Rabu, Disember 19, 2012

Sekitar Majlis di Kulim, 8 Disember 2012

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

8 Disember 2012 yang lepas, telah selamat Njang dan Pak Njang koi di Taman Angsana, Kulim, Kedah melangsungkan majlis perkahwinan anak sulung mereka Amira binti Ahmad bin Yusof dengan pasangannya yang koi lupa pulak namanya kuikui Orang Sg Bayor, Selama, Perak. Kiranya sama sub-etnik Patani macam mak koi juga. Bahasa pun sama walaupun golongan muda malu menuturkannya, takut digelar orang ulu. Padahal itu loghat Patani Kedah/Perak. Boleh rujuk link ini untuk mengetahui sebabnya.

Koi telah mewakili Njang menjemput sanak-saudara yang tidak pernah kami temui dari sebelah Tengku Abdul Hamid bin Tengku Abdullah Lebar ibn Tengku Muhammad Saad, bapa saudara tokwan koi Tengku Daie @ Mat Daie bin Tengku Saleh. Ku Hezli bin Tengku Abdul Hakim din Tengku Abdul Hamid terpaksa on-duty di Pulau Pinang. Ku Hezri sekeluarga demam. Ku Helmi tak dapat datang sebab koi lambat sangat bagitau. Malam kenduri baru koi mesej dia, dekat pukul 11 dah pulak tu. Memang silap koi la, tak sempat dia nak sedia.

Namun koi amat berbesar hati kerana keluarga Ungku Azmi binti Tengku Abdul Hamid sudi meluangkan masa hadir, malah anak bongsunya yang menetap di Johor Bahru sanggup pulang ke Kedah semata-mata untuk majlis ini. Koi mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha murni seluruh keluarga Ungku Azmi merapatkan silaturrahim yang seolah terputus sekian lama.

Koi sertakan gambar-gambar sekitar Majlis tersebut.


Gambar kenangan kami. Dari kiri: Sepupu koi (sebelah ayah) Fisyah meriba anak koi Umar Nasif, Ungku Azmi, Megat Rasyidi bin Ismail (anak Ungku Azmi), Salijah (juga anak), Siti Syakinah (anak) meriba puteranya Muhammad Aisy Abqari, suaminya Muhamad Ridzuan bin Zakaria, suami Salijah Rusli bin Ibrahim, koi dan isteri koi Faridah binti Hamzah Al-Fathani .



Dari kiri: Abang ipor koi Badrulhisham bin Ahmad, anak sepupu koi Faizal bin Yusof, sepupu merangkap pak sedara koi Pak Long Yop@Yusof, anak sepupu koi Aminur Hafizi bin Yusof (ni Yusof lain, sepupu ipor koi dari Pasir Mas, Yusof@Zul, bertugas di IPD Machang)

Dari kiri: Koi versi seriussissimo, abang ipor koi Badrul, kakak koi Rohayu dan Pakteh Jaafar adik ayah koi (berkopiah duduk)

Keluarga sepupu koi abang Fisyah iaitu Razali (baju belang), menetap di Felda Gunung Bongsu, anak maklong koi Kamariah binti Shafie@Tengku Daie. Harun berbaju kemeja anak sepupu koi Kak Pah iaitu kakak kepada Razali dari ayah lain.



Dari kiri: Kakak koi Rohayu, anak beliau Yasmin, Rayyan (nampak sikiiit je), adik ipor koi Suryani binti Aladdin dari Dungun, adik bongsu koi Mohamad Firdaus, adik ipor koi Mohd Azrul bin Abdullah Al-Muari dan mak mentua kakak koi Raihani binti Ahmad yang turut menetap di Kota Gelanggi 2, Jerantut. Mak kepada Badrul Hisham. Anak kepada Encik Ahmad dari Pasir Mas, peneroka pertama di Malaya, Felda Lurah Bilut, Bentong.


Anak Paklong Yop, orang rumah koi, Nuzul Nasywa anak koi dan Mek Som mak mentua koi menikmati hidangan dalam rumah.


Azrul melayan anaknya Nur Izzah, sambil Makcik Raihani berbual. Uzair hanya keliahatan kepala sahaja.

Adik koi Rohaida berbaju kelabu, Uzair Ziad memerhati dan Pakteh Jaafar sedang berbual. Turut kelihatan sedang berjalan kaki berbaju ungu tuan rumah iiatu Pak Njang koi Ahmad bin Yusof berasal dari Sedim, Kulim, Kedah.

Pengantin sedang makan berhadap/beradab.

Isteri koi sedang mendukung Umar Nasif yang sedang menangis, sejurus selepas majlis kenduri dan sejurus sebelum berangkat ke Pulau Pinang.


Bersedia untuk ke Pulau Pinang

Tol sebelum naik ke Jambatan Pulau Pinang

Pandangan di atas jambatan

Pandangan dari atas jambatan

Setakat ini dulu. InsyaAllah koi akan terbitkan segera entri Jalan-jalan di Pulau Pinang. Terima kasssseeyyyy...





2 ulasan:

  1. amboihhh...jalan sakan aok yak rodong...

    BalasPadam
  2. kuikui..tu dalanc demanc te weh..
    mengkala sehat lepas ke hat yai la gamoknya kuikui

    koi belum menyempat nok masuk entri pulau pinang koi te :)

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui