Ahad, Jun 21, 2009

Bahagian II Laporan Jejak Waris I


Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Atas nasihat kaum keluarga, saya telah memindahkan kandungan entri ini ke:
http://tengkuabdullah.blogspot.com/2009/06/bahagian-ii-laporan-jejak-waris-i.html


Hamba terpaksa meletakkan kata laluan atas nasihat keluarga juga.

Kaum keluarga yang berminat membaca kandungannya, mohon hantarkan private message ke facebook hamba atau ke e-mel donlaurel@gmail.com


Sekian, terima kasih.


Ma'assalamah wa ilal liqaa'.


Yang Benar,
Mahadhir bin Mat Lazim
a.k.a don laurel kuikui

11 ulasan:

  1. molek sungguh cadangan saudara don tu....hehehe
    niat ada...masa dan kos membataskan segalanya....
    tapi kalau betul caranya...mungkin datuk aok dgn datuk org rmh kwn ada kene mengena...(misteri...)
    cuba aok cari sebab, kenapa kerabat kelantan masa tu ramai yg lari pastu menukar identiti d'org...?(citer best ni...)

    BalasPadam
  2. Az,
    Mungkin jugek..
    koi keje ari ni weh..
    aok keje ke? boleh chat.. harhar..
    koi tabley YM..
    chat gmail la weh..

    Kes kerabat kelantan tu..
    Bagi koi banyak pergeseran..
    yang tercatat dalanc sejarah mungkin sebahagian kecil sahaja..
    Long Nik Mulut Merah vs Long apa ntah tu koi pun doh lupa..
    Banyok lagi..
    ada satu kes Long Muhammad disesarkan ke Kedah oleh adik Sultan Muhammad I ipor dia koi rasa dengan bantuan Terengganu dan orang Cina..
    Boleh rujuk http://www.royalark.net/Malaysia/kelant5.htm
    lepas tu sepupu dia naik..
    berterabur sikit dan banyak persengketaan..
    tak smooth sangat macam kesultanan Kedah..
    Royalark ni aok boleh rujuk kesultanan kedah, perlis, pahang semua ada..
    org putih jugok yang ambik inisiatif...kuikui
    tu yang koi nok catat susur galur sendiri tu..

    BalasPadam
  3. tapi macam mana set2 maklong dengan arwah ngah bercakap dengan loghat 'perancis', sedangkan arwah tokwan bercakap loghat kedah tulen?

    sila entri kan..

    BalasPadam
  4. John,
    "perancis" tu sebab pengaruh sekeliling..
    Mahang tu org asalnya orang Patani dan kerabat diraja terengganu (Tuan Ali, Tuan Jusoh, Tuan Hasan apa semua tu kat Kg Paya)..
    Orang Patani tersebar di serata Kedah dan perak, dari Bukit Gantang-Selama, membawak ke Grik, dari Mahang-Sedim membawak ke Baling..
    Tok wan memang cakap Kedah tulen slang Kuala Muda.. anak2 je yang tak mengikut..
    amacam..raya ni kita harung seklai beloh kelantan.. mau ikut??
    koi tinggey bibik di pahang..raya kedua kita balik kelantan 4-5 hari..
    setuju?

    BalasPadam
  5. tambahan ulasan kepada John Doe..

    Dan orang Patani Kedah & Perak selalu disalah anggap sebagai orang hulu..
    slang mereka juga dianggap slang hulu..
    kebetulan mereka menghuni bahagian hulu kedah dan perak..
    tapi slang mereka ialah slang Patani dengan pengaruh Kedah/Utara..
    Sebab itu kosa katanya ialah kosa kata kelantan..
    barang diingat..Kelantan dan Patani pada zaman dahulu ialah sebuah negeri yang sama, sub-etnik melayu yang sama..
    masih kuat hubungan mereka..
    org rumah koi pun org patani/kelantan..
    Contoh ayat maklong koi..
    "Huma nak kelik tak royak pung di?"..
    Terjemahan ke bahasa New York: You guys wanna come back but didn't inform, eh?
    "Habih ayang cendeh piuk nasik aku, mu tak nampak ka?"
    terjemahan ke bahasa Johor bahru:
    "habis ayam spelet periuk nasi saya, kamu tidak nampakkah?"..

    Begitulah akan adanya..

    BalasPadam
  6. kalau lawan game dengan Mamat Pok Geni, skill sepak bola kebelakang guna tumit dipanggilnya "skill cendas".

    'Cendas', mungkin disebut 'cendeh' oleh Pok Geni, tapi distandardkan oleh Mamat menjadi 'cendas'.

    BalasPadam
  7. Kuikui..
    pandey2 la mamat tu..
    memang cendeh pun koi pernoh dengor rodonc koi Abdul Aziz dari Tok Uban, pasir mas guna..
    banyak lagi perkataan..nok senarai tak guna sebab memang satu bahasa, cuma koi panggil varian Patani Kedah/Perak..
    "Bo, mu tak mboh mani sungai ka?"
    terjemahan: Hasbullah, awak tidak mahu mandi di sungai kah?"..
    kuikui

    BalasPadam
  8. satu usaha pencarian yang menarik. Ada cadangan buat filem dokumentari sendiri ke.

    BalasPadam
  9. Pokli..
    Setakat ni hanya untuk jurnal keluarga bertulis..
    Satu idea yang baik Pokli..
    Terima kasih..

    BalasPadam
  10. berbaloi don bler yang diusahakan membuahkan hasil...baru2 nie pupu koi bertumbuk ngan sedara mara jugak. mujur koi ader kat ctu...leraikan...upernyer 2-2 xkenal yang bersedara...tue laa pentingnya jejak waris nie.

    BalasPadam
  11. Fadh..
    Koi respek aok Fadh!
    bagus amat kalu gitu..
    cuma kita oranc melayu ni kuranc sangat menjejoknya..
    mungkin ada yanc kata jejok tok jejok koi gini jugek..
    makan nasik jugek..
    ataupun parti mana memrintah koi menoreh/makan gaji jugek..
    lah..jangan jadi muka subsidi..
    lain parti lain dasar..
    Kalau masih menoreh getah tapi islam dilaksanakan, masjid diimarahkan.. kan ke lain tu suasana sosial kita?

    Hidup ini lebih dari makan atau duit.

    Ingatlah tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim..

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui