Disclaimer: This blog does not support violence or armed struggle by any group of freedom fighters in the world. Yet this blog does not condemn their cause on the basis that we will never understand the day after day sufferings of colonial oppression. This blog believes in the need of self-determination via peaceful means for each demographic group represented by them through an officially recognized referendum by the UN.
Selasa, Oktober 20, 2009
Aku, Melayu dan Belacan
Deruman enjin Morris Minor Pak Hidayat menimbulkan gelojak di permukaan kolam. Bukan disebabkan oleh kenyaringan bunyinya dalam unit desibel. Bukan juga disebabkan oleh kelangsingan bunyi berunit Hertz hampir menyamai frekuensi jati air kolam. Anak-anak itik Romzi anak Lebai Saadin yang punya angkara. Menggelepar hilang arah mendengar deruman yang diikuti bunyi seperti brek angin dilepaskan setiap kali minyak ditekan.
"Morris, morris juga, style mesti mahu jaga", ujar Sedi bin Hidayat yang mewarisi kereta tersebut daripada bapanya, tersengih. Atau dalam bahasa ibunda mereka disebut kurihing. Sticker Kula'an dalam tulisan jawi terpapar megah di bahagian belakang kanan kereta klasik tersebut.
"Iqam neh kada ada gawean lain kah?", leter Abang Samsuri dari tepi meja karom yang menjadi tarikan utama gerai Pak Karim. (Terjemahan: Engkau ni tak ada kerja lain ke?)
"Tabarusok ka dalam banyuk kuler akok manulong", tambah Abang Samsuri sambil melepaskan satu jentikan maut ke atas striker karom yang kelihatan macam kuih lapis jika bermain pada bulan puasa. Buah karom putih milik Abang Samsuri masuk sebiji, tapi buah hitam milik lawannya Mat Sepat masuk dua biji membuatkan Mat Sepat ketawa terisak-isak. Abang Samsuri turut ketawa hingga menampakkan gigi taring emasnya, berkilau disinari kepala Mat Sepat yang sedari dulu tidak berbulu itu. (Terjemahan: Terperosok ke dalam air (parit) malas aku nak tolong).
"Eleh.. tak hingin aku mintak tolong abang Samsorek", balas Sedi yang kurang fasih berbahasa Banjar tapi tiada masalah memahami pertuturan bahasa ibu bapanya itu.
"Dah..dah.. biarkan dia Samsorek.. Degil sangat..kita tumpukan pada pertarungan kita..kahkah", ujar Mat Sepat yang bukan dari kalangan Kula'an tapi sangat memahami bahasa Banjar ekoran persahabatannya dengan Abang Samsuri yang jarang berbahasa Melayu secara sepenuhnya itu.
"Kalah kamok belanja aku makan air sagat Mat Hashim..", Abang Samsuri bersuara.
"Eleh, buah siapa yang berseranggoh lagi tu?", Mat Sepat menjawab lalu ketawa lagi terisak-isak. Kalau orang tak kenal Mat Sepat pasti risau dengan gaya ketawanya itu, namun Geng Karom Kedai Pak Karim sudah mangli.
Bersambung di lain rancangan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
huh sambung plok...agok2 klau koi lempang aok best gok weh he he he
BalasPadamFadh,
BalasPadamKoi ikut pe'el poyotito doh ni..kuikui
tu pentagon sawit ke..apesal jarak antara pokok sampai 9m.
BalasPadammemang 9m Dz..kala pokok yang gambi felda tu..
BalasPadamkala pokok guthrie pelepoh pendek tu dekat la skek..
25 kaki okay doh..
Hebat tahu banyak bahasa. Yang saya tahu guring aje.
BalasPadamPokli..
BalasPadamSaya pun tak berapa tahu juga..
Macam Mat Sepat juga la..
atas pergaulan je..
Cuma masa kecik bila mak saya pegi kerja, saya dititipkan ke rumah jiran yang sub-etniknya Banjar.. kanan rumah saya Banjar, kiri banjar, barat daya Banjar..dalam blok (felda) saya sahaja dari 18 keluarga, 7 daripadanya Banjar..
saya pun dengan sendirinya amat meminati bahasa dan budaya Banjar walaupun ramai anak Banjar malu mengaku banjar.. :)
aok mengata kwn ke don....huhuhu
BalasPadamkwn pun paham jer...
Arwah Tok kwn banjor...pindoh ke pahang masa dia muda lagi...
Az,
BalasPadammengata sikit2 je weh..kuikui
koi belajor linguistik dan koi percaya setiap bahasa dalam dunia ini perlu dipelihara hatta bahasa orang asli sekali pun.. setiap bahasa ada logik dan seninya yang tersendiri..
walaupun tak digunakan di sekolah atau di tempat kerja, kewujudan dan penciptaan bahasa itu selalunya misteri dan menarik..
Koi duduk di Beranang ni, dari ramei2 rodong.. ada sorang dua je yang mengaku minang, padehey 90% penduduk asey sini Minang..
Koi pelik dgn orang yang malu nak mengaku sub-etnik sendiri..hina ke? Di sisi Allah hanya iman dan taqwa yang diambil kira. Di sisi manusia pula, kalau kita malu maka kita akan dipersenda. Cuma biarkanlah ia hanya setakat untuk berkenal-kenalan bukan untuk berpuak-puak dan berbangga-bangga.
Koi pun sub-etnik juga.. Patani/Kelantan ialah sub-etnik.. Lagi sedih weh sebab Patani masih di bawah Siam..
hoi hoi hoi
BalasPadamguna nama tu dah ada ijin ke
kalau ada ijin kene bayar royalti dei
teh tarik satu boleh..kuikui
BalasPadam