Merujuk kepada entrada lepas (Dialek Melayu Patani Kedah/Perak), satu lagi janji koi kepada saudara Tongkat Ali ialah menerbitkan satu entrada mengenai asal-usul nama Sungai Petani.
Menurut laman http://sejarahmalaysia.pnm.my, berikut ialah definisi sungai Petani:
"Bandar Sungai Petani, pusat pentadbiran daerah Kuala Muda, adalah Bandar yang kedua terbesar di negeri Kedah. Nama bandar ini diambil daripada nama sungai, iaitu Sungai Petani, anak Sungai Merbok. Pada zaman dahulu, anak sungai itu dikenali dengan nama Sungai Bertanding, kononnya kerana anak sungai tersebut setanding atau selari dengan satu anak Sungai Merbok yang lain. Jarak di antara dua anak sungai itu kira-kira 60 meter.
Nama ‘Petani’ mungkin berkaitan dengan daerah Pattani di Thailand. Pattani lahir daripada perkataan Sanskrit pathini yang bermaksud ‘perempuan yang suci’. ‘Pathini’ adalah gelaran yang diberikan kepada puteri Merong Maha Wangsa, puteri yang dikatakan cantik rupa parasnya dan mulia pekertinya. Puteri itu diangkat menjadi ratu yang disanjungi oleh penduduk di sana.
Ketika Kedah dikenali dengan nama Langkasuka, para pedagang selalu berulang-alik antara Lembah Merbok dan Pattani serta bahagian timur Semenanjung melalui jalan darat. Jadi, tidak mustahil jika nama Petani itu dipinjam daripada gelaran ratu sanjungan tersebut."
Tafsiran di atas pada pendapat koi tidaklah salah, tetapi tidaklah juga tidak boleh dipersoalkan.
Segalanya teori belaka.
Apa yang koi akan tunjukkan di bawah ini juga teori. Terpulang kepada pihak pembaca untuk menilainya.
Teori ini dimulakan oleh saudara Tongkat Ali dan dipandang sangat serius oleh koi.
Koi merasakan ada benarnya teori tersebut. Berbanding dengan tafsiran laman sejarah Malaysia di atas hanya menyebut kaitan tanpa penerangan.
Koi kemudiannya menjejak aliran Sungai Muda yang panjang, mengairi kawasan Sungai Petani di samping Sungai Merbok yang pada umumnya lebih lebar tetapi pendek.
Tongkat Ali memberitahu yang Patani sekian lama digelar Serambi Mekah, bukan sahaja oleh fungsinya sebab pusat pengajian agama Islam zaman-berzaman, malah oleh pergerakan yang sangat lancar antara Patani dengan Mekah melalui jalan air.
Perhatikan aliran Sungai Muda di bawah:
Sila klik kiri kemudian "Save image as.." untuk mendapat gambar yang besar.
Lihatlah panjangnya Sungai Muda (178 km) hingga ke sempadan Patani Raya pada waktu itu. Sekarang Patani, Yala (Jala) , Narathiwat (Menara), Songkhla (Senggora), Satun (Setul) adalah wilayah-wilayah yang tersendiri, tapi terjajah oleh Siam (read "Puaka" :)).
Tongkat Ali berpendapat para ulama, pelajar dan jemaah haji melalui satu denai penarikan dari Patani dan seterusnya menaiki perahu di Tasik Muda, menyusur keluar ke Sungai Muda dan keluar ke laut di Kuala Muda.
Kisah Syeikh Md. Jusoh sahabat Tengku Abdullah Lebar, Haji Waleh dan lain-lain menunjukkan keakraban Sungai Muda dan Kuala Muda sebagai destinasi dan laluan pengembara Kelantan dan Patani keluar ke laut dan seterusnya ke Mekah.
Sila klik gambar-gambar di bawah untuk ke entri lawatan ke Bakau Tua tahun 2012 dengan sedikit kisah Syeikh Md Jusoh dan Haji Waleh.
Koi di papan tanda kampung
Uzair Ziad di samping salah seorang saudara kami di sebelah makam Tengku Abdullah Lebar ibn Tengku Muhammad Saad di Kampung Bakau Tua
Tulisan di nisan Tengku Abdullah Lebar ibn Tengku Muhammad Saad
Nisan ulama dari Kelantan Syeikh Md. Jusoh yang mempunyai abdi bernama Juhar yang diambil dari Mekah, betul-betul bersebelahan nisan Tengku Abdullah Lebar. Menurut imam Masjid Bakau Tua, deme sahabat akrab, mungkin semenjak zaman mengaji di Mekah lagi.
Jadi, wajarlah Sungai Petani mendapat nama demikian sebagai Sungai yang menuju ke Patani atas fungsinya pada sejak zaman dahulu menghubungkan Patani dengan Mekah.
Inilah antara faktor yang menjelaskan bagaimana mudahnya orang Patani ke Mekah, lalu mencetuskan tradisi keilmuan mereka sehingga sekarang.
Mohon komen daripada pembaca.
Terima kasih koi dahulukan.
Ulasan yang menarik dan tepat. Satu perkara lagi ialah sebutan "PETANI" tersebut adalah pelat /sebutan orang-orang Kedah bagi "PATANI" dan bukannya merujuk kepada "petani" iaitu orang yang berkebun, bersawah atau bertanam.
BalasPadamMungkin sudah sampai masanya RAHSIA Sg. Petani di bongkarkan bagi menjawab persoalan MENGAPA Patani...termasuk Kelantan digelar Serambi Mekah. Satu EKSPIDISI bagi menyusuri SUNGAI MUDA patut diadakan bagi menjejaki semula denai dan JALAN PENARIKAN yang suatu ketika dahulu amat sibuk dan penting khususnya dalam perkembangan agama Islam.
BalasPadamAbeli,
BalasPadamMemang orang Kedah memanggil orang Patani begitu. :)
Ekspedisi tu memang idea yang sangat menarik.
Jika di Pahang saban tahun di adakan ekspedisi berakit dari Jerantut/Temerloh hingga ke Pekan, kenapa tidak diadakan ekspedisi dengan perahu besar dari hulu Sg Muda hingga ke Kuala Muda.
Penuh dengan pengisian, menghayati zaman kekuatan Islam di Tanah Melayu dan Patani khasnya.
Ameen.
salam...
BalasPadamAna berasal dri kota kuala muda...kcil2 dlu ana mmg ' mmbesar" dlm sungai muda tula..dri mngkap ikan,udang,ketam dn mcm2 la ana bt.Alhmdllah dgn izin Allah skrg ana merupakan pngkaji sjarah tegar brkaita Kedah Tua dn swktu dgn nya...insylah ana byk info brkaitan sejarah tanh air kita khususnya Kedah dn ngri2 d utara tanh air...jka igin bkgsi info n mzakarah emelkan pda ana: lavender.bizz@gmail.com
memang idea yg sgat mnarik 1 xpdc mnyusuri ssur galur AGAMA BANGSA DAN TANAHAIR ...ana prnah rncang dulu tp blum ada team yg bnar2 cinta kan sjarah so trtgguh smpai la.....jom hdup kan smula....
BalasPadamassalamualaikum, tuan puan saya ucapkan ,saya Intan Nur rafika tingkatan 6 smk khir johari sungai petani,kEDAH ingin meminta kerjasama pihak tuan untuk dijadikan sebagai bahan responden atau temu ramah bagi kerja kursus sejarah pada tahun 2016.Saya di sini ingin meminta bantuan supaya perhubungan sebagai responden saya dapat berkerjasama.Sebarang pertanyaan dan maklumat minta kerjasam a tuan dan puan dari keluarga BLOG ni untuk menghubungi saya : 0103857650(DIGI) kerjasama tuan dan puan amat diperlukan dan untuk makluman saya akan ke sana untuk bertemu ramah bersama penduduk di Kampung Bakau Tua.Terima Kasih.
BalasPadamWaalaikumsalam adik Intan. Terima kasih atas minat adik pada sejarah. Pakcik bukanlah orang yang sangat arif dalam sejarah Kedah, cuma bolehlah memberi serba sedikit pandangan.
PadamPakcik sekarang tinggal di Selangor, bukan di Bakau Tua. Kalau adik Intan ada soalan-soalan kaji selidik dalam bentuk soft-copy, bolehlah hantar ke email pakcik di donlaurel(at-symbol)gmail(dot-symbol)com.
Boleh juga adik jengah2 laman kawan2 pakcik yang lain:
http://www.jejakwaris.com/
http://dlan6658.blogspot.my/
Ma'assalamah.
assalamualaikum, tuan puan saya ucapkan ,saya Muhammad Syamir Alif tingkatan 6 smk ibrahim sungai petani,kEDAH ingin meminta kerjasama pihak tuan untuk dijadikan sebagai bahan responden atau temu ramah bagi kerja kursus sejarah pada tahun 2019.Saya di sini ingin meminta bantuan supaya perhubungan sebagai responden saya dapat berkerjasama.Sebarang pertanyaan dan maklumat minta kerjasam a tuan dan puan dari keluarga BLOG ni untuk menghubungi saya : 0169432056 (DIGI) kerjasama tuan dan puan amat diperlukan dan untuk makluman saya akan ke sana untuk bertemu ramah bersama penduduk di Kampung Bakau Tua.Terima Kasih.
BalasPadam