Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 18, 2010

"Misteri Mimpi Ayam"..satu ulasan karya oleh Don Balon de la Palma



Assalamualaikum rodoncs dan kaum keluarga..

Semalam hari minggu. Rodonc koi Rahimin Idris telah maju beberapa tapak dengan terbitnya cerpen beliau di Mingguan Malaysia semalam. (Klik link untuk baca) Biasanya sajak sahaja. Sebaik sahaja menerima sms dari beliau koi terus teruja untuk mendapatkan senaskhah akhbar yang jarang koi beli ini.

Sebaik sahaja pulang dari menziarahi sepupu koi, koi terus ke rumah kakak ipar koi untuk tumpang baca cerpen tersebut kerana akhbar tersebut telah kehabisan di kedai.

Koi tumpang bangga kerana rodonc koi berjaya menembusi bahagian cerpen utusan pula!

Pengenalan:

Koi mula tersengih bila membaca perenggan pertama, ekoran terdapatnya perkataan "telepon genggam" yang kerap beliau gunakan untuk merujuk kepada
teléfono móvil.
Seterusnya koi dapat membaca kisah yang ingin dipaparkan beliau. Pengguna memboikot beli ayam. Pada mulanya koi menyangka kerana harga ayam yang mahal, tetapi setelah diulang kembali, nyatalah atas sebab lain kerana pada perenggan kedua, peniaga ayam ingin memberi diskaun namun pembeli tetap tidak "hingin" membelinya.

Bagi koi, Rahimin Idris ialah seorang penulis muda yang kreatif dan tidak ingin akur kepada arus semasa penulisan cerpen. Bak kata pepatah koi "Asyik melihat batik Jawa, indahlah pula batik Jengka". Beliau bukanlah jenis penulis yang cuba mempersona khalayak pembaca dengan kata-kata bombastik yang menyebabkan pembaca terselak-selak Kamus Dewan dan Kamus Besar Indonesia. Bukanlah juga beliau orang yang mencintai nama-nama bandar di Iran dan Azerbaijan. Jauh sekali jenis yang memetik istilah-istilah dari kitab-kitab Fiqh mahupun hikayat Tun Seri Lanang. Beliau orang yang bermain kosa kata marhaen, dengan gaya bahasa yang ligat dan anggun.

Corpus:

Rupa-rupanya, masyarakat Malaysia dalam cerpen ini tidak membeli ayam kerana mereka didatangi mimpi aneh setiap kali makan ayam. Turut disentuh oleh Rahimin yang mungkin mimpi tersebut disebabkan oleh syaitan atau mungkin juga Allah ingin memberi pengajaran kepada golongan kapitalis ayam. Turut dipaparkan bagai mana pihak industri iaitu Persatuan Penternak dan Peniaga Ayam Nasional (PPPAN) merayu ganti rugi dari kerajaan sewaktu tersepit, sedangkan sewaktu kaya demeh makan sorang, langsung tak peduli kepada masyarakat. Bila terhantuk, masyarakat yang kena tanggung makan minum demeh, echeh..boleh belah la wei..

Mael Sabri dan Menteri Tani dan Ternak turut disentuh dalam karya ini. Terbelahak gamoknya beliau di Bera ehh di KL gamoknya..

Penutup:
Koi melihat karya ini sebagai sebuah karya yang amat bertenaga dan mampu mengajak manusia Melayu dan Malaysia berfikir tentang kapitalisme, samada kapitalisme ayam atau apa sahaja jenis kapitalisme, hatta politik sekalipun. Yang mahu berfikir je la.. yang masih nak menjadi fanatik U.N.K.O atau parti playboy tua atau parti elitis India...tak kurang sebagai peringatan kepada fanatik
parti chauvinis, parti kos rendah atau Parti Ikut Saja..
Ingatlah perjuangan, jangan jadikan kuasa sebagai maltlamat akhir!!

Bravo Rahimin!!!
Syakilllaaaa,aaa,aa,aaaaaaaa .... ooowwwwhhh...

Khamis, Oktober 22, 2009

Aku, Melayu dan Belacan II







"Baru la One Malaysia Mat Sepat..", ujar Sedi sederhana kuat sambil menggosok-gosok bahagian berkrom di belakang Morris Minornya.

Prooohhh!!


Air Kopi Janda(R) tersembur keluar dari mulut Abang Samsuri. Mangsanya tak lain tak bukan Mat Sepat. Mujur suam-suam tekak sahaja. Suhunya Mat Sepat tak heran. Aromanya yang Mat Sepat tak tahan. Ye lah, Abang Samsuri nama je bergigi emas, kalau menyelam dalam paya belakang rumah Pak Gani malam-malam sambil nganga-nganga mulut separas air, mahunya kena tembak dek Pak Majid RELA veteran. Dah macam dalam mulut buaya suasana hiasan dalaman mulutnya. Tak pun macam mulut badak air.


