Maser tu koi baru semester dua Pusat Asasi Sains UM. Koi berkongsi bilik dengan dua orang pelajar Akademi Pengajian Islam di kolej kediaman ketiga UM a.k.a Kolej Tuanku Khursiah yang majoritinya student dari kaum hawa. Minggu itu minggu terakhir peperiksaan. Kedua-dua ustaz tersebut sudah pulang ke kampung halaman masing-masing, Azri ke Negeri Sembilan dan Asri ke Sabak Bernam. Nama dekat-dekat la pulok roomate koi ni..
Biasanya exam Asasi memang habis lewat berbanding fakulti. Jadi, kami pelajar-pelajar Asasi biasanya akan bergabung bilik untuk study dan bersembang-sembang sambil main declare atau tangkap ayam. Exam kali ni Rahmat atau panggilan trengkasnya Mat memilih untuk bergabung di bilik koi, kononnya nak study la tu.. Mat ni perangai dia agak merapu pada waktu itu, terkenal satu Asasi sebagai pengisi ruang antara kuliah dengan lawak-lawak yang dipersembahkannya di pentas depan dewan kuliah. Kadang-kadang lecturer pun sempat tengok persembahan slapstick dia tatkala dia tak perasan lecturer seterusnya dah masuk..
Mat juga terkenal dengan kegemarannya menyakat orang tengah malam dengan kostum pocongnya.. kadang-kadang dengan topeng getah wajah lonyer kena asid beliau..
Berbalik kepada kisah malam tu, koi, Mat dan rodong-rodong asasi lain selepas lepak makan (larut) malam di Gerai Sahur Kolej Ketiga, naik la ke bilik masing-masing untuk study kerana esoknya ada exam Algebra.. Mat memilih untuk mandi dulu sebelum mula membaca lebih-lebih kurang topik-topik yang mungkin keluor esok. Koi mula la terpikir plan nak menyakat mat pulak.. Asyik dia jer menyakat budok..
Bila Mat masuk je ke bilik shower tu.. Koi pun memanjat "dataran sinki" yang kami gunakan untuk membasuh pakaian (Sebenornya koi jarang sangat guna.. hehe) yang sangat dekat dengan bilik shower dan berdiri di situ.
Selesai saja Mat mandi, dia pun membuka pintu dan sejurus terpandang kelibat koi di atas dataran tersebut, dia menjerit "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!".. persis bunyi mangsa orang minyak dalam filem P. Ramlee. Sebijik bunyi pompuan, koi terjun dari dataran sambil gelak terbahak-bahak..
Koi tanya ke Mat " Nko nampok ape Mat? hantu galah? hahahah"..
Mat yang berasal dari Tanjung Kling, Melaka itu pun menghamburkan perkataan yang berbaur kemarahan ke arah koi..
"Lahanit nko terkejut aku..*^%*^()()^^*$$%%*_*&^^$*)&$!@$@%$&"..
Setelah koi mengutuk Mat kerana menjerit macam pompuan dan penakut hangit koi pun lepak-lepak beberapa ketika di dalam bilik sambil tengok-tengok sedikit subjek Algebra.. Mat memang expert dalam Kalkulus dan Algebra.. Di Asasi, Matematik dipecahkan kepada dua subjek, iaitu Kalkulus dan Algebra.. Koi meminati kalkulus, namun tidak Algebra.. Tapi apakan daya, semua tu subjek wajib bagi pelajar aliran sains macam koi..
Setelah beberapa jam, koi pun berenti study dengan Mat dan mengambil tuala ke bilik mandi.
Siap je mandi koi ushar jugek dataran sinki tapi Mat takde pulak buat counter-attack. Tengok bilik koi dah tutup lampu.. ye la..pukul 3 pagi dah masa tu..
Koi yang masih tersengih-sengih mengenangkan jeritan Mat terus membuka pintu seraya menyeru dengan suara segarau mungkin.." Maaarobbukaaaaa....." untuk menyakat Mat lagi
"Adoii!!"..jerit koi. Kaki koi terpijak sesuatu... pedih rasa tapak kaki koi.. cepat-cepat koi mencari suis lampu.
Koi bukak lampu.
Darah menitik-nitik di lantai.. Mat ketawa mengekek-ngekek..
"Hahaha..Marobuuka la lagi.. hahaha"..
Koi pun gelak sambil menahan sakit..
Ntah mana koi dapat plaster pun koi tak ingat..
Ni bahana Asri la ni katil double-decker tu dia patahkan dan buat macam pengusung pastu letak tilam dia, siap boleh sorong masuk bawah katil Azri..
"Adoi.. (&&*^&% punya katil..." koi merengus sambil Mat terus ketawa mencucuk-cucuk perutnya..
Bahagian katil yang dipatahkan tu memang tajam dan sebelum ni pun koi nampak potensi bahanyanya.. cuma tak sangka la pulak koi yang kena bukan Asri.. hampehh..
Selepasnya menyahcaskan saki-baki unsur-unsur nak tergelak yang ada dalam perut kami, Mat pun kembali landing di katil puaka tersebut manakala koi di katil single koi..
