Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

Isnin, Julai 20, 2009

Woi toyer!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(Ini pulak tudung "toyu" kalau di Kedah..kuikui)
Assalamualaikum kaum keluarga & rodonc-rodonc..

Ntah kenapa pagi ni koi teringat kepada perkataan "toya" yang selalu koi & rodonc-rodonc guna masa sekoloh dulu...

Ahhh..betapa indahnya perkataan tersebut..

setaraf dengan klasiknya maksud "koru" atau "konyo" bagi kami di Jerantut/Lipis (baca Lepih)..
Masa koi tingkatan 1 di Sek. Men. Sultan Hj Ahmad Shah Kuantan dulu, koi kelas 1 Melati. Dzulkarnain Menerungpaya (tiada hubungan dengan Alaungpaya Raja Siam) rasa koi 1 Selasih.

Rodonc koi dalanc kelas tu ada sorang nama dia Azrin bin Ariffin, budak Ipoh. Oleh kerana dia bukan berasal dari Pahang, maka dia sangat takjub dengan perkataan "toya" ini.


Maka diceriterakan orang berpurnamalah lamanya khadam Tuanku yang digelar orang Azrin ini memanggil-manggil hampir setiap makhluk dalam 1 Melati dengan gelaran "budak toya" kecuali kepada Cikgu Jami'an dan Cikgu Bahar....kuikui..

Khamis, Ogos 21, 2008

Lari dalam guni.. Tadika Kemas Gelangi 2, 1983

Hari ni koi terkenang kisah masa Darjah 1 dulu. Koi masa kecik dulu memang paling suka tengok hari sukan sekolah, tak kiralah sekolah rendah, menengah atau tadika. Masa umur 5 tahun, koi dah pegi tengok hari sukan Sekolah (rendah) Kebangsaan Kota Gelanggi 2 dan Hari Sukan Tadika. Acara penonton masa tu hanyalah kutip gula-gula, koi masih ingat yang koi hanya dapat sebijik je, itupun yang lebih-lebih orang lain kutip sebab koi memang dari dulu lagi jenis malas berebut-rebut. Sebab tu koi benci dan sakit otak dengan jem pagi-pagi pegi keje tu..

Hari tu koi dah masuk Darjah 1. Teringin nak pegi tengok budak-budak tadika bertanding dalam pelbagai acara yang menarik bagi koi. Ada acara isi air dalam botol, lari sambil bawak sudu berisi bola ping-pong, lari golek gelung rotan dan pelbagai lagi. Acara yang koi nak cerita ni pun ada. Acara wajib bagi hari sukan sekolah koi rasa..hehe. Setelah selesai macam-macam acara, sampailah ke acara yang koi suka tengok tapi tak suka masuk ni. Payoh nak berlari atau melompat. Manjang jatuh.

Cikgi-cikgi pun menyediakan murid-murid di garisan permulaan. Setiap pasukan disediakan dengan satu guni jalur atau dalam Bahasa Sepanyol atau Portugisnya "saco" (saku seluar pun disebut saco, kan ke sama bentuk dan fungsinya tu.. beratus-ratus perkataan kita asal dari Portugis rupa-rupanya). Cikgi yang memegang hailer pun melaungkan.."Sedia...", kemudian meniupkan wisel.."Prrriitttt!!"..
Murid-murid yang mengambil bahagian pun kelam kabut la menyarungkan guni masing-masing seperti hendak memakai kain pelikat. Wullamak.. dalam ramai-ramai tu ada seorang yang meluru pantas ketika murid lain terhegeh-hegeh menyarungkan guni.

Tiba-tiba koi bersama seluruh hadirin menderaikan ketawa apabila budak itu sebenarnya menyarungkan guni ke kepala hingga separuh badan dan berlari terhuyung-hayang tak tentu arah kerana tidak nampak laluan beliau. Harhar.. koi ketawa sampai terduduk. Masa tu juga koi rasa memang budak tu yang "betul" sebab memang dia yang menepati istilah "Lari dalam guni", dia memang sedang berlari, bukan melompat seperti kanak-kanak lain, dan dia juga sedang berada dalam guni, cuma di bahagian kepala dan badan. Cikgi yang memegang hailer (sambil ketawa) segera mengejar beliau dan menghentikan larian beliau sebelum ada yang tercedera (dilanggar beliau atau cedera kerana berguling-guling ketawa..harhar).

Pengajaran dari kisah ini?
i. Gunakanlah istilah yang sesuai supaya semua paham apekebende yang kita deskripsikan..
ii. Weeii..budok.. pegi la training.. ini tidak.. orang training aok tak datang, bila tiba masa, lain disuruh lain dibuat..
Hiba..hehe