Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 09, 2009

Bahagian II:Catatan Eidul Fitri 1430 Hijriyyah


(Gambar bukan hiasan: Rumah pusaka ayoh koi yang kini hanya didiami oleh bonda koi yang tercinta..)
Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc yang dikasihi..

Koi nyambung cerita koi hari tu..

Sampei di Gelangi koi lepak-lepak tunggu bukok pose..

Lepas bukok poser ala kadar 2 pinggan nasik, koi solat maghrib..

Lepas solat Maghrib koi dengan anok koi Uzair Ziad Al-Jaziri gi solat Isya' dan Tarawih di Masjid Jame' Kota Gelanggi 2..


Tkde mende sangat malanc tu..

29 Ramadhan 1430: Ke Pasar Borong Bandar Pusat Jengka

Koi telah ditugaskan bersama isteri, adik pompuan, kakak, abang ipor serta mak mentua kakak koi membeli barangan mentah untuk sambutan hari raya. Koi teruja juga walaupun kena keluar seawal pukul 5 pagi ke BPJ. Last sekali koi memborong ialah patlima tahun lepas semasa demeh masih melaung-laung di tapak lama.
Sampai di pasor boronc..pergghhh..bapork rameinya oranc..
nok parking pun takde tempat.. segenap tampat, segenap arah ada orang parking. Last2 adik koi berjaya memarking nun di sana hala2 ke JPJ BPJ nu..
Melangkah ke turun dari kereta, koi teruja amat sangat..
Sangat bertenaga koi tengok suasana..
hidup..
ceria..
chargasss...
Sana laung sini sambut..
Sini laung sana sambut..
kebanyakan ruang niaga telah bersimen..
takde la kotor berlumpur machanc tempat lama..
harga memang muroh..
Ikan meroh RM16 sekilo.. koi sapuuu..
Ikan gerut sekor bapok besor RM5 ...koi sapu..
Ikan selayang nok buat laksa Kedah selonggok bapork banyoknya RM5 ...koi sapu..
Kira pueh la koi menyapu di dinihari yang syahdu tu..
Orang rumoh koi bertugas membayor je..kuikui
Duit komeh doh kutip awey2 lagi.. anok2 soranc RM30..
5 orang doh rm150..
menarik jugok..belambok barang boleh beli dengan harga RM150.. cukup untuk 10 hari raya..
Koi cakap betul..
Cuma nok tahu beli kat mana..
jadi koi terpikir..
Pasey warga jengka masih tunggu di felda masing-masing membeli dengan harga berlipat kali ganda padahal boleh beli di sini dengan harga yang muroh?
..berbaloi2 dengan minyok kereta..
Cuma kena bangun awey la sket..mengharungi dingin malam tirai kenanganku ke Bandor Pusat ni..
Pagi tu yang koi tak boleh lupa ialah oleh kerana bersahur koi telah minum setengah gelen air..
Hala balik..baru lintas TNB BPJ pundi koi doh rasa macam kena tekan dengan pam hidraulik..
koi bersabor minit demi minit..
sampei Jengka 1 koi rasa macam doh nok meletup..
koi guna mind power cuba pikir mender lain..
akhirnya.. setelah melalui detik2 genting bertahan dari tekanan bendalir yang berkadar terus dengan masa.. dengan persamaan
q=1/2pv2,
dengan q: tekanan bendalir, p:ketumpatan cecair, v:halaju cecair
Koi terjun dari kereta sebaik sahaja kereta berhenti ke arah belakang rumah. Koi tidak mampu berjalan lagi. Koi menghela nafas buat seketika lalu beransur-ansur ke belakang rumah.
Nikmatnya tidak dapat koi gambarkan. Ketika itu kalau ada orang nak bagi RM10,000 pilih antara menunaikan hajat kecil dengan duit tu, koi pilih hajat kecil.
Lainla kalau RM1 juta...kuikui
Bersambung lagi di bahagian III...kuikui








Isnin, Ogos 17, 2009

Aku, Faridah dan Kopi..

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodoncs..


Maafkan aku..



Tatkala semua berbicara selsema babi..
Aku bercakap soal kopi..
Di tanam di negara bersuhu tinggi..
Digilai oleh Markus, Raúl dan Johny..

Aku gagal memahami..
Kopi itu ditanam di sini..
Lempar ke bumi naiknya meninggi..
Tumbuhnya subur butirnya berisi..


Kalaulah watan bersatu hati..
Dunia kopi kita takluki..

Mungkin suatu hari nanti..
Suatu petang di Kota Gelangi..
Aku menghirup secangkir kopi..
Dibrew oleh Faridah si isteri..
Lalu-lalang berpuluh lori..
Sawit dan getah tidaklah lagi..
Kopi diangkut beribu guni..

Anak kampung bersenang hati..
hasil tanaman berkodi-kodi..
Bukan untuk Raúl dan Johny..
Semua kami pasarkan sendiri..
Ilmu kopi kami miliki..
bagaimana menggubah perisa lestari..
bagaimana bisa mengkonservasi..

janganlah terus-terusan menjadi..
seperti sehingga hari ini..
kita memugar hasil bumi..
mereka jua mencatur ekonomi..
Cameron Highlands milik pertiwi..
Pakar teh di negara Tory..
Kita menjual seringgit berpeti..
mereka pulangkan seuncang berpenny..

Tapi kenapa jadi begini?

Jawapan mudah tak perlu PhD..

untuk kita memahami..

Ilmu pengetahuan tak kita kuasai..

Dulu sana hadhari sini hadhari..

Kini 1Malaysia saban meniti..

Politik sampai ke lubang babi..

Bilakah kita hendak mengerti???

kuikuiiiiiiiii.......

Selasa, Oktober 28, 2008

Baht, Riyal apa saja..


Semalanc koi keje walaupun kebanyakan rakyat Tanah Melayu dan Borneo cuti menyambut (ataupun tidak menyambut tetapi bercuti juga) Dipabali..





Beloh-beloh petanc sket koi menerima panggilan telefon dari istri koi..
Menceritakan kisah anok sulung koi Uzair Ziad yang berumur 6 tahun 4 bulan yang suka memikir macam-macam..

*************
Dengan serius dan berseri-seri..

Abang: Umi, duit tu kan kertas..
Umi: Ha la.. memang la duit tu kertas..
Abang: Ha..boleh la.. kan kita takde duit..
Umi: Pastu?
Abang: Kita ambik kertas.. abi kan ada kompiter.. kita buat duit cantik-cantik.. kita boleh la beli..
Umi: (gelak..)

***************
Kedengaran Mak Teh (adik koi) di ruang tamu sedang memberi penerangan situasi kepada Abang..

Notakakidanmulut: Robert Kiyosaki juga pernah cuba membuat duit syiling sendiri sewaktu kanak-kanak dulu menggunakan tiub ubat gigi aluminium.. hehe

Sabtu, Oktober 11, 2008

Kisah Jutawan Sonyap di Sobuah Kampuang di Baranang, Salangor

Ini ialah copy n paste post koi dalanc sebuah forum yang koi selalu lepak dari tahun 2007 lagi..
banyok ilmu koi bueh dari forum ni..
ilmu pertanian ke, cara nok beli rumoh ke, public mutual ke semmer ada..
ini link ke post koi tersebut..
Tarikh post ialah 14/04/2007 lamer doh tapi koi raser banyok pengajaran dari kisah ini..
koi guna bahasa N9 sebab itulah bahasa rasmi Semenyih dan Beranang.. hehe

http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=955&highlight=sonyap

Amacam..catchy tak tajuk dio..

Selaso lopeh den poie la melinteh dopan Bandar Akademia projek Lion Group yang lambek naik dan baru nak buek launching bulan limo..ha'ah..bulan dopan la..
Den ternampak ado sign board tanah untuk disewo..
Den yang dah sekian lamo nak cari tanah nak tanam herbo wajib masyarakat Melayu dan Thai iaitu serai atau "takrai" dalam bahaso siam, pun menelepon la ko nombor tu..
Mulo2 dongar la sogho makcik yang mesro, kemudian dipass pulak kapado pakcik yang mesro jugak bunyinyo..
Disuruhla den datang kerumah..nak bincangkan brapo hargo dan klaus2 lain yang den pun tak brapo pasti sobab tak ponah2 nyewo tanah ni..
Den pun ngoba'an ko istri den yang tongah bekerjo di Pusat Internet Deso Baranang, dio toghuih ngajak den poie ko umah makcik&pakcik (selepas ini dirujuk sebagai M&P, dokek2 cam S&P jugak.. ) tu.
Waktu rehat istri den (den kojo syif potang, biaso la helpdesk 24/7 mesti syif), kami pun korumah M&P tu. Gadang banar umah eh.. (bahaso minang, besar benar rumahnya), tapi umah kayu dan stail lamo la.. Kenderaan takdo.. basikal buruk yo limo bijik.. Bagi salam, naik ko umah, bertemu la mato dgn M&P yang mesro tadi.

Sonang ati den sembang ngan dorang..bolum masuk bab nyewo lagi, anak sedaro dio datang.. jadi lopeh 15 minit den n istri (DNI) pun mintak diri..esok pulak datang.

==========================

Rabu

Esoknya, den ngan istri poie lagi ko umah M&P tu, waktu yang samo..berbincang hal hargo..sambil2 dio cito zaman dio bukak tanah, nobang pokok etc. memang menarik sobab generasi kito tkado lagi dah bondo2 walaupun owang umah den kato di Guo Musang masih boleh troko kemudian mohon tanah.
Dio pun lotakla hargo 400 setahun untuk 1 1/2 ekar.. DNI pun trimo..
Ado jugak cito pasal anak2 dio sendiri pun tak mahu ngushokan tanah etc. Sedih jugak den bilo pakcik tu menangis mengenangkan kepayahan mengusahakan tanah sedangkan anak2 biarkan yo jadi belukar.. Padahal bukan kono buek sendiri pun, semuo upah indonesia yo..dari menobeh sampai menanam sampai menuai balik sok.. untung boghosih biaso dalam rm5000/ekar..bagi den banyak tu..takpola den belajar dulu..

Sembang2 lagi, timbullak isu jual tanah sobab DNI memang dah lamo carik tanah untuk buat umah.. rujuk bahagian Hartanah "Umum".. ado la sikit pasal pencarian den di daerah Hulu Langat ni. Pakcik tu cerito dio boli baru 2-3 tahun lopeh tanah yang den nak sewo tu, rm115,000.

Isteri den: pakcik boli cash ko?
Pakcik: Ha'ah.. pakcik duit ado.. cumo cam ni lah (pakcik ni tak larat berjalan sbb kena stroke)Bukan nak banggo, tapi nak tunjuk (bagi contoh) kek ekau yo.. nanti acik ambikkan.. (sambil bangun dalam kepayahan bergantung pada railing tali lembu yang digunakan untuk menyokong pergerakan beliau).. (kembali dengan 4 sampul penyata dari ASB)

Pakcik: Ekau tengokkanla dalam tu namo acik xxxxx bin xxxxx dgn makcik xxxxx bt xxxxxx, pakcik buleh baco cumo tak berapo nampak (umur 76 tahun)


Humang aiii!!!
DNI takajuik bosar sobab dalam ASB pakcik tu ado 39x,xxx dan istri pun samo 39x,xxx. Duo penyato lagi anak2 dio punyo..sorang 86,xxx dan sorang lagi 2x,xxx.

Pakcik: Ado 39x,xxx kan? Tu semuo acik simpan tu..dari tahun 80-an lagi.. sikit-sikit acik simpan..bukan acik kojo bagaji cam anak.. susah acik ni.. (sambil menahan tangisan..)

Lalu pakcik pun nasihatkan DNI supaya camano pun mesti simpan..cam Azizi Ali lak point-point dio.. tapi memang confirm bukan dio baco buku Azizi Ali..
dio cerito dio selalu tanyo anak bongsu dio kojo askar..

Pakcik: mano abih gaji ekau xxx?
xxx: gaji den kannya bosar bah.. bapo ratuih yo.. cukup makan yo..
Pakcik: Iyolah..kalau saratuih ekau dapek..takkanla sepuluh inggit tak boleh kau simpan..
Simpan ni jangan kiro nak banyak yo.. sikit pun nyimpan la jugak..


Den potik ayat Azizi Ali, lebih kuranglah.." Saya telah membaca beratus-ratus buku motivasi kewangan dan setiap satunya mempunyai idea dan metod yang agak berbeza-beza. namun kesemuanya bersetuju dalam satu perkara: Anda tidak akan menjadi kaya jika tidak menyimpan".

Den sonyum sendiri sobab lopeh kawin tahun 2000 ni lah baru den tahu apo itu erti simpan.. bukan omak den tak ajar...maso kocik2 den kemain banyak tabung..tapi bilo dah remajo..tahunyo nak mem'brand'kan diri yo.. cam lombu

Sembang punyo sembang.. pakcik tu pun tawarkan 3 ekar lagi tanah dio untuk den sewo.. Alhamdulillah..

pakcik: Sok kau datang kito poie samo2 tengok tanah 3 ekar tu..cantik tanah tu.. rato..

Lalu disambung cerito dio pasal tanah2 dio, penat lelah dio memacam lagi..
DNI mendengar dgn penut minat.. Moga-moga jadi motivasi bagi kami..

Tanah pakcik tu dlm kampung tu sajo ado limobleh ekar.. seekar hargo tanah kampuang di Baranang ni average 120k.. cuba bayang berapo aset dio? 1 juta 8 ratuih ribu.. tu aset beku., yang cair? dalam ASB sajo dokek Rm800k, bank2 lain pun ado jugak.. ASB anak2 dio pun dio yang masukkan. Si xxx tu dio masukkan 500 sebulan, sebahagian hasil gotah bulanan dio.

Yang den kagum tu, pakcik ni masih ado vision walaupun umur dah 76, masih nak melabur lagi.. Tanah yang 1 1/2 ekar tu, dio nak buat tanah lot bilo dah ramai org duduk di Bandar Akademia sobab kedudukan dio boto2 dopan perumahan tu. Dulu mintak ngan petronas nak buek stesen minyak, tapi petronas tak bagi sobab org tak ramai kawasan tu..rugi yo nanti.. Pasni nak boli kodai sebelum perumahan polis yang tongah buek kek somonyih nak sewokan kek orang.. cash lak tu.. hartanah biasonya appreciate.. memang kito untung yo lah.. kito mikirkan loan laie..hapo laie..

Pakcik ni ado mention jugak, mesti ado buek projek apo2..jangan tunggu pendapatan biaso yo.. dio dulu kalau nak ngarapkan upah nobang, nobeh brapo sen la sangat.. ado duit sikit..boli lombu..biakkan.. bondo2 camni la yang support pelaburan kito (ayat den la tu.. )

========================

Jumaat

DNI & anak2 & M&P semuo naik Wira den manjat bukit tengok tanah 3 ekar tu..cumo jalan umang aiii.. tak sanggup dah den bawak keto..4wd okay la..

Memang nostalgik la tanah tu bagi dio..dulu sobolum tahun 1975, dalam utan ateh bukit tu la dio duduk ngan anak limo.. nobang utang.. anak dio duo dah poie dulu..tinggal tigo.. den pun raso nak nangih nengok dio sodih.. sobab den pun ado anak ompek.. 4 th, 3 thn, 2 thn dan 9 bulan.. tak dapek nak membayang dok dalam utan sekeluargo yo..

Itula kisah yang den sompek kongsi dengan semuo wargo bloggers.. mujur ari ni tak sibuk di DHL ni..

Pengajaran di sini:

i) Simpanlah walau sesedikit mana pun gaji kito.. (petua minimum 10%..samo cam Azizi Ali lagi.. den suspek mamat ni poie berguru dgn pakcik ni la dulu.. hehe) supayo jadi budayo dalam diri kito..
ii) mesti ado projek sampingan yang boleh bagi duit gedebuk sikit..untuk modal kito buek pelaburan lain..
iii) Dan den peratikan, kehidupan pakcik ni terlalu sederhana..rumah walaupun besar ..dah agak usang sebab tak sempat dah makcik tu nak kemaskan.. kereto apo pun takdo..jadi den raso kito keno ambik jalan tongah.. sebab mikir2 duit juta2 pun anak2 dio gak yang dapek.. kurang2 poie la melancong, ado kenderaan seleso sikit.. Tapi yang baik jadikan teladan, yang kurang baik jadikan sompadan..

Itu sahajalah nukilan den kali ni.. sila komen wahai rakan-rakanku warga bloggers sekelian..

Sabtu, Ogos 16, 2008

Ho-ho-ho, Ba-lik kampung..... Ha-ti Go-reng..

Koi bosan.
Keja malam lagi.
Dalam kepala koi hanya memikirkan nak balik Gelangi La Bella pagi esok. Hal-ehwal pagor kebun sawit koi mesti diselesaikan segera. Kalau tidak, setiap kali pergi melawat ada sahaja anak sawit baru dibaham dek binatang bersiong hodoh itu. Ada juga yang hanya dikeluarkan secara kejam (dan mati) dari lubang yang koi upoh bambang-bambang dari seberang menggalinya dahulu.

Arrgh! Stress jugek koi memikirkan keserakahan binatang yang haram koi dan saudara-saudara seagama makan tu. Karang koi panggil tokey restoran dari Sri Jaya menjalankan versi Gerak Khas beliau sendiri di Gelangi baru spesis liar tu tau langit tinggi rendah. Tapi pikir-pikir balik boleh jatuh haram hukumnya sebab koi menggalakkan manusia makan al-lahmul khinzir.

