Disclaimer: This blog does not support violence or armed struggle by any group of freedom fighters in the world. Yet this blog does not condemn their cause on the basis that we will never understand the day after day sufferings of colonial oppression. This blog believes in the need of self-determination via peaceful means for each demographic group represented by them through an officially recognized referendum by the UN.
Selasa, Ogos 24, 2010
Of mercuns and stupidity...
Budak 6 tahun apa tahu?
Menangis tidak berguna lagi..
Kes di Kuala Terengganu 2 hari lepas membuat koi tak terkata lagi dengan kebodohan orang kita yang gila sangat main mercun, secara terkawal atau tidak.
Malah ada orang-orang yang rapat dengan koi mempertikaikan tindakan koi tidak membeli mercun untuk anak2 (atau diri sendiri) setiap kali Raya.
Alah setahun sekali, anak-anak kena bagi peluang berseronok blablabla itulah alasan mereka.
Bayangkan la letupan maha dahsyat, mayat melambung tersangkut atas pokok, otak bersepai.. bukan itu harapan seorang anak kepada seorang ayah.
Dan adakah ayah merancang ini semua berlaku?
Sudah tentu tidak.
Hanya untuk menambah pendapatan, cari rezeki halal (???)..
Budak2 pompuan yang kena denda rm10,000 di Perlis dua tiga hari sudoh pun menganggap membeli mercun dari Setul (Satun) perkara biasa.. Tak sangka pulak kena tangkap.. tak sangka pulak kena denda.. Aktiviti main mercun tahunan sahaja..
Rodonc2 koi pun setakat beli seguni dua untuk main waktu raya di Tumpat pun takde hal, mercun murah, 1/5 harga di Pahang..
kalau meletup bonet pun kira pakey buoh tok sangka la..
Kalau meletup satu kereta pulok, Munkar Nankir tanya nanti jawab la "Tak sangka plak I bleh jumpa u kat sini.."..
Hari ni suratkabor melaporkan 4 lagi kejadian di Kelantan semalam.. isu koi di sini bukan kenapa selalu berlaku di Kelantan dan Terengganu tetapi rentikanlah kita semua dari melakukan KEBODOHAN BERLAPIS-LAPIS ini..dari aki, ayoh sampei ke cucu.. semua terlibat.. semua rentikanlah..!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kawe nak maroh juga ko ayoh n mok2 dok beli mercun ko budak2..ihsk mace x dok otok..
BalasPadamBenar Lae..
BalasPadamOtak koi yang mungkin tak sehebat Al-Farabi dan tak la seteruk George Bush tak dapat nak memahami logik demeh ni..
koi ada dgr ceramah kemerdekaan hari ni
BalasPadamdari Ustaz Muda Abdullah dr Ganu
dia komen gak pasal mercun ni pasal hak jadi ni kat kampung dia nun di kuala ganu
dia kata kenapa mercun masih ada di Malaysia ?
Kerana hak orang atas pun mash main mercun (sambutan merdeka tahun baru etc).alasan, jarang2 dan terkawal serta profesional.isunya bukan tu tapi dah bende tu ada mesti la marhain pun teringin.kan ke manusia lagi dihalang lagi memberontak apatah lagi ada dpn mata.bukan ke rakyat ni adalah mengikut pemimpinnya?
logik gak
kuikui
Tapirus,
BalasPadamMungkin ada sedikit faktor gitu..
Tapi kalau mentaliti kita asyik salahkan orang..
bila kita jadi kerajaan baru kita tau langit tinggi rendah kuikui..
Kedah koi bagi 9/10..kira cemerlang la tu..
Selangor, mungkin 6/10 je kot.. Koi tak ambik kira mainan media, pasir apa semua ni..kuikui
Sbb tu don bukan senang nak jadi pemimpin ni
BalasPadamCalang calang bukan alang tanggungjawab
gunung bumi langit tak sanggup tapi manusia kerdil ni plak sanggup.
Petikan ayat2 Al Baqarah
[165]
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
[166]
(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.
[167]
Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.
sesal kemudian (di akhirat)tiada berguna lagi..
Berdoalah sahabat..
BalasPadammoga dalam bulan Ramadan kareem ini Allah bukakan pintu hati pimpinan kita untuk melihat terus kepada survival ummah, bukan ke Putrajaya..