Memaparkan catatan dengan label takziah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label takziah. Papar semua catatan

Ahad, Julai 21, 2013

Ulangtahun ke-9 Pembunuhan beramai-ramai Tabal (Takbai) 11 Ramadhan 1425 Hijriyyah

Assalamualaikum kaum keluarga, rodonc-rodonc dan saudara seislam sebangsa dan tidak sebangsa..

Setiap kali Ramadhan menjelang, hati koi merintih mengenangkan nasib abang-adik-pakcik yang mati dibunuh kafir Siam, musuh abadi Melayu Islam pada 11 Ramadhan 1425 Hijriyyah bersamaan 25 Oktober 2004 di Tabal (Takbai dalam bahasa siam).

Untuk pengetahuan semua, Tabal ini wilayah Kelantan sehingga tahun 1909. Begitu juga Mundok, Belawan dan Sg Padi, semuanya kepunyaan Kelantan sehinggalah perjanjian puaka Anglopuaka-Siampuaka 1909 memisahkan terus kawasan-kawasan ini dari Negeri Kelantan.




Perhatikan juga Jeli dan bahagian barat Kusial bukan kepunyaan Kelantan tetapi Negeri Legeh yang senasib dengan Negeri Reman yang dipotong dua, bahagian utara masuk Siam dan selatan masuk Kelantan dan Perak. Dua Negeri Melayu Islam yang terhapus terus dari peta dunia dan raja-raja mereka dibunuh Siam. 




Semalam, genaplah 9 tahun peristiwa pembunuhan Tabal yang tragis, sadis, tak terungkap dengan kata itu berlaku.

Sudahlah dibelasah, ada yang ditembak dan dipukul mati. 

Yang hidup diikat seperti biri-biri dan disusun empat lapis dalam trak Siam Laknatullah.
Dua jam perjalanan ramai yang mati sesak nafas, menjadikan jumlah kematian 85 orang.

Dan kematian mereka tak pernah terbela.

Hamba di Sintok pada waktu itu, terluka hati dan perasaan, cedera maruah diri, agama dan bangsa.
Namun masih mampu bersahur ke gerai tom yam Mat Chelsea dari Patani dan minum teh tarik macam biasa, sedang keluarga-keluarga mangsa meratap pilu kehilangan anak, abang, adik, ayah, mati dihina sedemikian rupa oleh Siam Laknatullah.

Jika di Palestin ramai yang cakna, Alhamdulillah, namun di Patani ini situasinya jauh berbeza, Astaghfirullah.
Entah di mana silapnya.
Sudahlah seagama, sebangsa, sebahasa, satu sejarah, satu semenanjung, benarlah kata orang Pula Tawor, like toad under coconut shell.

Adakah otak kita tidak sampai untuk berfikir sudah sampai masanya untuk cakna, untuk membantu meringankan beban?

Dari layan cerita seram, maharaja (tidak) lawak, cerita korea atau jalan-jalan asyik makan, baik tengok video yang berlaku pada tahun 2004 ini. Diulang ye, 2004, bukan 1784.

Tragedi Takbai Video 1:


Tragedi Takbai Video 2





Isnin, Oktober 27, 2008

Takziah buat sahabatku Hayazi a.k.a Akob...

Malam Ahad baru ni rodonc dan rakan serumoh koi maser di UM dulu Akob menelefon..
Ade jugek dia komen di posting koi sebelum ni..
Koi ingat dia nok ngajok rumoh terbuka..
Lepas intro lebih-lebih kurang..
rupanya dia nok buat tahlil..

Anok dia yang baru 4 bulan tu meninggal..
Koi terkedu dan tak tau nok kater mender..
hanya koi mampu bertanya guaner boleh meninggey..

Isnin lepas dia cerita pengasuh anok dia telepon.. maser tu anok dia dah tok sedor..
Bowok gi hospital disahkan meninggal..
Lepas post-mortem doktor kata suffocation..
mungkin kain atau bantal menyekat hidung dan mulut tanpa sengaja..

Nada Akob koi dengor amat tenang dan sabor..
Koi pulok nasihat dia supaya bersabor..
Dan koi kata hanya mampu bagi nasihat..
koi kata koi sendiri pun kalau jadi tok tau la guaner reaksi koi..
Lebih daripada sedih la..
Lagipun koi masih terbayang saat-saat kehilangan ayoh koi Mac tahun ni..

Sempat jugek Akob berpesan kepada koi supaya memantau pergerakan anak-anak..
Dan dia juga berkata sukar jugek nok pastikan begitu sebab kadanc-kadanc teralpa seminit dua pun jadi..
macam kes anok koi kena air paneh dulu la.. (Insya-Allah koi entrikan..)

Apapun, koi ucap takziah kepada Akob dan harap diri koi sendiri bersama pelawat-pelawat blog koi dapat menyedekahkan Al-Fatihah untuk roh anok Akob, dan berdoa kepada Allah semoga beliau bersemadi dengan aman dan menjadi penghuni syurga.

Ameen..