Ahad, Disember 02, 2012

Buah penamat pencarian koi: Kisah Tengku Saleh ibn Long Mansur ibn Long Seri ibn Long Gaffar.

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Atas nasihat kaum keluarga, saya telah memindahkan kandungan entri ini ke:
http://tengkuabdullah.blogspot.com/2012/12/buah-penamat-pencarian-koi-kisah-tengku.html


Hamba terpaksa meletakkan kata laluan atas nasihat keluarga juga.

Kaum keluarga yang berminat membaca kandungannya, mohon hantarkan private message ke facebook hamba atau ke e-mel donlaurel@gmail.com


Sekian, terima kasih.


Ma'assalamah wa ilal liqaa'.


Yang Benar,
Mahadhir bin Mat Lazim
a.k.a don laurel kuikui

13 ulasan:

  1. Salam bro. Aku tahu ko keberatan untuk menggunakan Geni.com/MyHeritage, tapi aku tengok salasilah yang ko cari ni sudah ada dalam website tersebut. Sekurang kurangnya mungkin ko berminat untuk contact hamba Allah yang manage family tree yang berkenaan. Nampaknya ada beberapa individu yang manage family tree yang berlainan tetapi dari susur galur yang sama. Mungkin mereka tak sedar, kerana yang terbaik adalah jika mereka merge sahaja family tree yang mereka manage secara berasingan itu. - Mazli Effendy

    Sila rujuk
    http://www.geni.com/search?search_type=people&names=long+mansur

    BalasPadam
  2. Alaikumsalam ya akhie..

    Sebenarnya Long mansur yang menjadi raja kawasan masing2 itu dua individu yang berbeza. Aku update balik di atas supaya pembaca sedar akan perkara ni.

    Satu, dari keluarga Long Yunus yang memerintah sekarang. Long mansur ini naik takhta menjadi Sultan Mansur ibn Sultan Ahmad. Ada adinda yang bernama Tengku Salleh juga, yang misteri juga kerana aku dah cari makamnya tak jumpa. Christopher Buyers dalam Royalark.net mencatatkan Tengku Salleh ini mangkat 1913, makam di Makam DiRaja Langgar. Aku pernah tanya kerabat2 di kelantan, ada yang kata makam TS ini di Narathiwat. Entahlah, misteri juga.

    Long Mansur kedua anakanda Long Seri inilah. Ada anakanda bernama Tengku Salleh yang bernikah dengan adik Long mansur (Sultan) yang bernama Tengku Syarifa a.k.a Tengku kembang a.k.a Tengku Tengah. Tiada anak. Tapi dibuang negeri ekoran kes menuntut bela atas kemangkatan Long mansur seperti kisah di atas. Dalam buku Tok janggut tersebut, tidak dicatatkan ke mana dibuang negeri. Baru sampai buku tu tengah hari tadi ke rumah hamba. Beli online daripada PTS. Tapi menurut kenalan hamba yang masih rapat dengan istana di kelantan, ada catatan mengatakan tengku saleh ini berundur ke Kedah melalui Narathiwat.

    terlalu banyak persamaan dan timeline yang tepat, sebab itu aku amat yakin tengku saleh inilah moyang kami. Kami tidak tahu nama ayahanda beliau kerana kaum keluarga tak megambil catatan betul2 semasa tokwan kami Tengku Daie masih hidup. Apa boleh buat, kami yang duduk di pahang ni balik setahun dua tahun sekali, menyesal tidak berguna lagi.

    BalasPadam
  3. Menarik & bagus sekali usaha ko ni. Susur galur aku sendiri katanya dari Pagar Ruyung di sebelah datuk dan dari Pattani di sebelah nenek. Tapi aku tak tahu dari mana nak mula mencari hehehe

    Link yang aku bagi di atas tu rupa rupanya kurang lengkap jika dilihat tanpa sign in. Anyway, menggunakan free account aku, aku tak dapat nak contact individu2 yang menjaga susur galur keluarga ko tu (seorang guna nama Nj, seorang lagi guna nama Nik Z). Hmm cukuplah sekadar ko tahu ada yang meyimpan salasilah keluarga ko. Ada rezeki mungkin bersua.

    BalasPadam
  4. Saudaraku Mazli,

    Terima kasih atas kata-kata semangat hang. Kita orang Selama, Batu Kurau (Perak) membawak ke utara melalui Mahang, Sedim, Baling, Pokok Sena, Kuala Nerang, kemudian kona ke Grik balik memang tak boleh lari dari asal-usul Patani ni. Tengok slang la.. "Mu kelik bila, mmbi tk royak nak kelik, kalu dak aku smeleh ayang dua tiga ekor wi mu makang.. ni nak bderat gi mana ni?" kuikui

    Long gaffar ini pun asalnya negeri Reman, sebahagian dari Patani Raya. negeri ni dah luput. Bahagian selatan dimasukkan (annexed) ke dalam Perak sekarang. Grik, lenggong dan bahagian utara Kuala Kangsar tu la. Boleh cek blog sembang kuale dan kebunketereh.com.
    Bahagian utara pulak masuk ke dalam Yala, disebut sebagai negeri kafir thailand sekarang ni :)Masih ada pekan yang disebut Raman di sana.

    Bahagian Sumatera tu biasala..
    Tanah sumatera itu sebahagian dari tanah melayu. Sebab itu budayanya lebih dekat dengan kita daripada budaya pulau jawa. Dulunya kita bebas gi mari dari Tanah Semenanjung ke Tanah Seberang sesuka hati. Kedua-dua istilah itu merujuk kepada Tanah Melayu, ini bahagian semenanjung, itu bahagian seberang. Belanda dan Inggerislah yang melukis sempadan sekarang. Bukan setakat Perak dengan Mendahilingnya, Kedah dengan Achehnya, malah negeri yang jauh dari selat melaka macam Pahang pun terkenal dengan Rawa dan kamparnya, kedua-dua sub-etnik Melayu dari Sumatera.

    Carilah susur-galurmu sahabat selagi hayat dikandung badan, selagi terdaya menghayun langkah. Jangan diharap kepada dua parti melayu besar itu memartabatkan kita, kita tentukan nasib sendiri berpandu syarak..InsyaAllah.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum..
    Sesungguhnya usaha pencarian nasab keturunan adalah amat baik dan dapat menjadikannya satu kenangan buat anak cucu akan datang. Alhamdulillah..

    *Kefahaman secara jelas bahawa sejarah amat sukar dibongkar..apatah lagi ia satu perkara di luar pengetahuan normal manusia kembali ke zaman silam.
    *Walau bagaimanapun, cacatan buku sejarah sebagaimana yg tuan baca tu mungkin ada kekuranganya. Ini kerana, Istana Balai Telur (Istana Jeram) hanya di bina semasa pemerintahan Almarhum Tengku Sri Maharaja Jeram a.k.a Ku Simah Gagah a.k.a Long Demor Ibni Long Seri (Adinda Long Mansor) dan bukan oleh Long Mansur. Ini kerana, Long Mansur telah membina Istana di Kg Bukit Bakau (Istana Bukit Tiu) selepas mereka (anakanda Long Seri) meninggalkan Istana Besar limbat.

    *Catatan sebenarnya ada tertulis dgn jelas dalam buku Cetera Tuan Cherang yang mengatakan bahawa Tengku Salleh (Long Salleh) tinggal bersama Long Demor di Istana Kota Jeram di Pasir Puteh atas sebab tertentu. Fakta Tengku Salleh adalah TENGKU MAHKOTA adalah kurang tepat kerana pada ketika itu yang memerintah Jeram adalah Long Demor dan mempunyai dua orang bakal Raja iaitu Tengku Long Pandak (Anak) & Tengku Long Abd Rahim (Anak Menantu).

    *Tengku Long Pandak juga dikenali sebagai Engku Chik Pandak yang ketika itu bergelar Tuan Muda Ku Chik. Manakala iparnya Long Abd Rahim dikenali sbg Tuan Dhara (Raja Bendahara) yang berkahwin dengan Engku Biru Binti Long Demor. Tengku Long Abdul Rahim ini adalah anakanda kepada Almarhum Sultan Muhammad Pattani yang mangkat pada tahun 1775 manakala bondanya adalah Raja Perempuan Che'Ku Wuk Binti Sultan Long Yunus Kelantan. Salah seorang kekandanya Tengku nan Benua berkahwin dengan Datu Pengkalan (sepupu long Abd Rahim) yang menjadi raja Pattani hingga 1808.

    *Justeru itu juga, kembali kepada Sejarah Tengku Salleh. Ditakrifkan bahawa beliau telah berkahwin dengan Tengku Kembang (Ku Tengah) anakanda Sultan Ahmad (Adik Sultan Mansor)dan TIDAK mempunyai zuriat. Sebenarnya perkahwinan mereka dikatakan adalah untuk menyelamatkan hubungan kekeluargaan antara Warisan LY dan LG di Kelantan. Namun, atas jolokan dan khianat pembesar. Maka berlaku persilihan faham antara dua keluarga diraja sehingga membawa kepada kes Dato' Bahaman.

    * Atas sebab tuntut bela Tengku Salleh inilah menimbulkan ketidaksenangan pihak pembesar kelantan kerana sewaktu itu Sultan Mansor menyebelahi Tengku Salleh. Maka satu komplot telah terjadi apabila Tengku Salleh ditubuh mencuri bunga Emas Siam dan mengikut sejarah..Tengku Salleh dijatuhkan hukuman bunuh. Namun sebenarnya TIDAK. sebaliknya Tengku Salleh dibawa oleh beberapa orang pahlawan Jeram/ Saring ke Narattiwat, Thailand. Namun atas ancaman Siam, maka Tengku Salleh ke Kedah. ia jelas menyatakan bahawa KE KEDAH. namun tempatnya tidak dijelaskan. mungkin atas faktor keselamatan ketika iitu.

    Sekian perkongsian.
    Tentang yang buat Famly Tree Kelantan Royal Famly bukan hanya NJ dan NIK Z sahaja...

    BalasPadam
  6. Alaikumsalam saudara..

    Alhamdulillah..
    Terima kasih atas usaha saudara membantu hamba menjejak moyang hamba ini.

    Seperti yang hamba telah letakkan dalam catatan berwarna merah di bawah tajuk di atas, moyang hamba Alhamdulillah telah ditemui kepastiannya iaitu putera Tengku Abdullah Lebar ibn Tengku Muhammad Sa'ad@Sa'id. Hamba hanya mengingati nama Tengku Muhammad sewaktu tokwan hamba Tengku Daie berpesan ketika hendak berangkat ke Mekah pada tahun 1985 atau 1986 dahulu.
    Tauliah oleh Sultan Perak hanya meletakkan nama Raja Lebar ibn Raja Muhammad sahaja sebagai nama ayahanda kepada moyang hamba Tengku Salleh ini.

    Namun begitu, semua kaum kerabat dan hamba dengar dari mulut tokwan hamba sendiri yang tengku Salleh meninggal dunia di Kelantan, kuburnya ada di sebuah masjid dalam Pasir Mas. Itulah yang hamba cari belum jumpa ini.

    Dan misteri yang baru ialah Tengku Abdullah Lebar ibn Tengku Muhammad Sa'ad ini keturunan mana. Makamnya ada di Kg Bakau Tua, Kuala Muda, Seberang Perai Utara. Anaknya Tengku Abdul Hamid, adik Tengku Salleh, pernah menyebut yang keluarga ini bersaudara dengan Raja Lembut.

    Dan memang selama ini diperturunkan selama beberapa lama yang keluarga ini dari Kelantan.

    Itulah yang perlu disiasat sekarang.

    Terima kasih sekali lagi tuan.

    BalasPadam
  7. Salam..... sy borhannuddin bin bahat bin jaafar bin saleh sgt tertarik dan bangga dgn pencarian dan penemuan ahli keluarga saudara. Sy ingin bertanya pd saudara, sepanjang saudara berada di penaga, pernahkah saudara mendgr nama "saleh gagah".?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaikumsalam saudara Kuntau,

      Terima kasih atas minat saudara.
      Saya tidak pernah tinggal di Penaga, tokwan saya Tengku Daie bin Tengku Saleh hijrah ke Mahang pada tahun 1920-an.Saya dilahirkan di Mahang, di sebelah Perak, lebih tepat lagi Bkt.Bertam, Selama, Perak.

      Namun begitu, saya berminat mengetahui pengkisahan "Saleh Gagah" ini, kerana moyang saya Tengku Saleh ini dibedil atas perahu/jong dan lesap, dianggap mati ditembak atau lemas oleh British. namun begitu, perkhabaran diterima yang beliau masih hidup di Kelantan.

      Mohon pengkisahan lanjut.

      Terima kasih hamba dahulukan.

      Padam
  8. Sebenarnya kami di melaka tdk begitu mengetahui ttg moyang kami "saleh gagah".... moyang pernah dtg melaka sblm merdeka... utk ajak dtk blk... dtkcuma penah kt dia dr penaga dan moyang bernama saleh dn diberi gelaran saleh gagah. hamba masih lg mencari siapakh saleh gagah ini.... lg satu yg hamba igt.... dtk ade tujuh beradik.... insyaalah jika ade maklumat terbaru ttg saleh gagah... akn hamba kongsi kn dgn tuan hamba.... andai kata satu hari nanti, klu tuan hamba ade maklumat ttg saleh gagah... hamba mohon pencerahan drp tuan hamba.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum saudara seislam dunia dan akhirat..siapa ada pernah dengar kerabat raja kelantan yang tinggal diperkampungan orang asli jerantut mohon share..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..
    Dlm kajian tuan ada kah terdapat susuk tubuh bernama tok kancil yg menjadi pengawal peribadi long Mansur semasa dthan oleh siam

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum'panglima munas ada pertalian darah tak dengan long mansur

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui