Selasa, Oktober 28, 2008

Baht, Riyal apa saja..


Semalanc koi keje walaupun kebanyakan rakyat Tanah Melayu dan Borneo cuti menyambut (ataupun tidak menyambut tetapi bercuti juga) Dipabali..





Beloh-beloh petanc sket koi menerima panggilan telefon dari istri koi..
Menceritakan kisah anok sulung koi Uzair Ziad yang berumur 6 tahun 4 bulan yang suka memikir macam-macam..

*************
Dengan serius dan berseri-seri..

Abang: Umi, duit tu kan kertas..
Umi: Ha la.. memang la duit tu kertas..
Abang: Ha..boleh la.. kan kita takde duit..
Umi: Pastu?
Abang: Kita ambik kertas.. abi kan ada kompiter.. kita buat duit cantik-cantik.. kita boleh la beli..
Umi: (gelak..)

***************
Kedengaran Mak Teh (adik koi) di ruang tamu sedang memberi penerangan situasi kepada Abang..

Notakakidanmulut: Robert Kiyosaki juga pernah cuba membuat duit syiling sendiri sewaktu kanak-kanak dulu menggunakan tiub ubat gigi aluminium.. hehe

29 ulasan:

  1. Koi,

    Kot2 nanti besar, Uzair Ziad (sedap nama dia) jadi gabenor bank negara..hehehe

    BalasPadam
  2. Tirana,
    Insya-Allah..
    molek jugek kalau gitu..
    tercapai la hajat dia nanti nok print duit.. hehe

    BalasPadam
  3. Kreativiti anak-anak kadang-kadang pelik. Ada ketika sukar menafsirkan perspektif mereka dari kaca mata orang dewasa :).

    BalasPadam
  4. Don,
    Aku rase Tirana ingat name ko 'KOI' la... Ape kate ko eksplen sket kat die maksud 'koi' tue...
    Hahaha

    BalasPadam
  5. Pokli,
    Koi setuju..
    sebab tu koi tetap melayan apa saja pertanyaan deme.. tak elok jugok sekat-sekat nanti deme takut nak bersuara.. :)

    Duan,
    hehe biaser doh..takde he..
    cuma molek jugek kalau koi explain..

    Tirana,
    "koi" ialah kata ganti nama pertama bagi loghat daerah Temerloh dan Bera..
    loghat-loghat daerah di Pahang secara umumnya terbahagi kepada dua kumpulan yang ujarannya masih berkaitan tetapi menunjukkan perbezaan-perbezaan jelas..
    Lipis, jerantut dan raub kumpulan 1.. Temerloh, Maran, Pekan, Rompin dan boleh dikatakan bentong kumpulan 2.. (kuantan bahasa ibunda ialah majoritinya loghat terengganu dan terdapat beberapa tompok yang signifikan bertutur loghat kelantan, contohnya tanjung Lumpur..alep suda senyum tu.. hehe)
    Namun begitu, setiap daerah menunjukkan identiti tersendiri dengan kata ganti nama pertama..
    temerloh=koi; bera=koi; maran=koi,kawan(disebut seolah-olah kawe);pekan=kawan;jerantut,lipis=keh,kome,kaweh;raub=kome, bentong=kon;

    selain itu, perbezaan boleh didengar dari ujaran perkataan yang berakhir dengan "am"..
    Kumpulan 1 menuturkan dengan "m" disenyapkan dan "a" ditebalkan..
    Kumpulan 2 pula menuturkan seolah-olah ada "ng" yang amat kurang jelas diakhir perkataan.. bunyinya tidaklah ketara seperti loghat terengganu..
    sebab koi koi selalu guna hurun "nc".. demanc.. hehe

    MP: Melayu Piawai
    PK1: Pahang Kumpulan 1
    PK2: Pahang Kumpulan 2
    contoh1:
    (MP) : (PK1) : (PK2)
    Demam : Demá : Demang (Demanc)
    Salam : Salá : Salang (Salanc)

    bagi perkataan berakhir dengan "ng" pula.. gaya sebutan masih seperti contoh di atas tadi..

    contoh2:
    (MP) : (PK1) : (PK2)
    Orang : Oghá : Oghang (Oghanc)
    Pisang : pisá : pisang (pisanc)

    terdapat juga kecenderungan mengujar huruf "a" akhir dalam MP yang tidak di'e'kan..contoh malaysia, bola..
    menjadi malaysio, bolo.. haha..koi tok tau tempat lain..kalu di jerantut dgn temerloh koi selalu dengor..hehe

    letih la pulok koi..
    ada rodonc2 nok tamboh?