Cerita pagor koi ni doh kira masuk peringkat telenovela doh gamoknya.. meleret-leret. Di Sepanyol, deme panggil "culebrón" yang bermaksud ulor besor. Koi pun rasa takjub dengan keupayaan rakyat Malaya menghayati telenovela-telenovela yang suatu waktu dahulu menjuarai siaran-siaran waktu prima di saluran-saluran utama negara. Hiba..
Balik semula ke cerita pagor koi. Setelah menghadapi serangan gelombang pertama, koi berusaha dengan segala petua dan tips dari pelbagai golongan penanam sawit dan bukan sawit, tentang cara menghindari serangan babi dari berulang. Cara mak dan ayah koi dulu juga gagal. Deme letok 3 pelepah sawit yang dipotong dalam julat 1 1/2 kaki ke 2 kaki dan disusun berbentuk 3 segi di sekeliling pokok sawit, dengan bahagian berduri menjulur keluar. Nampaknya babi yang sekali-sekala membuat lawatan tapak ke kebun koi berkulit tebal. Habis disesah segala pokok sawit yang koi harapkan dapat berbuah 2 tahun lagi, untuk membantu penghidupan keluarga koi yang sederhana ini. Koi kemudiannya membeli kawat, pemotong kawat serta paku di kedai Jusoh Dagang di Bandar Pusat Jengka untuk membuat pagar tiga segi individu bagi setiap pokok. Petang itu koi dan isteri berjaya menyiapkan hanya satu pagar mengelilingi sepokok sahaja..harhar. Seminggu kemudian, koi menelefon rodong koi dari zaman mandi sungai iaitu Najib untuk mencari kayu untuk membuat pagor keliling kebun versi anti-babi. Beliau berjaya menjumpai kayu-kayu yang sesuai untuk dijadikan tiang pagor di sebuah kedai dalam Wilayah Jengka dan pihak kedai telah bermurah hati menghantar 150 batang kayu dengan kos RM5 sebatang.

Minggu lepas koi balik ke Gelangi dan membeli jaring hitam babi di kedai Natural Strategy berhadapan dengan Balai Polis Jerantut. Esok koi tak sabor-sabor bersama isteri dan anak sulung koi Uzair Ziad Al-Mentakabi yang berumur 6 tahun untuk memacakkan batang-batang kayu tersebut dan jika diizinkan Allah memasang jaring babi pada hari Ahad 17 Ogos 2008 ini.

***********************************************************
Haa.. mesti wokme terpisat-pisat (pinjam istilah Dzul Dos Cuernos) membaca apekene mamat Don Balon ni cerita hal pagor sawit pulok hari ni.. takde idea la tu..hehe

Ada beberapa sebab sebenornya yang koi pilih topik pagor ni.. takde mender seram pun.. atau lawak.. semuanya berkenaan ketidakpuashatian koi berkenaan sikap orang kita. Dulu masa susoh bila nok upoh buat mender-mender keje kebun, menggeletat deme datang buat keje. Le ni, jangan harap..ramei yang hanya mahu lepak dan menghabiskan usia emas dengan cara kedai kopi begitu. Itupun takde la senang sangat, dapat "elaun tetap" RM1500 je dari Felda. Itupun dikira hutang, kena bayor balik dengan bunga atau faedah atau kata David Beckham "interest". Mat indon pulak dulu geng-geng 80-an kelam-kabut buat keje nak kumpul duit, pantang dengor ada orang nak mengupoh itu-ini. Sekarang ni call pun cakap sibuk, takpun tak boleh nak start segera, ada banyak keje lain lagi.. etc, dll serta bll.. (et cetera, dan lain-lain serta blablabla). Jual mahal...

Mmmm..mikir panjang koi sebab lepas ni koi nak sambung projek-projek sawit baru (JV dengan bekas rakan sekerja dan kakak ipar koi) di Kuala Klawang dalam daerah Jelebu (sebab tu koi selalu ulang-alik ke sana), Kg. Berchang di Lepih (koi plan nak tebang sendiri belukar tu, potong batang kayu untuk buat kayu pagar sendiri dan buat pagar sendiri selepas "kena ketuk" nak pitam oleh juruukur yang ukur tanoh tu.. wokme bayanc la bulan 3 baru ni 5.6 ekar dia caj RM600..harga promosi gamoknye.. sekarang ni 3.5 ekar dia caj RM800. Berasap jugek la lubang telinga koi..), Kg. Lepar dalam Mukim Gali dan Kg. Chenua dalam Mukim Sega. Semua tu nok pakey berapa banyok RM koi pun maleh nok mikir sangat. Semua tu sebagai persediaan untuk meninggalkan pekerjaan koi sebagai kuli jerman di syarikat koi keje le ni. Lebih masa untuk perkembangan mental dan fizikal anak-anak.

Sebab tu la gamoknye perkataan "pagar" dalam bahasa Sepanyol bermaksud "bayar".. hehe
Huwaaaarrrrghhh...
zzzzZZZZZ balik...