Bulan tujuh 2007. Koi pun dah lupe berapa haribulan. Kakak koi yang duduk di Rawang tiba-tiba telepon hari Jumaat tu ngajok pegi Bukit Tinggi sebab minggu depannyer ayoh koi akan operate di Hospital Selayang, nak buang batu hempedu.
Bagi koi, Bukit Tinggi ni indah khabar indah rupa,tapi tanpa pengisian. Restoran-restoran pun banyok taraf bar je koi tengok. Ntahla.. nasib baik ada tempat boling, dapat jugek la koi tunjuk skill baling straight koi.. muncul jugek juara mengalahkan abang ipor koi yang sembang berapi akan belasoh koi kaw-kaw malanc tu.
Inilah gambor ayoh koi sebelum mendapat tahu melalui pembedahan tersebut dia mempunyai kanser hati peringkat akhir yang kami sembunyikan dari pengetahuannya sehingga November. Koi bengang jugek ke doktor yang bagitau dia tu, sebab lepas bedah tu kami ke PD ayoh masih bertenaga dan ceria, walaupun kerap batuk-batuk. Akak koi cakap simptom kanser jugek tu.. Lepas ayah dapat tahu, kesihatannya merudum. Dia murung. Menangis, dan seolah-olah tak dapat menerima kenyataan yang usianya di dunia kepunyaan Allah ni akan berakhir tak lama lagi.
Apa pun, hari-hari terakhir ayah yang ceria, dan penuh dengan pengisian doa-doa dari Al-Qur'an, membuatkan koi hanya menangis seketika bila mendapat tahu ayah menghembuskan nafas terakhirnya di Sungai Buaya, Rawang, di utara negeri Selangor. Koi dan keluarga bergegas dari Beranang, tempat paling selatan di negeri Selangor. Sempat koi memandikan ayah bersama adik bongsu koi yang pejam celik dah berumur 23 tahun pada tahun ni. Ayah di penghujung usianya tenang, berdoa kepada Allah " Ya Allah, aku redha akan ketentuanmu. Tempatkanlah rohku bersama roh orang-orang beriman, dan orang-orang soleh". Tapi kadang-kadang air mata menitik juga.. lebih baik la dari tangisan orang-orang yang pilu anak-anak tersingkir dari AF. hehe
Dua tiga hari sebelum kematiannya ayah sempat berbicara dengan koi mengenai politik. Mengingatkan ayah pada ketika itu koi tersenyum sendiri. Begitu prihatin ayah walaupun dia takkan sempat menikmati Malaysia yang bebas. Koi merenung dalam diri, banyak jugek sifat ayah dalam diri koi, walaupun ketangkasan ayah di kebun belum dapat koi tandingi. Ketepatan masa ayah dengan koi jauh langit dengan bumi. Kelembutan suara ayah menasihati anak-anak berbanding koi jauh panggang dari api. Namun, kecekalan ayah menangani kepayahan hidup ada dalam diri koi. Ayah menganalisis setiap permasalahan dan fakta sebelum membuat keputusan. Contoh, ayah tak pernah serahkan kepada felda untuk tanam semula.. Sapa-sapa anok felda faham-fahamlah kenapa. Sewaktu bergegar satu Gugusan Kota Gelanggi pasal nak jadi jutawan, ayah koi memandang sepi. "Tak logik", ujar beliau bersahaja. Nilai pasaran hartanah kita ni terlalu rendah, kenapa syarikat tu nak bayar sorang sejuta lebih hanya untuk 10 ekar? Bila tanya kepada sahabat-sahabat ayah yang tandatangan perjanjian "jutawan" tu, masing-masing menjawab. "Entah, deme tulih ogha puteh. Mane le kaweh paha...". Ayah juga tidak mengiakan secara total satu pihak dan menolak secara terus satu pihak. Sama macam koi. Antara perkataan ayah dua tiga hari sebelum meninggalkan dunia yang fana ini "Kalau betul-betul nak perjuangkan Islam, kita berjuanglah sendiri sehingga menang. Kenapa berpakat dengan orang-orang yang menentang Islam?".. Koi pada ketika itu hanya 1/3 setuju, sekarang 7/8 setuju.. Dah nampak masalahnya..
Masih terbayang-bayang di mata koi ayah dengan adik menunggu di sebelah garaj bas sekolah koi di Kuantan dulu, setelah menaiki bas Leng Huat berjam-jam merentas jalan Maran-Kuala Sentul yang pada masa itu gamoknya tak berubah sejak zaman British. Kalau berselisih dengan lori balak maka Pak Ngah Ramli terpaksa mengelak turun ke bahu jalan. Melompat-lompat jangan kira la.. lubang sama banyak dengan permukaan rata. Adik masa tu 4 tahun, merajuk sebab koi tinggalkan dia di Gelangi untuk masuk ke sekolah asrama penuh di Kuantan tu. Masih koi ingat baju batik biru tua yang adik pakai sewaktu melawat koi. Selepas berbual dalam sejam, ayah hulur 40 ringgit untuk koi guna sebulan.
