Khamis, Ogos 21, 2008

Lari dalam guni.. Tadika Kemas Gelangi 2, 1983

Hari ni koi terkenang kisah masa Darjah 1 dulu. Koi masa kecik dulu memang paling suka tengok hari sukan sekolah, tak kiralah sekolah rendah, menengah atau tadika. Masa umur 5 tahun, koi dah pegi tengok hari sukan Sekolah (rendah) Kebangsaan Kota Gelanggi 2 dan Hari Sukan Tadika. Acara penonton masa tu hanyalah kutip gula-gula, koi masih ingat yang koi hanya dapat sebijik je, itupun yang lebih-lebih orang lain kutip sebab koi memang dari dulu lagi jenis malas berebut-rebut. Sebab tu koi benci dan sakit otak dengan jem pagi-pagi pegi keje tu..

Hari tu koi dah masuk Darjah 1. Teringin nak pegi tengok budak-budak tadika bertanding dalam pelbagai acara yang menarik bagi koi. Ada acara isi air dalam botol, lari sambil bawak sudu berisi bola ping-pong, lari golek gelung rotan dan pelbagai lagi. Acara yang koi nak cerita ni pun ada. Acara wajib bagi hari sukan sekolah koi rasa..hehe. Setelah selesai macam-macam acara, sampailah ke acara yang koi suka tengok tapi tak suka masuk ni. Payoh nak berlari atau melompat. Manjang jatuh.

Cikgi-cikgi pun menyediakan murid-murid di garisan permulaan. Setiap pasukan disediakan dengan satu guni jalur atau dalam Bahasa Sepanyol atau Portugisnya "saco" (saku seluar pun disebut saco, kan ke sama bentuk dan fungsinya tu.. beratus-ratus perkataan kita asal dari Portugis rupa-rupanya). Cikgi yang memegang hailer pun melaungkan.."Sedia...", kemudian meniupkan wisel.."Prrriitttt!!"..
Murid-murid yang mengambil bahagian pun kelam kabut la menyarungkan guni masing-masing seperti hendak memakai kain pelikat. Wullamak.. dalam ramai-ramai tu ada seorang yang meluru pantas ketika murid lain terhegeh-hegeh menyarungkan guni.

Tiba-tiba koi bersama seluruh hadirin menderaikan ketawa apabila budak itu sebenarnya menyarungkan guni ke kepala hingga separuh badan dan berlari terhuyung-hayang tak tentu arah kerana tidak nampak laluan beliau. Harhar.. koi ketawa sampai terduduk. Masa tu juga koi rasa memang budak tu yang "betul" sebab memang dia yang menepati istilah "Lari dalam guni", dia memang sedang berlari, bukan melompat seperti kanak-kanak lain, dan dia juga sedang berada dalam guni, cuma di bahagian kepala dan badan. Cikgi yang memegang hailer (sambil ketawa) segera mengejar beliau dan menghentikan larian beliau sebelum ada yang tercedera (dilanggar beliau atau cedera kerana berguling-guling ketawa..harhar).

Pengajaran dari kisah ini?
i. Gunakanlah istilah yang sesuai supaya semua paham apekebende yang kita deskripsikan..
ii. Weeii..budok.. pegi la training.. ini tidak.. orang training aok tak datang, bila tiba masa, lain disuruh lain dibuat..
Hiba..hehe

7 ulasan:

  1. kahkahkah..memang kelakor..
    entri kau pun semakin lama smakin best..

    kau ni pantang ditunjuk ajar la mader..hahaha

    BalasPadam
  2. kahakahkah cemerlang betul punya kelakor entri aok kali ni. sakit perut koi!

    BalasPadam
  3. dear don,
    aku setuju benor dengan moral of story aok yang number 2 tuh!!
    aku nak share lagi kekeliruan yang bakal timbul kalau kita main cakap ajer tanpa memikir bebenor maksud2 yang boleh disalahtapsirkan ;
    here goes,
    1. Police helps dog bite victim
    2. lost painting found by tree
    3. milk drinkers are turning to
    powder
    4. eye drops off the shelf
    5. gang eats then robs coffee shop
    owner!

    okeh!, siapa buleh tulung explain dapat hadiah, penginapan percuma kat rumah sendiri...

    BalasPadam
  4. ha ha...ank sapa la bdk tu..pandai sungguh mengembirakan para hadirin sekalian...

    BalasPadam
  5. D-z,
    Hehe.. setiap kali koi ingat peristiwa tu koi suka sorang-sorang.. :)
    Ye ke entri koi best..?
    Aok, Rahimin n Pipi memang jauh koi nok kejor..idea sentiasa fresh..
    cuma pipi semenjak kerja ni lambat sikit la update.. hehe
    pressure jugok wei nak maintain post dua tiga hari sekali ni..

    Rahimin,
    hehe..tak ke mana kelakornyer berbanding entri aok..
    Kena berguru banyok ni..

    Adi@Machista,
    Penginapan percuma rumah sendiri guaner koi belum beli rumah lagi..hehe
    Tapi semua ayat yang aok bagi tu memang mengelirukan woo..
    Suratkabo punyer keje la tu..hehe

    Man,
    Ntah la anok saper..koi pun tabley nak ingat atau kenalpasti dari masa tu lagi.. hehe

    BalasPadam
  6. Bukan salah budak tu DonBalon...
    Salah Cikgi yg tak beri penerangan secara menyeluruh...

    kan!kan!kan DonBalon kan!

    Cuba bygkan budak2 pemulihan...mana dia fhm sgt rules dan konsep bersukan nihh...dia main redahhh jer.
    :P

    BalasPadam
  7. S.Yanaz..
    Budok tu yang tak datang training gamoknyer.. hehe
    Apapun..kena double check la kan.. :)

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui