Memaparkan catatan dengan label babi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label babi. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 19, 2009

Oklah hari ni koi bercakap hal H1N1..!!

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodoncs...

Salahkah aku?
Mengatakan mereka kaki bangku..
Atau otak mereka beku..
Lebih beku dari air batu..
Semuanya rakyat ini dan itu..


Padahal kerajaan tiada membantu..

Kalau Scorpene boleh dipalu..

Topeng percuma tak bolehkah satu?

Jangan ingat virus malu..

lubang hidung PM tak ingin diserbu..

atau juga anak-cucu..

Jangan dah kena baru nak tahu..

Bila muka dah naik biru..

Terkulat-kulat tersedu-sedu..


Setakat kawal harga memang tak padu..

Topeng sebulan nak beli tak mampu..

Bolehla tahan kalau seminggu..

Belum masuk ubat Tamiflu..

Aduhai kerajaanku..

Inilah bahana H satu N satu..

Nabi dah pesan dari dulu..

Haram dan najis tak boleh sappedu..

Kebetulan WHO kusebut who..

H1N1 maksudnya Haram nombor satu, Najis nombor satu..

huhuhu....!

Koi chalo duluuu...




Sabtu, Julai 04, 2009

Die Babi Die..!!

Assalamualaikum rodoncs dan kaum keluarga semua..
Koi guna tajuk bahasa orang putih atas permintaan Dzul untuk mengasah bakat kita semua dalam Bahasa Inggeris.. kuikui..

Koi dan Dzul banyak persamaannya, pelajar sains tetapi mempunyai minat yang amat mendalam dalam bidang kesusasteraan..
di samping berasal dari Gugusan Felda yang sama.
.

Koi hanya mahu mengulas isu babi di Kedah, koi salin dan tampal dari laman Malaysian Insider.
(Gambar hiasan: Anak harimau bintang yang koi temui mati dilanggar di jalanraya Kota Gelanggi 2-Kota Gelanggi 1 pada pukul 9 pagi ++ hari Ahad 14 Jun 2009 dalam perjalanan membeli jaring babi di Jerantut, jadi ia berkaitan juga dengan tajuk entri..kuikui)








Babi: DAP Kedah bertindak terburu-buru

ALOR SETAR: Exco kerajaan negeri Kedah, Fakhrurazi Zawawi telah memberikan penjelasan panjang lebar kepada pemimpin DAP Pusat berhubung dengan pusat penyembelihan babi di Mergong, Kedah.

“Nampaknya mereka faham dan meminta kita menyelesaikan isu ini dengan baik. Tetapi DAP Kedah nampaknya tidak berpendirian sama dengan DAP Pusat,” kata Datuk Seri Azizan Razak.

Azizan berkata demikian ekoran tindakan DAP Kedah yang membuat kenyataan untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh PAS.

DAP Kedah tidak berpuashati dengan langkah Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang merobohkan pusat penyembelihan babi di Pasar Mergong.

Bagi mereka, kerajaan negeri Kedah tidak sensitif dengan keperluan orang Cina di bandar ini.

Pusat itu yang sudah beroperasi lebih 30 tahun, namun tanpa lesen yang sah, dirobohkan hari ini selepas tamat tempoh sebulan yang dipohon oleh persatuan yang menguasai pusat penyembelihan itu.

Sebelum ini, isu pusat ini telah hangat dibahaskan di Kedah kerana sisa pusat ini telah dibuang ke dalam tong sampah yang sama dengan buangan lain.

Najis dan bahan buangan juga ada yang dibuang ke dalam sungai berdekatan menyebabkan orang Melayu yang tinggal berdekatan dan turut ke pasar ini membuat bantahan.

MBAS telah mengarahkan pusat ini ditutup. Namun, persatuan telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah agar mereka diberikan tempoh sebulan untuk mendapatkan tempat yang baru.

Hasilnya, MB Azizan telah menghantar surat kepada MBAS agar memenuhi rayuan ini dan memberikan mereka tempoh hingga 30 Jun.

Pada 26 Jun, semua kegiatan di pusat ini telah dihentikan oleh peniaga di situ. Pagi tadi, MBAS mula merobohkan bangunan itu.

Menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang.

“Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar.

“Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan,” beritahu Helmi.

=========================

Kami berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar Kedah, prinsip tetap diutamakan.

Koi mmikir balik, fanatik betul puok deme ni dengan babi..kuikui

Sabtu, Mei 30, 2009

Balik kampung weh!

Esok koi balik Kota Gelangi yang tercinta nun di daerah Jerantut sana..
Koi dengan partner nok ejas-ejas pagor kebun pisanc sekanckanc kera tu..

Babi doh berapa kali masuk..
Lembu sekali..
Kambieng sekali..

Mengganggu jiwa betul la..
tapi nok buat gonner deme binatang..
Mana tau kebun sieper..

babi boleh koi suruh geng RELA tembok..
Lembu dengan kambieng tu karanc tok pasey-pasey koi kena tembok.. kuikui