30/05/2010 koi mencatat sejarah baru dalam hidup koi..
Telah banyak majlis perkahwinan yang koi hadiri, termasuk majlis koi sendiri, di Gelang Mas dan Kota Gelanggi, sering membuat koi terharu dan berfikir sejenak, alangkah indahnya Islam, alangkah bertuahnya ummah.
Kali ini sekali lagi koi terpaku dan kagum dengan kehebatan Islam.
Pada hari itu, rodonc koi Syed Muhsin bin Syed Ibrahim, rakan sekerja yang sangat setia sewaktu bertugas di syarikat Dah Hantar La dulu..telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan keluarganya dari Pulau Pinang tetapi telah menetap di Kajang.
Koi sampai di majlis beliau lebih kurang pukul 3 petang..
setibanya di masjid yang menjadi tuan rumah majlis tersebut, koi perhatikan semua yang turun dari kenderaan terdiri dari saudara seIslam kita dari keturunan India. Berpakaian warna-warni, berseri-seri.. yang lelaki dengan baju tradisional india dan yang perempuan kebanyakannya bertudung dengan baju tradisional mereka juga.
Hati koi berbisik "Komeh je ke Melayu ni?". Sekonyong-konyong koi nampok bekas rakan sekerja koi di syarikat yang sama bersama suami beliau turun dari MyVi putih sambil mendukung anak kecil mereka..
"Lega..ada geng", ujar koi kepada isteri koi yang masih terpinga-pinga melihat gerombolan demi gerombolan kaum keluarga kedua-dua belah pihak mempelai turun dari kenderaan masing-masing.
Kami turun dari kenderaan dan berjalan beriringan dengan bekas rakan sekerja koi.. Di dewan santapan, suasana lebih meriah.. dari berpuluh-puluh meja di situ dapat koi lihat dua tiga meja yang menampilkan beberapa orang Melayu macam koi..
Hati koi berbunga-bunga.. para penyambut tetamu bersalaman dengan para hadirin termasuk koi.. riak wajah persaudaraan jelas terpancar dari wajah mereka.. rasa2 dari wajah koi pun ada gamoknya kuikui
Subhanallah..ramai rupanya saudara kita India Muslim di Malaysia ni.. dan koi tidak rasa terlalu asing sebab mereka orang Islam..inilah yang dikatakan Ukhwah..
Koi tiba-tiba rasa terharu..atas nama Islam kita bersatu..warna kulit bentuk hidung tidak penting.. ye la..koi tahu la kulit koi sama je machanc demeh..tapi point koi di sini ialah Allah tidak memandang sesuatu kaum itu dari warna kulitnya atau kemegahan hartanya..
Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat ke-13:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)
Mafhumnya:
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Lalu koi melambai kepada Syed di atas pentas, tersenyum2 sumbing di pelamin..kuikui
Koi bergegas ke meja makan dan bertemu rakan akrab koi di tempat kerja lama, Mohd Hidayat bin Sabari, orang Melayu juga mengikut perlembagaan Malaya, walaupun secara etniknya moyang beliau berasal dari Pulau Jawa. tak kisahla..kita sebangsa seagama.. :)
Setelah selesai mengahbiskan nasi beriani, kambing dan pelbagai jenis lauk lagi, kamipun bersegera ke pentas pelamin untuk bergambar kenangan bersama pengantin.
Menarik dok?
Ma'assalamah wa ilal liqaa'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui