Selasa, September 02, 2008

Koi, Kodi dan Kapchai bahagian II

Suatu Sabtu dalam tahun 1995, Kolej Ketiga UM
((Seperti biasa dialog dibina semual untuk menggambarkan suasana sebenar))

Watak:
Koi
Kodi
Akob, seorang budak dari Simpang Ampat, Taiping
Amin, seorang budak dari Subang Jaya, Selangor
Arie Raphael Abdul Razak,
seorang budak dari mmm.. merata-rata Malaya sebab ayah dia askar, sekejap Tghanung, sekejap N9..

Dalam bilik Kodi dan Akob (2 bekas pelajar SERATAS Taiping yang membawa nama lama di sekolah ke UM..hehe)

Amin: Wei.. dorang ajak pegi Hutan Lipur Lentang la esok..
Koi: Hadoi..korang ni macam orang tua la berkelah-kelah..orang muda lepak kompleks..hehe
hari tu dah pegi Kanching, tak best langsung...
Amin: Alah..kita layan je la..
Kodi: Ramai ka esok?
Amin: Arie, Man, Bomoh, Bad, Zain semua pegi..sepuluh bijik motor lebih aa..
Kodi: Ok aa.. hang kejut aku esok..takut tak bangun pulak..

*****************
Hari yang dinantikan telah tiba...

Koi dan kodi paling lewat bersiap..berat hati agaknya..hehe
Mata kodi pun tak berapa bukak (macam biasa kata Man Musang..hehe)..
Masa pegi Kanching pun koi menyampah mandi di takungan buatan manusia yang tak sebesar mana pun.. Tapi Lentang kira ok la sket.. sungai dia panjang sket untuk kami mandi..

Setelah semua telah bersedia, kami pegi sarapan pagi di dewan makan kolej. Wira bin Salleh member koi budak Gelangi 3 siap bungkus dekat 10 bungkus nasi lemak dan mihun pastu letak dalam moto Kodi yang akan dibonceng koi.

Arie: Madek, pinjam moto nko..moto aku problem la..
Koi: Ambik aa..nko la bawak tapinya moto RXS Awie tu..haha
Arie: Kunci?
Koi: Ni aku bawak.. sekali dengan kunci bilik ni..

Lebih kurang 9.30 pagi.. Kami pun membaca doa supaya perjalanan selamat dan lancar. Koi tak ingat sapa lead konvoi kami tapi koi & Kodi lebih kurang kedudukan ketiga atau keempat la..

Perjalanan lancar keluar dari UM..
Masuk ke bulatan depan pintu UM arah KL..kemudian masuk ke Jalan Pantai Baru..belok kiri masuk Jalan Bangsar..

Lebih kurang 50 meter.. Kodi straight semacam je.. koi dah mula risau..
Koi dah terbau sesuatu..

Sruuuuummmm!
Koi dan Kodi berada di udara bersama kapchai tersayang..
Koi sempat mengeluh perlahan di udara"..Alamaakk Kodi.."..

Serrrrrrrr...
Kapchai menyeret dirinya di jalan raya..
Koi berada di atas moto (di bahagian sisi sebenarnya..) sepanjang seretan..

Minah-minah yang sedang menunggu teksi buat selamba macam tak nampak apa-apa..
Nasik lemak tumpah di jalan (part sedih..hehe)..
Koi tengok Kodi berada di bawah moto.. seolah-olah tak sedarkan diri..
Koi kelam-kabut.. Koi bingkas mengangkat moto..
"Adoi!".. rupanya koi memegang dengan kedua-dua tangan koi di bahagian ekzos.. harhar

Kodi mula membuka mata selepas moto dialihkan...

Member-member semua berhenti..
Kami semua ke Hospital Universiti lepas tu..
2 jam lebih..
Dapatla ubat luka dan melecur..
10 jari koi dan macam belon..

Kemudian setelah berbincang, deme memetuskan pergi ke....Kanching!!!
adoi..walau koi tak setuju,.koi ikut suara majoriti..

Koi mandi macam biasa walaupun belon-belon itu bertambah besor..
pewww!!!
Dalam hati koi berkata.."Ape la nko kodi.. dah berapa ratus kali kita lalu jalan bangsar pegi KL.. takkan tak ingat-ingat ada divider tempat tunggu teksi tu... nasib baik rencong..merasa gak kita terbang..hehe"

Kodi menjawab seminggu lepas tu bila koi mengambil keputusan bertanya jugak dalam nada berseloroh..
Kodi: "Mana aku perasan.."..

Betui la cakap Man Musang...
*********************
[Bahagian 2 berakhir]


10 ulasan:

  1. DON,
    itulah namenyer "kemalangan", kalau dia perasan benda tu, namanya kesengajaan!
    hehe

    BalasPadam
  2. hahaha jari macam belon. tu ke asal nama don balon?

    BalasPadam
  3. hahar..divider pun boleh tak sedar ke kodi?..kodi..kodi..memang mata dia lebih ke awek tunggu teksi..haha..

    BalasPadam
  4. memang sedih betul part nasik lemak tumpah tu wei.. menitik nitik air mate koi

    BalasPadam
  5. kalau jadi time nak bukak posa, kene plak juadah dah melayang msti syahdu rasa hati...hu hu

    BalasPadam
  6. Haik... Orang Gelangi gune 'koi' ke? Kome orang Jerantut, tak nye ade pulok gune 'koi'... Kome rase deme nie orang mereloh kot...

    BalasPadam
  7. Machista,
    Masalahnya divider tu dah bertahun kat situ..dan kitorang memang sokmo-sokmo lalu jalan tu naik moto pegi Pertama (tempat lepak utama hehe klasik gilerr..) beli kaset-kaset underground yang di"dubbing" sendiri oleh tuan kedai..

    Min,
    Bukan.. balon tu bola maksudnya dalam bahasa sepanyol..
    tapi dekat-dekat jugak tu kan..
    boley terima la..

    D-z,,
    Boley jadi.. hehe..
    Tapi kodi jenis tawadduk...
    jarang sangat nak mengusyar awek..
    cuma dia masa tu 3/4 sedor keh raser.. :)

    Pollito,
    memang sedih woo..
    ni nak nangis la ni ngingatke.. hehe

    Man,
    Kalu jadi gitu memang koi meraung kat situ je la.. harhar

    Redzwan,
    Itula yang koi explain dalam profile koi tu..
    2nd language symptom.. hehe

    BalasPadam
  8. DonBalon,
    Ooooooooo...lu sengaja nak posing depan aweks tggu teksi tuh ekk.

    Bijak.Bijak.
    :P

    BalasPadam
  9. licik sungguh koi...
    cube menunjukkan kehebatan dgn memegang ekzos moto dihadapan gadis2 menunggu teksi...
    licik...licik...

    BalasPadam
  10. S.yanaz,
    Posing pekebende camtu..
    tapi memang koi betul respek la ke deme..memang configuration muke tanpa perasaan.. terkejut pun tidak..pehh..

    karka,
    Harhar..
    memang licik tapi habis plan nak ke Lentang.. memang buang karan betui la pi Kanching tu..

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui