Disclaimer: This blog does not support violence or armed struggle by any group of freedom fighters in the world. Yet this blog does not condemn their cause on the basis that we will never understand the day after day sufferings of colonial oppression. This blog believes in the need of self-determination via peaceful means for each demographic group represented by them through an officially recognized referendum by the UN.
Sabtu, April 23, 2011
Pejabat Tanah Maran yang Hebat!
Assalamualaikum rodonc...
Lame doh koi tok menulih (baca sebagai menaip) dalanc blog yang doh bersawanc ni..
Alhamdulillah disertasi master koi doh siak, bulan lepaeh baru koi hantor.. kena la tunggu 3 ke 6 bulan demeh cek, baru boleh buat pembetulan seterusnya buat penjilidan kulit keras.
Rodonc..
Dua hari berturut-turut koi berulanc dari Berananc ke Pahanc..
Hari Khamis koi keluor pukul 5.30 pagi, berjumpa dengan Shahrul rodonc koi di Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya dan selepas solat Subuh, bergegas ke Jerantut tanah air koi untuk menghadiri temuduga peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan Rengat, Ulu Cheka.
Temuduga diadakan di Pejabat Pertanian Jerantut.
Komeh bernasib baik (baca rezeki) sebab komeh oranc pertama yanc ditemuduga, pada pukul 9.30 pagi. Ada 27 calon semuanya yang hadir dari pelbagai bangsa; Melayu, India dan Cina. Oleh kerana tidak sempat bersarapan, Shahrul yang masuk dahulu tidaklah dapat menjawab dengan cemerlanc. Sudahlah dibelasah lebih 30 minit oleh 4 panel temuduga, keluor koi tengok muka Shahrul doh kerinc machanc buoh prun... Jangan maroh rodonc..kuikui
Bila koi masuk.. koi pulok kena belasoh machanc Barcelona lawan Johor FC.. mujor 20 minit je, mungkin panel sudah keletihan sewaktu membelasah Shahrul tadi. Bila koi keluor, koi tengok Shahrul takdek di luor bilik temuduga. Koi pun call dia, kesian, dia bergegas ke gerai makan dalam 100 meter dari Pejabat Pertanian untuk mendapatkan kembali tenaga dan moral yang dihenyak-henyak ke dinding oleh pegawai-pegawai pertanian Jerantut. Koi pun menyertai beliau makan sepinggan nasi lemak lauk ikan ayer (itu je lauk yanc tinggey, nasi daganc doh sold-out kuikui..) dan sepinggan mi goreng pada suhu bilik.
Setelah meluahkan perasaan tidak puas hati masing-masing yang berkobar-kobar untuk bertani tetapi dipersoalkan komitmen oleh para pegawai Pertanian ekoran masih bekerja, komeh pun pulang sebentar ke Kota Gelangi 2 menziarah mok koi yanc hidup sendiri, antara motif utama koi untuk menjadi petani moden sepenuh masa di Jerantut yang kucintai. Mok koi setakat umur 63 tahun ni masih lagi sihat dan ceria, tapi kadanc2 diserang masalah daroh rendoh yang menyebabkan beliau berpinar-pinar dan pengsan. Risaunye perasaan koi wokme jangan tanya la, cuma dia tak berapa berkenan duduk di rumoh anok2.. Biasala, koi pun paham, kita ander rumoh sendiri, rodonc2 sendiri, memanc lebih ceria dan bermakna di kampung sendiri..
Dalanc pukul 12.15, komeh bertolak ke bandor ayanc kampunc, Maran. Selepas solat jama' taqdim di Masjid Assyakirin bandor Maran, komeh pun memulakan tugasan menukor syarat tanoh getoh (baca belukor) koi kepada syarat sawit, dengan tujuan memohon bantuan MPOB.
Sampei di Pejabat Tanoh Maran yang pernoh koi entrikan pada tahun 2008 ekoran salah laku salah seoranc pegaweinya. Komeh disambut mesra oleh kakitangan wanita yang bertugas di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan. Setelah diteranckan prosedur menukar syarat tanoh, beliau menekan butanc nombor giliran dan memberinya kepada koi, lalu koi menunggu di ruang menunggu. Walaupun prosedurnya agak leceh kerana perlu berurusan di 4 kaunter di 2 tingkat yang berbeza, namun koi puas hati kerana kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Maran di setiap kaunter telah membantu dalanc senyuman dan koi meletakkan tiga nombor giliran yanc koi ambil dalanc kotok berlabel ikon senyum, bukan ikon jebik kuikui
Seteloh selesei semua urusan yang mengambil masa lebih kuranc 1 jam 15 tersebut, komeh pun turun ke gerei berdekatan jalan naik ke Masjid Assyakirin untuk menikmati makan tengahari. Komeh memilih gerei abang Romlie, suami tuan tanoh asey yanc menjuey tanoh beliau kepada koi di Lubuk Paku tersebut. Lame koi tok jumpe beliau.
Seteloh selesei, komeh pun bergegas pulang ke Lemboh Klanc. Komeh sampei ke KL pada pukul 5.30 petanc, tapi dekat2 pukul 6 baru sampei ke UM ekoran trafik yanc boleh tahan sesok. Hujan yang teramat lebat membuatkan koi rilek2 di Masjid Ar-Rahman, lepaeh solat Maghrib baru koi balik Berananc..sampei di rumoh pada pukul 8.55 malanc..
Entri kedua mengenai Pejabat Tanoh Lepih terpaksa koi batalkan kerana koi sedanc mohon tanoh dengan demeh, karanc demeh baca tok lulueh pulok kuikui...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Selamat berblog kembali....
BalasPadamMekasih jaka... :)
BalasPadamah jenih bodek jugek...tulih jer laa weh...ade berani hehehehe
BalasPadamKoi ada sejarah dengan D.O dia weh..
BalasPadamKoi nok kena tunggu keadaan reda dulu kuikui
dapat je tanoh di lepih te, terus up entri
BalasPadamkutuk jangan kasi chance
Pollito..
BalasPadammakan tahun mohon tanoh milik ni weh kuikui