Isnin, November 28, 2011

Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah.. Feliz Año Nuevo 1433 Hijrah


Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Tanto para pensar, todo para celebrar..

Gracias a Allah, el Creador, el Rey de Todos Los Reyes, el Único Dios..

Que todavía estamos aquí para conseguir su bendición..

Que Allah nos bendiga!
Ameen..

Allahu Akbar!!

Rabu, November 02, 2011

Celakalah orang-orang yang sefahaman dengan Kaum Nabi Lut!!!!!!!


Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Koi setelah berbulan-bulan menyepi, terasa sangat terpanggil untuk mengenengahkan perkara ini.

Moga Allah tidak menurunkan bala ke atas Tanah Melayu.

Baca ni kejap:


Mengapakan Najib yang menunaikan haji di Mekah sekarang sanggup meluluskan kemungkaran besar seperti ini???????
Koi hanya tersedar mengenai perkara ini setelah membaca Harakahdaily.net tadi.
Astaghfirullahal azeem..

Beginilah jika BN terus memerintah. Tapi di mana PAS dalam hal ini? Takdok demonstrasi pun?? Dalam harakahdaily pun ada kenyataan dari Presiden ISMA saja, yang dikutuk juak-juak dalam PAS (dalam harakahdaily juga) sewaktu BERSIH dulu.
Dulu wokme pertahan sangat Ambiga Pengerusi BERSIH merangkap peguam Lina Joy tu, le ni dia pulok yang akan rasmikan festival sesat ni 9 November nanti...

Harapkan Perkasa je yang berkokok. Ye lah, memanc banyok isu koi kurang setuju dengan Perkasa ni, tapi sekurang-kurangnya dalam isu ini Brehing Ali betul.

Rakyat akor umbi mchanc koi ni sentiasa keliru.
UMNO-BN yanc semakin membusuk, PAS yang menjaga hati DAP.. segan nak bersuara takut kerjasama pecah dan tak boleh ke putrajaya.. Perkasa yang selektif dalam memperjuangkan isu..

Koi banyak memerhatikan ISMA sekarang, matlamat mereka menyatukan umat Islam di Tanah Melayu ini. Marilah keluar dari kepompong, yang orang Melayu Islam itu kalau tak UMNO mesti PAS.
Koi sayangkan Islam, koi takde mase untuk politiking sempit Tanah Melayu ini.

Yang rajin mengFB, bukalah kumpulan anti-festival sesat ni. Kalu doh ander, "like" yang belaka-belaka weh.. koi kuranc sket FB ni..

Allahu Akbar!!!!

Terima kasih..

p/s: Terbaru dalam harakah daily pukul 10:00 tadi koi bukok.. Ada kenyataan dari Ketua Pemuda PAS, orang Pahanc jugek.. tapi koi rasa kita umat Islam perlu tindakan yang lebih konkrit, bukan setakat kenyataan.. tak boleh bawak ke Mahkamah ke mende ni???

Sabtu, Ogos 06, 2011

Umair dan Uwais berjaya!!

(Gambar tahun 2009, sewaktu Uwais berumur 4 tahun dan Umair 3 tahun)

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Alhamdulillah, semalam 5 Ramadhan 1432 Hijriyyah ialah hari bersejarah bagi Umair Fayed. Umair telah berjaya menghabiskan hari pertama puasanya. Dan koi telah membeli 8 biji durian kampung saiz sederhana besar di Kg Kerangai, Jelebu dalam perjalanan pulang ekspedisi solo satu hari yang menjerihkan Beranang-Gombak-Maran-Kerayong-Simpang Pelangai-Jelebu-Beranang untuk meraikan kejayaan tersebut.
Juga air lai chi kang dan murtabak daging di Bazar Ramadhan Beranang.

Koi biasanya boikot bazar Ramadhan sebab koi anti-pembaziran. Dan koi telah terangkan kepada Umair dan Uwais yang bukan setiap hari kita boleh membeli makanan yang banyak.

Moga Allah memberkati Umair, Uwais, Nasywa, Uzair dan seluruh ahli keluarga kecil dan besar mereka. Ameen..

Khamis, Ogos 04, 2011

Uwais Munzir&Umair Fayed mula berpuasa!

(Gambor cuti 1 Mei 2011, ulangtahun mok koi ke 63.

Barisan paling belakang, dari kiri: Kak Ngah anak Abang Nuor, Kak Miah isteri Abang Nuor, Abang Nuor sepupu koi sebeloh mok, anok sedara koi Apit bin Zaidi, koi, adik koi Firdaus a.k.a John Doe, adik koi Rohaida, mok koi, kak ipor koi Azizah.
Barisan tengah, isteri koi Faridah, anok kedua koi Nuzul Nasywa, Umair Fayed, Haikal adik Apit, Uwais, kakak koi Rohayu, abang koi Zaidi.
Barisan depan: Dua orang anok Abang Nuor lupe pulok nama kuikui, Uzair Ziad, Yasmin anok Rohayu,Rayyan adik Yasmin, Syahiran adik Apit dan adik ipor koi Azrul Al-Muari.)

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Mulai 1 Ramadhan anak ketiga dan keempat koi Uwais dan Umair mula berpuasa. Masing-masng baru berumur 6 dan 5 tahun.

Hari pertama, oleh kerana PASTI dan sekolah agama KAFA negeri Selangor semua bercuti, maka agak kurang berjayalah demeh berpuasa. Mana doknya, menghuni kawasan dapur je kerja... sekejap-sekejap bukok peti..

Tahan daulat sampei pukul 12.30 tengah hari je..

Abang Uzair dan Kakak Nasywa yang berumur 9 dan 8 tahun masing-masing koi doh tok risau..
Masing-masing bermula pada tahun 2008 lagi, masa tu masing-masing 3 hari je tinggey..
Alhamdulillah.. cabaran bukan sahaja kepada demeh..malah kepada koi, isteri dan pembantu rumoh jugek.. menepis rayuan-rayuan membuka pose kuikui


Hari kedua, Uwais terminum air masak sebelum pergi ke sekolah, tapi koi suruh teruskan jugek. Alhamdulillah, berjaya sampei maghrib.
Umair pulok masa masa cikgu tanya sapa pose, dia kabor dia tengah buang air di tandas. Bila semmer oranc turun ke ruang makan, dia pun sebat sama biskut kering dengan air teh O.
Sampei ke rumoh koi suruh dia teruskan jugek sampei maghrib.
Alhamdulillah, berjaya..
Tapi perlukan kreativiti, ajak tidur, bagi mandi, cerita kisah Nabi..machanc-machanc la..

Semalanc merupakan hari kejayaan mutlak bagi Uwais. Dia berjaya berpuasa terus sehingga azan Maghrib. Umair pulok, walaupun hanya setakat azan Asar, namun koi puji semangat dia..
Silap koi jugek, lepas jemput demeh dari PASTI Bandor Tasik Kesuma, koi bawok demeh pegi Maybank, IME ngantor duit ke Indon dan kemedian ke BSN, ngantor duit ke Indon jugek..
Mungkin demeh hilanc tenaga dan air yang banyak masa tu..

Setakat pagi tadi, semua boleh bangun sahur tanpa masalah besor. Tersengguk-sengguk di meja tu biasala, budok..

Hari ini koi berharap Uwais terus cemerlang dan Umair pula berjaya mencapai hari penuh pertamanya..
Ameen..

Isnin, Ogos 01, 2011

Ramadhan Kareem!!!


السلام عليكم سموا قوم كلوارڬ دان رودوڠ-رودوڠ

رمضان كريم
موڬ كيت برجاي منچاڤي تقوى
موڬ الله مرحمتي، مڠمڤونكن دان ملڤسكن كيت دري اڤي نراك د دنيا، عالم برزخ دان اخيرة
أمين

Khamis, Julai 07, 2011

Rodonc koi Fadhlurrahman?


Biler round kedua ni tok ngabor weh???
Koi gura je weh, jangan ambik ati kuikui



Sabtu, April 23, 2011

Pejabat Tanah Maran yang Hebat!


Assalamualaikum rodonc...

Lame doh koi tok menulih (baca sebagai menaip) dalanc blog yang doh bersawanc ni..
Alhamdulillah disertasi master koi doh siak, bulan lepaeh baru koi hantor.. kena la tunggu 3 ke 6 bulan demeh cek, baru boleh buat pembetulan seterusnya buat penjilidan kulit keras.

Rodonc..

Dua hari berturut-turut koi berulanc dari Berananc ke Pahanc..

Hari Khamis koi keluor pukul 5.30 pagi, berjumpa dengan Shahrul rodonc koi di Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya dan selepas solat Subuh, bergegas ke Jerantut tanah air koi untuk menghadiri temuduga peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan Rengat, Ulu Cheka.
Temuduga diadakan di Pejabat Pertanian Jerantut.

Komeh bernasib baik (baca rezeki) sebab komeh oranc pertama yanc ditemuduga, pada pukul 9.30 pagi. Ada 27 calon semuanya yang hadir dari pelbagai bangsa; Melayu, India dan Cina. Oleh kerana tidak sempat bersarapan, Shahrul yang masuk dahulu tidaklah dapat menjawab dengan cemerlanc. Sudahlah dibelasah lebih 30 minit oleh 4 panel temuduga, keluor koi tengok muka Shahrul doh kerinc machanc buoh prun... Jangan maroh rodonc..kuikui

Bila koi masuk.. koi pulok kena belasoh machanc Barcelona lawan Johor FC.. mujor 20 minit je, mungkin panel sudah keletihan sewaktu membelasah Shahrul tadi. Bila koi keluor, koi tengok Shahrul takdek di luor bilik temuduga. Koi pun call dia, kesian, dia bergegas ke gerai makan dalam 100 meter dari Pejabat Pertanian untuk mendapatkan kembali tenaga dan moral yang dihenyak-henyak ke dinding oleh pegawai-pegawai pertanian Jerantut. Koi pun menyertai beliau makan sepinggan nasi lemak lauk ikan ayer (itu je lauk yanc tinggey, nasi daganc doh sold-out kuikui..) dan sepinggan mi goreng pada suhu bilik.

Setelah meluahkan perasaan tidak puas hati masing-masing yang berkobar-kobar untuk bertani tetapi dipersoalkan komitmen oleh para pegawai Pertanian ekoran masih bekerja, komeh pun pulang sebentar ke Kota Gelangi 2 menziarah mok koi yanc hidup sendiri, antara motif utama koi untuk menjadi petani moden sepenuh masa di Jerantut yang kucintai. Mok koi setakat umur 63 tahun ni masih lagi sihat dan ceria, tapi kadanc2 diserang masalah daroh rendoh yang menyebabkan beliau berpinar-pinar dan pengsan. Risaunye perasaan koi wokme jangan tanya la, cuma dia tak berapa berkenan duduk di rumoh anok2.. Biasala, koi pun paham, kita ander rumoh sendiri, rodonc2 sendiri, memanc lebih ceria dan bermakna di kampung sendiri..

Dalanc pukul 12.15, komeh bertolak ke bandor ayanc kampunc, Maran. Selepas solat jama' taqdim di Masjid Assyakirin bandor Maran, komeh pun memulakan tugasan menukor syarat tanoh getoh (baca belukor) koi kepada syarat sawit, dengan tujuan memohon bantuan MPOB.
Sampei di Pejabat Tanoh Maran yang pernoh koi entrikan pada tahun 2008 ekoran salah laku salah seoranc pegaweinya. Komeh disambut mesra oleh kakitangan wanita yang bertugas di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan. Setelah diteranckan prosedur menukar syarat tanoh, beliau menekan butanc nombor giliran dan memberinya kepada koi, lalu koi menunggu di ruang menunggu. Walaupun prosedurnya agak leceh kerana perlu berurusan di 4 kaunter di 2 tingkat yang berbeza, namun koi puas hati kerana kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Maran di setiap kaunter telah membantu dalanc senyuman dan koi meletakkan tiga nombor giliran yanc koi ambil dalanc kotok berlabel ikon senyum, bukan ikon jebik kuikui

Seteloh selesei semua urusan yang mengambil masa lebih kuranc 1 jam 15 tersebut, komeh pun turun ke gerei berdekatan jalan naik ke Masjid Assyakirin untuk menikmati makan tengahari. Komeh memilih gerei abang Romlie, suami tuan tanoh asey yanc menjuey tanoh beliau kepada koi di Lubuk Paku tersebut. Lame koi tok jumpe beliau.

Seteloh selesei, komeh pun bergegas pulang ke Lemboh Klanc. Komeh sampei ke KL pada pukul 5.30 petanc, tapi dekat2 pukul 6 baru sampei ke UM ekoran trafik yanc boleh tahan sesok. Hujan yang teramat lebat membuatkan koi rilek2 di Masjid Ar-Rahman, lepaeh solat Maghrib baru koi balik Berananc..sampei di rumoh pada pukul 8.55 malanc..

Entri kedua mengenai Pejabat Tanoh Lepih terpaksa koi batalkan kerana koi sedanc mohon tanoh dengan demeh, karanc demeh baca tok lulueh pulok kuikui...

Isnin, Februari 07, 2011

PERTANDINGAN JORAN BANYAK BERASASKAN JUDI

Assalamualaikum rodonc-rodonc..
Moga jadi iktibar kepada yang suka masuk pertandingan mengail.. Yang mengail sendiri-sendiri tu lain cerita.. Ramey rodonc koi kaki ngail ni.. kuikui

*********************************************
PERTANDINGAN JORAN BANYAK BERASASKAN JUDI

Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

(Gambor Hiasan: Abdul Rahman rodonc koi dari Kg Sri Damai, Kuantan, Pahang sedanc berposing dengan toman Hutan Bersia..gambor dirembat dari flikr rodonc koi jugek Saudara Bulat dari Keratonc ..kuikui)

Setelah diteliti didapati kebanyakan pertandingan joran yang sekarang begitu meluas dalam negara ini berasaskan ‘judi’ atau qimar. Malangnya, pertandingan joran yang berasaskan prinsip perjudian ini begitu telah membabitkan pelbagai pihak; kerajaan negeri, kerajaan tempatan, majlis perbandaran, parti-parti politik, sekolah, syarikat perniagaan, persatuan dan lain-lain.
Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam kebanyakan pertandingan joran yang diadakan.

Untuk itu beberapa perkara berikut perlu disebutkan;


1. Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar. Qimar atau judi bermaksud ‘setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah’. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Hal ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan joran dalam negara ini. Wang pertaruhan yang dinamakan ‘yuran penyertaan’ yang diambil itu dijadikan hadiah untuk yang menang, atau keuntungan kepada pengajur atas kekalahan peserta. Pembayaran wang penyertaan kebanyakannya bukan untuk kemudahan yang dinikmati oleh peserta, sebaliknya sebagai wang pertaruhan. Ini terbukti setiap peserta dikehendaki membayar berdasarkan mata pancing yang digunakan. Wang yang terkumpul itu juga dijadikan hadiah, atau keuntungan penganjur jika peserta gagal. Unsur pertaruhan itu jelas. Biasanya, lebih besar pertaruhan, lebih lumayan hadiah.


2. Sebenarnya, yuran penyertaan itu jika sekadar pembayaran peserta menggunakan kemudahan yang disediakan seperti makan minum, duit kenderaan dan seumpamanya, maka itu bukan judi dan pertaruhan. Namun, apabila ia menjadi wang terkumpul untuk hadiah pemenang, maka itu adalah satu perjudian. Konsep ini hampir sama dengan apa yang digunakan oleh syarikat-syarikat loteri yang pernah menamakan diri mereka ‘loteri kebajikan’.


3. Umat Islam wajib menghindari penyertaan pertandingan joran atas konsep perjudian yang seperti itu. Ia adalah haram dan dosa besar. Firman Allah: (maksudnya) 90. Wahai mereka yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib adalah keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Maidah: 90).

4. Para penganjur yang sekarang sudah membabitkan pelbagai peringkat hendaklah mengelakkan unsur perjudian dalam pertandingan joran yang diadakan. Firman Allah: (maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29). Haram sesiapa yang terbabit dalam menganjur kegiatan judi atau menggalakkannya.