Ahad, Januari 06, 2013

Dialek Melayu Patani Kedah/Perak Utara

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Malam tadi, koi telah berbual panjang lebar melalui telefon dengan saudara jauh dan sahabat koi Abe Li a.k.a Tongkat Ali, tuan punya blog kebunketereh.com dari Pengkalan Chepa. Banyak perkara menarik yang kami kongsi dan bertukar-tukar pengetahuan mengenai sejarah Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Melaka), khasnya mengenai negeri Melayu Reman yang telah tiba-tiba dihilangkan dari peta semenanjung bertuah ini. Suvarnabhumi, kata mat sanskrit. Sila lihat catatan kaki di bawah sekali mengenai siapa saudara koi Abe Li ini.


Maka koi pun berjanjilah dengan beliau untuk menerbitkan sedikit catatan mengenai dialek Melayu Patani Kedah/Perak Utara.

Sebenarnya, koi pernah mengulas serba-sedikit mengenai loghat Melayu Patani Kedah/Perak Utara ini yang merupakan satu perkara unik bagi negeri Kedah/Perak. Ramai beranggapan di Kedah hanya satu dialek yang wujud. Yang menyebut air itu 'ayaq', awak itu 'hang', degil itu 'ketegaq', mereka itu 'depa' dan sebagainya. 

Koi bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga besar dan kawasan yang sangat bervariasi dialeknya  (Kawasan Bukit Bertam, Daerah Selama Perak betul-betul seberang sungai Pekan Mahang, Daerah Kulim, Kedah). Dibesarkan pula di negeri Pahang dalam rancangan Felda yang menampilkan keluarga Melayu, India dan Cina dari seluruh semenanjung. 


Sewaktu dalam tingkatan satu (1989), apabila koi memberitahu kawan-kawan yang di kampung koi di Mahang, Kulim, ayam itu disebut 'ayang', awak itu 'mu', balik itu 'kelik', kawan-kawan hanya menganggap itu semua bullshit. Masakan orang Kedah bertutur begitu?? Walaupun koi sakit hati mendengar jawapan begitu, koi tak salahkan mereka kerana liputan yang diberi amat sempit kepada dialek ini. Sekarang pun masih ramai yang tidak tahu.

Sila rujuk catatan ini:
http://donlaurel.blogspot.com/2009/06/bahagian-ii-laporan-jejak-waris-i.html

Koi salin dan tampal di sini:



Dialek Patani Kedah/Perak

Tokwan koi bertutur dalam loghat Kedah tulen, mungkin mengikut cara Kuala Muda. Anak-anak beliau kebanyakan bertutur dalam loghat Patani Kedah/Perak yang pada umumnya mempunyai komponen leksikal yang sama dengan orang-orang Patani di Patani sekarangdan orang-orang Kelantan. Artikulasi atau ujarannya juga hampir sama, kecuali terdapat pengaruh Kedah di mana perkataan yang berakhir dengan "-o" seperti "mudo" disebut "muda"..

Contoh ayat:


"Huma nak kelik tak royak pung di?"..
Terjemahan ke bahasa New York: You guys wanna come back but didn't inform, eh?


"Habih ayang cendeh piuk nasik aku, mu tak napak ka?"
Terjemahan ke bahasa Johor bahru:
"Habis ayam spelet periuk nasi saya, kamu tidak nampakkah?"..

"Bo, mu tak mboh mani sungai ka?"
Terjemahan: Hasbullah, awak tidak mahu mandi di sungai kah?"..


Loghat Patani Kedah/Perak ini dituturkan oleh saudara-saudara kita bermula dari kawasan Bukit Gantang, Perak, naik ke arah utara dan timur laut melintasi Batu Kurau, Selama hingga ke Lenggong dan Grik di Perak yang bersempadan dengan Wilayah Yala (Jala). Kawasan Kedah pula dari unjuran Selama juga, masuk ke kawasan Mahang, Sedim, Kuala Ketil dan Baling yang bersempadan dengan Yala juga, malah mengunjur ke Kuala Nerang dan Padang Terap di utara yang bersempadan dengan Wilayah Songkhla (Senggora).

Namun koi perhatikan varians Kuala Nerang, Padang Terap hatta Pokok Sena Kedah lebih banyak pengaruh bahasa Siam lama yang sukar difahami oleh penutur Thai di Thailand. Betulkan hamba jika hamba tersilap.

Kebetulan penutur-penutur dialek ini mendiami kawasan-kawasan terpencil atau hulu di kedua-dua negeri tersebut, maka mereka digelar orang hulu dan dialek mereka digelar dialek hulu.
Ini adalah satu misconception yang perlu dibetulkan.
Anak-anak Patani Kedah/Perak malu untuk bertutur loghat tersebut dan menggantikannya dengan loghat Kedah tulen, namun koi masih boleh mengenal pasti kepatanian mereka dari bunyi ujaran yang agak berbeza.


Perhatikan dahulu peta besar di bawah yang menunjukkan kawasan dialek ini dituturkan di Kedah/Perak Utara/Yala. Lihat garisan hijau yang menunjukkan rangkuman dialek Patani Kedah/Perak. Ini berdasarkan pengalaman koi dan keluarga menjelajah atau berurusan dengan umat Melayu di kawasan-kawasan tersebut. Namun begitu, bahagian Yala koi kurang pasti, tetapi menurut cerita rakan-rakan, di Betong hingga ke Raman (nama yang menunjukkan warisan kerajaan Reman di wilayah yang termasuk ke dalam Yala/Perak/Kedah), dialek Melayu begini turut dituturkan.




Koi ingin menambah sedikit mengenai contoh-contoh ujaran dalam dialek Melayu Patani Kedah/Perak(DMPKP) varian Mahang. Sebenarnya ada sedikit kelainan kecil antara varian-varian Mahang, Baling, Kuala Nerang dan Grik. Contohnya di Mahang, 'hangpa' disebut 'huma'. Di Grik 'mika'. Ada varian yang menyebut 'moha', mungkin di Sik, koi kurang pasti.

Untuk memudahkan perbandingan, ujaran-ujaran tersebut dibandingkan dengan dialek Kelantan (DKN) dan dialek Kedah (DKH) yang sudah terkenal seantero Tanah Melayu. Juga Bahasa Melayu Standard (BMS).

(***vokal 'a' berbunyi seperti 'a' Kedah, bukan 'a' Pahang atau Johor)

DMPKP:   Jéng (Mat Lazim), mu khelik kkapung tak royat ka aku di?
   DKN: Jéng, mu kelik kkapung tok royak ko aku deh?
   DKH: Mat Lazim, hang balik kampung tak habaq kat aku no?
   BMS: Mat Lazim, awak balik kampung tak beritahu aku ya?

   DMPKP: Bukang aku tak mboh telipong, malang tu aku telipong tiga kali mu tak akeik.
   DKN: Buke aku tok sé telipong, male tu aku telipong tigo kali, mu tok akak.
   DKH: Bukan aku tak mao telipon, malam tu aku telipon tiga kali hang tak angkat.
   BMS: Bukan aku tak mahu telefon, malam itu aku telefon tiga kali awak tak angkat.

DMPKP: Mmbiii..sunggggooowwhh la... dema 'tak telipong ataeh pagha, tingii.. tak ghok aku nak gi naik ambaekk..
DKN: Weii looo..sunggoh la... demo tu letok telipowng atah pagho, tinggi benar nar.. tok ghok (cékak) aku nok gi ukah ambik..
DKH: Dddiiaaa la...sunggoh la.. depa letak telipun ataeh pagha, tudddia punya tinggi, tak laghat aku nak pi naik ambeyk..
BMS: La..betul la.. mereka letak telefon atas para, tinggi, tak larat aku nak pergi panjat ambil.


DMPKP: Tuiii.. huma 'tak berapa kelo gula dalang éy ni, manih leting.. mitak ehh sikik
DKN: Tuii..puok mu letok berapo kelo gulo dale aéy ni, manih leting..mitok aih sikik..
DKH: Tuii.. hangpa letak berapa kelo gula dalam ayaq ni, maneh melechaeh aihh..mintak aih sikit..
BMS: Tuii.. kamu (ramai) letak berapa kilo gula dalam air ni, manis sangat-sangat, mintak ais sikit..

DMPKP: Tijah hhooo.. aku beci sunggowh la kalu dia buat ey. Maghi, kita tubik gi mani sungei mahang, busuk khong dah aku ni supa lemu haha..mapuh gi la ka dia..malaeh aku nok tebeng hehe
DKN: Tijah ooo..aku beci sungguh kalu dio buak aey. Maghi, kito tubik gi mandi sunga mehe, busuk kkohong doh aku supo lembu haha,,mapuh gi la ko dio nyo..hehe,,malah aku nok tebing
DKH: Tijah oii..aku benci sungguh la mengkala dia buat ayaq. Mai la, kita keluaq (teghebit) pi mandi sungai mahang, busuk kohong dah aku ni macam lembu haha biaq pi la ka dia hehe malaeh aku nak gagah minum..
BMS: Tijah oi.. aku benci betul la kalau dia buat air. Mari, kita keluar pergi mandi di Sungai Mahang, busuk sangat dah aku ni macam lembu haha.. lantak dia la.. malas aku nak paksa diri hehe

Perkataan-perkataan yang signifikan yang lain ialah seperti:

DMPKP------DKN-----DKH-----BMS
 'thu'      ------tau--------tao--------tahu 
'temuh'   ------tembuh--tembuih--tembus, 
'kughuh' ------kughuh---kughuih--kurus, 
'géna'----------guano-----lagu mana--macam mana
'bderat'--------bderak----gelewaq--berjalan-jalan.
'kema'---------kito-------kami------kami-- **kema ini lawan bagi dema

Daripada contoh-contoh di atas, dapat diperhatikan ujaran dan komponen leksikal dialek Patani Kedah/Perak ini sangat-sangat hampir dengan Dialek Kelantan dan Terengganu. Ini menunjukkan keakraban kumpulan dialek Patani, Mungkin lebih rapat dengan dialek Kuala Berang. Jika tak percaya, tontonlah video dialek Baling oleh Tuan Syed Mahadzir kita ni.

Sila klik:




Bandingkan dengan puisi loghat Kuala Berang ini.


"Mok, aku nok tubaik"


"Rayé dulu rayé le ning"



Juga video budak Patani ngepek, tapi tajuk silap, dia letak budak Kelantan:

"Budok Ttani ngepek"


Ada pengkaji yang mengambil jalan singkat, seperti dalam beberapa kajian di UKM, mengatakan fenomena ini berlaku kerana Perak dan Kedah tidak jauh dari Kelantan. 
Fakta ini bukanlah tidak tepat, tetapi terlalu simplified. 
Jika di Eropah kita boleh melihat rantaian dialek Latin dalam Empayar Rom yang kemudiannya membentuk bahasa-bahasa Eropah sekarang seperti Rantaian Itali, Perancis, Catalan, Sepanyol, Gallego dan Portugis. Gallego dianggap  oleh orang Portugis sebagai bahasa Portugis juga. Catalan pula seolah-olah campuran bahasa Sepanyol dengan Perancis, ekoran lokasinya yang terletak di sempadan Sepanyol-Perancis. 
Belum lagi bincang masalah bahasa-bahasa Germanic di Norway, Denmark dan Sweden yang rantaiannya lebih kompleks, seperti satu bahasa yang sengaja diisytihar dengan bahasa Denmark, Sweden, juga polemik Bokmal dan Nynorsk bagi Norway.

Jadi, dalam kes DMPKP ini, rantaiannya juga panjang. 
Dari Terengganu melintasi Kuala Berang dan Kelantan, masuk ke Grik, ke selatan ke Lenggong, ke barat di Selama, naik ke Utara di Mahang-Sedim-Kuala Ketil-Baling-Sik-Kuala Nerang. 
Kompleks tapi sangat menarik. 
Tapi dari segi logik, Terengganu itulah hujung selatannya, bukan asal dialek ini. 
Asal dialek ini di Patani.

Faktor percambahan hingga ke segitiga Bukit Gantang-Kuala Nerang-Grik?


Baca dan dengar betul-betul faktor besar ini:


REMAN.

Lihat peta lama Negeri-negeri Melayu Patani di bawah, selepas tahun 1679:





* The Where's Where of Henry Norman's time
"An old map showing the political boundaries of several Malay states ( most are now defunct ) in the North-eastern corner of the Malay Peninsular, prior to 1909 Bangkok Agreement. 
Kelantan was also shown, interconnected with Legeh and Reman,the two of which are mentioned in the book."
In " The Peoples and Politics of The Far East ", Henry Norman. First published in London in 1895 by T.Fisher Unwin. 



Kawasan yang bertutur dalam bahasa ini sebenarnya adalah bekas wilayah Negeri Reman yang secara rasmi dilupuskan oleh Inggeris dan Siam selepas Perjanjian Puaka Bangkok 1909 yang membelah Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Melaka) kepada 2 bahagian. Malaya dan Selatan Thai. 

Sila rujuk link ini:


Pemasukan wilayah Reman ke dalam Negeri Perak oleh British

Kebetulan pula kawasan yang koi sketch dalam peta besar google map itu sepadan dengan 

Wilayah Reman dalam peta dalam buku Henry Norman tersebut.


Banyak pengkaji sejarah berteori yang orang Patani ini datang ke Kedah dan Perak ketika penaklukan besar-besaran oleh Siam pada penghujung kurun ke 19 di Patani. Mungkin ada kebenarannya, tapi teori koi ialah kawasan itu ialah kawasan wilayah Reman yang termasuk dalam Perak dan Kedah sekarang. Manakala Betong, Krong Pinang, Yaha, Kabang dan Raman ialah kawasan yang telah secara keji dimasukkan ke dalam negara kafir Siam laknatullah yang tak habis-habis menjarah tanah dan darah orang Melayu.

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!


Lihat juga gambor yang koi zoom dari Google Map ni:

Kampung ini terletak dalam Mukim Jeniang, daerah Sik, Kedah yang mungkin pernah terangkum dalam bekas wilayah Reman atau sebab mereka dihuni oleh orang-orang yang berasal dari Reman.

Lihat juga sebuah kampung lagi di utara Kampung Kuala Reman ini, iaitu Kampung Kuala Ruman.
Ini menguatkan lagi bukti yang ini bekas wilayah Reman. Ramai pengkaji mengatakan nama "Reman" berasal dari perkataan Arab "Rahman" yang bermaksud Maha Pengasih, salah satu nama Allah yang 99.
Ada juga pendapat yang mengatakan asal perkataan tersebut ialah dari perkataan Arab "Rumman' yang bermaksud "buah delima". Kan salah satu makanan sunnah tu.

Sebab apa perkataan Arab?
 Ramai yang berpendapat keturunan raja-raja Melayu bersambung nasab dengan Rasulullah.
Malah kalau pun tak bersambung dengan Rasulullah SAW, umum mengetahui peranan Sayyid-sayyid, syeikh-syeikh dan sidi-sidi Arab di istana-istana Melayu zaman-berzaman. Hinggakan dalam Enakmen Rizab Melayu Kedah 1931, "Melayu" ditakrifkan sebagai seorang yang menganut agama Islam dan lazim bercakap bahasa Melayu yang sekurang-kurangnya seorang daripada ibubapanya adalah bangsa Malayan atau berketurunan Arab. ERM Perlis 1931 pula mentakrifkannya sebagai seorang yang berasal dari mana-mana bangsa Malayan atau orang keturunan Arab yang lazim bercakap bahasa Melayu atau mana-mana bahasa Malayan dan menganut agama Islam. Maksudnya di Kedah atau Perlis, kalau kedua-dua ibubapa ialah orang Arab pun dia masih orang Melayu jika beragama Islam dan bercakap Melayu. Cuba rujuk Jurnal Undang-undang ini. (Sila Klik)

Lihatlah persamaan perkataan 'Rumman' dengan 'Ruman' itu. Biasalah, 'Ummi' kita sebut 'umi' saja, 'innova' kita sebut 'inova' saja, lidah melayu kuikui

Mungkin ada yang mahu berhujah: Ulu Beranang dalam Negeri Sembilan, Beranang dalam Selangor. California dalam Amerika Syarikat, Baja California dalam Mexico. Catalunya dalam Sepanyol, Catalunya Nord dalam Perancis. 
Tak semestinya satu negara, satu negeri.

Soal koi balik, baru berapa hari?
Bukankan Negeri Sembilan asalnya di bawah Selangor? Raja Minang ke Raja Bugis di Kota Lukut dekat Port Dickson tu? Ada beza ke cakap Beranang dengan Ulu beranang, kan Minang belaka?

Siapa penduduk asal California, orang anglo-saxon ke orang-orang Sepanyol dan mestizo? Kenapa ada chicanos yang bukan asal dari Mexico pun, cakap Sepanyol duduk di California, Florida, Texas,  New Mexico dan Nevada? Untuk pengetahuan pihak pembaca, Bahasa Sepanyol ialah bahasa rasmi bagi 21 buah negara termasuk Sepanyol, Mexico, seluruh Amerika Selatan kecuali Brazil-Guyana-Surinam, seluruh Amerika Tengah kecuali Belize, Republik Guinea Ecuatorial di Afrika dan baru kembali rasmi (dalam pendidikan sahaja) di Filipina.

Catalunya Nord, apa etniknya? Memang, polisi chauvinis perancis menyebabkan tinggal sangat sedikit sahaja penduduk Catalunya Nord berbahasa Catalan, berbanding di Catalunya yang lebih 60% fasih bertutur bahasa ibunda mereka. Namun etniknya tetap sama. PARLA CATALÀ.
Siap nak merdeka dari Sepanyol lagi sekarang. (walaupun koi secara peribadi tak sokong kuikui)

Dari itu wajarlah dialek ini digelar Dialek Reman sahaja, tak perlu lagi digelar dialek Patani Kedah/Perak.

Ka géna??? kuikui
=============================================================

*** Tongkat Ali ialah seorang guru sejarah di Kuala Terengganu yang sangat berminat mengkaji sejarah sebenar demografi dan geografi Melayu. Beliau berketurunan Long Gaffar, Raja Kelantan Timur dari sebelah nenek. Blog beliau kerap koi petik dan rujuk. 


Terima kasih hamba dahulukan..

80 ulasan:

  1. Balasan
    1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

      Padam
  2. Takdela pakor weh..
    Bahasa keluarga koi belaka tu..

    Kala bukan kita orang melayu ambik tahu, takkan nok harak ke Tony Blair(wok)? kuikui

    BalasPadam
    Balasan
    1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

      Padam
  3. Terima kasih abeli..

    Mohon abeli fikirkan mengenai kertas seminar tersebut..:)

    Ma'assalamah..

    BalasPadam
  4. Assalaamu'alaikum wbr. Artikel yang memaparkan kajian yang sangat menarik. Memang benar kata-kata saudara Don Balon. Saya sendiri sering mendengar mereka di Kawasan Selama bercakap dalam dialek yang mirip dialek Kelantan. Contoh lain : bising = gege. Mengikut seorang sahabat dari Kedah, dia menyatakan bahawa ini adalah dialek yang asal dari Patani yang kini rata-rata digunakan oleh orang Kelantan. Sebenarnya faktor pengunduran diri dari Reman secara besar-besaran sehingga ke Kelantan, patutnya diambilkira. Jadi "ore klate toklehlah nok ngaku bahaso ni bahaso klate sebab bahaso ni bahaso asal dari ttani" Tahniah kepada saudara dan teruskan usaha kajian ini.

    BalasPadam
  5. Alaikumsalam Nik. Terima kasih atas komen dan pandangan saudara. Seperkara lagi, sindrom rendah diri (inferiority complex) para penutur Dialek Reman/Patani ini semakin ketara sekarang, menyebabkan berlaku pinjaman kata yang keterlaluan dari dialek Kedah. Generasi muda pula malu untuk bertutur dialek ini di khalayak ramai di Kedah dan Perak.
    Saya mengajak khalayak pengkaji memperkemaskan kajian mengenai dialek ini dan mewar-warkan kewujudan dan kekuatan dialek ini supaya ia terus wujud dan diberi tempat yang sewajarnya di kalangan masyarakat Melayu.
    Jika boleh, dibuat drama dan telemovie seperti yang Sabri Yunus usahakan sekarang. Memang telah ada indie filem dalam dialek ini, cuma belum ditayangkan rasanya. Dalam Youtube ada trailernya, tapi dah lupa tajuknya.
    Moga seluruh keluarga dan sahabat terus menyokong usaha kami ini.

    BalasPadam
  6. Patut lah ada rasa kekeluargaan bila saya bersama dengan orang Changkat Ibol, Orang Sik, Baling, Air Ganda, Kg Pahit..... terasa jauh tapi rapat.

    BalasPadam
  7. Terima kasih saudara Maznihan.

    Inilah loghat emak saya dan ke atas. Kami dirujuk di Kedah sebagai orang Patani Kedah, namun anak muda yang jahil sejarah memanggil etnik kami orang Kedah Ulu.

    Datuk dari sebelah ayah berasal dari Kuala Muda, bertutur Kedah Standard. Ayah bertutur loghat Patani juga kerana dibesarkan di kawasan Mahang.

    Yang kelakarnya, bila berhijrah ke Pahang, mak dan ayah berbahasa Kedah standard, kecuali bahagian "-aq" dan "mai". Contoh: Ayah nak pi kedai sat, nak beli suratkabar. Nanti kalau pak majid maghi, hang kata ayah pi kedai naa..

    Di sebalik semua ini, susur-galur kami ialah dari Kelantan dan Patani. Kami dipesan selama ini begitu, samada moyang atau ayah moyang kami berundur dari Kelantan/Patani ke Kuala Muda.

    BalasPadam
  8. TAHNIAH..sangt menarik..teruskan usaha..saya berasal dari KedaH (Langkawi)..tp sejak saya belajar di IPTA baru saya tahu akan kewujudan dialek ini, ekoran ada kawan saya yang bercakap begitu..saya kagum dengan kawan saya keran dia tidak berasa segan walaupun bahasa yang dia gunakan digelar bahasa kedah ULU..sebaliknya dia berbangga..katanya..inilah WARISAN..

    BalasPadam
  9. Terima kasih Saudara Tanpa Nama..

    Itulah warisan Pattani kita, pernah bersama Kedah di bawah Langkasuka, walaupun bukan keseluruhan Kedah.

    Sampaikan salam hamba kepada rakan saudara itu.

    Ma'assalamah...

    BalasPadam
  10. Loghat pattani antara Batu Kurau dan Sik adalah sama tapi tak serupa. Accent atau cara sebutannya berbeza. Cara sebutan memang susah nak di eja dgn perkataan. Ambil contoh yang saudara tulis, "ayam = ayang". Bagi sesiapa yang tak pernah dengar dialek pattani, dia akan baca mengikut ejaan yang menjadikan ianya seperti "ayang" dlm dialek Terengganu. Bagi kami yg menggunakan dialek pattani di Batu Kurau, cara sebutannya adalah "ayaeng". Contoh2 lain:
    Ayam = ayaeng
    Malam = malan
    Panjat = keghabat
    Mandi = maning
    Terjun = terejung
    Berjalan = bejalaeng
    Terbit = terebik

    Dan banyak lagi... Hanya sedikit ulasan dari anak jati Batu Kurau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.

      Panjat = keghabat, terjun = terejung

      Memang sah tidak jauh dari loghat Kelantan. Setuju dengan saudara Nik Zafri

      Padam
    2. Tapa Nama,

      Sunggowh..satu akar yang sama :)

      Padam
  11. Terima kasih admin atas ulasan tuan.

    memang banyak varians loghat Patani Kedah/Perak Utara ni.

    Saya hanya tahu serba sedikit varians Mahang/Bukit Bertam dan rasanya sama sahaja dengan Sedim.

    Saya setuju dengan tuan yang cara sebutannya memang sangat berbeza dengan Terengganu.
    Di Mahang mungkin cara terbaik mengejanya ialah "aeyeang", di mana vokal dalam suku kata pertama lebih sesuai dengan fonema "ae" (seperti dalam perkataan "AETNA", syarikat penerbangan Greece". Vokal kedua pula seolah-olah diftong "ea".

    Manakala perkataan malam bagi varians Mahang mungkin boleh dieja "maleang".
    Saya juga setuju dengan "keghabat", "teghejung", dan "teghebik" bagi varians Mahang.
    "Maning" pula bunyi fonema "ng" agak kurang jelas, sebab itu saya kekalkan seperi "mani".

    Macamanapun, saya ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Admin mengulas entri saya ini.
    Saya anak Mahang yang dibesarkan di Pahang lebih arif mengenai loghat Pahang, Kelantan dan Terengganu berbanding loghat Kedah, Patani mahupun Perak. Walaubagaimanapun, saya harap ada pihak yang dapat menerbitkan kamus Loghat Patani Kedah/Perak Utara-BM Standard dengan tandaan varians yang dirujuk sebagai khazanah warisan bangsa.

    Terima kasih..

    BalasPadam
  12. Tahniah tuan,kajian yg begitu menarik sekali..bahasa yg tertera sama dgn bahasa dialek org kampung saya Telaga Mas, pokok sena.kedah.

    BalasPadam
  13. Salam don....amba ghasa seghenok baca artikel mu tuleh. Tak banyak amba jupa penuleh hat beto beto nak oyat pasei cakat kapong kita. Teruskan usaha...sapei dema hat duk oyat ptaning nu kedah ulu sedar kedudukan hae sebena.....slamat maju jaya nae...

    -Anak jati batu kugho-

    BalasPadam
  14. Saudara Tanpa Nama,

    Alhamdulillah..
    Saya pernah beberapa kali sampai ke pokok sena. Tahun 2005 dulu rakan saya di UUM saudara Na'imi berkahwin, saya pergi tapi tak ingat kampung apa.
    Seronok dengar perbualan sewaktu majlis berjalan.
    Saya pun bukanlah fasih dialek kita ini, sebab saya dibesarkan di Pahang. Lebih fasih bertutur loghat Temerloh, Kelantan, Terengganu dan Kedah standard berbanding loghat Reman/Patani Kedah-Perak Utara.
    Apapun, jika ada usaha, insyaAllah kita akan berjaya.

    Ma'assalamah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mu ore mana??mu tahu ka keturune ore ulu krong...kapung paling hujung di selama perak...

      Padam
    2. Ku oreang mahang, lahir di kapung pdg kring, bkt berteang selama, belah perak. Ku tak besa gi Ulu krong, tapi kalu mu padah gi kenuri ku bereh saja kuikui

      Padam
  15. Cikgooden,
    Semoga ramei penutur Reman/Patani di Kedah dan Perak cakna dan berbangga dengan warisan kita ini. Kalau nak ikut bunyi, bunyi kelantan lagi jauh dari Bahasa Melayu Johor-Riau. Tapi mereka tak dianggap ulu sebab mereka berbangga dan sentiasa menggunakan bahasa mereka.
    Kalau bukan kita nak martabatkan dialek kita, siapa lagi?

    Moga Allah terus pelihara dan beri kekuatan kepada agama, bangsa dan bahasa/dialek2 kita..
    Ameen..

    Ma'assalamah...

    BalasPadam
  16. salae semua.. terima kasih atas usaha.. memea dialek melayu patani bervariasi mungkin mengikut campuran setempat dae evolusi semasa.. di kawasae ulu selama perak.. dialeknya lebih mirip kepada dialek kelate cuma dengungnya hak berbeza..setelah dia amati banyak persamaea dengan terengganu dari segi pekatae.. malah semasa belajar dulu banyak kawae kawe dari kelatae kata cara kita cakap supa orea kuala berae.

    itu sedikit sebanyak hak saya tahu.. dari pemerhatiea dan bukae kajian ilmiah..

    wassalam

    BalasPadam
  17. Ada satu grup fb :Grup Belaja Cakat Mahang, di kendali dan dikelola oleh org Mahang sendiri.
    Sila add utk dapatkan info dan bahasa dialek ulu di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berkat Ayahnda: Sejarah Kedah Darul Aman Malaysia Diwujudkan Pada Tahun 1881 Masihi. - http://berkatayahnda.blogspot.com/2012/08/sejarah-kedah-darul-aman-malaysia.html?m=1

      Padam
  18. Saudara ulukeulu,

    terima kasih atas info berikut.
    itulah warisan kita, yang sering disalah tafsir sebagai "cakat ulu".
    Misi kita ialah mendidik generasi sekarang supaya menjadi positif dan menjalankan usaha-usaha dari peringkat keluarga hingga kebangsaan untuk memperkasakan dialek ini.

    BalasPadam
  19. Saudara TanpaNama,

    InsyaAllah hamba sertai grup tersebut.
    Setakat ni hamba telah sertai grup Batu Kurau.

    Terima kasih atas maklumat tersebut.
    Moga dialek ini terus terpelihara.

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  21. Saudara TanpaNama,

    Ini dia linknya:
    https://www.facebook.com/pages/batu-kurau-kampung-ku/110967685588693?fref=ts

    Terima kasih...

    BalasPadam
  22. beh bulih bca hk mu buak ni...

    BalasPadam
  23. Salam...saya berminat nk bt kajian ttg asal usul Baling dan dialek yg digunakan di sana iaitu, Pattani Kedah...Oleh itu, saya ingin bertanya, di manakah sumber2 maklumat yg boleh didapati bagi melakukan kajiantersebut.. Diharapkan dapat membantu saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon maaf baru perasan mesej cik,

      Setakat ini tiada catatan rasmi yang boleh dirujuk selain beberapa kajian kecil yang boleh dicari menggunakan Google sahaja.
      Yang lain-lain kita masih perlu turun padang untuk mengkaji sendiri aspek2 dialek ini.

      terima kasih...

      Padam
  24. jange pecah kan kelate dengan patani sebab bahasa kelate dengan patani adalah sama,,reman adalah salah satu dari kerajaan2 yg ditubuh kan oleh melayu2 petutur2 kelate-patani..sbb bhasa kelate-patani hanya merujuk pada tempat penutur tu saj,,tp dari segi istilah adalah satu bahasa yang sama ,, ini terbukti dengan kajian DNA baru2 ni hak mengatakn melayu kelantan dan patani(kedah-mungkin merujuk pada mereka hak ada darah patani-kelate) adalah sama, sebab bulih kata bahasa melayu kelate patani ni sama saja,tp patani byk mengunakan istilah2 lama dan campuran dari istilah siam akibat dijajajah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar.
      Kajian DNA USM menunjukkan sub-etnik Kelantan dan Patani itu satu.

      Padam
  25. satu lagi saya pun amat tertarik dengn lorat kola berang sebab dia lebih dekat dgn lorat kelate patani dan hampir2 sama bunyi dgn lorat pecahan di kawasan hak mewujudkan apa yg dikatakan Grik,Batu kurau,Baling,Sik sekarang. malah bulih katat lorat terengganu "atas kulit" jah dekat dgn lorat2 ni tapi lorat kuala berang "isi dalam" lebih dekat dengan lorat2 ni,

    BalasPadam
  26. Saya berasal dari Kg Banggol Jas, Selama,Perak.Bila di kampung kami gunakan bahasa ini seperti "bilo mu sapei?"kemarien tak dok ore ceghito.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan,
      Sepupu amba yang menetap di Kulim berkahwin dengan saudara Azmil dari Banggol Jas juga.
      Nanti saya cuba perincikan dialek kampung tuan dengan beliau InsyaAllah :)

      Padam
  27. Ambo ore sungei bayor selama perak.tq abe

    BalasPadam
  28. tima kasih don buat artikel ning. belung ni pong tadak sapa amik thu pasei loghat patani ning. muking dema rasa tadak kepetingang apa2 dok cita pasei loghat ning. lagi pong puak melayu petaning ni bukang jenih ghioh macang puak lain. pakak dok diang ja kalu oghang tanya pasei pa mung cakak gitu..jupa kawang skali skala sedak semang weyy...tak ingak nak balik

    BalasPadam
  29. Tapa Nama,

    Ada dah gu kita di Mahang, Baling, Thu Kuro buat grup dalang Fesbuk.
    Mung masuk la, sedat oo buleh cekat lagu kita dalang alang maya pong jadi laaa kuikui

    BalasPadam
  30. terbaik koi jangan dibiokan bahasa kita pupus,awak orang kuale ada juga dengo nya bahasa ni dari kawan kawan tapi diorang malu nak cakap susahla kalau pupus macam tu kan kle rugi





    BalasPadam
    Balasan
    1. Tima kasih dih orang kuale.. kuale pong jenalik naik ataeh pong puak kami jugak tu kuikui

      Padam
  31. Saya adi dari kampung petani (kampung pattani asanya) pendang kedah ingin berkongsi tentang bahasa kami, bahasa kampung kami agak ketara berbeza dengan kapung bersebelahan seperti tobiar,kerkau,payarawa,charuk kudung,majapahit, tualang dan beberapa kampung lain lagi kerana bahasa kami lebih mirip kepada bahasa pattani. Agak pelik juga setiap kampung berbeza bahasanya.disini saya kepilkan sedikit kajian sejarah kampung kami:
    Berkat Ayahnda: Sejarah Kedah Darul Aman Malaysia Diwujudkan Pada Tahun 1881 Masihi. - http://berkatayahnda.blogspot.com/2012/08/sejarah-kedah-darul-aman-malaysia.html?m=1

    Sekian... Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Lan..

      Artikel tersebut telah lama saya baca, namun saya berpendapat, sekurang-kurangnya pada tahap peribadi, artikel tersebut tidak tepat 100%. Lebih sesuai untuk menunjukkan kewujudan orang Melayu-Siam di belah Pendang sana, yang dianggap berasal dari Ligor (Nakhon Si Thammarat sekarang)
      Walaubagaimanapun, bahasa kita patani berasal dari Reman dan Legeh.
      Kawasan yang sama sekali berlainan kerana kita berbahasa Melayu dialek Patani Kedah, depa berbahasa Siam dialek Kedah.

      Padam
  32. Cuba baca ulasan tu... Itulah sejarah asalnya.

    BalasPadam
  33. awaeng ooooo....okpa mu dok kheng...sape tubik thik ghembong sape ke lubbang jambaeng

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama hooo..
      Ku ada sining..handaeh guley kambing bateang piseang kuikui

      Padam
  34. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  35. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  36. Terima kasih tulis artikel tentang ni. Baru tahu asal usul loghat ni, selama ni tertanya-tanya jugak. Apapun saya orang Tebing Tinggi, selama perak. Salam perkenalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Izham,

      Salam perkenalan.

      Yang penting kita jangan malu cekat loghat kita, supa abang mik guley kawah royat daleang Telemovie "Hajat Chey".."wariseang ni..wariseang mu thu dak.." kuikui

      Padam
    2. https://www.youtube.com/watch?v=WpWpvuRdkqY

      Padam
  37. pdg terap/kuala nerang ramai sebut MOHA...huma aku ada gak sikit disebut.

    kuala nerang byk sub dialek ikut mukim/zon.
    zon utara yg sempadan dgn jitra, dan barat (sempadan pokok sena/Alor Setar), ckpnya mcm hilir kedah.

    zon lain baru guna dialek Reman...
    mukim pdg sanai ada bunyi e mcm tganu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak2 atas maklumat tersebut saudara azroy. Kalu ada masa buleh wasap saya di 019- sittah ithnani wahid khamsah arba'ah wahid tis'ah. Saja amba tulih lagu tu takok ada spambok masuk telepong :)

      Padam
  38. Sebenarnya, koi pernah mengulas serba-sedikit mengenai loghat Melayu Patani Kedah/Perak Utara ini yang merupakan satu perkara unik bagi negeri Kedah/Perak. Ramai beranggapan di Kedah hanya satu dialek yang wujud. Yang menyebut air itu 'ayaq', awak itu 'hang', degil itu 'ketegaq', mereka itu 'depa' dan sebagainya.

    Pada pendapat saya adalah sebutan yang sesuai untuk degil dalam loghat Kedah ialah Degeei bukan ketegaq.Orang Kedah berucap secara spontan dan bersahaja bukan sebutan seperti loghat anak Mamee Penang. Ketegaq kalau dalam bahasa persuratan ialah Tegar. Sila lihat kamus dewan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih abang Rashid atas teguran tersebut.
      Mungkin saya lebih mengambil kebiasaan Kedah Selatan kawasan mak-mak dan pak-pak menakan saya yang menggunakan istilah "ketegaq" tersebut.
      Mungkin Kulim ini terlalu dekat dengan S.Perai dan Pulau Pinang maka istilah tersebut telah diserap rapat dalam perbualan harian mereka.
      Wallahua'lam.

      Padam
  39. assalam...cerita kasih atas info.koi anak dan cucu peneroka di pahang,umur dah masuk 40an.koi lahir di parit buntar perak.membesar di felda pahang.arwah tokwan koi lahir di batu kurau ..berhijrah ke balik pulau langsung ke tanah rancangan di pahang pada tahun 1960an.Arwah tokwan koi keturunan patani.manakala arwah tok koi mmg org balik pulau dari keturunan batu bara.tokwan koi lahir tahun 1920 meninggal tahun 2008.memang rasmi orang patani suka berhuma tanam padi di kawasan bukit.sebagaimana arwah tokwan koi lakukan di balik pulau.walaupun arwah tokwan koi cakap loghat penang.tapi dia masih tetap faham dialek patani.sekarang koi sedang mengesan kembali keturunan dan waris tokwan koi di batu kurau,yan,perlis .terima kasih atas info...

    BalasPadam
    Balasan
    1. penambahan sikit..arwah abah ku peneroka kota gelanggi 2.mesti kenal dengan Md Isa (dulu bawa bas sekolah).Ku abang kepada Nan.
      Pakcik Musa orang batu kurau peneroka di kota gelanggi 2 ada talian persaudaraan dengan arwah tokwan ku...

      Padam
    2. Terima Kasih Tanpa Nama. Wokpa tak keney pakcik Mat Isa, meman cakat dia ada bunyi Reman sikik, tapi ku ingat dia orang penang. Pakcik Musa blok B orang thu kuro jugak dih, aku saspek lama dah. Hat kuat cakat Reman kota gelangi dua/empat tok ngulu gelangi 4, pakcik zakaria long, lokman, kamarudin dengan mat isa blok B :)

      Padam
    3. arwah abah ku lahir di balik pulau..aku membesaq bersama tokwan di ulu jempol.sesekali aku kelik ke gelanggi 2.la ni nan duk jaga rumah dan ladang.Seorang lagi org tu kuro pakcik harun .La ni duk puchong.

      membesar bersama tokwan dr tadika sampai ke sekolah menengah terus ke ipt.Kekadang lepaih juga cakap alek tani dia...aku membesar bersama cara orang tani dan orang batu bara...makanan,percakapan,pakaian...adab..dulu kain semutar wajib arwah tokwan ku pakai..kain chukin sebagai senjata rahsia....

      Padam
    4. bulan lps aku berkesempatan menghadiri kenduri pernikahan anak pak harun wahab peneroka kota gelanggi 2(sebelah rumah pak berahim dan sebaris rumah pak long ustaz idris).Pak harun asal org anak sempeneh batu kurau.perkahwinan anak lelaki bernama amin(lie) di puchong.Ramai kaum kerabat pak harun dari batu kurau yang datang.maka terdengar aku perbualan mereka dlm dialek patani reman. panggilan muma(kamu).bila aku tanya pak harun pasal arwah tokwan aku.beliau menyatakan arwah tokwan aku orang titi kasai dan berhijrah ke penang atas faktor tertentu.seronok dengar perbualan depa dalam dialek patani..InsyaAllah aku akan menjejaki kembali waris di titi kasai batu kurau...

      Padam
    5. Alhamdulillah.. amba tak khelik kok kenuri tu.. Huma kalu mari kota gelangi telepong la mana thu amba ada khelik ziarah mak.. soon neng kao - hok song neng ha see neng kao, buwi dalang basa siam takut ada spambot copy nombor. Kok arab - sifr wahid tis'ah - sittah ithnain wahid khamsah arba'ah wahid tis'ah. Terima kasih banyak2 amba dahulukan.

      Padam
    6. assalam..ku masih menyimpan kitab kitab lama peninggalan arwah tokwan ku..kitab zaman kaum tua.arwah tokwan ku dulu pernah bertalaki di pondok kubang semang penanti..kitab tulisan jawi lama.

      Padam
    7. Alhamdulillah.. Pak dua pupu amba ada mengajar di Pondok Penanti. Ku Halim nama dia.

      Padam
  40. assalam...apa nama ayah di kota gelanggi 2?pasai nan ada tanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya Mahadhir bin Mat Lazim, nan mesti kenai, dia pun tingkatan 5 dulu dok mai tuisyen BI dengan kak saya :)

      Padam
  41. minggu sudah ada talipon nan..dia habaq kenai la sapa .Nan membesaq bersama arwah abah ku.manakala arwah abah ku membesaq bersama arwah tok nek kami dari tukuro.jadi slanga dia ada ikut cara belah tukuro.pasal tu cakak dia ada slanga reman..hanya aku membesar bersama tokwan dan tok .Jadi slanga dan loghat ku bercampur aduk antara reman dan slanga balik pulau..

    BalasPadam
  42. salam eidulfitri ..maaf zahir batin.raya pertama aku berkesempatan ziarah wak cengkih di gelanggi dua.rakan waktu memasak untuk kenduri kendara di sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya..
      Laa wokpa dema tak gi drumah?
      Kema ghaya di Pahang ja thong ni, raya aji baru nak khelik Klatang :)

      Padam
    2. tak dan dek masa .kebetulan menantu wak cengkih tu schoolmate ku.terus pi beraya sambil ziarah beliau.

      Padam
  43. saya kecik2 dulu duduk di langgar, kedah (rumah dekat2 makam diraja). nak jadi cerita umo 9 taun pindah ke daerah baling. heran masa tu sbb orang kedah tapi loghatnya lain. dah 15 taun duduk sini, tak pandai tapi tahu la skit2 cakap orang sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. Itulah keberagaman negeri tertua iaitu Kedah Darul Aman :)

      Padam
  44. cerita bermula selepas kejatuhan Patani ,Rakyat lari masuk hutan berhampiran,menebang hutan membuka kg baru.semakin lama semakin berkembang..kg masih bebas belum ada hak milik sesebuah negeri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diminta WAris Siong WhatsApp saya untuk Kita berbincang TEntang hal ini. 014-7327418

      Padam
  45. Dimana kg berhampiran dgn negeri jiran,Rakyat meminta pertuankan sultan negeri. ini cerita sebelum perjanjian Bangkok..
    teori yg ada kat atas tak salah cuma tak tepat.
    pecahan negeri reman,separuh masuk didalam negeri Perak.Peneroka Asal sik bernama Gubir Gulai Pedu lasa bris..

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui