Prooohhh!!
Air Kopi Janda(R) tersembur keluar dari mulut Abang Samsuri. Mangsanya tak lain tak bukan Mat Sepat. Mujur suam-suam tekak sahaja. Suhunya Mat Sepat tak heran. Aromanya yang Mat Sepat tak tahan. Ye lah, Abang Samsuri nama je bergigi emas, kalau menyelam dalam paya belakang rumah Pak Gani malam-malam sambil nganga-nganga mulut separas air, mahunya kena tembak dek Pak Majid RELA veteran. Dah macam dalam mulut buaya suasana hiasan dalaman mulutnya. Tak pun macam mulut badak air.
"One Malaysia tengkorak kamu!", laung Abang Samsuri, berbahasa Melayu kali ini. Mat Sepat sibuk menyapu-nyapu mukanya dengan kain lap meja.
"Sini..ke mari kamu.. apa yang best sangat One Malaysia tu cuba kamu cerita sikit kat aku", gerutu Abang Samsuri lagi.
Mat Sepat terkesima dek kelancaran sebutan bahasa Melayu Abang Samsuri. Selama ini tak sah kalau dia tak selitkan perkataan Banjar dalam setiap ayat.
"Salah ke Abang Samsorek?", soal Sedi sinis.
"Mana boleh tak salah..?? Ni aku sakit hati dengan budak Bijan tu..takde fikrah langsung. Ini Semenanjung Tanah Melayu, kita ni tuan.. Ini sedap-sedap bawak entah ideologi sesat mana entah, One Malaysia.. nak rampas hak kita la tu".
"Abang Samsorek jangan cepat melatah. Idea ni bagus. Malaysia ni tanah air tak kira Melayu ke, India ke, Cina ke..apa salahnya kita kongsi kemakmuran ini bersama", balas Sedi macam ucapan ahli politik semasa perjumpaan sambil gelak-gelak mereka di PWTC tempoh hari.
"Woi budak, engkau apa tahu. Aku ni dah lebih 50 umur aku. Aku lebih dulu makan garam dari kamu. Semua ni auta nak raih undi la ni", makin tinggi suara Abang Samsuri.
"Tu la Abang Samsorek kena darah tinggi..kahkah", giat Sedi menambahkan haba kepada pertengkaran mereka.
"Dah..dah..", celah Mat Sepah.
"Karang kamu berdua masam muka, orang politik tak ada apa-apa juga", kata Mat Sepat lagi.
"Masalahnya Mat Sepat.. 1 Malaysia ni tak jelas apa isi kandungan dia.. tup-tup dengar Yayasan Pelajaran Cina ditubuhkan..tup-tup itu, tup-tup ini.. Kita sebagai rakyat biasa yang menerima padahnya. Deme tetap kaya gitu..", jelas Abang Samsuri dalam nada risau.
"Itulah Abang Samsorek, minda tertutup. Sudah sampai masa kelas sosial bukan lagi berasaskan kaum tetapi berasaskan penanda lain, macam pendapatan isi rumah ke, pendidikan ke. Barulah relevan dengan zaman..", balas Sedi lagi. Kata-kata pensyarahnya di UiTM diluahkan balik satu-persatu.
"Jadi Melayu kena mengalah dalam segala hal? Demeh cakap je macam tu, persatuan deme kuat juga. Sekolah jenis kebangsaan deme jangan la berani-berani nak cadang hapus, melenting-lenting la macam ulat nangka...", jawab Abang Samsuri rendah sedikit suaranya kali ini.
Mentari petang yang mula mengorak langkah malas menurun ke ufuk barat barat itu bagai turut sayu dengan nasib Melayu. Cahayanya mengusap lembut pipi anak-anak Kota Gelanggi yang datang dari seluruh pelusuk Tanah Melayu, dari segenap kelas etnik di Kepulauan Melayu.
Abang Samsuri tiba-tiba seperti hilang selera bermain karom dengan Mat Sepat. Dagunya ditopang dengan lengan sasa yang saban hari menjatuhkan beratus-ratus tandan sawit ke tanah. Tanah bertuah, katanya. Tak sia-sia nenek moyangnya berhijrah dari Banjarmasin di Kalimantan ke Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Bukan perjalanan singkat naik Air Ananda macam sekarang. Beribu batu nautika naik tongkang sahaja. Pedang banjar di ruang tamu itulah saksi penghijrahan agung itu.
Abang Samsuri pula bersyukur kerana penghijarahannya ke kawasan pedalaman Pahang itu membuahkan hasil yang melimpah-ruah. Anaknya Jamali dan Sodikin kedua-duanya masuk universiti. Romlah pula jadi jururawat di Hospital Jengka. Kahwin dengan doktor pula.
"Jangan lepas ni tanah rizab melayu, UiTM, pinjaman MARA semua bukak ke demeh sudahlah..zakat pun bagi jugaklah", Abang Samsuri bersuara.
"Aku pun tak setuju yang itu. Mana ada negara yang bagi segala hak bagi orang yang terus-menerus tak mahu menjadi warganegara sejati. Amerika memang Obama boleh jadi presiden, tapi ada sekolah jenis kebangsaan Cina ke Negro ke kat sana? Semua sekali satu sistem je. Nak jadi contoh konon. Nak contoh macamana kalau dah perumahan pun ada kawasan masing-masing, sekolah pun lain-lain. Umur 18 ke atas baru bertentang mata. Input dah masing-masing dapat, dah tanam dalam otak sekian lama. bersatu konon..", tambah Abang Samsuri.
"Aku ni yang betul aku sokong, yang salah aku lawan".
melayu bukan terletak pada layunya tapi pada malunya.
BalasPadamMelayu itu satu bangsa besar sejak zaman purba lagi..
BalasPadamjika di indo-eropah, bangsa Arya.
Jika di eropah timur, bangs Slav.
Melayu itu sub-etniknya pelbagai:
Patani, bugis, banjar, jawa, minang, aceh..etc.
Arya itu menjadi Viking, Rom, Celtic, Gothic, Iberic etc.
Slav itu menjadi orang Rusia, Bulgaria, Bosnia, Ukraine, Romania etc.
Dari semua itu, hanya melayu yang kekal dengan namanya.
Tidak hebatkah begitu??
don, x faham aok kata hanya melayu yang kekal dgn namanya..yg lain2 mcmana..x kekal melayu.?.kenapa mengapa dan bagaimana. cuba aok ulas sikit. aku ni pesen malas buat research
BalasPadamD-z,
BalasPadamMaksud koi Arya jadi orang Rom. Rom jadi Itali, bercampur dengan orang Ibero di Sepanyol dan Portugal, dgn orang macam2 lagi di Perancis dan Catalunya. Arya jadi Celtic yang kemudian menjadi orang Scotland dan sebahagian kecil di barat laut Sepanyol. Arya jadi orang Gothic yang jadi Jerman, Austria, Switzerland sekarang.
Viking ni boleh digelar Nordic jugak, sekarang Norway, Sweden, Denmark.
Slav machanc koi tulis tadi.. muka2 machanc Pavel Nedved tu demeh la..
Bangsa2 lama yang masih kekal dengan namanya ialah Arab, Yahudi (disebut sebagai Semitic dalam kajian Anthropology dan Linguistic)
sebenornya banyak versi pasal bangsa2 besor ni..
salah satunya cuba cek yang ni..
http://chestofbooks.com/reference/The-New-Student-s-Reference-Work-Vol3/pp0481.html
melayu terletak pada malunya...
BalasPadammaksud koi ialah nilai2 murni yang dipertahankan turun temurun...pada indahnya adat resam yang diwarisi...pada lembut tutur katanya...pada malunya menjadi bangsa layu...pada malunya membuat maksiat...pada malunya pada kemurkaan ALLAH.
Alhamdulillah..
BalasPadamKoi tak kisoh kala orang kata koi ketinggalan zaman..
yang parti keris sibuk dengan One Malaysia..
laung sana-sini..jadi kakak tua..
Yang parti bulan sibuk dgn kerjasama dengan puok2 yang sangat prejudis dgn Islam..
dakwah pun koi takdela nampok sangat..
Bila sorang bersuara isu arok pasey yg lain senyak?
Walaupun koi tetap memperjuangkan perlaksanaan undang2 Islam, penerapan cara hidup Islam namun hak-hak Melayu yang semuanya Islam perlu diberi perhatian. Ada yang kata perjuang melayu itu assobiyah, bagi koi tidak sama sekali, sebab orang melayu ini jika tidak Islam serta-merta dia tidak dikira Melayu lagi.
Jadi tak salah jika parti islam perjuang hak-hak orang Melayu, dedahkan penyelewengan tanah rezab Melayu, dedahkan pemberian tanah yang melampau kepada kaum bukan Melayu tertentu, terutama di negeri Pahang. Koi maleh cakap hey Cameron Highlands sebab yang itu dah tahap hancussss...
sana sini semua tak betul
BalasPadamkita tubuh parti baru plak koi?
bersatu kita
ayuh!!
Parti baru hanya menambah perpecahan..
BalasPadamOrang jawa kata Melayu itu berlari. Berlari ke arah mana, perpaduan... perpecahan, kemajuan ...kemunduran. Masih berdoa Melayu itu jadi bangsa yang tetap besar.
BalasPadamTerima kasih Pokli..
BalasPadamAmat rugi jika kita berpuak-puak..
:)