"One Malaysia tengkorak kamu!", laung Abang Samsuri, berbahasa Melayu kali ini. Mat Sepat sibuk menyapu-nyapu mukanya dengan kain lap meja.

"Sini..ke mari kamu.. apa yang best sangat One Malaysia tu cuba kamu cerita sikit kat aku", gerutu Abang Samsuri lagi.

Mat Sepat terkesima dek kelancaran sebutan bahasa Melayu Abang Samsuri. Selama ini tak sah kalau dia tak selitkan perkataan Banjar dalam setiap ayat.


"Salah ke Abang Samsorek?", soal Sedi sinis.


"Mana boleh tak salah..?? Ni aku sakit hati dengan budak Bijan tu..takde fikrah langsung. Ini Semenanjung Tanah Melayu, kita ni tuan.. Ini sedap-sedap bawak entah ideologi sesat mana entah, One Malaysia.. nak rampas hak kita la tu".


"Abang Samsorek jangan cepat melatah. Idea ni bagus. Malaysia ni tanah air tak kira Melayu ke, India ke, Cina ke..apa salahnya kita kongsi kemakmuran ini bersama", balas Sedi macam ucapan ahli politik semasa perjumpaan sambil gelak-gelak mereka di PWTC tempoh hari.


"Woi budak, engkau apa tahu. Aku ni dah lebih 50 umur aku. Aku lebih dulu makan garam dari kamu. Semua ni auta nak raih undi la ni", makin tinggi suara Abang Samsuri.

"Tu la Abang Samsorek kena darah tinggi..kahkah", giat Sedi menambahkan haba kepada pertengkaran mereka.

"Dah..dah..", celah Mat Sepah.
"Karang kamu berdua masam muka, orang politik tak ada apa-apa juga", kata Mat Sepat lagi.

"Masalahnya Mat Sepat.. 1 Malaysia ni tak jelas apa isi kandungan dia.. tup-tup dengar Yayasan Pelajaran Cina ditubuhkan..tup-tup itu, tup-tup ini.. Kita sebagai rakyat biasa yang menerima padahnya. Deme tetap kaya gitu..", jelas
Abang Samsuri dalam nada risau.

"Itulah Abang Samsorek, minda tertutup. Sudah sampai masa kelas sosial bukan lagi berasaskan kaum tetapi berasaskan penanda lain, macam pendapatan isi rumah ke, pendidikan ke. Barulah relevan dengan zaman..", balas Sedi lagi. Kata-kata pensyarahnya di UiTM diluahkan balik satu-persatu.

"Jadi Melayu kena mengalah dalam segala hal? Demeh cakap je macam tu, persatuan deme kuat juga. Sekolah jenis kebangsaan deme jangan la berani-berani nak cadang hapus, melenting-lenting la macam ulat nangka...", jawab Abang Samsuri rendah sedikit suaranya kali ini.

Mentari petang yang mula mengorak langkah malas menurun ke ufuk barat barat itu bagai turut sayu dengan nasib Melayu. Cahayanya mengusap lembut pipi anak-anak Kota Gelanggi yang datang dari seluruh pelusuk Tanah Melayu, dari segenap kelas etnik di Kepulauan Melayu.

Abang Samsuri tiba-tiba seperti hilang selera bermain karom dengan Mat Sepat. Dagunya ditopang dengan lengan sasa yang saban hari menjatuhkan beratus-ratus tandan sawit ke tanah. Tanah bertuah, katanya. Tak sia-sia nenek moyangnya berhijrah dari Banjarmasin di Kalimantan ke Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Bukan perjalanan singkat naik Air Ananda macam sekarang. Beribu batu nautika naik tongkang sahaja. Pedang banjar di ruang tamu itulah saksi penghijrahan agung itu.

Abang Samsuri pula bersyukur kerana penghijarahannya ke kawasan pedalaman Pahang itu membuahkan hasil yang melimpah-ruah. Anaknya Jamali dan Sodikin kedua-duanya masuk universiti. Romlah pula jadi jururawat di Hospital Jengka. Kahwin dengan doktor pula.

"Abang Samsorek tahu tak idea siapa bukak tanah rancangan Felda ni?", soal Sedi tiba-tiba masih tak berpuas hati.
"Ntah.. Raja Chulalongkorn kot..", balas Abang Samsuri masih sakit hati.
"Ini idea 1Malaysia ni anak dia pulak yang mulakan.. dua-dua berjasa", Sedi cuba melontarkan buah fikirannya.

"Jangan lepas ni tanah rizab melayu, UiTM, pinjaman MARA semua bukak ke demeh sudahlah..zakat pun bagi jugaklah", Abang Samsuri bersuara.
"Lah..tu bukan cadangan dari sekutu parti Abang Samsorek ke?", Sedi mengusik lagi.
"Entahla Sedi.. Aku tak pernah setuju dorang kerjasama".
"Yang beria-ria nak pertahan sekolah jenis kebangsaan pun bukan Erdogan ke?".


"Aku pun tak setuju yang itu. Mana ada negara yang bagi segala hak bagi orang yang terus-menerus tak mahu menjadi warganegara sejati. Amerika memang Obama boleh jadi presiden, tapi ada sekolah jenis kebangsaan Cina ke Negro ke kat sana? Semua sekali satu sistem je. Nak jadi contoh konon. Nak contoh macamana kalau dah perumahan pun ada kawasan masing-masing, sekolah pun lain-lain. Umur 18 ke atas baru bertentang mata. Input dah masing-masing dapat, dah tanam dalam otak sekian lama. bersatu konon..", tambah Abang Samsuri.

"Ehh..Abang Samsorek ni bunyi dah macam orang parti ayah aje..".


"Aku ni yang betul aku sokong, yang salah aku lawan".

"Masuk la parti ayah..".
"Ahh..sudah..jangan nak mengarut..parti dah la sekular..rasuah tu dah macam makan nasik. Salahguna kuasa jangan kira la. Bila kena saman, suruh kerajaan negeri bayar".
"Kah-kah", Mat Sepat ketawa terisak-isak lagi....




Selasa, Oktober 20, 2009

Aku, Melayu dan Belacan


Deruman enjin Morris Minor Pak Hidayat menimbulkan gelojak di permukaan kolam. Bukan disebabkan oleh kenyaringan bunyinya dalam unit desibel. Bukan juga disebabkan oleh kelangsingan bunyi berunit Hertz hampir menyamai frekuensi jati air kolam. Anak-anak itik Romzi anak Lebai Saadin yang punya angkara. Menggelepar hilang arah mendengar deruman yang diikuti bunyi seperti brek angin dilepaskan setiap kali minyak ditekan.

"Morris, morris juga, style mesti mahu jaga", ujar Sedi bin Hidayat yang mewarisi kereta tersebut daripada bapanya, tersengih. Atau dalam bahasa ibunda mereka disebut kurihing. Sticker Kula'an dalam tulisan jawi terpapar megah di bahagian belakang kanan kereta klasik tersebut.

"Iqam neh kada ada gawean lain kah?", leter Abang Samsuri dari tepi meja karom yang menjadi tarikan utama gerai Pak Karim. (Terjemahan: Engkau ni tak ada kerja lain ke?)

"Tabarusok ka dalam banyuk kuler akok manulong", tambah Abang Samsuri sambil melepaskan satu jentikan maut ke atas striker karom yang kelihatan macam kuih lapis jika bermain pada bulan puasa. Buah karom putih milik Abang Samsuri masuk sebiji, tapi buah hitam milik lawannya Mat Sepat masuk dua biji membuatkan Mat Sepat ketawa terisak-isak. Abang Samsuri turut ketawa hingga menampakkan gigi taring emasnya, berkilau disinari kepala Mat Sepat yang sedari dulu tidak berbulu itu. (Terjemahan: Terperosok ke dalam air (parit) malas aku nak tolong).

"Eleh.. tak hingin aku mintak tolong abang Samsorek", balas Sedi yang kurang fasih berbahasa Banjar tapi tiada masalah memahami pertuturan bahasa ibu bapanya itu.

"Dah..dah.. biarkan dia Samsorek.. Degil sangat..kita tumpukan pada pertarungan kita..kahkah", ujar Mat Sepat yang bukan dari kalangan Kula'an tapi sangat memahami bahasa Banjar ekoran persahabatannya dengan Abang Samsuri yang jarang berbahasa Melayu secara sepenuhnya itu.

"Kalah kamok belanja aku makan air sagat Mat Hashim..", Abang Samsuri bersuara.
"Eleh, buah siapa yang berseranggoh lagi tu?", Mat Sepat menjawab lalu ketawa lagi terisak-isak. Kalau orang tak kenal Mat Sepat pasti risau dengan gaya ketawanya itu, namun Geng Karom Kedai Pak Karim sudah mangli.

Bersambung di lain rancangan...