Assalamualaikum rodonc-rodonc dan kaum keluarga..
Inggeris ialah kata sifat bagi negara England dan apa-apa yang secara langsung berkait dengan England. Dalam Bahasa Inggeris ia disebut "English" dan koi kurang periksa bagaimana fonem /l/ boleh disebut sebagai [r] dalam kes ini memandangkan orang melayu tiada masalah menyebut fonem tersebut seperti orang jepun yang 'potong kepara!' pada zaman mereka menggila dahulu. Tidak juga seperti orang Tiongkok yang bermasalah menyebut fonem /r/ menjadi [l]. "Lu olang aaa.. sulah lama tatak tatang wa punyia kilai", ujar Ah Pek mesra kepada Usop dan Rozali.
Penduduk negara England digelar "Inggeris" dalam bahasa Melayu, iaitu English juga dalam bahasa mereka. Andres Iniesta menyebut "inglés" manakala ayah Zinedine Zidane menyebut "injlizi" sewaktu masih di negara asal tetapi bertukar menjadi "anglais" bila sampai ke negara baru. Perlu diingat dalam bahasa melayu hanya ada beberapa negara yang mempunyai kata sifat khas seperti inggeris ini.. portugis bagi Portugal, belanda bagi negara Nederlaand dan orang Siam bagi negara Thailand. Takde saper gatey panggil thai..kuikui.
Yang lain semua mengikut nama negara. Orang Itali bagi negara Itali, orang Sweden bagi negara Sweden, orang Jerman bagi negara Jerman (Deustchland).
Maka diceriterakan orang di negara-negara bekas jajahan Belanda, Portugal, Sepanyol dan Perancis, negara-negara bekas jajahan Inggeris sangat bertuah.
Inggeris membawa kemajuan fizikal dan mental, Empat Musibat membawa kemunduran dan kemiskinan.
Inggeris membawa keanggunan perundangan dan pentadbiran, Empat Musibat membawa kacau-bilau dan anarki.
Inggeris lembut dan bertatasusila dengan orang tempatan, Empat Musibat main sarbu sahaja.. Inggeris mengekalkan bahasa dan agama orang tempatan, Empat Musibat menyapu bersih bahasa dan agama masyarakat setempat kecuali Filipina gagal disepanyolkan sepenuhnya tetapi berjaya dikatolikkan, Indonesia pula disifatkan gagal oleh Belanda. Yang lain habis berbahasa sepanyol, dari California, Florida, Texas di AS hinggalah ke Argentina habis berbahasa Sepanyol kecuali Brasil (Portugis).
Perancis pula habis Maghribi, Algeria, Tunisia, Cote D'Ivoire, Cameroon dll berbahasa Perancis. Portugis pula Brasil, Timor Timur, Macao, Angola, Mozambique, Cabo Verde.
India dan Malaya adalah dua bekas "jajahan" Inggeris yang paling penting. Khoo kay Kim kata Malaya tidak dijajah atau ditadbir Inggeris, hanya di"nasihat" oleh para penasihat laknat Inggeris.
Koi malas nak komen, nasihat bermaksud kita boleh diterima atau TIDAK, Dalam kes Inggeris, tiada istilah tidak. Hanya ada istilah "Perkenan".
Di India, Inggeris menghasut orang Hindu supaya memusuhi orang Islam. Hinggalah terbentuk negara-negara Pakistan Barat dan pakistan Timur pada tahun 1947.
Di Malaya, orang Melayu letaknya di kampung-kampung, orang Cina di bandar-bandar dan orang India di estet-estet. Pendek kata perangai Inggeris ialah memecahbelahkan orang supaya tak mencabar mereka, supaya rakyat tempatan jadi berpuak-puak dan lemah.
Bukan itu sahaja, orang Melayu itu terpisah pula kepada beberapa serpihan ekoran fahaman politik masing-masing. Ada PEKEMBAR, ada PIS, ada PKR (baru)..
Sekarang, setelah 50 tahun lebih merdeka, orang Melayu menjadi tersepit. BN mahu menjaga hati MCA, PAS mahu menjaga hati DAP. Yang terbarai orang kita. Sila baca blog yang koi suka ni dan apa komen wokme?
http://msomelayu.blogspot.com/2010/08/gurau-biawak-hari-ahad.html
Bab perpecahan ni mmg koi setuju. Semua pakat nak jaga hati Cina walaupun maruah dan tanah untuk orang Melayu tergadai. Haprak!!!!
BalasPadamEchanc..
BalasPadamBila koi bersuara kepada hardcore PR, demeh kata koi tak bagi kepercayaan kepada pimpinan..
Koi nok bagi guaner le ni takde saper berani sebut hak melayu... macam hina sangat jadi gitu..
yang PERKASA pulok berat sebeloh..
yang BN buat dia tutup mata..
yang PR buat dia bising..
Masing2 jaga belakang (read jubor) masing2...
Cuba aok cek dgn tok nan pemilikan tanah mengikut keluasan, diulangi keluasan, jangan kira ikut berapa peratus rakyat ada tanah, berapa peratus takde.. Kalau orang melayu 50% ada tanah tapi sorang dua tiga ekar buat mender.. kala demeh hanya 40% ada tanah tapi sorang berpuluh beratus ekar goner gaya?
Koi dengar sumber risikan 60% keluasan tanah pahang bukan lagi milik kita...
kala tipu dia ni, tipu le koi..
Ni tiba2 Tok Guru datang jerantut jumpa puok yang usaha tanam sayur tu janji kala PAS menang nok bagi ke demeh..
Ni yang koi lemoh TGNA ni.. dia suka terburu2 buat kenyataan, padahal dia kena SELIDIK REALITI PEMILIKAN TANAH di Pahang.
Tu belum kira orang bukan Melayu pajok/sewa tanah rezab melayu, dihalang oleh undang2 tapi tak dihalang oleh penguatkuasa, takdek guna la..kertas mana boleh halang manusia..
koi suka cara penyampaian kisoh sejaroh aok mlalui n3 ni. kala ramei sejarohwan buleh menyampaikan mcm ni, mudoh org fhm & kaitkan dgn isu semasa.
BalasPadamPie..
BalasPadamterima kasih...
koi suka guna bahasa harian.. rasa dekat dengan pembaca..
Kala guner bahasa baku buku sangat, pembaca rasa ada hijab yang menapis pandangan dan pemikiran demeh..
"Ahhh..koru la aok te..", laung Duan dari kedey asam rom Jeghantek...kuikui
don
BalasPadammesti walak pada pimpinin.kuikui
Wala',wala' jugek..
BalasPadamjangan sokong membawa rebah..
Kritik memperkasa berjuta kali lebih baik :)
yang penting Undi Don
BalasPadamdh dpt baru la boleh cantum dan perintah (ada ke?)
heimpeiss jes semues tusss...
BalasPadamtakde posting baru ke
BalasPadampasal adab berdoa ke
adab masuk masjid ke
kewajipan menutup aurat ke
kuikui
pedas...pedas...kuikui
BalasPadamsibuk sket rodonc..
ada cikgu baru masuk gue kena explain dan bincang banyak bende dengan die.. :)