua.

Minat koi lebih ke laut, sungai dan tasik, walaupun koi bukan kaki pancing.
Laut memberikan koi ketenangan, warnanya, bunyinya, pantai berpasirnya..

perrgh Pahangku...


Sungai Pahang mengalir perlahan.. lambang perjuangan menentang penjajahan.. lambang kesinambungan hidup watan..
sangkor ikan patin sepanjang laluan..
peww Pahangku..

Tasik membiru memberikan kedamaian..
sekali-sekala toman mengocak permukaan..

pooff.. Pahangku..

******************
Telepon genggam (Min, pinjanc term aok..hehe) koi berbunyi..
Keluor di skrin nama Pedro Pedraza member koi dari Mexico yang pada masa itu menetap di Kajang..


(Dialog dibina semula untuk menggambarkan keadaan sebenar..)


Pedro: Hola amigo..
Koi: Hola..
Pedro: ¿Cómo estás? ( Guaner gamok?)

Koi: Bien, como siempre jeje.. (Ok je, cambiase hehe..)
Pedro: ¿Recuerdas nuestra conversación de otro día? Del viaje al parque nacional..

(Aok ingat dok sembang berapi kita ari tu? Pasey nok gi Taman Negara tu..)
Koi: Aj sí.. ¿así han decidido viajar a Pahang este Hari Raya?

(Ho'oh ye..ye.. kira jadi la aokmer nok bejalan ke Pahang raya ni?)(Raya haji daa...)

Pedro: Sí..sí..como no.. salimos juntos desde Kajang?

(Ye..ye ..pasey pulok tok jadi.. kita keluor sama-sama dari kajang?)

Koi: Sí..claro. Paramos por su casa entonces?
(Ho'oh mesti aa.. Kome singgoh dumoh deme la kalu gitu yek?)
Pedro: Okay.. a las 9 de la mañana eh?

(Ok.. pukul 9 pagi yek?)
Koi: Bueno..no hay problema.. nos vemos..adios..

(Baiklah.. tiada masalah.. kita jumpa nanti.. bai..)

Pedro: Adios... (Bai..)

*************************
Pagi tu kami sekeluarga bersama dengan Pedro, isteri beliau Inue (Pedro panggey bini dia Annie, koi maleh nok panggey gitu sebab org rumoh koi pun gelarannya Ani..karanc payoh..hehe) dan anak mereka Sarah pulang ke Gelangi untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha..

Pagi raya kami menyembelih lembu sekor di laman rumoh....
malanc raya kami makan BBQ di rumoh besan mok koi di blok 20.. pedro dgn inue tak boleh makanla sebab tu daging korban.. mujur besan mok koi (nama makcik ani pulok..ramey betul ani di sekeliling koi..hehe) buat satey ayanc ke deme..boleh ja jugok makan..
petanc raya dalanc pukul 3 kami pegi ke Gua Gelangi..
Itulah kali pertama dalanc hidup koi, koi pegi gua gelangi.. Dzul mesti bengang dengan koi ni hehe..name je orang gelangi..
Tu la..seperti perenggan pertama tadi, memanc koi kurang minat (itu duuluu.... kata Labu)..

Pagi esoknya.. kami bersiap ke Taman negara..
Koi, Ani koi, Nasywa koi dan Apit anok sedare koi satu keta..
Pedro, Annie dia dan Sarah satu keta..

Pukul 7.30 kami turun..
sampei simpanc Padang Piol-Sungai retang dekat somé (sawmill) tu, kami belok kanan..
nampok la signboard mutiara resort tu 60 km ++ lagi..
Sampei Pdg Piol isi minyok..
sampei di Taman Negara lebih kurang pukul 9.. takde la laju bawok.. jalan machanc ulor padang pasir..

Setelah melintas menaiki perahu, kami pun trekking la lebih2 kurang..
Setelah beberapa kilometer berjalan.. (Gila.. 7 kilometer atas darat pun koi rasa nok pitam..ni pulok dalanc hutan mengelok akor, naik bukit..pewww.. hamper pinsan gué..).. koi terdengor suara-suara dari langit..
koi mencari-cari dari mana datancnye suara-suara tersebut..
ada yang mengekek-ngekek.. ada yang menjerit seperti ketakutan..
Tiba-tiba koi terpandang beberapa lembaga terawang-awang di udara, lebih tinggi dari pucuk pokok-pokok balak yang ada di situ..

