Memaparkan catatan dengan label nasif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasif. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 26, 2012

Salam Aidil Adha 1433

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Koi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha atau Eidul Adha atau Raya Haji atau Raya Korban kepada seluruh ahli keluarga dan saudara-saudara seIslam.. 






Moga kita semua mengambil iktibar dari seluruh kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar, Nabi Muhammad dan seluruh para sahabat untuk menambah-baik kualiti diri dan hidup kita sebagai umat Islam, rakyat Tanah Melayu dan ketua keluarga atau sekurang-kurangnya khalifah diri masing-masing.

Allahu Akbar!




Nasif ceria dan bersedia untuk pulang ke Pahang kampung halaman abinya kuikui


 
Nasif nyenyak dalam perjalanan jauh kali pertama beliau

 Alhamdulillah..langsung tak meragam sepanjang 4 jam setengah perjalanan termasuk berhenti Beranang-Jelebu-Simpang pelangai-Kerayong-Temerloh-Jengka-Kota Gelanggi 2 hari ini..

Alhamdulillah..

Moga Allah merahmati seluruh umat Islam yang masih hidup atau telah meninggal dunia atau yang belum dilahirkan lagi..
Ameen..