Kali kedua ayah melawat, ayah naik kapcai C70 dengan Pakcik Salam, yang kebetulan meninggal sebulan selepas ayah, selepas terlantar dua tiga minggu di Hospital Temerloh ekoran eksiden dengan lori batu granit di jalan Sg. Tekam Getah ke PPTR. Ayah cekal. Koi harap koi dan seluruh keturunan koi juga begitu.
Apapun, koi tak boleh lari dari merindui ayah. Al-fatihah untuk ayah koi...
salam brother!
BalasPadamapa dah jadi dengan perut tu? harharhar...
master tu kena kiv la bro, takdir dan waktu tak menyebelahiku!
so, how's life?
Warghhh...Mahadir.. panik jap aku. aku ingat orang lain dah td..bahagia sungguh kamu
BalasPadamAku ucapkan tahniah kat kamu sbb ada keluarga bahagia. semoga Allah murahkan rezeki untuk kamu dan aku juga..
bro mader..
BalasPadampost la tulisan sikit.. welkam.. semuga diberi ketabahan untuk update blog..
Adi a.k.a Machista Malayo,
BalasPadamLife cambiasso aa..
poruik dah batambah gadang.. hehe
D-z & Alif,
Hehe..Insya-Allah..
memacam la aku nak tulis..
tapi kalau lamo tak update jangan maraaa aaa.. :)
Biasola..keluarga sederhana besar ni banyak la aktiviti den..
takziah skali lagi utk aok..ayah keh pn dh tak ada..sabor le don balon. Kita doakan utk mereka semoga ditempatkn bersama org2 salih.
BalasPadamKes yg aok sebut tu keh ingat lagi..nama syarikat dah la sabutan. Keh dan famili keh langsung tak masuk kepala..bapok ramai yang masuk..sampai ada yg datang ke rumah keh suruh ayoh keh sain..haha ayoh keh pn sama..dia tak sain..dia dengor je apa kekwn dia cerita. Keh pn sayang ke tanoh felda tu..tu je kenangan keh kat arwah ayoh keh..hasil ladang tu lain cerita..tapi bila keh masuk ke ladang tu keh selalu teringat arwah ayoh keh..
masa sek rendah keh selalu ngikut dia ke ladang, meneman dia..sbb tu keh berani..haha
ah..nak wat entri laa pasal ni..hehe
SALAM SENOR,
BalasPadampertama sekali aku ucapkan takziah atas kepulangan ayahanda ke sisiNya,
from what you wrote, he must be a great man. al-Fatihah for him...
Bro,
nampaknya blog dah berubah wajah, keep up the writings man, jangan ko tulih sepanyol dah le..
will link your blog to mine, update selalu kay!
SALAM SENOR,
BalasPadampertama sekali aku ucapkan takziah atas kepulangan ayahanda ke sisiNya,
from what you wrote, he must be a great man. al-Fatihah for him...
Bro,
nampaknya blog dah berubah wajah, keep up the writings man, jangan ko tulih sepanyol dah le..
will link your blog to mine, update selalu kay!
Dzul,
BalasPadamOo ayoh aok pun tak sain.. molek aa gitu..
maser tu koi gelak besar tengok gayer fellow gelangians..
UMNO ke PAS ke duduk semeja berangan nak jadi jutawan..
waktu tu parti yang ada hanyalah SAIN vs TAK SAIN.. mamat tekam utara tu la barua besor nyer.. hehe
Apapun, bila ayoh aok meninggal D-z?
Wei.. koi bukan setakat maser sekoloh rendoh je pegi tolong ayoh di ladang.. tiap kali cuti sek men koi tolong dia.. bila koi berjaya melarikan diri dari Penjara Batu 8 (jangan maraa aa..hehe) koi berulang dari Gelangi ke sek men jengka pusat.. tiap kali pusingan koi tolong.. ader sekali tu bulan posa pun kena..tapi pagi je la.. petang tak bermaya dah koi..
tahun depannya koi caka ke mok koi.. "Mok..bulan posa ni kita upoh la yek..." hehe
Ha..molek la tu..buat satu entry..
koi pun Insya-Allah buat satu..
Di a.k.a Machista,
Terima kasih. Insya-Allah koi update selalu..
(koi ni dialek temerloh untuk "saya". Koi sebelum masuk form 1 di SEMSAS kuantan, satu sekoloh dgn D-z, hanya bercakap "pidgin gelangi", satu campuran bahasa yang berasaskan pahang tetapi dengan pengaruh loghat Kedah, Kelantan, Perak..:) )
Hal master tu nanti kita bertindak bersama.. Insya-Allah
salam bro...takziah buat anda, al fatihah buat mereka yg sudah tiada, sebenarnya kalau kita bercerita hal2 kekeluargaan ade lg banyak hikmah dan teladan boleh kita ambil berbanding hal2 politik yg memeningkan...teruskan menulis bro, tak selalu takpe janji ade...
BalasPadamTerima kasih man helang..
BalasPadammohon kebenaran linkan blog aok..
mekasiih..
teringat juga pada ayoh koi yg meninggal mase langgar lari di kuala krau dulu mase pegi noreh...
BalasPadamapa kan daya kita ni manusia kerdil... samelah kita berbudi pd org tua kite yek...