Lahh!! Rupa-rupanya homo sapiens machanc kiter jugek tengoh berjalan atas canopy walk..
Cheh..

Koi tiba-tiba teruja..
Koi terlupa yang koi menghidap altophobia..
Seraya koi berkata kepada istri koi..
"Jom naik canopy walk tu.."
istrikoi mula-mula membantah dan mengingatkan koi tentang fobia koi..
Koi tok kira.. koi ajok Pedro sekali..
Dia dengan keluarga dia on je.. deme ni memanc jenis mengembara..

Sampei di kaunter tu, koi dan Pedro pun membayor la dulu.. Pedro naik dulu..
Lepas tu Inue dengan sarah naik..

Kemudian giliran koi..

Bersambung..................
*******************

Selasa, Oktober 14, 2008

Raya baru ni...

Raya baru ni..
target nok raya betulllll punya puas ati..
balik kelantan 2 hari..
raya kedua on the way balik gelangi..
Koi turun dari Pasir Mas pukul 4 pagi..
hati berbunga nok beraya gi mari..
Last-last mok koi telepon: "Anak-anak dah mandi?"..
Pantas koi jawab: "Belum lagi.."..
Kata mok lagi: "Air doh takde 3 hari.."
Tiba-tiba kepala koi jadi berapi..
lalu berkata dalanc hati..
mesti puok JBA buat hal untuk ke sekian kali..

*********************
Aokmer bayanc la..
Raya kedua tu mok koi sewa 4 bilik di Tekam Plantation Resort tok daye doh takde air..
Pinggan-mangkuk bersepah tak basuh..air nak mandi langsung takde..
nak berak kencing pun seksa..
Koi sekeluarga dan adik bongsu tetap landing di rumah..
malam tu air mula ada menitik-nitik..
Esoknya koi pegi Jengka 1 rumah member akrab koi sekoloh dulu pun dapat cerita sama..

Minggu lepas koi baca Berita Harian ada anak peneroka jengka 6 hantor ruangan surat pembaca mender yang sama..
Dia siap tuntut Pengarah JBA Pahang mohon maaf secara terbuka kepada seluruh penduduk Wilayah Jengka..
dah bertahun-tahun masalah yang samer..cuma kali ni paling teruk sebab kena masa raya yang sepatutnya waktu kita bergembira...

Memang potong betul la..!!
Betull punya tak puas ati..

Ahad, September 28, 2008

Catatan Aidilfitri Seorang Anak Felda

Koi mula-mula maleh nok cerita hal raya pasey ramey telajok doh rodoncs buat tajuk berkait raya ni..tapi nok buat gonner..setiap pengalaman wokmer semmer memang unik dan menyeronokkan dibaca..



Gambar Hiasan: Acara membakor lemanc Aidilfitri 2005. Koi tidak kelihatan sebab koi yang tangkap gambor. Orang rumoh koi sedang mendukung Uwais Munzir, baru umur berapa bulan masa tu..

Koi semangat lepas baca entrada
Hajime pasey mercun sebab koi maser kecik-kecik dulu memang kaki mercun dan bunga api..
Bunga api sembur yang pemegang dia belanc-belanc meroh putih tu (bukan UMNO haha) tu koi patohkan pendek-pendek.. carik tiub moto buruk yang pomen doh buanc, potong ambik bahagian logam yang kita pam angin masuk ikut situ tu (mender ke namer mender tu koi lupa)..

Korek buanc bahagian halus yang kita boleh tekan untuk keluorkan angin dari tiub ni..
Ambik skru yang ngam dengan bahagian luor logam tadi.. kira enforcement la ni.. bubuh sampei empat lima skru.. ambik
dawai tebal yang keras, sambung ke bahagian logam tadi sebagai pemegang. Bunga api pendek-pendek tu masuk ke dalam logam tu, cucuk pulok dengan paku, biar kepala paku tu keluor. Lepas tu ketuk, POMMM!!
peww..api ada kluar la dey.. lagi best main waktu malanc.. ganas je nampok.. hehe

Ironinya le ni koi tak bagi langsung anok-anok koi main mercun.. deme kalu nok main pun malanc rayer dengan sepupu-sepupu di Gelangi atau Pasir Mas.. tu pun terhad kepada bunga api cap Kucing je.. hehe


Bukan apa..
koi kalau boleh nok terapkan betul-betul semangat raya ni kepada anok-anok..
Bermaafan, ziarah... bukan mercun dan duit raya..
Tapi koi tak boleh keras sangat sebab deme muda sangat lagi yang sulung 6 tahun dan yang bongsu 2 tahun.. seperti koi entradakan sebelum ni anok koi 4 orang, yang sulung lahir sewaktu peringkat kumpulan Piala Dunia 2002 dan yang bongsu sewaktu suku akhir Piala Dunia 2006.

Berbalik kepada catatan koi beraya di Gelangi 2..

Zaman koi kanak-kanak dulu tahun 80-an kalu beraya biasanya dapatla 20 sen atau 10 sen duit raya.. kalau ada rumoh bagi 50 sen tu jaga la.. lepas ni habis satu gelangi serbu.. terus kena cop orang kaya..hehe
ye jugek..masa tu nasik lemok di kantin sekoloh ada 3 jenis.. satu 10 sen sepiring, satu 20 sen..dan satu lagi 30 sen sepinggan.. koi ingat ada la sekali koi beli yang 30 sen..itupun simpan duit sebab sampei darjoh 3 koi bawok 20 sen je gi sekoloh.. darjoh 4 sampei 6 pun setakat 30 sen je.. jimat wehh.. hehe

Satu hari raya tu, masa tu koi belum tadika pun lagi.. koi ikut la abang dan akak koi (Zaidi, jurulatih pertama koi main bola.. hehe dan Rohayu, senior l.i.f.e di Asrama Felda KL dulu) pegi beraya..

entah berapa belas rumoh doh koi pegi..
Kami pun singgoh la ke satu rumoh ni..
Lepas layan lebih-lebih kurang (politik beraya hehe) sempret dgn air oren ke sirap ais ntoh..
kami pun meminta diri..
Tuan rumah berdiri dekat pintu.. sambil mengenggam syiling..
Semua orang bergerak keluor dan bersalam dengan tuan rumoh..
Tuan rumoh memberi sekeping syiling setiap orang..
Sampei giliran koi, koi buat mender sama..

Tiba-tiba..
"Eleh! 5 sen! Kedekut!" laung koi kepada tuan rumah. Tuan rumah tergelak. Abang dan akak koi risau dan menarik koi cepat-cepat keluor.

Nasib baik mok koi tak bagi tali pinggang masa akak koi membuat laporan susulan kejadian bila kami sampai di rumah..

Rabu, September 24, 2008

د كهنيڠن دينيهاري شوال ١٤٢٧

Kali ni saje koi tulis dalam tulisan jawi. Saje sebab semangat koi meluap-luap bila Teresa Kok menunjal-nunjal tulisan jawi di Seputeh tak lama dulu.. koi percaya semmer rodoncs boleh bacer... Insya-Allah"

مالم راي 2006

سياڠ تادي كوي ماسيه كرجا. معلومله بارو سبولن لبيه كرجا د شريكت بارو ني. ترڤقسا كرجا سمڤأي راڤت ك هاري راي. شيف ڤتڠ ڤولاق تو..همڤيه.. باليق كرجا ڤون ده 10 مالم..

تاهون ني ڤولاق ڬيليرن براي د كلنتن، كمڤوڠ اورڠ رومه كوي. استري كوي ني اصلڽ دري سوڠي ڬولوق، ناراتيوات تاڤي همڤير سموا اهلي كلوارڬ تله برڤينده ك كامڤوڠ اصل نينيق مريك د ڤاسير مس ايكوران مساءله بوم هاري-هاري د سان.
ماسق كوي كالي ني.. مان دوقڽ.. كلوار كرجا ڤوكول 10، هوها هوها سمڤأي د رومه ڤوكول 11 لبيه..

سمڤأي د رومه د برنڠ نون، كوي مندي دان امبيق كڤوتوسن تيدور سكجڤ.. دالم ڤوكول 12 كوي نق باڠون باليق، لڤس تو بوليه لا مولا ڤرجالنن ڤوكول 12.30 سبب بارڠ-بارڠ سموا استري كوي ده ماسوق دالم بيڬ.. كوي ڤون كونچي لا جم ڤوكول 12..

*******************
بم!! كوي ترسنتق دري تيدو.. هاندفون كوي منونجوقكن ڤوكول 3.30 ڤاڬي..
ادوا.. كوي تيڠوق اورڠ رومه كوي ڤون ترتيدور روڤاڽ.. انق-انق اڤ لاڬي.. لاين باءيق ج داوليت ميمڤي..

كوي سڬرا ملنتونكن ديري.. چڤت-چڤت كجوتكن اورڠ رومه كوي..
اورڠ رومه كوي ڤون سام جادي كلام-كابوت..
"سمڤت ك بڠ نق سمڤأي كلنتن ماچم ني؟" تاڽ استري كوي رسه.
...
كوي جواب.. "موه لا برسياڤ دولو.."
لبيه كورڠ 20 مينيت سموا تله برسديا د دالم كريتا..

كوي ڤون ممبوك بونيت دان ممريقسا ميڽق انجين دان اير دالم رادياتور دڠن ترڬسا-ڬسا..

كمودين كوي سڬرا ممچوت برسام كلوارڬ ملالوءي جالن لاما سرمبن-كاجڠ دان كمودينڽ ماسوق ك لبوهراي كاجڠ-كوالا لومڤور ڬرند ساڬ..

ڤچوت ڤوڽا ڤچوت.. لبيه كورڠ ڤوكول 4.20 كامي سمڤأي د تول باتو 9، تق جاؤه ده دڠن جالن چراس.

تيبا-تيبا..

"ديق..كناڤ كلوار اسڤ باڽق كريتا اديق تو"، تاڽ ڤتوڬس تول وانيتا يڠ ترڤقسا برتوڬس د هاري راي ايت.

"هااا؟".. كوي تركجوت.. كوي كلوار دان منداڤتي اسڤ بركڤول-كڤول كلوار دري بهاڬين بونيت..

"الامق... ماتي لا .. براي تڤي جالن لا اكو تاهون ني.." جريت كوي دالم هاتي
كوي بوكق بونيت دان منداڤتي واڤ ڤانس كلوار دڠن ڤنوه مرياه دري بهاڬين اتس رادياتور يڠ تيدق برتودوڠ.

"ادوس!!".. كوي لوڤا توتوڤ سمولا تودوڠ رادياتور ماس چيك اير تادي..!!


كوي كاڬيت..
دالم كلام-كابوت تو لالو سبيجيك كريتا ستريا دان ڤمندوڽ ممبرهنتيكن كريتا سمبيل برتاڽ:
"كناڤ ني انچئ؟ نق تولوڠ ك؟"
"ساي ترلوڤا توتوڤ تودوڠ رادياتور.. " بالس كوي.

ڤمندو ترسبوت كلوار دري كريتا دان برتاڽ جك كوي اد باواق اير سڤير
. كوي باڬي ك دي بوتول اير مينرال يڠ كوي باواق دان دي سڬرا مينواڠكن اير ك دالم رادياتور يڠ تڠه ممبارا..

بورر
..
اير برسمبور-سمبور.. تاڤي اوليه كران مامت كادازن اتاو چينا سابه ﴿دري ڬاي سبوتنڽ كوي راس دي دري سابه﴾ تو موك ماچم ميكانيك ج كيرا كوي لاين ج لا مند دي بوات..

دي برلاري چاري اير..
كوي ڤون ايكوت لاري..

دي لاري باليق ك كريتا منچوره اير ك رادياتور..

انته براڤ كالي كوي ڤون تق ايڠت.. تاڤي تقد لا سمڤأي 14 كالي.


اخيرڽ.. تياد لاڬي هاب يڠ مڽمبوركن اير..

"بڠ..كيرا هرڬ سلامت هاري راي لا.. تودوڠ ني ساي جوال 40 ريڠڬيت ج" اوجر مامت سابه ترسبوت...

كوي ڤون تق باڽق چاكڤ كوي تروس بايور سمبيل ممبايڠكن سمڤت لاڬي كوي براي..

كامي ڤون منروسكن ڤرجالنن..
لينتس ج تول ڬومبق دالم ڤوكول 5.30 اورڠ رومه كوي برسوارا:
"بڠ، كيت باليق ڤهڠ ج لا.. سمڤت جوڬق سمبهيڠ راي، ڤاستو مالمڽ كيت باليق لا كلنتن"

كات كوي دالم هاتي"ياهووووووووووووووووووووووووووووووووووووووو