Khamis, Ogos 04, 2011

Uwais Munzir&Umair Fayed mula berpuasa!

(Gambor cuti 1 Mei 2011, ulangtahun mok koi ke 63.

Barisan paling belakang, dari kiri: Kak Ngah anak Abang Nuor, Kak Miah isteri Abang Nuor, Abang Nuor sepupu koi sebeloh mok, anok sedara koi Apit bin Zaidi, koi, adik koi Firdaus a.k.a John Doe, adik koi Rohaida, mok koi, kak ipor koi Azizah.
Barisan tengah, isteri koi Faridah, anok kedua koi Nuzul Nasywa, Umair Fayed, Haikal adik Apit, Uwais, kakak koi Rohayu, abang koi Zaidi.
Barisan depan: Dua orang anok Abang Nuor lupe pulok nama kuikui, Uzair Ziad, Yasmin anok Rohayu,Rayyan adik Yasmin, Syahiran adik Apit dan adik ipor koi Azrul Al-Muari.)

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Mulai 1 Ramadhan anak ketiga dan keempat koi Uwais dan Umair mula berpuasa. Masing-masng baru berumur 6 dan 5 tahun.

Hari pertama, oleh kerana PASTI dan sekolah agama KAFA negeri Selangor semua bercuti, maka agak kurang berjayalah demeh berpuasa. Mana doknya, menghuni kawasan dapur je kerja... sekejap-sekejap bukok peti..

Tahan daulat sampei pukul 12.30 tengah hari je..

Abang Uzair dan Kakak Nasywa yang berumur 9 dan 8 tahun masing-masing koi doh tok risau..
Masing-masing bermula pada tahun 2008 lagi, masa tu masing-masing 3 hari je tinggey..
Alhamdulillah.. cabaran bukan sahaja kepada demeh..malah kepada koi, isteri dan pembantu rumoh jugek.. menepis rayuan-rayuan membuka pose kuikui


Hari kedua, Uwais terminum air masak sebelum pergi ke sekolah, tapi koi suruh teruskan jugek. Alhamdulillah, berjaya sampei maghrib.
Umair pulok masa masa cikgu tanya sapa pose, dia kabor dia tengah buang air di tandas. Bila semmer oranc turun ke ruang makan, dia pun sebat sama biskut kering dengan air teh O.
Sampei ke rumoh koi suruh dia teruskan jugek sampei maghrib.
Alhamdulillah, berjaya..
Tapi perlukan kreativiti, ajak tidur, bagi mandi, cerita kisah Nabi..machanc-machanc la..

Semalanc merupakan hari kejayaan mutlak bagi Uwais. Dia berjaya berpuasa terus sehingga azan Maghrib. Umair pulok, walaupun hanya setakat azan Asar, namun koi puji semangat dia..
Silap koi jugek, lepas jemput demeh dari PASTI Bandor Tasik Kesuma, koi bawok demeh pegi Maybank, IME ngantor duit ke Indon dan kemedian ke BSN, ngantor duit ke Indon jugek..
Mungkin demeh hilanc tenaga dan air yang banyak masa tu..

Setakat pagi tadi, semua boleh bangun sahur tanpa masalah besor. Tersengguk-sengguk di meja tu biasala, budok..

Hari ini koi berharap Uwais terus cemerlang dan Umair pula berjaya mencapai hari penuh pertamanya..
Ameen..

2 ulasan:

  1. Budak-budak baru belajar begitulah

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah pokli..

    Banyak ranjaunya..
    Umair, siap saja saya menulis entri tadi, saya turun ke tingkat bawah, abangnya Uwais bagitau "Abi..Umair makan coklat tadi"..

    kuikui

    Dan dia berjanji esok akan cuba berpuasa sampai habis..

    Takpelah, dia masih terlalu kecil, tapi dia membuktikan kepada saya, selepas coklat itu, air dia tak teguk, nasi jauh sekali..

    Sayang betul.. maksudnya dia dah mampu berpuasa, cuma tak tahan melihat snek coklat Yoss..kuikui

    InsyaAllah esok Umair berjaya...Ameen..

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui