Semalam koi, isteri dan anak-anak menyertai majlis berbuka puasa anjuran bos pasukan koi GPO Openet, Luke McDonald di Pullman Lakeside, Putrajaya. Memang sangat cantik hotel dan resort ni. Sayang koi takde kamera, hanya berbekalkan Nokia C2 koi yang semakin bermasalah. Pembetulan, ada kamera tapi belum ganti bateri kuikui
Makanan memang puas hati. Daging kambing panggang, sate, kebab, nasi beriani, gulai beraneka, udang goreng tepung, roti john, minuman sejuk serta panas, pencuci mulut yang beraneka. Harga memang tinggi, nasib baik syarikat yang bayor. nak harap koi pergi sendiri kirim salam je la kuikui
Umair Fayed sedang menelan makanan berlatar belakangkan Luke kuikui
Uzair dan Uwais sedang minum berlatarbelakangkan Hong Sun dan Eason Lai, ahli GPO
Isteri koi senyum setelah kenyang dan se'eh kuikui
Dari kiri: Lukasz (rakan sekerja berpengkalan di Dublin, Luke (Sr. Director berpengkalan di Texas) dan Sameer Kapadia (Manager berpengkalan di Reston, Amerika Syarikat)
Di hadapan surau Pullman selepas makan, sejurus sebelum balik.
Menara jam Pullman.
Lukasz khusyuk dengan hidangan ke 48 beliau pada malam tersebut. Just kidding Lukasz :)
Dari kiri: Koi, anak perempuan kesayangan koi Nuzul Nasywa, isteri koi Faridah Hamzah, Yang Ariff dan Yang bertunang dengan beliau hehe
Senyum kekenyangan. Eason Lai, Fuad Hilmi Al-Beranangi dan koi.
Bahan minum lagi selepas tarawih di Masjid Putra kuikui
**bahan=belasah.
Kami sampai ke rumah lebih kurang pukul 11.30 malam...
Alhamdulillah..murah rezeki hari ini :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui