Sabtu, Januari 19, 2013

Poesía silaturrahima

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..
Hayatilah bait-bait pantun Melayu yang koi gubah sendiri ini.


Mengkuang dihembus angin nan barat,
Teduh matanya sang suria tak kunjung,
Sungguh licik perangkap maksiat,
Taubatlah pada yang Maha Agung.




Puing bercacak di Sungai Muda,
Saksi kaku khazanah bangsa,
Tiap manusia berpalit noda,
Tunduk sujud pencuci dosa.



Pulut santan penyedap kata,
Si limau purut pencerah mata,
Serakah maksiat dosa yang nyata,
Yang tersembunyi apa kiranya?




Cantik menarik bunyi gurindam,
Mari lagukan tepi karangan,
Dosa syirik syurga diharam,
Putus silaturrahim apa gerangan?


Sabtu, Januari 12, 2013

Alhamdulillah..akhirnya, penamat Bab 1 pencarian moyang koi Tengku Salleh

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Atas nasihat kaum keluarga, saya telah memindahkan kandungan entri ini ke:
http://tengkuabdullah.blogspot.com/2013/01/alhamdulillahakhirnya-penamat-bab-1.html


Hamba terpaksa meletakkan kata laluan atas nasihat keluarga juga.

Kaum keluarga yang berminat membaca kandungannya, mohon hantarkan private message ke facebook hamba atau ke e-mel donlaurel@gmail.com


Sekian, terima kasih.


Ma'assalamah wa ilal liqaa'.


Yang Benar,
Mahadhir bin Mat Lazim
a.k.a don laurel kuikui

Khamis, Januari 10, 2013

Kenapa Sungai Petani???

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Merujuk kepada entrada lepas (Dialek Melayu Patani Kedah/Perak), satu lagi janji koi kepada saudara Tongkat Ali ialah menerbitkan satu entrada mengenai asal-usul nama Sungai Petani.

Menurut laman http://sejarahmalaysia.pnm.my, berikut ialah definisi sungai Petani:

"Bandar Sungai Petani, pusat pentadbiran daerah Kuala Muda, adalah Bandar yang kedua terbesar di negeri Kedah. Nama bandar ini diambil daripada nama sungai, iaitu Sungai Petani, anak Sungai Merbok. Pada zaman dahulu, anak sungai itu dikenali dengan nama Sungai Bertanding, kononnya kerana anak sungai tersebut setanding atau selari dengan satu anak Sungai Merbok yang lain. Jarak di antara dua anak sungai itu kira-kira 60 meter.

Nama ‘Petani’ mungkin berkaitan dengan daerah Pattani di Thailand. Pattani lahir daripada perkataan Sanskrit pathini yang bermaksud ‘perempuan yang suci’. ‘Pathini’ adalah gelaran yang diberikan kepada puteri Merong Maha Wangsa, puteri yang dikatakan cantik rupa parasnya dan mulia pekertinya. Puteri itu diangkat menjadi ratu yang disanjungi oleh penduduk di sana.

Ketika Kedah dikenali dengan nama Langkasuka, para pedagang selalu berulang-alik antara Lembah Merbok dan Pattani serta bahagian timur Semenanjung melalui jalan darat. Jadi, tidak mustahil jika nama Petani itu dipinjam daripada gelaran ratu sanjungan tersebut."

Tafsiran di atas pada pendapat koi tidaklah salah, tetapi tidaklah juga tidak boleh dipersoalkan. 
Segalanya teori belaka. 
Apa yang koi akan tunjukkan di bawah ini juga teori. Terpulang kepada pihak pembaca untuk menilainya. 
Teori ini dimulakan oleh saudara Tongkat Ali dan dipandang sangat serius oleh koi. 
Koi merasakan ada benarnya teori tersebut. Berbanding dengan tafsiran laman sejarah Malaysia di atas hanya menyebut kaitan tanpa penerangan.

Koi kemudiannya menjejak aliran Sungai Muda yang panjang, mengairi kawasan Sungai Petani di samping Sungai Merbok yang pada umumnya lebih lebar tetapi pendek.

Tongkat Ali memberitahu yang Patani sekian lama digelar Serambi Mekah, bukan sahaja oleh fungsinya sebab pusat pengajian agama Islam zaman-berzaman, malah oleh pergerakan yang sangat lancar antara Patani dengan Mekah melalui jalan air.

Perhatikan aliran Sungai Muda di bawah:


Sila klik kiri kemudian "Save image as.." untuk mendapat gambar yang besar.

Lihatlah panjangnya Sungai Muda (178 km) hingga ke sempadan Patani Raya pada waktu itu. Sekarang Patani, Yala (Jala) , Narathiwat (Menara), Songkhla (Senggora), Satun (Setul) adalah wilayah-wilayah yang tersendiri, tapi terjajah oleh Siam (read "Puaka" :)).

Tongkat Ali berpendapat para ulama, pelajar dan jemaah haji melalui satu denai penarikan dari Patani dan seterusnya menaiki perahu di Tasik Muda, menyusur keluar ke Sungai Muda dan keluar ke laut di Kuala Muda.


Perhatikan Kampung Bakau Tua yang terletak hampir dengan pantai yang menjadi destinasi kedatangan orang Kelantan ke Kedah dan Seberang Perai. Antara ulama-ulama terkenal Patani dan Kelantan ialah Syeikh Daud Al-Fatani dan Tok Kenali. 

Kisah Syeikh Md. Jusoh sahabat Tengku Abdullah Lebar, Haji Waleh dan lain-lain menunjukkan keakraban Sungai Muda dan Kuala Muda sebagai destinasi dan laluan pengembara Kelantan dan Patani keluar ke laut dan seterusnya ke Mekah.

Sila klik gambar-gambar di bawah untuk ke entri lawatan ke Bakau Tua tahun 2012 dengan sedikit kisah Syeikh Md Jusoh dan Haji Waleh.



Koi di papan tanda kampung


Uzair Ziad di samping salah seorang saudara kami di sebelah makam Tengku Abdullah Lebar ibn Tengku Muhammad Saad di Kampung Bakau Tua

Tulisan di nisan Tengku Abdullah Lebar ibn Tengku Muhammad Saad


Nisan ulama dari Kelantan Syeikh Md. Jusoh yang mempunyai abdi bernama Juhar yang diambil dari Mekah, betul-betul bersebelahan nisan Tengku Abdullah Lebar. Menurut imam Masjid Bakau Tua, deme sahabat akrab, mungkin semenjak zaman mengaji di Mekah lagi.

Jadi, wajarlah Sungai Petani mendapat nama demikian sebagai Sungai yang menuju ke Patani atas fungsinya pada sejak zaman dahulu menghubungkan Patani dengan Mekah.


Inilah antara faktor yang menjelaskan bagaimana mudahnya orang Patani ke Mekah, lalu mencetuskan tradisi keilmuan mereka sehingga sekarang.

Mohon komen daripada pembaca.
Terima kasih koi dahulukan.

Ahad, Januari 06, 2013

Dialek Melayu Patani Kedah/Perak Utara

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Malam tadi, koi telah berbual panjang lebar melalui telefon dengan saudara jauh dan sahabat koi Abe Li a.k.a Tongkat Ali, tuan punya blog kebunketereh.com dari Pengkalan Chepa. Banyak perkara menarik yang kami kongsi dan bertukar-tukar pengetahuan mengenai sejarah Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Melaka), khasnya mengenai negeri Melayu Reman yang telah tiba-tiba dihilangkan dari peta semenanjung bertuah ini. Suvarnabhumi, kata mat sanskrit. Sila lihat catatan kaki di bawah sekali mengenai siapa saudara koi Abe Li ini.


Maka koi pun berjanjilah dengan beliau untuk menerbitkan sedikit catatan mengenai dialek Melayu Patani Kedah/Perak Utara.

Sebenarnya, koi pernah mengulas serba-sedikit mengenai loghat Melayu Patani Kedah/Perak Utara ini yang merupakan satu perkara unik bagi negeri Kedah/Perak. Ramai beranggapan di Kedah hanya satu dialek yang wujud. Yang menyebut air itu 'ayaq', awak itu 'hang', degil itu 'ketegaq', mereka itu 'depa' dan sebagainya. 

Koi bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga besar dan kawasan yang sangat bervariasi dialeknya  (Kawasan Bukit Bertam, Daerah Selama Perak betul-betul seberang sungai Pekan Mahang, Daerah Kulim, Kedah). Dibesarkan pula di negeri Pahang dalam rancangan Felda yang menampilkan keluarga Melayu, India dan Cina dari seluruh semenanjung. 


Sewaktu dalam tingkatan satu (1989), apabila koi memberitahu kawan-kawan yang di kampung koi di Mahang, Kulim, ayam itu disebut 'ayang', awak itu 'mu', balik itu 'kelik', kawan-kawan hanya menganggap itu semua bullshit. Masakan orang Kedah bertutur begitu?? Walaupun koi sakit hati mendengar jawapan begitu, koi tak salahkan mereka kerana liputan yang diberi amat sempit kepada dialek ini. Sekarang pun masih ramai yang tidak tahu.

Sila rujuk catatan ini:
http://donlaurel.blogspot.com/2009/06/bahagian-ii-laporan-jejak-waris-i.html

Koi salin dan tampal di sini:



Dialek Patani Kedah/Perak

Tokwan koi bertutur dalam loghat Kedah tulen, mungkin mengikut cara Kuala Muda. Anak-anak beliau kebanyakan bertutur dalam loghat Patani Kedah/Perak yang pada umumnya mempunyai komponen leksikal yang sama dengan orang-orang Patani di Patani sekarangdan orang-orang Kelantan. Artikulasi atau ujarannya juga hampir sama, kecuali terdapat pengaruh Kedah di mana perkataan yang berakhir dengan "-o" seperti "mudo" disebut "muda"..

Contoh ayat:


"Huma nak kelik tak royak pung di?"..
Terjemahan ke bahasa New York: You guys wanna come back but didn't inform, eh?


"Habih ayang cendeh piuk nasik aku, mu tak napak ka?"
Terjemahan ke bahasa Johor bahru:
"Habis ayam spelet periuk nasi saya, kamu tidak nampakkah?"..

"Bo, mu tak mboh mani sungai ka?"
Terjemahan: Hasbullah, awak tidak mahu mandi di sungai kah?"..


Loghat Patani Kedah/Perak ini dituturkan oleh saudara-saudara kita bermula dari kawasan Bukit Gantang, Perak, naik ke arah utara dan timur laut melintasi Batu Kurau, Selama hingga ke Lenggong dan Grik di Perak yang bersempadan dengan Wilayah Yala (Jala). Kawasan Kedah pula dari unjuran Selama juga, masuk ke kawasan Mahang, Sedim, Kuala Ketil dan Baling yang bersempadan dengan Yala juga, malah mengunjur ke Kuala Nerang dan Padang Terap di utara yang bersempadan dengan Wilayah Songkhla (Senggora).

Namun koi perhatikan varians Kuala Nerang, Padang Terap hatta Pokok Sena Kedah lebih banyak pengaruh bahasa Siam lama yang sukar difahami oleh penutur Thai di Thailand. Betulkan hamba jika hamba tersilap.

Kebetulan penutur-penutur dialek ini mendiami kawasan-kawasan terpencil atau hulu di kedua-dua negeri tersebut, maka mereka digelar orang hulu dan dialek mereka digelar dialek hulu.
Ini adalah satu misconception yang perlu dibetulkan.
Anak-anak Patani Kedah/Perak malu untuk bertutur loghat tersebut dan menggantikannya dengan loghat Kedah tulen, namun koi masih boleh mengenal pasti kepatanian mereka dari bunyi ujaran yang agak berbeza.


Perhatikan dahulu peta besar di bawah yang menunjukkan kawasan dialek ini dituturkan di Kedah/Perak Utara/Yala. Lihat garisan hijau yang menunjukkan rangkuman dialek Patani Kedah/Perak. Ini berdasarkan pengalaman koi dan keluarga menjelajah atau berurusan dengan umat Melayu di kawasan-kawasan tersebut. Namun begitu, bahagian Yala koi kurang pasti, tetapi menurut cerita rakan-rakan, di Betong hingga ke Raman (nama yang menunjukkan warisan kerajaan Reman di wilayah yang termasuk ke dalam Yala/Perak/Kedah), dialek Melayu begini turut dituturkan.




Koi ingin menambah sedikit mengenai contoh-contoh ujaran dalam dialek Melayu Patani Kedah/Perak(DMPKP) varian Mahang. Sebenarnya ada sedikit kelainan kecil antara varian-varian Mahang, Baling, Kuala Nerang dan Grik. Contohnya di Mahang, 'hangpa' disebut 'huma'. Di Grik 'mika'. Ada varian yang menyebut 'moha', mungkin di Sik, koi kurang pasti.

Untuk memudahkan perbandingan, ujaran-ujaran tersebut dibandingkan dengan dialek Kelantan (DKN) dan dialek Kedah (DKH) yang sudah terkenal seantero Tanah Melayu. Juga Bahasa Melayu Standard (BMS).

(***vokal 'a' berbunyi seperti 'a' Kedah, bukan 'a' Pahang atau Johor)

DMPKP:   Jéng (Mat Lazim), mu khelik kkapung tak royat ka aku di?
   DKN: Jéng, mu kelik kkapung tok royak ko aku deh?
   DKH: Mat Lazim, hang balik kampung tak habaq kat aku no?
   BMS: Mat Lazim, awak balik kampung tak beritahu aku ya?

   DMPKP: Bukang aku tak mboh telipong, malang tu aku telipong tiga kali mu tak akeik.
   DKN: Buke aku tok sé telipong, male tu aku telipong tigo kali, mu tok akak.
   DKH: Bukan aku tak mao telipon, malam tu aku telipon tiga kali hang tak angkat.
   BMS: Bukan aku tak mahu telefon, malam itu aku telefon tiga kali awak tak angkat.

DMPKP: Mmbiii..sunggggooowwhh la... dema 'tak telipong ataeh pagha, tingii.. tak ghok aku nak gi naik ambaekk..
DKN: Weii looo..sunggoh la... demo tu letok telipowng atah pagho, tinggi benar nar.. tok ghok (cékak) aku nok gi ukah ambik..
DKH: Dddiiaaa la...sunggoh la.. depa letak telipun ataeh pagha, tudddia punya tinggi, tak laghat aku nak pi naik ambeyk..
BMS: La..betul la.. mereka letak telefon atas para, tinggi, tak larat aku nak pergi panjat ambil.


DMPKP: Tuiii.. huma 'tak berapa kelo gula dalang éy ni, manih leting.. mitak ehh sikik
DKN: Tuii..puok mu letok berapo kelo gulo dale aéy ni, manih leting..mitok aih sikik..
DKH: Tuii.. hangpa letak berapa kelo gula dalam ayaq ni, maneh melechaeh aihh..mintak aih sikit..
BMS: Tuii.. kamu (ramai) letak berapa kilo gula dalam air ni, manis sangat-sangat, mintak ais sikit..

DMPKP: Tijah hhooo.. aku beci sunggowh la kalu dia buat ey. Maghi, kita tubik gi mani sungei mahang, busuk khong dah aku ni supa lemu haha..mapuh gi la ka dia..malaeh aku nok tebeng hehe
DKN: Tijah ooo..aku beci sungguh kalu dio buak aey. Maghi, kito tubik gi mandi sunga mehe, busuk kkohong doh aku supo lembu haha,,mapuh gi la ko dio nyo..hehe,,malah aku nok tebing
DKH: Tijah oii..aku benci sungguh la mengkala dia buat ayaq. Mai la, kita keluaq (teghebit) pi mandi sungai mahang, busuk kohong dah aku ni macam lembu haha biaq pi la ka dia hehe malaeh aku nak gagah minum..
BMS: Tijah oi.. aku benci betul la kalau dia buat air. Mari, kita keluar pergi mandi di Sungai Mahang, busuk sangat dah aku ni macam lembu haha.. lantak dia la.. malas aku nak paksa diri hehe

Perkataan-perkataan yang signifikan yang lain ialah seperti:

DMPKP------DKN-----DKH-----BMS
 'thu'      ------tau--------tao--------tahu 
'temuh'   ------tembuh--tembuih--tembus, 
'kughuh' ------kughuh---kughuih--kurus, 
'géna'----------guano-----lagu mana--macam mana
'bderat'--------bderak----gelewaq--berjalan-jalan.
'kema'---------kito-------kami------kami-- **kema ini lawan bagi dema

Daripada contoh-contoh di atas, dapat diperhatikan ujaran dan komponen leksikal dialek Patani Kedah/Perak ini sangat-sangat hampir dengan Dialek Kelantan dan Terengganu. Ini menunjukkan keakraban kumpulan dialek Patani, Mungkin lebih rapat dengan dialek Kuala Berang. Jika tak percaya, tontonlah video dialek Baling oleh Tuan Syed Mahadzir kita ni.

Sila klik:




Bandingkan dengan puisi loghat Kuala Berang ini.


