Isnin, Ogos 02, 2010

Indah nian....Istana Bunian...

tiiiiwwnnggg... ((((muzik misteri...)))

Assalamualaikum rodonc-rodonc semmer..

Ahad baru ni merupakan hari yang sangat bersejarah dan mendebarkan dalam hidup koi.. Koi, isteri dan rodonc koi Shahrul Al-Salanjuri telah keluar dari Kajang pada pukul 7.50 pagi untuk meredah hutan di Chenor, dalam daerah Maran. Untuk pengetahuan rodonc da
ri luar Pahang atau dari Pahang tapi kurang arif hal-ehwal daerah Maran, Mukim Chenor ialah sebuah mukim paling timur dalam daerah Maran. Dulunya merupakan sebahagian daerah Temerloh. Bersempadan dengan Daerah Bera di selatan yang dahulunya merupakan sebahagian Temerloh juga.

Setelah keluor dari exit Chenor dari LPT, biasanya koi memutor stereng ke kanan ke arah Bandor Pusat. Tapi kali ini bukan sahaja ke kiri, stereng juga tak perlu koi putor. Ini belum misteri lagi, bukan stereng tersebut berputor sendiri, tetapi rodonc koi Shahrul yang memutornya kerana beliau yanc memandu kuikui..

Sampei di Kg Awoh, komeh meneruskan perjalanan ke arah Maran tetapi hanya 2 km selepas itu, kami berjaya menemui papan tanda Chenor yang sudah beratus kali koi tengok saja namun tidak pernoh koi masuk ke sempang tersebut. Koi bangga.. hari ini amat bersejarah. Chenor akan koi jelajahi, walaupun jambatan Chenor sudah siap lebih kurang 5 tahun inilah kali pertama koi akan mencecah bumi Chenor.

Setelah 2 minit mamasuki jalan raya ke Chenor, suasana tiba-tiba menjadi sepi. Hanya kereta kami di atas jalan pada ketika itu. Langit walaupun cerah, tetap menunjukkan sinar bening pukul 9.30 pagi. Hatiku menjadi keluh-kesah. Kelihatan kelibat kenderaan di bangunan putih di kiri jalan namun tiada manusia yang kami ketemu. Tidak semena-mena..kami terpandang papan tanda yang membungkam di bahu jalan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.








Lah..patutla..komeh di Kampung Bunian rupanya...mujur takde orang bunian ngikut balik kuikui...

13 ulasan:

  1. baru ni la koi tau ada kampung bunian kat maran..siap ada signboard lagi ha..gaya macanc keje ladang sawit je org bunian sini.

    BalasPadam
  2. Dulu sokmo koi lalu sini.Sekarang dah musing ke highway la pulok ..

    BalasPadam
  3. D-z..
    itula aok.. gi maran lalu jengka 2,3,4,5 keluor sempanc jengka mana nok jumpa weh.. koi dari dulu lagi nok masuk Chenor tapi sokmo bertangguh..akhirnya sampei jugek hajat .. :)

    Jaka..
    Iyela.. koi dulu pun sokmo ke Maran ke , KL ke memanc jalan lama Temerloh itula.. hujung tahun lepas koi tre dari Karak naik jalan lamer..bangkit balik nostalgia2 lama naik moto balik Gelangi dari KL.. puergghh..syahdu..kuikui

    BalasPadam
  4. D-z..
    Banyok getoh je dalanc tu..rupanya Felda Purun dengan Bukit Kepayang bapok dekatnya lalu ikut situ..koi sokmo gi Kepayang lalu temerloh, masuk Bera.. dari Kerayong pun setengoh jam lagi.. kalu lalu Chenor dari gelangi koi rasa sejam 45 min sampei doh..

    BalasPadam
  5. nie laa yg tok nan maroh sgt nie...dh goner tok nan nk bg tanoh klau byk lg tempat dlm negeri pahang nie pn xpernoh sampei hahahahhaaa

    BalasPadam
  6. Fadh..
    koi maran ni chenor je yang belum koi jejok.. bera aok bayanc la kepayang purun kerayong tu laluan koi dari zaman budok2 lagi.. Jerantut jengka aok jgn tanya la..

    Tapi yang koi pelik..
    Aok pegi la pejabat tanoh mana pun..
    Urusan mohon tanoh dari 10 orang 8 orang negeri cik siti wang kemban.. kecuali jerantut sebab demeh doh beku sebab banyok ngat org demeh mohon..Lepih jangan cerita la dekat dgn Guo Muse..
    Rompin yang hujung dunia tu pun orang demeh jugek..
    Peneroka Palong geng N9 pun ramei mohon..
    doh gonner?
    Orang kita ralik mengail, cari kijang..
    Hutan kita orang tebang..
    tu belum kira raksaksa tiga nama yang main bowoh meja sokmo tu..
    Koi memang mok ayoh asey Kedoh tapi air sungai tekam tu la yang koi minum dari umur setahun sampei besor..
    Pucuk buoh kayu gelangi tu la yang koi mentekedaroh sampei ke le ni..
    Semangat Pahang koi tidak kurang walau satu hun pun dari anok2 yang lahir sini..kuikui

    BalasPadam
  7. Keh ingat ke mende...

    Haha...

    Tak tau pulok memang ande kampung bunian yang diduduki manusia.. hehe

    BalasPadam
  8. Duan..
    Gitu la gayanya..
    kala aok kahwin dgn org situ orang tanya:

    "Duan budok jerantut tu kawin dengan orang maner weh?"
    "Dengan orang Bunian tu je.. orang Pahang jugok la.."
    kuikui

    BalasPadam
  9. guane blh terlepas sedaerah tu...aok gitu la don..negeri org aok sampei...negeri sendiri x katam lg...kwn kalu dgn chenor tu...ala seblh jer dgn kg awah, rmh tokwan kwn ..arwah tok kwn tiap2 mggu bw gi pekan sari situ...meriah dgn ikan sungei situ don..skang ni x tau la..lama dh kwn x menjengah...sejak arwah xde ni..2 thn dh rasanya..

    BalasPadam
  10. Gitu la gayanya Az..kuikui
    Dari dulu teringin nok masuk tok masuk-masuk.. Lepih yang hujung tu merata doh koi masuk..Rompin pun lepas ke dalam hutan Melati doh koi terjoh..kuikui..

    BalasPadam
  11. X prsn weh kg tu.. Dah bepuluh kali lalu..��

    BalasPadam
  12. Kena masuk simpang Chenor weh dari jalan pasor Kg Awoh te :)

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui