Sabtu, September 06, 2008

Koi, Kodi dan Kapchai Bahagian III

Pesta konvo datang lagi.. Koi lupa pulak tahun1995 tu apekenama deme panggey pesta konvo tu.. EKSKUM (Eskpo Konvokesyen Unibarsiti Malaya)? FESKUM (Festival Konvokesyen Unibarsiti Malaya)? Lantok je la.. koi nok cerita hal kapchai bukan hal konvo..

Koi dan member-member kolej ketiga cambiassa mula la menyebok nak pegi mencuba masakan dan layanan gerai-gerai persatuan anak negeri. Ni part favourite kami setiap kali konvo.. setiap tahun kami akan pegi ke gerai Pahang (Koi,Wira dan Li dari Gelangi Raya serta Shahrul dari Raub), gerai Perak (Kodi dari Selama dan Akob dari Taiping), Kelantan (M Jamil dari Kkale Chepo), Terengganu (Ganung dari Kemamang), Sarawak (Wandik dari Kuching), Selangor (Nik??? dari Sungai Besi rumah dia masuk kawasan selangor kata dia) dan Johor (Labal dari Endau). Maka setiap kali makan, kalu makanan tak sedap ke sampai lambat ke memang luruh la telinga anak-anak negeri dalam team kami ni kena kutuk. Anak-anak negeri pulak tak habis-habis mau up sama gerai negeri masing-masing... Boleh kata tiap malam kami akan pegi cuba gerai-gerai yang berlainan. Alah..bukannya sedap sangat pun..dah semmer budok-budok student ni je yang masak..takde experience pun.. kira lepas telan je la kecuali gerai Pahang.. (misti mau up..hehe)..lambat jangan kira la..

Malam pertama konvo pada tahun itu, ada la musibat mana yang buat mender-mender ala funfair yang koi memang tak minat (tak berani sebenornye hehe) naik. Ada yang memutor, ada yang memusing (sama je tapi takrifan koi memusing tu arah vertikal, memutor arah horizontal..heh).. Maka ntah sebab apa laluan jalan raya depan Fakulti Kejuruteraan yang selari dengan pampe tersebut ditutup dengan penanda-penanda macam yang "Berhenti, Sekatan Polis" tu.. Koi petang tu doh lalu situ, nampok la memang jalan tu tutup. Deme buat lencongan kena naik bukit fakulti kejuruteraan tu, linteh bawoh gerbang lengkung fakulti (le ni jadi pejabat jabatan kejuruteraan biologi koi rasa..), kemudian turun semula ke simpang empat dekat jalan yang koi dan kodi tiarap dalam bahagian I trilogi ini.. hehe.

Lepas je sesi makan sambil kutuk-mengutuk dan up-mengeup di gerai negeri mana ntah koi tak ingat.. kami pun bersegera menaiki moto masing-masing. Koi memilih untuk membonceng Wira kali ini kerana deme dah sound awal-awal selepas dua kali tiarap dengan kodi. "Dah..nko jangan naik ngan kodi..suwey".. ujar Shahrul Raub sambil sengih-sengih riang. Maka berhamburlah deruman moto meninggalkan tapak ekspo. Moto Wira berada di kedudukan ntah keberapa tapi betul-betul di depan kodi.. Masuk je ke jalan utama..semua mula memecut.. Kalau tak sampai 100 km/j pun 90 km/j mungkin jugak..

Kodi pun tak kurang..follow RX-Z Wira dengan kapchai ACTnye.. sampai di lencongan semua orang melencong naik ke bukit Enjin, gelaran kami untuk bukit
fakulti kejuruteraan. Sampai je Wira di lencongan, beliau turut naik dengan lajunya.. (Bukit ni kalau dah lambat pegi kelas 120 pun boleh besit..best woo..hee). Namun sampai tengah bukit, koi terperasan yang kodi masih memecut laju dan lurus.. beberapa detik kemudian..

Tum! Tum! Tum! Tum! berjujukan............
koi terdengar dentuman-dentuman deras dari bawah sana.. penanda-penanda melayang tinggi dan bertaburan sepanjang jalan.. Koi dan Wira gelak sekuat-kuat hati melihat bayangan kodi dan motornya masih menghentam penanda-penanda yang tinggal dengan penuh bergaya..

Kami kemudiannya bersegera turun ke jalan utama tadi bimbang apa-apa berlaku kepada kodi.. Namun kodi meneruskan perjalanan balik ke kolej.. kami masih tergelak-gelak atas moto sambil mengekori kodi pulang..

Sampai di kolej.. di celah-celah tawa rodong-rodong, koi bertanya kepada kodi..

Koi: "Hahhaha.. (x14).. nko tok nampok ke kodi ada sekatan tu wehh?"..
Kodi: "La..mana aku perasan.."

Betui sekali lagi kata Man Musang.

Namun semua tetap sebulat suara yang memang masih suwey sebab koi berada di tempat kejadian..

Cheh!

**************************
[Bahagian III berakhir]

22 ulasan:

  1. mahader..kelako giler aku baca nih..tak berenti lagi aku ketawa sbb aku ikut dari part I,..

    Ni boleh mengurangkan pahala pose aku sbb ketawa yg berlebihan..

    Kalau kau naik lg dgn dia mmg menjawab lg la..

    Skang ni tak tau ape punca kodi jd begitu clumsy..adekah kau yg jd punca..kahkahkah..

    BalasPadam
  2. Hehe..

    D-z,
    Aok tak balik gelangi la ni kalu baleh pepagi sabtu ni..
    Jangan gelak lebih-lebih wei.. hehe

    Tak naik doh dgn dia.cuma last tahun 2005 koi pegi melawat keluarga dia di selama, koi follow dia naik keta tak jadi apa pun..
    Dah ok doh gamoknyer..hehe

    soalan aok yg last sekali tu koi mintak aok la yang analisis balik sebab aok pakar misteri.. hehe

    BalasPadam
  3. l.i.f.e..
    takde la kesian sangat..dia ni okey sebenarnya..
    cuma bila bab naik moto ni kurang bernasib baik sket.. :)
    apapun dia ialah antara sahabat paling akrab semasa di UM dulu..

    BalasPadam
  4. hahaha nama kodi. tapi tak la kodi pun. hahaha

    BalasPadam
  5. baler..bapok malangnye kodi.
    dah la nama pun kodi

    hahaha
    lucu sungguh cerita aok nih

    BalasPadam
  6. Min..
    Kodi ni budak genius Perak ni..
    kebetulan pulak ada bau2 ketiak dgn keh..
    Dia degree Elect Engineering tapi maleh nak pening2 jadi cikgu je.. :)

    Pollito,
    oleh kerana aok kater citer ni klakor, nanti koi tamboh satu lagi entri ..antri bonus la kira ni..mula ingat nak bubuh 3 bahagian je..

    Tapi koi pelik kodi ni malanc hanya bila:-
    i) koi ada di tempat kejadian
    dan
    ii) naik moto
    kalau salah satu elemen takde, dia memang cool dan macho..
    lagipun dia member baik koi, yang sentiasa di sisi susah dan senang.. hehe

    BalasPadam
  7. kodi+koi=BAHANA MENANTI

    nasib baik kodi skang da x pki kapcai...
    kalau x habis langgo sume anak murid beliau....

    haha....
    kodi...kodi...

    BalasPadam
  8. Karka,
    Tapi tulah realitinya..
    Kodi seorang yang sentiasa cool..
    koi sangat mengkagumi beliau sebagai seorang rakan dan saudara..
    kalau dia bawak kereta memang dia alert dan cekap..
    Mungkin sebab dia hanya mula bawak moto masa kat U je kot..
    Kami anak felda ni sekolah rendoh doh merata menciput naik moto..
    Hehe..

    D-z,
    Koi rasa perkataan clumsy tak sesuai la .. lebih sesuai malang tak berbau..
    Kang marah pulak member akrab koi kalu dia baca.. :)
    Habih pulok pahala pose koi nanti.. hehe

    Pollito,
    nama kodi tu dia dapat masa di SERATAS Taiping dulu..
    masa tu ada sorang senior yang budok2 menyampoh bergelar "kodi"..
    bila dia masuk form 1 je budok2 form 2 cakap.."Aik..muka hang ni macam kodi la..aku panggil hang kodi la.. "..
    Terus lekat sampei le ni.. hehe
    Nama sebenar dia sama dgn mamat yang selalu jadi watak utama "selangkah ke alam misteri" nukilan Bawang tu.. hehe

    BalasPadam
  9. mader..
    eh ehe hhhehehe.. lawak le.. koi pun sepakat.. err..

    BalasPadam
  10. alep..
    ye la tu..
    cuma koi rasa machanc tak berapa berhasrat nak mengupdate bulang pose ning.. hmmmmmmpphh

    BalasPadam
  11. don...ko bleh bantai gelak si kodi time dia langgor penanda...kalau aku msti dah gelabah gle...kalau dah selamat sampai umah aku pun gelak...ha ha ha

    BalasPadam
  12. Man,
    koi nak buat caman lagi masa tu..
    lagipun kalau nko tengok gaya dia mesti nko gelak..takde nak elak2 dah..layan je satu-satu penanda terbang..laju plak tu..herher

    BalasPadam
  13. Dir,
    member ngko si Kodi tu aku rasa seorang genius kot.. biasanya orang2 genius ni dia memang pelik sikit..harharhar
    tentang dia maleh nak jadi engineer sebaliknya jadi cikgu tu aku rasa akibat dari membaca buku teks darjah dua pada tahun-tahun awal lapan puluhan...dia minat dengan Pakcik Kordi...hehe

    BalasPadam
  14. Dah mandi 7 jenis bunga bawah tujuh jembatan tak Enche Kodi nihhh...???


    :P

    BalasPadam
  15. Adi a.k.a Machista..
    hehe..
    zaman kitorang dah takde pakcik kordi..
    tapi koi sempat baca buku2 kakak koi..
    muka pakcik kordi pun koi ingat lagi... hehe

    S.yanaz..
    tujuh jembatan belum..
    7 pantai sudah..
    silap sket yang ketujuh tu pantai (IWK) dalam.. hehe

    BalasPadam
  16. don,
    pantai2 jgn sebut gua senstip kang gua trngat pantai merdeka..hehe..nk gua nyanyi ka..hehe

    BalasPadam
  17. Cheh.. apa barang pantai merdeka woi..
    Cherating aa bulan 6 ni.. :)

    BalasPadam
  18. mader,
    Moto ACT si kodi tu ade lagi ker rasernyer... masa duk HIllpark dulu... koi rajin gak naik ACT tu...

    BalasPadam
  19. Li,
    ada lagi kot di kampung..
    moo paling nostalgik puok2 kita.. :)

    BalasPadam
  20. ha25x.... aku selaku
    watak yg ada dlm tu
    takleh tahan sambil nuleh
    ni aku ketawa sorang2 ha15x...

    adus... sakit perut wei..
    tak jemu aku baca kisah
    silam aku ngan mader.. ni..

    lagi satu mase aku same2 dok
    rumoh sewa ngan mader dulu...
    dia ni memang kaki bercerite...
    aku tukang gelok jer... hu..hu..hu..

    BalasPadam
  21. wei kodi gamer tegar...
    siang malanc main game..

    tapi ape cite ngan ganu...
    dia sianc jugek jd bahanc
    lawok jer mase di hill park dulu.

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui