Memaparkan catatan dengan label syawal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syawal. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 07, 2009

Catatan Eidul Fitri 1430 Hijriyyah Bahagian I

(Masjid Zahir: Alor Star. Dirembat dari Blog Hafiz Mujahid)
Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc semua..

Belum terlambat rasanya koi mengupdate sedikit manis-masam sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430 koi dan keluarga baru ni...


Seperti belum terlambatnya kita untuk memulakan puasa enam Syawal yang koi sehari pun belum start ni...kuikui



Koi bercuti 10 hari, seperti tahun-tahun sudah..


Giliran beraya di Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang Darulmakmur pada Hari raya pertama dan di Pasir Mas, Kelantan pada hari raya kedua dan seterusnya. Nama je Pasir Mas, masuk ke bandar Pasir Mas pun tidak. Oleh kerana Gelang Mas ni hanya 1 km dari sempadan Tumpat dan hanya 4 km dari pekan kecil Cabang Empat Tumpat, koi lebih selesa ke Tumpat. Barang2 pun murah berbanding Pasir Mas.


Tak jem pulak tu. Itu yang paling penting bagi orang2 yang beraya di Kelantan. Maklumlah, 3 juta kenderaan pulang mengasak jalan-jalan raya di Kelantan. Tu belum campur yang dah memang menetap di sana.



Koi pulang ke Kota Gelanggi dari Beranang pada 18 hb Sept 2009. Sampai di rumah pukul 9.30 pagi, lepas balik kerja malam tu, terus koi tak tidur..mandi dan kemudian mengangkut kelengkapan perang ke dalam kereta perisai koi.. Pukul 10.15 pagi kami memulakan perjalanan melalui Lenggeng-Jelebu-Pelangai-Bera (Kerayong)-Temerloh-Jengka-Gelangi..



Bila hampir sampai ke Lenggeng adik koi telepon tanya bawak balik tak blaus baru raya anak pompuan tunggal koi..



Argghh...sempat juga koi mengepek 4 bakul ke orang rumoh koi sambil patah balik ke Beranang dengan kelajuan turbo. Pukul 10.45 kami memulakan semula perjalanan pulang beraya..



Sampai di Kg Baris, Simpang Pelangai pukul 12.30 tghari.. koi tidur2 ayam sampei pukul 1 lebih sebab mengantuk yang teramat sangat..



Kemudian pukul 2 sesudah solat koi menyambung perjalanan dan singgah di Masjid Bera untuk menyain autograf Blues Untuk Rodong atas permintaan Syeikh Fadhlurrahman Al-Qarayuni. Pukul 5 petang kami sampai di Bandar Jengka dan memusing-musing di sekitar Bandar Jengka sambil membeli-belah apa yang patut. Sesak ya amat. Nak parking pun tak ada tempat.


Lantas koi menelepon Az Jengka 1 dan kami bertemu di simpang restoran terapung lalu koi pun menyerahkan senaskhah BUR kepada beliau.



Lebih kurang pukul 6.30, kami pun sampai di rumah pusaka ayoh koi di Gelangi 2.



Ahh,...esok koi sambung bahagian II..mboh sampey bahagian XIV baru abih ni..kuikui


Jumaat, September 18, 2009

باليق كمڤوڠ هاري اين: سلامت هاري راي عيدالفطري ١٤٣٠ هجريه


السلام عليكم قوم كلوارڬ دان رودوڠ-رودوڠ يڠ دكاسيهي


كوي د سيني مموهون جوتأن كمعافن كڤد سموا رودوڠ-رودوڠ جك اد ترسيلڤ توتور كات دان توتور توليس
تراوتما كڤد شيخ فضل رحمن القرايوني دان شيخ ازليزام الينكي واحد
دان كڤد سموا رودوڠ-رودوڠ يڠ منجادي واتق-واتق دالم چرڤين-چرڤين كوي دالم بلوس اونتوق رودوڠ، موهون معاف دان مينتاق حلال سڬالڽ
موهون رودوڠ-رودوڠ إخوان المسلمين مندعاكن كسجهترأن كوي سكلوارڬ دنيا اخيرة دان سڬرا داڤت كرجا
معسلامه وا ال لقاء.