Isnin, Ogos 23, 2010

Suatu Ahad di bulan Ramadhan 1431 Hijriyyah


Assalamualaikum rodonc-rodonc dan kaum keluarga...
Semalam Ahad, setelah pusing2 Bandor Tasik Kesuma dengan kereta Vios putih baru adik koi, koi pun merehatkan diri di sofa sambil berniat untuk tidur..

Anok-anok koi yanc 3 oranc tu seperti biasa melaksanakan sesi lukisan bebas yang telah menyaksikan berrim-rim kertas menjadi mangsa kreativiti demeh.. Ok jugek dari dinding rumoh jadi mangsa machanc dulu.. 3 hari setengoh koi dengan orang rumoh bergelumang dengan cat mengect balik ruang tamu dan ruang makan. Ruang keluarga dan bilik2 belum lagi, tok daya koi.. Orang rumoh koi yanc beria nya cat-mengecat ni... koi nasik tamboh je..kuikui Demeh duduk bersimpuh di tepi sofa, betul2 depan koi.. Anok sulung koi pergi ke rumoh sepupu dia yang terletak lebih kurang 300 meter dari rumoh..

Tiba-tiba anok bongsu koi yang berumur 4 tahun, Umair Fayed yang masih belum kenal huruf, bersuara kepada abangnya Uwais Munzir, 5 tahun, yang senasib dengannya:

UF: Abang Uwais, bagi la Umair lukis kat buku tu pulak...
UM: (Dengan muka sangat serius) Eh,eh..mana boleh..tengok kat depan ni.. ada tulis "..Umair tak boleh lukis dalam buku ini.."
UF: (Tidak kurang seriusnya)..Eh, apa la Abang Uwais ni.. tengok ni, ada tulis "Kena kongsi-kongsi..."..

kahkahkah..koi gelak dalam hati sambil cuba untuk terus tido............

8 ulasan:

  1. Pokli..
    Masa demeh buat gitu terus koi teringat dialog2 sudin, ajis dan ramli dalam pendekar bujang lapuk..kuikui

    BalasPadam
  2. Elok demeh melukis kat kertas. Kalo tak jadi zaman batu doh umoh aok wehhh.. semua conteng kat dinding gua...

    BalasPadam
  3. Echanc,
    doh jadi la tu yanc koi dgn org rumoh terpaksa cat sendiri rumoh tu..nok upoh tok daya weh..beribu!!

    BalasPadam
  4. salam don..

    hehehe..gitulah bebudok..bijak2..

    BalasPadam
  5. Mazru..
    gitulah gayanya..
    ader je dialog yanc membuat koi tersengih 14 minit.. kuikui

    BalasPadam
  6. ayat yang biasa diulang2 dlm ceramah atau penulisan tentang Ramadan mesti menyebut tentang ayat ini

    AlBaqarah-183
    [183]
    Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

    walhal 5 ayat sebelum tu dgn ayat hampir sama, tapi nape ayat ni jarang2 "disurfacekan" ?

    [178]
    Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan......

    Dua dua (puasa dan laksana qisas) kewajipan kita sebagai orang beriman.

    BalasPadam
  7. Ayat 216 Surah Al-Baqarah ni pun dipandang sepi oleh umat Islam sekarang..

    كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ (2:216)

    Topics discussed in this Verse:
    [Fighting (and striving) in the ca'use of Allah]

    # 2:216 (Malay) "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

    2:216 (Spanish) Se os ha prescrito que combatáis, aunque os disguste. Puede que os disguste algo que os conviene y améis algo que no os conviene. Alá sabe, mientras que vosotros no sabéis.

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui