Sebelum warih-waroh beloh Kedoh koi tanya mende ke makne rodonc te, molek la koi letok dulu sini awey-awey.. rodonc=kawan.
Koi nok sambung nukilan koi baru ni, lanjutan entrada Sekitar Majlis di Kulim, 8 Disember 2012.
Maka sampeilah kome di Pulau Pinang lebih kurang pukul 6 petang.
Koi yanc tak pernah seumur hidup memandu dalam P.Pinang merata-meraban tanya adik-beradik dan sepupu-sepapat aroh ke Masjid Kapitan Keling, nok merasa "nasik kandaq" power yang termasyhur seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Nok ke Padang Kota Lama, nostalgia sewaktu koi layan laksa Penang pada petang sebelum menghantar TokWan koi ke Mekah pada tahun 1985. Kemudian nok naik feri, anok2 koi yanc berianya. Koi feri dekat 10 kali dah naik. Di Penang ini la, bukan di Jerantut Feri weh kuikui nama je keturunan Kedoh tapi "jakun peghak hutan lalang" hal-ehwal "Tanjung" :)
Gambor-gambor yang sempat diambil, tapi KOMTAR terlupa la pulok kuikui landmark tu, orang rumoh koi ralit menolong koi mencari aroh, sempat la tawaf beberapa kali KOMTAR dan jalan-jalan sekitar sebelum berjaya mencari aroh ke Masjid Kapitan Keling.
Lengkuk tertinggi pada jambatan untuk memudahkan kapal lalu di bawahnya
Lanskap biasa P. Pinang: flat dan apartmen
Sampai jugek di Masjid Kapitan Keling setelah memusing 6 kali di Jalan Masjid Kapitan Keling, termasuk melintasi 3 kali Little India
Kamera habih bateri. Terpaksa guna handphone klasik ambik gambor. Takde hey la, janji nampok batang hidung kuikui
Menara azan masjid
Papan maklumat masjid
Kolam wuduk yang bersih dan menyegarkan
Gerai Nasik Kandar Beratur ni la yang menjadi tujuan koi sebenornya, tapi oleh kerana pukul 10 malam baru bukok, takdok pasey la kome nok menunggu, bukannya sihat sangat weh.. lepas solat Maghrib kome pun mencekik nasik kandaq kedey sebeloh, tak sedap langsung..kuikui
Orang rumoh koi sedang memerhatikan gelagat anok-anok kuikui
Umair Fayed khusyu' meratoh ayam goreng, manakala Uzair Ziad leka mengagoh Umar Nasif, bergilir dengan Ummi
Umar Nasif tertidur, tapi ayam Umair belum luok kuikui
Bergambor sebelum balik
Beratur melalui susur naik ke feri, setelah 20 minit sabar menunggu
Butterworth a.k.a Bagan dari atas feri
Bergambor di atas feri, tak clear langsung gambor kuikui
Yang ni okey sikit
Nasywa nok bergambor sekali
Oleh kerana tak dan nak beli jeruk, esoknya koi ke TESCO Kulim membeli Jeruk Pak Ali Pulau Pinang yang tersohor seantero cakrawala, rasa dia perrrrgghhhh... gurihhh kuikui
Takde rasa nak terbatuk langsung. Sebabnya? Wokme tengok la sendiri gambor ni:
Keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali
DIHASILKAN MENGGUNAKAN:
-Gula Pasir (Tidak menggunakan gula sakarin/Ibu Gula)
-Air Tapis dan Dimasak Didih
-Cuka Epal - Madu
-Air Jeruk Boleh Diminum sebagai Jus
-Tiada Kesan Batuk
Pak Ali takdok bayor koi suruh mengempen baranc dia weh kuikui, koi rasa bertanggungjawab promosi sebab memang sedap, bersih dan produk orang kita.
Setakat dulu kali ni weh..
Nok zzz kejap kuikui
Amber setuju mender hok mung royak, cara mung hok amber dok braper setuju, awok-awok kapung Chetang Hill kabor "spam". Ke guaner?
BalasPadamDon, blog aok nie glamer weh...rating pengunjung ratus ribu nye sehari. Sebab te dia spam kt komen aok nie hehehe
BalasPadamFadh, ratus ribu mender weh senyak sunyi kuikui
BalasPadamPatutlah ada ruang komen yang letak macam-macam nombor dan huruf untuk elakkan spam ni. Apa pun selamat bercuti
BalasPadamTerima kasih pokli..
BalasPadam