Ahad, Oktober 11, 2009

Bahagian III:Catatan Eidul Fitri 1430 Hijriyyah

1 Syawal 1430 Hijriyyah

Hari bahagia telah tiba....!!!

Lebih bahagia kerana tahun ini koi beraya di Pahanc, kampung halaman koi. Bukan koi tok gemor beraya di Kelantan, moyanc koi orang Kelantan juga... namun oleh kerana koi dibesarkan di Pahanc, dengan norma-norma dan input-input Pahanc maka teruja dan menggelepornya tak bolehlah koi definisikan dengan bahasa manusia.

Mungkin kala koi buat kepak-kepak macam ayam seperti kata Johan Dawai dalam Blues Untuk Rodonc, lepas tu berkokok sejurus selesai solat Subuh, mboh juga wokme paham darjah keterujaan koi kali ni..kuikui


Seperti biasa selesai solat Subuh koi akan makan nasik, karanc lapor, itulah pesan Almarhum ayoh koi. Tersilap pulok koi layan sampei sepinggan dan berketul2 daging. Itu bukan alas perut doh tu, itu alasan memerut...kuikui


Koi doh mandi Sunat Aidilfitri (ada juga menyebut Eidul Fitri, sebutan betul Arab, namun kerana koi lidoh Melayu koi pakey je la sebutan itu..kuikui) sebelum solat Subuh lagi, jadinya koi lepas amat sibuk la mengarohkan orang rumoh koi buat itu dan ini. Letih jugek mengaroh ni weh.. Paham la koi sekarang yang tugas manager dan team leader koi di opis memang amat berat, sebab tu la demeh boleh datang lambat 4 jam sambil senyum-senyum selamba manakala koi lewat 10 minit bergegar separuh hemisfera utara..kuikui

Selesai mengaroh-ngaroh machanc la sibuk sangat, koi pun mengenakan baju Melayu. Orang rumoh koi bertegas suruh koi pakey sepasang. Sepanjang koi remaja dan dewasa, tok pernoh dibuat lagi koi pakey sepasang..kuikui. Koi ntah kenapa raya kali koi setuju. Koi pun sarung la seluor melayu yang koi selama ni rasa geli nok pakey. Kine pullicat chop Gadja la selama ni menemani koi sepanjang hari raya pertama, dan Levi's (macam) Original dari Golok pada hari-hari raya seterusnya.

Koi ingat abis kat situ je, istri koi suruh pakey sampin pulok.. Ini sudoh lebih..
Koi menolak dengan keras.. namun hentoh kenapa akhirnya koi pakey jugek.. Johan Dawai yang pakey sepasang jugek tergelok-gelok tengok koi.. Dia tetap dengan pendirian tidak memakai sampin. Anok-anok koi pun bersampin belaka..

Koi dalanc hati kata tahun ni bergambor sakan la kita..


Dalam 20 minit, semua 3 keluarga iaitu nuklear abang koi yang nyakat koi dalam cerpen Setan!, nuklear kakak koi dan nuklear koi sendiri telah siap bergambor. Adik pompuan koi dengan Johan Dawai masih perseorangan, namun ada khabar hangin yang mengatakan tahun hadapan Johan akan menyertai bergu campuran, tanyalah tuan empunya badan..kuikui

(Gambar bukan hiasan: Johan Dawai dipau oleh anak-anak saudara)
Sesi bergambor dimulakan. Selesai menangkap sana-sini, koi terperasan jam di dinding tepat-tepat menunjukkan jam 8.30 pagi GMT +8. Apalagi bergegasla menggelepor sambil mok koi menyound koi yang berlebih-lebih memukul gambor..kuikui


Sampei di masjid, koi dan rakaat kedua sahaja..padan muka..


Selesai khutbah syahdu Ustaz Shaari komeh pun bersalam-salam, jumpa Mizi, Aripin, Pozi ada belaka lah..


Balik ke rumoh bermulalah istiadat beraya secara rombongan yang telah menjadi tradisi blok koi Blok A1 Kota Gelanggi 2 sejak zaman-berzaman. Atas permintaan mok koi, rumoh koi bernombor 254 jadi rumoh pertama, sebab istri dan adik pompuan koi telah bertungkus lumus menyediakan berani daging semenjak malam raya lagi.. Koi rasa koi tido je malanc tu..kuikui
(Rombongan beraya di rumoh koi..Pakcik Derani@ Tharani cerpen Setan berbaju coklat sedang menyoalsiasat Eddie Lawson berkopiah biru)

Diikuti dengan hidangan Mi sup dengan dessert buah kabung sira di rumah Din dalam cerpen Setan koi, bernombor 253, terus lajak melangkau rumah Arwah Pakcik Salam 252 (deme tok sempat sedia juadah sebab kak long baru bersalin dua tiga hari, kelam kabut skek) ke rumah Pakcik Mail Manap, no 251, atau panggilan popularnya dikalangan komeh Bapak Uji. Anaknya bernama Rozita yang kami panggil Uji. Emak Din pulak popular dengan gelaran Mak Awa sebab dia ada anak bernama Siti Hawa. Mok koi Mak Ayu, sempena nama kakak koi Rohayu. Amachanc, klasik dok cara komeh memanggil orang, style Pak Belalang gitu..kuikui

Rumah Bapak Uji kami layan machanc-machanc.. tapei, soto..rasa nok pecoh perut koi..


Turun pulak ke rumah Pokcik Mansor, bernombor 124. Masa kami kecik kami panggey Abang Mansor sebab dia dalam 30-an masa koi sekoloh rendoh.. Orang lain semmer 40-an doh kecuali Pakcik Salam..

Rumoh Pokcik Mansor layan kuih kering-kering. Kerepek machanc2 jenis, lemang jangan cerita la..semua rumoh ada, ketupat, nasik impit memang kemestian semua rumoh termasuk rumoh koi.. Biasa setiap rumoh koi layan suku cawan je air.. politik.. nati tuang rumoh waser ati amber dok setuh lasung air ye.. rumoh 18 butir sepagi nok layang ni.. memang balah dendang kao-kao miao-miao munya.. eh..tertukor slang Kuatang pulok..


Seterusnya resipi istimewa di rumoh Eddy Lawson no 125. Eddy ni rodonc abang koi, koi sebaya dengan Asu dan Emi adik2 dia.. kalau Mergastua tau ni habih..resipi rendang landok.. peww.. layann lemang pun guling2 pagi raya gini.. biasa koi hari raya sebu perut tengok lemang.. landok punya pukulan.. bukan banyok daging pun.. ligamen je lebih..tapi oleh kerana jaranc makan koi belasoh cukup2..kuikui


Seterusnya seperti koi jangka, rumoh Pozi Al-Ayyubi no 126 makan tom yam seafood..koi layan jugek semangkuk.. tanpa nasik..takut kenyang sangat..padahal perut koi doh over limit..kuikui


Kemudian ke rumoh Ustaz Hj Khir no 128, ustaz koi di sekoloh agama rakyat Kota Gelangi 2.. ntoh berapa belas kali koi kena cubit koi okey je dengan ustaz.. dia profesional sebab tok pernoh kabor ke ayoh koi pe'el koi di sekolah agama..kuikui

Makan pechal dan mender lagi koi doh lupa.. koi tok berani lawan banyok2..setakat sepiring je..


Kemudian ke rumoh Hj Shukor no 129. Ni rumoh rodonc koi Halid Al-Walid (nama betul ni) yang setia menemani Gelangi. pernah juga dia keluor kerja di Taman Sri Muda, Shah Alanc namun tok lama sangat sebab Haji Shukor panggil balik uruskan ladang. Sampai sekarang kalau ada anugeroh anak peneroka paling rajin koi tanpa pikir dua kali terus bagi ke Halid. Koi tabik spring la ke dia ni. Muda-muda doh pandai kait buoh sawit. Loading (org Johor kata menombak..kuikui) jangan kira la.. experrrrrto. Sekarang ni dia dok di Gelangi 2 lagi, kawin dengan budok Gelangi 3, kerja di Research (Pusat Penyelidikan Tun Razak Sg Tekam, PPTR).. Masih setia menolong bapanya di ladang.

Di rumoh Halid layan mi kari pulok doh.. koi cuit-cuit je sebab memang ternyata koi tidak bermaya lagi.. nasib baik Halid hidang buoh epal dah siap potong-potong.. layan jugek koi nak habis sepinggan..kuikui


Lantas komeh menyeberang jalan ke rumoh Pak Mat yang koi sebut Pok Mud dalanc cerpen Setan. Along rodonc koi tok balik pahanc tahun ni. Dia beraya di ibu negeri Penyu. Nasib baik Nuor yang koi gelor Gendut ada balik, lepas gian jugek koi karate perut dia masa kenyang, mujur tok terbelahok je..kuikui Rumoh PokMat ni saban tahun memanc lontong la..sebab Mokcik Shamsiah orang Jawa..tapi memang besh lontong dia.. lontong kuoh putih..kalau kuning kenyang-kenyang gini koi rasa loya jugek nok makan.. lalu koi layan jugek semangkuk..kuikui


Kemudian ke rumoh Mokcik Kiah pulok. Wan anok dia doh mendahului ke rumoh lain. Kumpulan koi iaitu kumpulan anak peneroka yang telah berkahwin tertinggal sebuah rumoh. Kumpulan Johan yang merupakan kumpulan Orang Bujang Hati Senang tertinggal dua bijik rumoh. Di rumoh mokcik Kiah, komeh layan soto lagi. Tapi koi layan bawang goreng je banyok..nak kurangkan kenyang..kuikui


Turun ke rumoh Lop dan Nizam rodonc koi, anok arwah Pakcik Mat Alit yang baru meninggal awal tahun ni. Terasa sangat dia takde. Selain ayoh koi yang menjadi Ketua Blok A1 sekian lama, Acik Alit memang sentiasa menjadi enjin Blok A1. Aktif, pemurah, peramah..arggh..mudoh koi jadi sentimental raya-raya gini.. layan air Ribena la pulok rumoh ni..tapi untuk budok2 je la.. koi layan tapey beras dengan teh panas sebab koi menyampoh air sejuk sbenornya..kuikui


Naik pulok ke rumoh Ustaz Hj. Ramli Atas. Depan rumoh dia Hj. Ramli Bawah. Dua-dua asey Kedoh, dua-dua asey Jitra. Ramey betul orang Kedoh nama Ramli ni..hehe

Layan mi goreng pulok doh sepinggan.. koi doh se'eh all-out sejak rumoh awey2 tadi layan jugek la.. koi segan dengan istri PakNdak Ramli ni, koi panggey MakNdak.. dia suruh makan koi akur segera makan seolah-olah masih lapor..kuikui


Kemudian koi ke rumoh Reza cerpen Setan dan Cukup! koi, rodonc akrab koi selepas Din. Seperti biasa, ini rumoh yang koi nanti-nantikan kerana sotonya yang superb! Layan punya layan sembanc dengan Reza Madridista kami pun turun ke rumah terakhir, rumah arwah Wak Leman yang koi selalu naik YB dia pegi jalan-jalan. Dulu kami duduk berjiran, rumah beliau sebeloh kanan rumoh bapak Uji, rumoh koi sebelah kanan rumoh dia. Tapi oleh kerana air yang liat benor nok naik ke saluran paip rumoh kami, maka apabila Encik Shabudin Sabak Bernam keluar dari felda dan kembali menetap di kampung, Wak Leman dan Makcik Miskiah berpindah ke rumoh seberang sikit dari rumoh Reza bin Tharani ni. Seberang tepat rumoh Murugesu, koi tok raya rumoh dia..kuikui Deepavali ni tunggu je la muruku sampey..kuikui

Komeh sekeluarga pulok pindoh ke rumoh antara rumoh Din dengan Pakcik Mat ni lebih kurang setahun selepas tu.. Bila Kuppan berpindah ke estate Tong kiat, ayoh koi berpindah ke rumoh sekarang sewaktu koi dalam darjah 3..

Sebenornya geng peneroka buat tahlil rumoh tu, cumo kumpulan kami tercicir sempat makan je...kuikui lagi..

Petang itu, biasanya koi tido. Tapi tak boleh sebab koi kena gunakan semaksimum mungkin.
Koi dan keluarga beraya di rumoh rodonc koi Aripin atau nama sebenornya Mohd Saimi. Entoh gonner boleh jadi Aripin ambo pekso la puloookk.. Layan soto lagi. Koi belasah cukup-cukup sebab koi doh unloaded isi perut koi sebelum solat zuhur tadi. Sempat jugok bersembang dengan abang Ipin iaitu Pozi hal-hal property skek, machanc orang kaya-kaya..kuikui.

Bersambung malam itu, kedatangan keluarga Az a.k.a Zamie a.k.a Azli Puaka Tanjung Gelang ke rumoh koi.







9 ulasan:

  1. Sedapnya beraya di kampung. Tapi dah tak sama masa kecil-kecil dahulu. Habis satu kampung beraya. Tahun ini hanya sempat pergi rumah mak dan pak saudara sahaja.

    BalasPadam
  2. huh nasib baik org umah tak suruh carikan dia madu kuikuikui

    BalasPadam
  3. Koi tak beraya di Gelanggi tahun ni. Tak dapat nak cerita berarak dari rumoh ke rumoh ni. Nikmat setahun sekali bila pergi dari rumoh ke rumoh....

    BalasPadam
  4. Pokli,
    raya memang budak2 la paling seronok..
    tapi yang dah dewasa ni same je gamoknya..
    duit raya je yang tak dapat..kuikui

    BalasPadam
  5. Fadh,
    Pasey pulok? kena bergilir 3 tempat ke?
    pergh.. tak sanggup koi.. kuikui

    BalasPadam
  6. Echanc..
    tok bertemu pah sokmo la kita..
    tahun depan koi R1&R2 kelantan pulok..
    kuikui..
    masalah jem weh..
    kala di gelangi boleh la jumpa..:)

    BalasPadam
  7. raya dah tak macanc dulu2..
    kad raya dah ganti sms...(tak boleh nak gantung)
    kunjung rmh ke rmh dah kurang...(layan tv citer best...tp citer sarkas dah xde..hehe)
    pelita dah ganti mentol karan...(gila nak top-up pelita kalau harga minyak tanah dah Rm8~rm9/liter...)
    nak layan mercun tak dapat ...(kalau dapat cara haram..hehe -ngape diharamkan mercun...bunga api dok pulok...pada hal nak buat mercun buatan sendiri tu amek belerang dari bunga api...)
    mujo kita dah lepas...
    sian bebudok skang ni...tggl dengor citer je la..

    BalasPadam
  8. sonoknyerr raya kampong.. ehehe, salamm

    BalasPadam
  9. en-me..
    memanc..musti..musti.. kuikui

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui