Semalanc setelah seharian di kebun sawit sekangkanc itik, koi dan anok-anok meragas bukit Rengat, Ulu Cheka dan Kole Krau berkelah di kebun nenas baka Sarawak hasil subsidi Lembaga Nanas Malaysia. Penyelia kebun ialah rodonc sekampung koi Encik Zul Ramli (bukan ustaz Zul Ramli abang Ustaz Rujhan yang dua-dua keluor TV sokmo te..). Anok benih patutnya 25 sen atau 30 sen satu, komeh bayor 10 sen sahaja. Minggu lepas selori anok nenas datang dari Pekan, anggaran 15,000 pokok. Terima kasih encik Azahari anok Kg. Lada, Jerantut Feri yang tak jemu-jemu memberi galakan dan tunjuk ajor.
Sedikit gambor kebun belum menjadi komeh untuk tatapan wokme...
Sila klik gambor untuk gambor saiz penuh, dari kiri: Umair Fayed, Uwais Munzir dan Uzair Ziad.
Longgokan anok nenas (gred B dan C) menunggu untuk ditanam. Boroh soranc je weh..kuikui
Anok nenas (gred A) yang akan ditanam akhir sekali kerana mengejar masa. Komplen telah dibuat kepada Lembaga, pembekal berdaftar telah berjanji menggantikan gred C dengan anok2 baru.
Uzair Ziad mencuba cermin mata hitanc milik Soleh boroh indon koi..
Anok nangka yang ditanam 7 bulan lepas, dalam keadaan baik. Inilah tanaman utama projek di Rengat ini. Tanaman sampingan ialah nenas, pisang, serai dan lalang kuikui..
Tanaman pisang dan lalang..
Anok-anok koi sedang gigih mengutip buah sawit relai dan menyusun pelepah di bawah seliaan nenek.