Memaparkan catatan dengan label seni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seni. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 22, 2009

Aku, Melayu dan Belacan II







"Baru la One Malaysia Mat Sepat..", ujar Sedi sederhana kuat sambil menggosok-gosok bahagian berkrom di belakang Morris Minornya.

Prooohhh!!


Air Kopi Janda(R) tersembur keluar dari mulut Abang Samsuri. Mangsanya tak lain tak bukan Mat Sepat. Mujur suam-suam tekak sahaja. Suhunya Mat Sepat tak heran. Aromanya yang Mat Sepat tak tahan. Ye lah, Abang Samsuri nama je bergigi emas, kalau menyelam dalam paya belakang rumah Pak Gani malam-malam sambil nganga-nganga mulut separas air, mahunya kena tembak dek Pak Majid RELA veteran. Dah macam dalam mulut buaya suasana hiasan dalaman mulutnya. Tak pun macam mulut badak air.


"One Malaysia tengkorak kamu!", laung Abang Samsuri, berbahasa Melayu kali ini. Mat Sepat sibuk menyapu-nyapu mukanya dengan kain lap meja.

"Sini..ke mari kamu.. apa yang best sangat One Malaysia tu cuba kamu cerita sikit kat aku", gerutu Abang Samsuri lagi.

Mat Sepat terkesima dek kelancaran sebutan bahasa Melayu Abang Samsuri. Selama ini tak sah kalau dia tak selitkan perkataan Banjar dalam setiap ayat.


"Salah ke Abang Samsorek?", soal Sedi sinis.


"Mana boleh tak salah..?? Ni aku sakit hati dengan budak Bijan tu..takde fikrah langsung. Ini Semenanjung Tanah Melayu, kita ni tuan.. Ini sedap-sedap bawak entah ideologi sesat mana entah, One Malaysia.. nak rampas hak kita la tu".


"Abang Samsorek jangan cepat melatah. Idea ni bagus. Malaysia ni tanah air tak kira Melayu ke, India ke, Cina ke..apa salahnya kita kongsi kemakmuran ini bersama", balas Sedi macam ucapan ahli politik semasa perjumpaan sambil gelak-gelak mereka di PWTC tempoh hari.


"Woi budak, engkau apa tahu. Aku ni dah lebih 50 umur aku. Aku lebih dulu makan garam dari kamu. Semua ni auta nak raih undi la ni", makin tinggi suara Abang Samsuri.

"Tu la Abang Samsorek kena darah tinggi..kahkah", giat Sedi menambahkan haba kepada pertengkaran mereka.

"Dah..dah..", celah Mat Sepah.
"Karang kamu berdua masam muka, orang politik tak ada apa-apa juga", kata Mat Sepat lagi.

"Masalahnya Mat Sepat.. 1 Malaysia ni tak jelas apa isi kandungan dia.. tup-tup dengar Yayasan Pelajaran Cina ditubuhkan..tup-tup itu, tup-tup ini.. Kita sebagai rakyat biasa yang menerima padahnya. Deme tetap kaya gitu..", jelas
Abang Samsuri dalam nada risau.

"Itulah Abang Samsorek, minda tertutup. Sudah sampai masa kelas sosial bukan lagi berasaskan kaum tetapi berasaskan penanda lain, macam pendapatan isi rumah ke, pendidikan ke. Barulah relevan dengan zaman..", balas Sedi lagi. Kata-kata pensyarahnya di UiTM diluahkan balik satu-persatu.

"Jadi Melayu kena mengalah dalam segala hal? Demeh cakap je macam tu, persatuan deme kuat juga. Sekolah jenis kebangsaan deme jangan la berani-berani nak cadang hapus, melenting-lenting la macam ulat nangka...", jawab Abang Samsuri rendah sedikit suaranya kali ini.

Mentari petang yang mula mengorak langkah malas menurun ke ufuk barat barat itu bagai turut sayu dengan nasib Melayu. Cahayanya mengusap lembut pipi anak-anak Kota Gelanggi yang datang dari seluruh pelusuk Tanah Melayu, dari segenap kelas etnik di Kepulauan Melayu.

Abang Samsuri tiba-tiba seperti hilang selera bermain karom dengan Mat Sepat. Dagunya ditopang dengan lengan sasa yang saban hari menjatuhkan beratus-ratus tandan sawit ke tanah. Tanah bertuah, katanya. Tak sia-sia nenek moyangnya berhijrah dari Banjarmasin di Kalimantan ke Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Bukan perjalanan singkat naik Air Ananda macam sekarang. Beribu batu nautika naik tongkang sahaja. Pedang banjar di ruang tamu itulah saksi penghijrahan agung itu.

Abang Samsuri pula bersyukur kerana penghijarahannya ke kawasan pedalaman Pahang itu membuahkan hasil yang melimpah-ruah. Anaknya Jamali dan Sodikin kedua-duanya masuk universiti. Romlah pula jadi jururawat di Hospital Jengka. Kahwin dengan doktor pula.

"Abang Samsorek tahu tak idea siapa bukak tanah rancangan Felda ni?", soal Sedi tiba-tiba masih tak berpuas hati.
"Ntah.. Raja Chulalongkorn kot..", balas Abang Samsuri masih sakit hati.
"Ini idea 1Malaysia ni anak dia pulak yang mulakan.. dua-dua berjasa", Sedi cuba melontarkan buah fikirannya.

"Jangan lepas ni tanah rizab melayu, UiTM, pinjaman MARA semua bukak ke demeh sudahlah..zakat pun bagi jugaklah", Abang Samsuri bersuara.
"Lah..tu bukan cadangan dari sekutu parti Abang Samsorek ke?", Sedi mengusik lagi.
"Entahla Sedi.. Aku tak pernah setuju dorang kerjasama".
"Yang beria-ria nak pertahan sekolah jenis kebangsaan pun bukan Erdogan ke?".


"Aku pun tak setuju yang itu. Mana ada negara yang bagi segala hak bagi orang yang terus-menerus tak mahu menjadi warganegara sejati. Amerika memang Obama boleh jadi presiden, tapi ada sekolah jenis kebangsaan Cina ke Negro ke kat sana? Semua sekali satu sistem je. Nak jadi contoh konon. Nak contoh macamana kalau dah perumahan pun ada kawasan masing-masing, sekolah pun lain-lain. Umur 18 ke atas baru bertentang mata. Input dah masing-masing dapat, dah tanam dalam otak sekian lama. bersatu konon..", tambah Abang Samsuri.

"Ehh..Abang Samsorek ni bunyi dah macam orang parti ayah aje..".


"Aku ni yang betul aku sokong, yang salah aku lawan".

"Masuk la parti ayah..".
"Ahh..sudah..jangan nak mengarut..parti dah la sekular..rasuah tu dah macam makan nasik. Salahguna kuasa jangan kira la. Bila kena saman, suruh kerajaan negeri bayar".
"Kah-kah", Mat Sepat ketawa terisak-isak lagi....




Selasa, Oktober 20, 2009

Aku, Melayu dan Belacan


Deruman enjin Morris Minor Pak Hidayat menimbulkan gelojak di permukaan kolam. Bukan disebabkan oleh kenyaringan bunyinya dalam unit desibel. Bukan juga disebabkan oleh kelangsingan bunyi berunit Hertz hampir menyamai frekuensi jati air kolam. Anak-anak itik Romzi anak Lebai Saadin yang punya angkara. Menggelepar hilang arah mendengar deruman yang diikuti bunyi seperti brek angin dilepaskan setiap kali minyak ditekan.

"Morris, morris juga, style mesti mahu jaga", ujar Sedi bin Hidayat yang mewarisi kereta tersebut daripada bapanya, tersengih. Atau dalam bahasa ibunda mereka disebut kurihing. Sticker Kula'an dalam tulisan jawi terpapar megah di bahagian belakang kanan kereta klasik tersebut.

"Iqam neh kada ada gawean lain kah?", leter Abang Samsuri dari tepi meja karom yang menjadi tarikan utama gerai Pak Karim. (Terjemahan: Engkau ni tak ada kerja lain ke?)

"Tabarusok ka dalam banyuk kuler akok manulong", tambah Abang Samsuri sambil melepaskan satu jentikan maut ke atas striker karom yang kelihatan macam kuih lapis jika bermain pada bulan puasa. Buah karom putih milik Abang Samsuri masuk sebiji, tapi buah hitam milik lawannya Mat Sepat masuk dua biji membuatkan Mat Sepat ketawa terisak-isak. Abang Samsuri turut ketawa hingga menampakkan gigi taring emasnya, berkilau disinari kepala Mat Sepat yang sedari dulu tidak berbulu itu. (Terjemahan: Terperosok ke dalam air (parit) malas aku nak tolong).

"Eleh.. tak hingin aku mintak tolong abang Samsorek", balas Sedi yang kurang fasih berbahasa Banjar tapi tiada masalah memahami pertuturan bahasa ibu bapanya itu.

"Dah..dah.. biarkan dia Samsorek.. Degil sangat..kita tumpukan pada pertarungan kita..kahkah", ujar Mat Sepat yang bukan dari kalangan Kula'an tapi sangat memahami bahasa Banjar ekoran persahabatannya dengan Abang Samsuri yang jarang berbahasa Melayu secara sepenuhnya itu.

"Kalah kamok belanja aku makan air sagat Mat Hashim..", Abang Samsuri bersuara.
"Eleh, buah siapa yang berseranggoh lagi tu?", Mat Sepat menjawab lalu ketawa lagi terisak-isak. Kalau orang tak kenal Mat Sepat pasti risau dengan gaya ketawanya itu, namun Geng Karom Kedai Pak Karim sudah mangli.

Bersambung di lain rancangan...

Rabu, September 16, 2009

براي برسام بلوس اونتوق رودوڠ


السلام عليكم قوم كلوارڬ دان رودوڠ-رودوڠ...


سبتو بارو ني كوي بربوك ڤواس د رومه كاكق كوي د سرنداه، سلاڠور. كوي باواق لا سنسخه بلوس اونتوق رودوڠ. بوكن ماءين سوك اهلي كلوارڬ كوي باچ، دري كانق-كانق سمڤاي ك يڠ عمور ٤٠ لبيه.لالو كاكق كوي ممبري چادڠن، اكن ڤاچق ڤايوڠ دڤن رومه راي ني.
حاصيل كاريا انق ڬلڠي، جڠك دان ڤكن
.اثنين بارو ني ده سمڤاي ٤١ نسخه كيريمن رحيمين كڤد كوي. دان كوي ياقين، ان شأالله بوليه هابيسكن سموا..اونتوق ڤڠتاهوان رودوڠ-رودوڠ سموا، كوي، رحيمين دان راكن سكرجا كوي محمد شكري سداڠ مڠيديت بلوس اونتوق رودوڠ ۏرسي جاوي، اونتوق جوالن دان لبيه ڤنتيڠ كامي ماهو هانتر كڤد ڤرڤوستاكان نڬارا دان اركيب نڬارا، كران بوكو جاوي سنتاي همڤير تياد د ڤاسرن تانه ملايو.


تريما كاسيه اتس سوكوڠن رودوڠ-رودوڠ سموا

Isnin, Ogos 17, 2009

Aku, Faridah dan Kopi..

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodoncs..


Maafkan aku..



Tatkala semua berbicara selsema babi..
Aku bercakap soal kopi..
Di tanam di negara bersuhu tinggi..
Digilai oleh Markus, Raúl dan Johny..

Aku gagal memahami..
Kopi itu ditanam di sini..
Lempar ke bumi naiknya meninggi..
Tumbuhnya subur butirnya berisi..


Kalaulah watan bersatu hati..
Dunia kopi kita takluki..

Mungkin suatu hari nanti..
Suatu petang di Kota Gelangi..
Aku menghirup secangkir kopi..
Dibrew oleh Faridah si isteri..
Lalu-lalang berpuluh lori..
Sawit dan getah tidaklah lagi..
Kopi diangkut beribu guni..

Anak kampung bersenang hati..
hasil tanaman berkodi-kodi..
Bukan untuk Raúl dan Johny..
Semua kami pasarkan sendiri..
Ilmu kopi kami miliki..
bagaimana menggubah perisa lestari..
bagaimana bisa mengkonservasi..

janganlah terus-terusan menjadi..
seperti sehingga hari ini..
kita memugar hasil bumi..
mereka jua mencatur ekonomi..
Cameron Highlands milik pertiwi..
Pakar teh di negara Tory..
Kita menjual seringgit berpeti..
mereka pulangkan seuncang berpenny..

Tapi kenapa jadi begini?

Jawapan mudah tak perlu PhD..

untuk kita memahami..

Ilmu pengetahuan tak kita kuasai..

Dulu sana hadhari sini hadhari..

Kini 1Malaysia saban meniti..

Politik sampai ke lubang babi..

Bilakah kita hendak mengerti???

kuikuiiiiiiiii.......

Sabtu, Ogos 15, 2009

Blues Untuk Rodong: Koi pening sebab makan ubat selsema


Assalamualaikum kaum keluarga dan rodoncs..

Koi sedang melayang-layang ekoran makan ubat selsema yang dikategorikan sebagai "drowsy" oleh Doktor Muhammad Ridha bin Abdullah.

Mula-mula komeh nok ambik ISBN untuk buku tersebut namun setelah berhadapan perkara-perkara yang boleh melambatkan proses percetakan, kome bercadang meneruskan printing dalam minggu hadapan ekoran permintaan yang sangat menggalakkan. Apakah bisa memecahkan tembok 1000 jilid seperti yang dicatatkan oleh Kacip?
Sama-sama kita tunggu dan lihat sambil beli kuikui..

Koi akan update sedikit teaser atau agent provocateur dalam blog Mediatransit jika koi masih siuman setelah selesai menaip entri ini.

Terima kasih.

Rabu, Ogos 12, 2009

Blog Media Transit telah dilancarkan!!


Assalamualaikum kaum keluarga & rodoncs..


Blog Media Transit, anjung persinggahan untuk para sasterasawan dalam pembikinan sambil minum kopi panas dan ubi kayu rebus di kala hujan telah dilancarkan dengan jayanya setelah koi selesai syif malam, malanc tadi..


Entrada pertama Media Transit ialah "Antologi cerpen Lipur & Lentang: Blues Untuk Rodong" yang disesarkan oleh koi. Rahimin, Alif dan Firdaus a.k.a John Doe akan turut menyerikan blog tersebut sebagai anjung mereka menyebarkan berita aktiviti serta berkarya.
Koi mewakili rodoncs Sang Sasterasawan Berempat menjemput rodoncs yang berminat menyertai aktiviti kami seperti penulisan buku seterusnya ataupun penggubahan lagu nasyid berirama indie ataupun yang ingin menulis buku secara solo atau separa solo bolehlah menghubungi kami di blog tersebut.
Tapi sekarang ni masih peringkat underground la. Insya-Allah bila rezeki bertambah Media Transit akan didaftarkan sebagai production house yang pelbagai. Hellemek, berangan pulak.

Sekian terima kasih.

Salam sastera dari koi untuk semua peminat sastera dan sains.

Ahad, Ogos 09, 2009

Antologi Cerpen Lipur & Lentang.. "Blues Untuk Rodong"..

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc semua..

Koi membuka kata mewakili seluruh penulis yang terlibat dalam pembikinan buku yang bersejarah dalam catatan Malaya atau sekurang-kurangnya Negeri Pahang Darulmakmur atau sekurang-kurangnya Daerah Jerantut, Maran dan Pekan atau sekurang-kurangnya sejarah diri kome sendiri..kuikui

Dengan sukacita kome mengumumkan penerbitan antologi cerpen "Blues Untuk Rodong" yang menampilkan 4 bloggers; Rahimin Idris dari Jengka 12, Maran yang kini menghuni Bandar Jerantut, juga penulis yang pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan tahun berapa koi tak ingat..kuikui dan 3 penulis rookie Don Balon dari Kota Gelanggi 2 Jerantut, Alif Mikail dari Pekan & Mohd. Firdaus Mat Lazim a.k.a John Doe juga dari Kota Gelanggi 2.

Konsep buku ialah penceritaan kisah-kisah santai bebas tetapi masih tertakluk di bawah norma-norma Islam dan masyarakat Melayu.
Pada ketika ini, kami sudah sampai ke peringkat akhir penerbitan dan Insya-Allah penerbitan akan disempurnakan sebelum menjelang Aidil Fitri. Harga buku telah ditetapkan RM20.
Tempahan boleh dimulakan dengan memaklumkan kepada Penulis Berempat di ruangan komen atau chat box buat masa ini.

Kami akan melancarkan blog khas untuk buku ini pada minggu hadapan. Ruangan tempahan juga akan dibuka dalam blog tersebut. Terima kasih kepada 6 pembaca setia blog-blog kami yang telah menempah buku tersebut sejak kami menyepam inbox-inbox henpon mereka malam tadi dan pagi tadi..kuikui

Mekasseyyyy...