DATO' BAHAMAN
DATO’BAHAMAN [ORANG KAYA SEMANTAN]
(Diambil dari blog Tengku Muhammad Rahman)
Kaitannya dengan ahli keluarga Long Gaffar.
Pada tahun 1892, Dato' Bahaman atau Orang Kaya Semantan, menyerang dan menawan semula Lubuk Terua (satu tempat yang termasuk di dalam wilayahnya) dari kekuasaan Inggeris.
Meletusnya penentangan Dato' Bahaman secara aktif terhadap Inggeris adalah akibat dari tindakan gegabah C. E. B. Desborough (Pemangku Pemungut Hasil Semantan) menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman dengan tuduhan mengumpulkan hasil hutan tanpa izin. Penangkapan itu dilakukan ketika Desborough dan Townson (Merinyu Lombong) mengiringi satu pasukan Polis untuk memperkuatkan balai Polis di Lubuk Terua, dan membawa ketiga-tiga tawanan itu untuk diadili di Lubuk Terua juga. Menyedari tentang hal itu, Dato' Bahaman yang memang menentang keras pembinaan balai Polis di kawasannya itu dan percaya bahawa pasukan itu datang untuk menangkap beliau, telah menyerang pasukan Desborough itu, membunuh tiga orang, melukakan beberapa orang yang lain Ialu, membebaskan orang-orangnya. Selepas itu Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menawan Balai Polis Lubuk Terua dan memusnahkan gudang-gudang bekalan makanan dan barangan kepunyaan Syarikat Lombong bijih Bentong dan Raub.
Sebelumnya, Dato' Bahaman memang memusuhi Inggeris kerana menyekat dan menuduh beliau (dalam tahun 1889) memungut cukai secara haram dan memberi amaran, . bahawa penerusan memungut cukai secara tradisi adalah terlarang,sedangkan itu adalah hak tradisi beliau sebagai pembesar di daerahnya. Inggeris juga menuduh beliau (pada tahun 1890) menulis surat kepada Residen Selangor, W. E. Maxwell meminta supaya Semantan dipersatukan dengan Selangor. Walaupun beliau menyangkal tuduhan itu Sultan telah memerintahkan Orang Kaya itu mengadap baginda di Pekan. Orang Kaya itu enggan Ialu menghilangkan diri di dalam hutan di tengah-tengah masyarakat orang-orang asli yang memang bersahabat baik dengan beliau, tetapi keluar apabila mengetahui orang-orangnya ditangkap oleh pasukan Desborough, menyerang pasukan itu dan membebaskan orang-orangnya.
Berikutan daripada itu pada 24hb Disember, 1891, Tengku Mahmud (Tengku Besar) bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh Clifford bersama-sama dengan 60 orang Sikh di bawah pimpinan Kapten Summer telah mengaturkan gerakan untuk menyerang dan menangkap Dato' Bahaman dan orang-orangnya. Bagaimanapun gerakan ini menemui kegagalan setibanya di Kelubi kerana keengganan pasukan Melayu bekerjasama dengan pasukan polis Sikh.
Berpunca dari kegagalan itu "Gerakan Sultan" dilancarkan pada 22hb .Januari, 1892 dengan kekuatan 800 orang (140 daripadanya mempunyai senjatapi) yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato' Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Tidak terdapat sebarang aktiviti pihak Dato' Bahaman di sepanjang bulan Februari itu. Untuk sementara daerah Semantan diletakkan di bawah jagaan Abdullah Bera. Tiba-tiba, pada suatu hari dalam tahun 1892 Dato' Bahaman menyerang lagi dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Dalam serangan itu Abdullah Bera balik ke Bera dan Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato' Bahaman terhadap Inggeris.
Bagaimanapun, kejayaan Dato' Bahaman itu hanya sementara kerana tidak lama kemudian pihak Inggeris mengambil tindakan balas dengan menghantar satu pasukan seramai 300 orang yang diketuai oleh Tengku Ali, Clifford dan Wise (Majistret di Temerloh). Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa mengundurkan diri sebagai satu strategi untuk melanjutkan penentangannya. Penentangan beliau itu ternyata telah merebak ke seluruh Pahang dengan melibatkan banyak lagi tokoh yang seperjuangan dengan beliau seperti Mat Kilau, Panglima Muda Jempul, Tok Gajah, Tok Jelai, Mat Kelubi dan lain-lain.
Dato’ Bahaman berundur sehingga ke Kelantan dan menemui salah seorang sahabatnya Tengku Ahmad ibni Tengku Long Seri ibni Long Gaffar [putera Raja Reman, Pattani dan Raja Kelantan berpusat pemerintahannya di Limbat]. Beliau tinggal beberapa ketika di rumah Tengku Ahmad di Kangkong, Pasir Mas. Beliau kemudiannya ke Pattani dan meninggal di sana. Tengku Ahmad punya ramai ahli keluarga di Pattani.
Long Mansor [Tengku Selia II] ibni Long Seri (1851-1890) Pusat pemerintahannya ialah di Machang. Tahun 1890 adalah merupakan tahun berakhirnya pemerintahan baginda kerana pada tahun itu baginda telah dihantar ke Siam bersama adindanya Tengku Ahmad ibni Long Seri [penguasa dan hakim di daerah sekitar Kangkong sehingga ke Pasir Mas pada masa itu] sebagai ganti kepada Datuk Bahaman [Dato' Kaya Semantan, Pahang] juga merupakan sahabat baik kepada Tengku Ahmad.
Peristiwa ini berlaku kerana penguasa Inggeris di Pahang tidak berjaya menangkap Dato’ Bahaman, atas dasar setiakawan; Tengku Ahmad sanggup mengganti tempatnya dan dibawa ke Bangkok. Pada masa itu Kelantan dibawah kuasa raja Siam. Mungkin juga mereka ada strategi tertentu.

Tok Peramu yang dikatakan ialah Dato' Bahaman yang pulang mengajar agama di Pahang, di kawasan Peramu, Kuantan. Berbeza dengan Mat Kilau yang diiktiraf Kerajaan Negeri pada tahun 1970, beliau meninggal dengan nama Tok Peramu.
Bagaimanapun, kejayaan Dato' Bahaman itu hanya sementara kerana tidak lama kemudian pihak Inggeris mengambil tindakan balas dengan menghantar satu pasukan seramai 300 orang yang diketuai oleh Tengku Ali, Clifford dan Wise (Majistret di Temerloh). Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa mengundurkan diri sebagai satu strategi untuk melanjutkan penentangannya. Penentangan beliau itu ternyata telah merebak ke seluruh Pahang dengan melibatkan banyak lagi tokoh yang seperjuangan dengan beliau seperti Mat Kilau, Panglima Muda Jempul, Tok Gajah, Tok Jelai, Mat Kelubi dan lain-lain.
Dato’ Bahaman berundur sehingga ke Kelantan dan menemui salah seorang sahabatnya Tengku Ahmad ibni Tengku Long Seri ibni Long Gaffar [putera Raja Reman, Pattani dan Raja Kelantan berpusat pemerintahannya di Limbat]. Beliau tinggal beberapa ketika di rumah Tengku Ahmad di Kangkong, Pasir Mas. Beliau kemudiannya ke Pattani dan meninggal di sana. Tengku Ahmad punya ramai ahli keluarga di Pattani.
Long Mansor [Tengku Selia II] ibni Long Seri (1851-1890) Pusat pemerintahannya ialah di Machang. Tahun 1890 adalah merupakan tahun berakhirnya pemerintahan baginda kerana pada tahun itu baginda telah dihantar ke Siam bersama adindanya Tengku Ahmad ibni Long Seri [penguasa dan hakim di daerah sekitar Kangkong sehingga ke Pasir Mas pada masa itu] sebagai ganti kepada Datuk Bahaman [Dato' Kaya Semantan, Pahang] juga merupakan sahabat baik kepada Tengku Ahmad.
Peristiwa ini berlaku kerana penguasa Inggeris di Pahang tidak berjaya menangkap Dato’ Bahaman, atas dasar setiakawan; Tengku Ahmad sanggup mengganti tempatnya dan dibawa ke Bangkok. Pada masa itu Kelantan dibawah kuasa raja Siam. Mungkin juga mereka ada strategi tertentu.
Menurut cerita anakndanya Tengku Mariam [ketika itu masih kanak-kanak], sebelum berangkat ke Siam, ayahanda saudaranya Long Mansor [Tengku Selia II] memberi tahu kepada keluarganya bahawa baginda tidak akan kembali lagi ke Kelantan tetapi ayahandanya [Tengku Ahmad] sebaliknya, beliau mengatakan akan balik dan menghabiskan sisa hidupnya di tempat kelahirannya. Dengan izin Allah kata-kata mereka itu menjadi kenyataan.
Long Mansor [Tengku Selia II] dipercayai mangkat dibunuh 3 tahun kemudian semasa di dalam tahanan Siam. Adindanya Tengku Ahmad berjaya pulang ke Kelantan dan tinggal di kampung Kangkong, Pasir Mas hingga ke akhir hayatnya. Beliau juga dikenali dengan panggilan Ku Binjai kerana pernah tinggal di kampung Binjai bersebelahan kampung Kangkong.Tengku Ahmad dan isterinya Tengku To’ [dari keturunan Long Yunus] mempunyai beberapa orang anak iaitu Tengku Besar, Tengku Mariam, Tengku Kelthum dan Tengku Ibrahim. Tengku Mariam [meninggal 1970, dalam usia melebihi 85 tahun] telah menceritakan yang beliau masih ingat lagi, Dato' Bahaman pernah datang dan tinggal dirumahnya.

Dato' Bahaman memiliki ilmu batin yang tinggi dan seorang pendekar yang handal. Hanya ayahandanya sahaja yang mampu bermain senjata dengannya pada ketika itu. Tengku Mariam berkahwin dengan sepupunya bernama Tengku Zainal [meninggal 1959] dan mempunyai tiga orang anak Tengku Muhamad Amin [meninggal 01.07.1996], Tengku Hamid [meninggal 27.10.1995] dan Tengku Aminah [meninggal 27.01.2005]. Sehingga ke hari ini hanya beberapa keluarga sahaja dari keturunan Tengku Mariam yang masih tinggal di kampung ini, kebanyakan yang lainnya tinggal di Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Selangor dan di negeri-negeri lain.
Putera Baginda Raja Limbat (memerintah Pasir Tumboh ke Pasir Puteh, Machang ke Kuala Krai)Long Mansur, Tengku Long Muhammad Salleh pada masa yang sama menjadi Engku Selia Raja di Istana Sultan Mansur di Kota Bharu (memerintah kawasan Tabal:Takbai ke Sg Pasir Tumboh, ke barat arah sempadan Negeri Legeh, iaitu Jeli sekarang). Bernikah dengan puteri Sultan Ahmad, Tengku Sharifa a.k.a Tengku Kembang (Tengku Tengah). Disebut oleh sumber Long Gaffar berundur ke Kedah melalui Narathiwat setelah kemangkatan Long mansur di Bangkok (dipercayai dibunuh). Kembali semula ke Kelantan selepas beberapa ketika.
BalasPadamTerlalu sama dengan pengkisahan di sebelah keluarga hamba, cuma disebut ke Kedah ekoran serangan/gangguan Siam ke atas kelantan.
Sultan Mansur pun anak Sultan Ahmad ibn Sultan Muhammad III juga, disebut mempunyai minimum 27 orang anak, 14 lelaki 13 perempuan. Tengku Long Salleh yang berjawatan Tengku Temenggung di Istana Sultan Mansur juga putera Sultan Ahmad, bukan orang yang sama dengan Tengku Long Muhammad Salleh ibn Long mansur ibn Long Seri ibn Long Gaffar.
BalasPadamSaya sedang mencari kerabat LG dan Long Yunus yang sudi memberi sampel DNA di HUSM Kbg Kerian untuk mengesahkan adakah tengku Daie bin Tengku Saleh ialah cucu Long mansur ini..
Moga Allah mempermudahkan jalan kami di dunia akhirat..ameen..
amin ya rabbal alamin
BalasPadam