Sabtu, Ogos 06, 2011

Umair dan Uwais berjaya!!

(Gambar tahun 2009, sewaktu Uwais berumur 4 tahun dan Umair 3 tahun)

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Alhamdulillah, semalam 5 Ramadhan 1432 Hijriyyah ialah hari bersejarah bagi Umair Fayed. Umair telah berjaya menghabiskan hari pertama puasanya. Dan koi telah membeli 8 biji durian kampung saiz sederhana besar di Kg Kerangai, Jelebu dalam perjalanan pulang ekspedisi solo satu hari yang menjerihkan Beranang-Gombak-Maran-Kerayong-Simpang Pelangai-Jelebu-Beranang untuk meraikan kejayaan tersebut.
Juga air lai chi kang dan murtabak daging di Bazar Ramadhan Beranang.

Koi biasanya boikot bazar Ramadhan sebab koi anti-pembaziran. Dan koi telah terangkan kepada Umair dan Uwais yang bukan setiap hari kita boleh membeli makanan yang banyak.

Moga Allah memberkati Umair, Uwais, Nasywa, Uzair dan seluruh ahli keluarga kecil dan besar mereka. Ameen..

5 ulasan:

  1. alhamdulillah...anok koi hak no 2 te, umur 5 tahun tp sehari pn xdpt penuh lg...balik jer dr pasti terus merenggek nak berbuke...xpe, slow2 didik anok nie...insyallah akan berjaya nanti.

    BalasPadam
  2. InsyaAllah Fadh..

    Yang penting berkekalan amalan demeh dan paham falsafah puasa..
    Ameen...

    BalasPadam
  3. Mekasih az..
    lamer tok berkokok weh kuikui

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir Batin.

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui