Memaparkan catatan dengan label fauna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fauna. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 07, 2010

Sasuka!!!!!

Sabtu lepas, teruja dengan catatan ringkas Merbah Kunyit tu, koi dengan anak sulung serta anak kedua koi bertolak ke kawasan anak sungai sebelah kebun getah yang melekat dengan taman perumahan koi. Pisau panjang dari dapur, benang duku saiz wak-wak, anak ikan kembung dan otak koi menjadi bekalan kami untuk membuat operasi menjerat wak-wak pada hari itu.

Wira Hitam tahun 2005 koi berhenti di bahu jalan betul-betul sebelum jambatan yang merentasi anak sungai tersebut. Koi dan anak-anak terjun tiruk ke tanah bersemak sebelah anak sungai untuk menjayakan operasi. Setelah 15 minit ke hulu ke hilir mencari batang kayu yang sesuai untuk dibuat batang jerat bidas (jerat sembat mengikut varian kampung Dzul Menerung), namun tiada ketemu.

"Abang, kakak, jom pegi tempat lain, takde kayu aa sini..", laung koi membuat ajakan.

Abang dan kakak bergegas meragas semak naik semula ke bahu jalan.

Wira Hitam koi pandu ke arah longkang besar dan dalam, di mana koi dapat lihat banyak batang pokok sebesar dua ibu jari yang sesuai untuk dibuat penyembat wak-wak.

"Mau melambung 14 meter ke udara ni..kuikui", gelak hati koi..

Kami menurunkan semula kelengkapan ringkas kami. Kawasan itu memang sering koi lihat wak-wak sering melintas jalan menuju paya di seberang sana.

"Peluang baeek ni..", hati koi berangan lagi..

Tiba-tiba koi membalingkan pisau panjang gaya the Ninja, siri alihsuara Jepun tahun 80-an yang koi amat minati ke arah pokok acasia yang terletak di tepi longkang besar. Berapa banyak pokok pisang mok koi tumbang gara-gara siri tersebut. Itu belum diambilkira pokok-pokok jambu batu mak long koi di Perak Utara yang koi amuk sebaik sahaja mendarat..kuikui
Dan tidak dapat koi lupa Munusamy menggelepar dengan kapcainya gara-gara lembing koi menyipi ke pokok pisang dan laju menusuk ke celah-celah rim lidi kapcai beliau. Koi pun apa kurangnya, menggelepor koi lari berkubu ke dalam bilik tidur koi kuikui....

"Hebaaaattt...", laung abang dan kakak serentak..

Koi bertambah bangga.. pisau panjang koi cabut.
"Itu baru satu cara, abi masa kecik dulu berlatih hari-hari baling pisau macam ninja.. tengok ni..dari bawah..", terang koi dengan penuh semangat kepahlawanan..

"Sasukaaaaa!!...", laung koi separa kuat..

"Cepelum!", jawab longkang besar kepada koi..

Petang itu para pemandu di Bandar Tasik Kesuma fasa belakang memandu berlalu dengan muka syak wasangka melihat koi dan anak-anak mengail pisau panjang yang tak kunjung naik.... sambil anak koi yang sulung bertanya..

"Abi..sekarang abi kekurangan latihan ye?"..

Rabu, April 28, 2010

Jerat Bidas & Merbah Kunyit


Atan, Pare dan koi menahan nafas yang berombak kencang. Lalang tempat persembunyian kami ala jerumun babi berdesir halus diusap bayu sebelas pagi.

Atan menunjukkan isyarat "tungguu..." dengan tapak tangannya.

"Kena!!!!!!!!!!!!!!", laung Atan tiba-tiba. Koi menjentat naik bak Usain Bolt terdengar bedilan pistol pemula. Pare pun tak ingin kalah. Atan turut meluru ke arah mangsa yang masih terbang berputar-putar dengan batang pokok kapal terbang sebagai paksi putaran, di mana panjang benang duku, r=0.8m dan tinggi batang kapal terbang h=0.9m, dapatkan isipadu kisaran penerbangan merbah kunyit dengan anggapan benang tidak terbelit di batang jerat. (10 markah)

Hari itu memang hari yang sangat produktif bagi kami golongan pelapis penjerat bidas Kota Gelanggi. Burung merbah jambul dan merbah kunyit memang pemandangan biasa di Gelangi pada waktu itu.

Sekarang pun masih ada, cuma bilangannya sangat kurang berbanding tahun-tahun permainan koi dahulu. 80-an memang zaman yang ranggi dan
independent. Kami tidak terkunci di hadapan Playstation berjam-jam ataupun menonton TV sepanjang hari seperti anak-anak sekarang. Merbah yang kami jerat, kami kumpulkan dalam perangkap tikus. Pisau 10 sen pengasah pensel koi keluarkan dari poket seluor trek sambil air liur koi hampir menitik..

"...بسم الله الرحمن الرحيم"

Leher-leher mulus merbah dikelar-kelar oleh koi the Butcher dengan rakus. Atan dan Pare menyelinap kulit unggas tersebut dan kami segera membasuh hasil tangkapan kami dengan air alur air.

Sampei le ni koi belenjer air liur mikir ke bapak sedapnya BBQ merbah..

Halal kan budak-budak sembelih burung?

Jumaat, April 16, 2010

Hari ini hari Jumaat, hari esok hari Sabtu

Assalamualaikum rodoncs & kaum keluarga..

Lepak-lepak di benteng Kuantan tahun 89-92 dulu, ikan ni memang menggamit kenangan koi. Sebagai ikan air payau, dalam air Sunge Kuantan tu memanc nampok machanc lutsinar ikan ni. Hujung tahun lepas masa koi sekeluarga besar termasuk mok koi dan adik-beradik koi, mok sedara koi yang baru berumur 26 tahun tapi dah ada cicit sedara pegi BBQ ni Pantai Bidara, Melaka, anok sulung koi Uzair Ziad pun tanya la koi mende ke nama ikan ni. Koi jawab "Ikan lutsinar". Dalam Asma'ul Husna zaman Aziz Desa baru belajor jadi pengacara dulu pun ada, dalam laut.

Ikan ni dalam bahasa inggeris nama dia 'halfbeak'. Kala wokme tahu mende ke nama dia dalanc bahasa melayu piawai atau dialek Inderapura, tak kira la varians Semantan, Jeram Tut atau Kuatang, kabor la ke koi weh..

mekasssseeeyyyyyyy...