Suasana hening sambil masing-masing cuba untuk lelap secepat mungkin ekoran esok exam bermula pukul 9 pagi di Bangunan Peperiksaan yang terletak di atas bukit berhadapan dengan Dewan Tunku Canselor.
Tiba-tiba Mat melompat dan landing macam kucing di sebelah koi! Koi terkejut..
Terus koi bertanya "Kenapa Mat????"..
Mat: "Alamak.. aku mimpi hantu la.. "..
Koi: "Cheh! penakut betul la nko ni.. dah pegi tido tempat nko balik.. "
Mat pun dengan berat hati kembali ke katil puaka.
Suasana kembali hening...
Koi tak tau pukul berapa kami tido malam tu... satu malam yang panjang bagi koi..
***************************
Koi terjaga dari tido. Matahari terik memancar masuk ke bilik koi yang terletak di tingkat bawah, hujung sekali berhadapan dengan tandas. Hati koi mula berasa tak sedap..
Koi takde jam.. handphone belum wujud dalam hidup koi waktu itu untuk melihat waktu..
Koi memanggil Mat dengan kuat..
Koi: Mat!! Bangun.. cerah dah ni.. pukul berapa aa?
Mat: (Dengan suara mengantuk..) Entah aa.. kejap aku tengok jam aku..
Alamak!!!! Pukul 9 lebih!
Kami meluru bangun bagai diberikan arahan oleh seorang komandan. Koi segera mengambil baju bersih dalam almari dan mengenakan seluor jean busuk koi.. Mat koi tak ingat ambik baju mana sebab dia bilik lain..
Cepat-cepat kami pergi ke bilik mandi dan basuh muka sahaja...
Selepas mengambil alatulis, wallet serta kalkulator koi dan Mat berlari selaju mungkin, terhencot-hencot ke garaj motor. Koi mengambil kunci dari Mat dan menyetat moto Fame buruk beliau sepantas mungkin.. kemudian memecut menuruni bukit kolej.. memulas minyak sehingga habis dan lap seleper mungkin di lap Fakulti Sains..
Sampai je di Bangunan Peperiksaan, sempat lagi koi tengok muka koi di side mirror moto Mat.
Hahaha..
koi gelak sederhana kuat melihat rambut koi tinggi dan kembang macam Jimi Hendrix. Koi berpusing melihat rambut Mat..lagi kuat koi ketawa.. sama je macam koi..
takde sempatnya nak basahkan rambut..
Sampai di dewan.. setelah beberapa minit mencari tingkat berapa dan sayap mana kami exam, sampailah kami di zon exam Algebra Sem 2 Asasi Sains. Pengawas peperiksaan tersengih-sengih melihat kami, pensyarah terkujat melihat "penampilan" kami hari itu, manakala rakan-rakan seperjuangan koi terkulat-kulat menahan gelak melihat koi dengan Mat dengan rambut tinggi kembang terpinga-pinga melihat kertas soalan.
Nasib baik belum 9.30, kalau tidak dah dihalang memasuki dewan.
Habis je exam Mat dan koi memecut kembali mendahului semua rakan pulang ke kolej....
Cheh..betul punya hiba...
haha..hiba skit tak kisah janji sempat ambik exam..
BalasPadamD-z,
BalasPadamMemang sempat tapi dapat teruk la weh..
Nasib baik tak fail je..
Si Mat tu masuk je Fakulti tahun 1996 dia masuk course pergigian..
Aok tanya mana-mana budak asasi batch 1994-1995 mesti kenal mamat sorang ni..
Tapi banyak kenangan koi dengan ma'rifat sorang ni..harhar
kalau aok tak genius mesti repeat! hahaha
BalasPadamDonBalon,
BalasPadamNasib baekkk otak lu kalkulus...
kalau otak lu pokok kaktus, ranap impian makbapak lu.
Huh!
Rahimin,
BalasPadamTakde ke genius nye..
kira rezeki je la tu hehe
Nak terkencing woo rasa masa tahu pukul 9 lebih tu..harhar
S.yanaz,
otak kaktus pun takpo..
luar yo duri-duri..
Kek dalam macam span..
bak kato orang Sepanyol..
"Kanak-kanak umpamo sebijik span, dio serap semuo yang diajar"..
Apopun zaman Asasi koi ialah zaman paling best maso kek universiti dulu.. haru-biru.. hehe
so pengajaranya disini ialah.... jgn tidor tanpa set jam loceng anda terlebih dahulu. lebih2 kalu esoknya korang ada exam.
BalasPadamSZS,
BalasPadamTapi kalau tido dah lambat sangat jam loceng pun taragunna hehehe..
kalau zaman itu ada phone camera, mesti kamu sudah femes kan? :P
BalasPadamsalam brader
BalasPadamseminggu koi tak melayari blog nih, koi pegi penang buat kerja...
harhar, sedikit demi sedikit terbongkar rahsia ngko dizaman "jahiliah" dulu...
L.i.f.e,
BalasPadamnasib baik zaman tu takde youtube.. herher..
Di..
Hehe..kenangan zaman jahiliah..?
dey den qadha subuh lepas exam la wei..
Dharurat.. :)