Selasa, Ogos 12, 2008

Jalan Jengka 10 - Simpang Jengka 1

Peww! Berasap jugak lubang idung sebelah kiri koi mencari idea nak menulis kali ni.. Rahimin dah nak melastik dah tu.. harhar..
Ada 3 draf koi dah save tapi takde idea jugak nak mengabiskan cerita.. last-last koi ikut la seruan Dzul Senjakala untuk menurunkan sebuah nukilan mengintai dimensi keempat berbentuk separa naratif yang koi dengor sendiri dari orang-orang yang sangat koi percayai dalam hidup koi..


Bagi penduduk sekitar Jengka 10, Jengka 1, Sungai Tekam Utara, Sungai Tekam Getoh, Kota Gelanggi 2 & 4 serta Gugusan Lepar Utara, jalan Jengka 10 menuju simpang Jengka 1 memang terkenal dengan kisah-kisah yang layak menghuni majalah kecil Variasari, Mastika atau siri-siri agak seram Tok Awang Ngah.. terlalu banyak cerita koi dengar dari rodong-rodong setempat, sama ada berkredibiliti tinggi, kurang kredibiliti ataupun tiada kredibiliti langsung.. :)

Contoh cerita yang koi bagi tag "Bakul Sampah" ialah hantu rock yang mengganggu setelah eksiden maut di simpang yang memang tinggi kadar kemalangannya terutama di musim lebaran setelah pulang menghadiri konsert di Funfair Tong Kiat (nama dalam geran Sungai Jerik..hehe) yang terletak sangat hampir dengan Jengka 1. Ada jugalah pelbagai cerita yang koi gelakkan secara mutlak dari kaki-kaki "gebang" yang amat terkenal seantero Gelangi.. tak dinafikan ada juga yang koi gelakkan secara separuh hati ekoran perlunya menyedapkan hati. Mana tidaknya, memang selalu koi lalu kawasan tu sorang-sorang waktu malam terutamanya sewaktu pulang dari KL menaiki RXZ tak laju koi masa zaman student dulu..


Namun, segalanya berubah apabila Mak Awa jiran koi yang koi anggap macam mak sedara kandung menceritakan sendiri peristiwa beliau pulang dari kampungnya di Sabak Bernam bersama salah seorang adiknya. Mak Awa menceritakan.. lebih kurang pukul 3 pagi..
ketika menghampiri simpang tersebut.. kelihatan satu lembaga putih berdiri tegak dekat dengan garisan tengah pembahagi jalan. Tapi apabila menghampiri lembaga tersebut, jelas yang lembaga itu berada agak ke kiri. Adik Mak Awa cuba mengelak tetapi akhirnya terpaksa "melanggar" sahaja makhluk tersebut..
Yang anehnya, tiada bunyi yang terhasil dari perlanggaran tersebut, malah kereta adik Mak Awa melaluinya dengan lembut dan lancar..seolah-olah tiada apa yang berada di atas jalanraya..
Koi sewaktu mendengar cerita Mak Awa bukan setakat meremang, terasa tengkorak kepala koi mengecut selama 7 saat..hehe

Tambah gawat bila mak koi sendiri bersama adik koi menceritakan peristiwa sewaktu deme dalam perjalanan nak turun ke KL atas urusan menghantar jemaah haji di lapangan terbang. Kami sekeluarga memang terkenal amat skeptik dengan kisah-kisah paranormal begini.
Para jemaah menaiki bas, manakala mak, adik dan Allahyarham ayah koi menaiki kereta Datsun tonggek, kereta pertama ayah yang dibeli pada tahun 1995.

Masa tu baru lebih kurang pukul 9.30 malam.. ayah memandu perlahan melintasi Simpang Jengka 1.
Suasana macam biasa, ada cahaya bulan hampir penuh dan bunyi cengkerik menghiasi suasana malam..
Setelah melalui selekoh kawasan tanah runtuh, nun di sana adik ternampak dari kejauhan samar-samar bayangan putih di bahu jalan. Adik memandang emak tertanya-tanya. Emak pun resah amat..
Emak melihat kembali ke arah adik, seolah-olah memberi arahan jangan bersuara atau bertanya apa-apa...
masing-masing bertarung dengan perasaan sendiri. Kereta ayah semakin menghampiri lembaga tersebut...
Tatkala melintasi bayangan tersebut... srrrrruuupp...
Jelas dilihat oleh adik dan emak satu lembaga putih bertelekung lengkap sedang berada dalam posisi seperti bersembahyang di tepi bahu jalan. Sapa pulok sembahyang tepi jalan tengah-tengah hutam belukar ni??
Adik dan emak tergamam.
Langsung tak terkata apa-apa, menahan perasaan yang bercampur baur..
Mungkin antara terkejut, takut, cemas dan was-was dengan apa yang telah dilihat sebentar tadi..
Keesokan harinya barulah adik memberanikan diri berbicara dengan mak mengenai kejadian aneh tersebut..
Koi yang mendengar kisah tersebut dari adik koi terasa tiba-tiba ada suatu aura udara sejuk mengalir dari bahagian dada naik ke muka..
Brrrr.... Jin Islam gamoknyer..

Apa komen wokme semua???

9 ulasan:

  1. tengkorak aok mengecut selama 7 saat? hahaha mujur biji relai tengah mahal skang ni. kalau tak koi lestik dah! hahaha

    BalasPadam
  2. bro don balon...
    penulis cerita misteri in the making.. keep it up...

    BalasPadam
  3. cerita langgar antu tu dah tahap mistik..hanya yg melanggar je yg tahu.

    kalau jumpa benda alah ni tepi jalan,

    aku rasa pd yang berani,turun je kereta p tengok..bawak la kayu ke.
    kalau ramai aku berani tp kalau sorang aku takut juga.
    pada aku kalau tak pasti apa benda lagi aku takut

    BalasPadam
  4. bro...org nak semayang ko nak takut apo...patut eh ko poei la duk blakang dia jemaah...eh! pakai telekung...ohhh...pompuan ko mano leh duk belakang, ko kono jadi imam la...ha ha ha

    BalasPadam
  5. Enche' Don...

    Waaaaaaaaaaaa...citer 'ghost story' lagiik.

    Err, xde ke cerita hantu yg boleh bikin gua ketawa selama 3 hari berturut-turut???
    :P

    BalasPadam
  6. Rahimin..
    Aok tolok kat mana bijik relai tu? Kalau dgn cina jalan pegi Tekam getah tu koi tampal dah kat atas penimbang lori dia poster "wanted" aok dengan ikan sebarau tu.. hehe

    Alif,
    Koi sebenornya maleh nak ambik tugasan D-zul ni.. lepas ni seroh ke dia la cerita-cerita gini..koi menceloh lama-lama sekali doh la.. hehe

    D-z,
    Mistik ke? Apapun jangan koi yang jumpa sudoh.. sebab tu koi maleh nak ambik tau cerita kawasan lain..
    Mengganggu pikiran je..hehe
    jalan belakang dari Gelanggi 1-3 ke Gelangi 2-4 pun macanc-macanc cerita.. maleh koi nak ingat.. kadang2 hype je lebih.. hehe

    Man Eagle,
    Jalan tu ada belukar dan ladang sawit je sampai sekarang.. apakejadah dia sembahyang kat situ? Wan Din Edisi Siasat pun pening kes ni.. hehe
    (last-last dia jalan-jalan Eropah Timur dengan Dang Suria baru tenang..hoho)

    S.yanaz,
    hantu apo yang berkelakuan begitu?
    Koi kene rujuk Enche' (pinjam ejaan aok..hehe) Dos Cuernos (Dzulqarnain) pakar Diabolical Fullmooon Mysticism untuk buat cerita gitu..
    Tapi cerita silap masuk dewan aok tu bisa membuat koi terkekek-kekek secara tiba-tiba beberapa kali dalam sejam.. hihi

    BalasPadam
  7. cis , sungai tekam getoh tak tersenarai pom .. Ahahah

    BalasPadam
  8. Sori rodonc.. bak kata orang kamoung koi.."overlooked" kuikui

    Nanti koi masukkan balik InsyaAllah..ander jugek rodonc koi situ weh :)

    BalasPadam
  9. Lawak la cara dia bercerita boleh hilang seram haha

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui