Memaparkan catatan dengan label berkelah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berkelah. Papar semua catatan

Ahad, Mac 31, 2013

Rehlah fii syaatil ardh 25/03/2013!!

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodong-rodong semua..

25 Mac 2013 yang lepas, atas permintaan anak-anak yang agak terkilan kerana cuti Tahun Baru Cina baru ni tak ke mana-mana main air, hanya berziarah ke rumah saudara-mara sempena projek Jejak Waris III koi, maka koi dan isteri membawa anok-anok bermain air membuang pitis di Bukit Gambang Water Park kuikui

Takde mende nok cerita, hanya gambor je la.. 

 Sampei di Gambang pukul 9.50am, pukul 2 pm koi dengan orang rumoh ke Cherating cari batik, anok-anok komeh tinggey di Gambang, ander anok sedara koi umur 16 tahun jaga dengan jiran komeh yang umur 15 tahun. Komeh ambik demeh semula pada pukul 5.30 pm. Alhamdulillah, selamat.








Dari kiri: Uzair Ziad, Uwais Munzir, Nuzul Nasywa, Puan Faridah, Umair Fayed, Don Balon, Muhammad Haikal bin Zaidi, Aminuddin.

 Di Coco Beach. Coco dalam Bahasa Sepanyol bermaksud "nyor".

 Muhammad Hafiz bin Zaidi berkaca mata, gambor tadi dia yang tangkap gambor













Begitulah akan adanya...

Selasa, September 02, 2008

Koi, Kodi dan Kapchai bahagian II

Suatu Sabtu dalam tahun 1995, Kolej Ketiga UM
((Seperti biasa dialog dibina semual untuk menggambarkan suasana sebenar))

Watak:
Koi
Kodi
Akob, seorang budak dari Simpang Ampat, Taiping
Amin, seorang budak dari Subang Jaya, Selangor
Arie Raphael Abdul Razak,
seorang budak dari mmm.. merata-rata Malaya sebab ayah dia askar, sekejap Tghanung, sekejap N9..

Dalam bilik Kodi dan Akob (2 bekas pelajar SERATAS Taiping yang membawa nama lama di sekolah ke UM..hehe)

Amin: Wei.. dorang ajak pegi Hutan Lipur Lentang la esok..
Koi: Hadoi..korang ni macam orang tua la berkelah-kelah..orang muda lepak kompleks..hehe
hari tu dah pegi Kanching, tak best langsung...
Amin: Alah..kita layan je la..
Kodi: Ramai ka esok?
Amin: Arie, Man, Bomoh, Bad, Zain semua pegi..sepuluh bijik motor lebih aa..
Kodi: Ok aa.. hang kejut aku esok..takut tak bangun pulak..

*****************
Hari yang dinantikan telah tiba...

Koi dan kodi paling lewat bersiap..berat hati agaknya..hehe
Mata kodi pun tak berapa bukak (macam biasa kata Man Musang..hehe)..
Masa pegi Kanching pun koi menyampah mandi di takungan buatan manusia yang tak sebesar mana pun.. Tapi Lentang kira ok la sket.. sungai dia panjang sket untuk kami mandi..

Setelah semua telah bersedia, kami pegi sarapan pagi di dewan makan kolej. Wira bin Salleh member koi budak Gelangi 3 siap bungkus dekat 10 bungkus nasi lemak dan mihun pastu letak dalam moto Kodi yang akan dibonceng koi.

Arie: Madek, pinjam moto nko..moto aku problem la..
Koi: Ambik aa..nko la bawak tapinya moto RXS Awie tu..haha
Arie: Kunci?
Koi: Ni aku bawak.. sekali dengan kunci bilik ni..

Lebih kurang 9.30 pagi.. Kami pun membaca doa supaya perjalanan selamat dan lancar. Koi tak ingat sapa lead konvoi kami tapi koi & Kodi lebih kurang kedudukan ketiga atau keempat la..

Perjalanan lancar keluar dari UM..
Masuk ke bulatan depan pintu UM arah KL..kemudian masuk ke Jalan Pantai Baru..belok kiri masuk Jalan Bangsar..

Lebih kurang 50 meter.. Kodi straight semacam je.. koi dah mula risau..
Koi dah terbau sesuatu..

Sruuuuummmm!
Koi dan Kodi berada di udara bersama kapchai tersayang..
Koi sempat mengeluh perlahan di udara"..Alamaakk Kodi.."..

Serrrrrrrr...
Kapchai menyeret dirinya di jalan raya..
Koi berada di atas moto (di bahagian sisi sebenarnya..) sepanjang seretan..

Minah-minah yang sedang menunggu teksi buat selamba macam tak nampak apa-apa..
Nasik lemak tumpah di jalan (part sedih..hehe)..
Koi tengok Kodi berada di bawah moto.. seolah-olah tak sedarkan diri..
Koi kelam-kabut.. Koi bingkas mengangkat moto..
"Adoi!".. rupanya koi memegang dengan kedua-dua tangan koi di bahagian ekzos.. harhar

Kodi mula membuka mata selepas moto dialihkan...

Member-member semua berhenti..
Kami semua ke Hospital Universiti lepas tu..
2 jam lebih..
Dapatla ubat luka dan melecur..
10 jari koi dan macam belon..

Kemudian setelah berbincang, deme memetuskan pergi ke....Kanching!!!
adoi..walau koi tak setuju,.koi ikut suara majoriti..

Koi mandi macam biasa walaupun belon-belon itu bertambah besor..
pewww!!!
Dalam hati koi berkata.."Ape la nko kodi.. dah berapa ratus kali kita lalu jalan bangsar pegi KL.. takkan tak ingat-ingat ada divider tempat tunggu teksi tu... nasib baik rencong..merasa gak kita terbang..hehe"

Kodi menjawab seminggu lepas tu bila koi mengambil keputusan bertanya jugak dalam nada berseloroh..
Kodi: "Mana aku perasan.."..

Betui la cakap Man Musang...
*********************
[Bahagian 2 berakhir]