"Mok, aku nok tubaik"


"Rayé dulu rayé le ning"



Juga video budak Patani ngepek, tapi tajuk silap, dia letak budak Kelantan:

"Budok Ttani ngepek"


Ada pengkaji yang mengambil jalan singkat, seperti dalam beberapa kajian di UKM, mengatakan fenomena ini berlaku kerana Perak dan Kedah tidak jauh dari Kelantan. 
Fakta ini bukanlah tidak tepat, tetapi terlalu simplified. 
Jika di Eropah kita boleh melihat rantaian dialek Latin dalam Empayar Rom yang kemudiannya membentuk bahasa-bahasa Eropah sekarang seperti Rantaian Itali, Perancis, Catalan, Sepanyol, Gallego dan Portugis. Gallego dianggap  oleh orang Portugis sebagai bahasa Portugis juga. Catalan pula seolah-olah campuran bahasa Sepanyol dengan Perancis, ekoran lokasinya yang terletak di sempadan Sepanyol-Perancis. 
Belum lagi bincang masalah bahasa-bahasa Germanic di Norway, Denmark dan Sweden yang rantaiannya lebih kompleks, seperti satu bahasa yang sengaja diisytihar dengan bahasa Denmark, Sweden, juga polemik Bokmal dan Nynorsk bagi Norway.

Jadi, dalam kes DMPKP ini, rantaiannya juga panjang. 
Dari Terengganu melintasi Kuala Berang dan Kelantan, masuk ke Grik, ke selatan ke Lenggong, ke barat di Selama, naik ke Utara di Mahang-Sedim-Kuala Ketil-Baling-Sik-Kuala Nerang. 
Kompleks tapi sangat menarik. 
Tapi dari segi logik, Terengganu itulah hujung selatannya, bukan asal dialek ini. 
Asal dialek ini di Patani.

Faktor percambahan hingga ke segitiga Bukit Gantang-Kuala Nerang-Grik?


Baca dan dengar betul-betul faktor besar ini:


REMAN.

Lihat peta lama Negeri-negeri Melayu Patani di bawah, selepas tahun 1679:





* The Where's Where of Henry Norman's time
"An old map showing the political boundaries of several Malay states ( most are now defunct ) in the North-eastern corner of the Malay Peninsular, prior to 1909 Bangkok Agreement. 
Kelantan was also shown, interconnected with Legeh and Reman,the two of which are mentioned in the book."
In " The Peoples and Politics of The Far East ", Henry Norman. First published in London in 1895 by T.Fisher Unwin. 



Kawasan yang bertutur dalam bahasa ini sebenarnya adalah bekas wilayah Negeri Reman yang secara rasmi dilupuskan oleh Inggeris dan Siam selepas Perjanjian Puaka Bangkok 1909 yang membelah Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Melaka) kepada 2 bahagian. Malaya dan Selatan Thai. 

Sila rujuk link ini:


Pemasukan wilayah Reman ke dalam Negeri Perak oleh British

Kebetulan pula kawasan yang koi sketch dalam peta besar google map itu sepadan dengan 

Wilayah Reman dalam peta dalam buku Henry Norman tersebut.


Banyak pengkaji sejarah berteori yang orang Patani ini datang ke Kedah dan Perak ketika penaklukan besar-besaran oleh Siam pada penghujung kurun ke 19 di Patani. Mungkin ada kebenarannya, tapi teori koi ialah kawasan itu ialah kawasan wilayah Reman yang termasuk dalam Perak dan Kedah sekarang. Manakala Betong, Krong Pinang, Yaha, Kabang dan Raman ialah kawasan yang telah secara keji dimasukkan ke dalam negara kafir Siam laknatullah yang tak habis-habis menjarah tanah dan darah orang Melayu.

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!


Lihat juga gambor yang koi zoom dari Google Map ni:

Kampung ini terletak dalam Mukim Jeniang, daerah Sik, Kedah yang terangkum dalam kawasan teori koi sebagai bekas wilayah Reman.


Lihat juga sebuah kampung lagi di utara Kampung Kuala Reman ini, iaitu Kampung Kuala Ruman.
Ini menguatkan lagi bukti yang ini bekas wilayah Reman. Ramai pengkaji mengatakan nama "Reman" berasal dari perkataan Arab "Rahman" yang bermaksud Maha Pengasih, salah satu nama Allah yang 99.
Koi lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan asal perkataan tersebut ialah dari perkataan Arab "Rumman' yang bermaksud "buah delima". Kan salah satu makanan sunnah tu.

Sebab apa perkataan Arab?
 Ramai yang berpendapat keturunan raja-raja Melayu bersambung nasab dengan Rasulullah. Kalau ada yang tak bersetuju, bacalah buku Ahlul-Bait Rasulullah SAW, Dinasti Melayu dan Akhir Zaman, karya Tun Suzana Tun Hj Othman dan Hj Muzaffar Dato' Muhammad tahun 2002.
Kalau ada yang tak bersetuju, terutama golongan Syed-Syarifah baru, koi hormati pandangan 'huma' semua. Guna la sikit dialek tok nenek moyang weh kuikui

Maka kalau pun tak bersambung dengan Rasulullah SAW, umum mengetahui peranan Sayyid-sayyid, syeikh-syeikh dan sidi-sidi Arab di istana-istana Melayu zaman-berzaman. Hinggakan dalam Enakmen Rizab Melayu Kedah 1931, "Melayu" ditakrifkan sebagai seorang yang menganut agama Islam dan lazim bercakap bahasa Melayu yang sekurang-kurangnya seorang daripada ibubapanya adalah bangsa Malayan atau berketurunan Arab. ERM Perlis 1931 pula mentakrifkannya sebagai seorang yang berasal dari mana-mana bangsa Malayan atau orang keturunan Arab yang lazim bercakap bahasa Melayu atau mana-mana bahasa Malayan dan menganut agama Islam. Maksudnya di Kedah atau Perlis, kalau kedua-dua ibubapa ialah orang Arab pun dia masih orang Melayu jika beragama Islam dan bercakap Melayu. Cuba rujuk Jurnal Undang-undang ini. (Sila Klik)

Lihatlah persamaan perkataan 'Rumman' dengan 'Ruman' itu. Biasalah, 'Ummi' kita sebut 'umi' saja, 'innova' kita sebut 'inova' saja, lidah melayu kuikui

Mungkin ada yang mahu berhujah: Ulu Beranang dalam Negeri Sembilan, Beranang dalam Selangor. California dalam Amerika Syarikat, Baja California dalam Mexico. Catalunya dalam Sepanyol, Catalunya Nord dalam Perancis. 
Tak semestinya satu negara, satu negeri.

Soal koi balik, baru berapa hari?
Bukankan Negeri Sembilan asalnya di bawah Selangor? Raja Minang ke Raja Bugis di Kota Lukut dekat Port Dickson tu? Ada beza ke cakap Beranang dengan Ulu beranang, kan Minang belaka?

Siapa penduduk asal California, orang anglo-saxon ke orang-orang Sepanyol dan mestizo? Kenapa ada chicanos yang bukan asal dari Mexico pun, cakap Sepanyol duduk di California, Florida, Texas,  New Mexico dan Nevada? Untuk pengetahuan pihak pembaca, Bahasa Sepanyol ialah bahasa rasmi bagi 21 buah negara termasuk Sepanyol, Mexico, seluruh Amerika Selatan kecuali Brazil-Guyana-Surinam, seluruh Amerika Tengah kecuali Belize, Republik Guinea Ecuatorial di Afrika dan baru kembali rasmi (dalam pendidikan sahaja) di Filipina.

Catalunya Nord, apa etniknya? Memang, polisi chauvinis perancis menyebabkan tinggal sangat sedikit sahaja penduduk Catalunya Nord berbahasa Catalan, berbanding di Catalunya yang lebih 60% fasih bertutur bahasa ibunda mereka. Namun etniknya tetap sama. PARLA CATALÀ.
Siap nak merdeka dari Sepanyol lagi sekarang. (walaupun koi secara peribadi tak sokong kuikui)

Dari itu wajarlah dialek ini digelar Dialek Reman sahaja, tak perlu lagi digelar dialek Patani Kedah/Perak.

Ka géna??? kuikui
=============================================================

*** Tongkat Ali ialah seorang guru sejarah di Kuala Terengganu yang sangat berminat mengkaji sejarah sebenar demografi dan geografi Melayu. Beliau berketurunan Long Gaffar, Raja Kelantan Timur dari sebelah nenek. Blog beliau kerap koi petik dan rujuk. 


Terima kasih hamba dahulukan..