    BalasPadam
  6. comel dan bijak la anak lu brader!!ni yg gua rase nak kawen cepat-cept...

    BalasPadam
  7. Padel..
    Terima kasih..menurun koi la tu..hehe

    Weh..kawen la cepat.. berkat hidup weh.. :)

    BalasPadam
  8. budak2 mmg banyak idea..apa yg logik dia buat saja..mmg kelakar jadinya..

    baca n3 kau td dah siap n3 anak sedara aku..hehe

    BalasPadam
  9. hahaha cerita duit jugak
    anak2 bijak sekarang ni. tinggal kita je terlayan ke tidak
    aku kat rumah ni hari2 kena hambat dgn mcm2 soalan. kadang naik pening nak jawab sbb diorang ingat apa kita jawab hari ni kalau esok2 ditanya lagi

    BalasPadam
  10. Kreatif tu..

    tapi jangan ke besar dibuatnya betui2.. mahu glamer orang kampung kita.. ehhee

    eh! buat la kelas bahasa spain.. koi nak belajar jugak!

    BalasPadam
  11. anak2 memang terlalu tulus dan jujur...apa saja yang terlintas di fikiran akan dituturkan sejujur mungkin tanpa mengetahui samada perkara itu elok atau tidak...kita sebagai ibu bapa perlu mendidik dan mengasuh supaya anak2 kita menjadi orang yang berguna...

    BalasPadam
  12. don, ko buat kamus bahasa pahang la sikit. entri sepam. senag sikit.

    BalasPadam
  13. koi sokong cadangan rahimin...buat kamus laa terus...bincang ngan bro denanz...

    BalasPadam
  14. uzair...mcm soklan pelik dr dia..penat nk melayan..hehhe
    uwais lak...
    chik smlm haikal dtg umah hang..pas dia mandi....uwais g kt haikal...dia g betul2kan rambat haikal...ala2 nk wat rambut pacak@rambut ultraman...hehhee
    jgn marah!!pengaruh stylo dr makteh dia...hehhe

    BalasPadam
  15. seperti anak jutawan yg lain memang bapak dia asuh mcm tu..evrything yang dia lihat mesti ada idea..

    BalasPadam
  16. kalau anak kau buat duit tu bagi aku sket. sengkek ni. hehehehe

    BalasPadam
  17. don,
    aok bela budok ni bebaik, nanti dah besor koi nak padankan dengan anak buah koi...ada 3-4 orang jugak yang umur baya2 tu. sorang tu nama dia Syana-5thn, annur mayang sari-7thn, dania-6thn, nurul-5thn. koi janji diorang semua memang cun habis, mengaji pun pandai. masak kitorang belum ajor lagi..
    okey, boleh ha?

    BalasPadam
  18. Cerita pasal duit..
    Hang dah try Public Bank Gold Investment Account tak..?

    Pelaburan emas...
    Sempoi gak..mid-term investment plan...last week harga emas turun sampai RM82/gram.. hari nie dah jadik RM89/gram...jangka next week akan naik sampai RM95/gram.. untung tu kalau beli masa $82/gram then jual........untung....untung....

    BalasPadam
  19. D-z,
    menarik jugok tu.. nanti koi baca dan komen di blog aok Insya-Allah.. :)

    L.i.f.e,
    budok2 memanc gitu..
    kiter je ingat deme tok ingat mender jawapan kiter..
    oleh itu, mesti sentiasa malar (konsisten).. :)

    Alep,
    kalu dibuat betul2 malu la satu pahang tengah.. hehe

    kelas tu koi tengoh mencari suatu masa yang sesuai.. mungkin koi guna server 3rd party.. Insya-Allah petang Ahad nanti kalu tok sibuk koi start dgn kelas pengenalan...wokay? aok ajok la ramey masuk bagi happening..
    ataupun koi create satu blog dalanc blogspot jugek khas untuk blajor bahsa sepanyol..amachanc??

    Akusmasih,
    memanc gitu..
    kadanc-kadanc memikirkan minimunya maser koi dengan deme, mampu ke koi mendidik deme menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat?
    mmm..koi usaha jugok la goner-goner pun.. :)

    Min,
    Alep ader buat tu..
    cuma untuk penerangan dan term-term linguistik boleh la koi tolonc..koi pun tengoh buat master linguistik di UM ni.. boleh bantu koi refresh...koi sekelas dengan malay-machista.. dia lagi power..
    pembentang tetap group koi.. hehe

    Fadh, nanti koi bincang dengan alep.. guaner pun kite perlu expert dari setiap daeroh, dan kalu jkes machanc jerantut yang setiap mukim ada perbezaan yang agak jelas ni, kena ada wakil jugok..hehe
    bahasa pulau tawor koi doh ade Dzul menerungpaya, takde he..
    wakil tembeling takde ni.. bahaser deme unik jugek.. boleh kite masukkan bawoh subdialek Jerantut.. :)

    eeida,
    aok la ngajor sangat uwais (anok no 3 koi) buat rambut tegok gitu..
    skrg ni sajer2 pun dia buat sendiri..
    umor baru 3 tahun te..hehe
    Para hadirin, eida ni adik koi :) ...

    BalasPadam
  20. Lae,
    anok jutawan yang lain? hehe
    aok tu setahun dua lagi boleh la masuk list 10 terkaya di Wilayah jengka.. :) (Jusoh dagang masih leading..hehe)

    Hanim,
    Nanti koi tanyer dia, dia mboh ke tidok.. :)

    Machista a.k.a Adiputro,
    Weh..introduce la ke koi.. mana tau ada jodoh..hehe
    Tahun 2003 dulu koi masih ingat lagi ada seorang mamat dari maghribi nok jodohkan anok koi dengan anok pompuan dia..
    ye ye je ..hehe

    BalasPadam
  21. Jasni,
    beringat weh..
    koi risau jugek mender2 baru ni..
    takut tiba2 drop teruk..
    satu lagi molek aok check www.zaharuddin.net, ada kriteria akaun emas yang bank mesti patuhi tu..
    apapun, selamat berjaya sahabat..
    lepas ni bila2 koi turun perlis Insya-Allah koi turun kerumoh aok..
    ari tu kelam-kabut setakat Danok je..

    BalasPadam
  22. aMeen,berkat doa kawanc kawanc semua insyaallah ganti tempat jusoh dagang..

    tp aok pon ade juga projeck tu..harus aok dulu jd jutawang..

    sebut bab jodoh ni tringat ke satu orang afrika named almari..hehe

    BalasPadam
  23. lae,
    Insya-Allah...

    eh? Elmari?
    zamie a.k.a aok keney dok elmari ni?
    hehe

    BalasPadam
  24. molek juge cadangang rahimin & akumasih. seronok le pulok koi baca penerangang aok ke tirana tu. kamus loghat pahanc - koi rasa boeh best seller! haha.

    BalasPadam
  25. Denang,
    kalu aok raser boleh best seller moh la kite JV hehe

    krew pahanc ramey doh ni..
    aok bagi la suggestion step-step yanc perlu selain dari masukkan entri..
    koi dulu pernoh tanya DBP pasey nok buat kamus melayu-sepanyol tapi deme mcm kuranc berminat koi pun sejuk la..hehe

    BalasPadam
  26. Mader..
    Aku dah terbeli emas kat Public Bank tadi...
    Tak tahan nengok graf dah turun ke $84/gram...t/hari terus aku cabut gi bank..sejam baru sampai bank....

    Invest 55gram dulu...yang hangin tu..dalam tempoh sejam, nilai emas dah naik RM2/gram...tapi aku dah terlayan...so beli jugak lah.....

    Harap2 next week, graf terus menokok sehingga $96/gram.....untung...untung

    BalasPadam
  27. Jasni,
    hehe TER yang tak tahan tu..
    aku harap hang berjaya..

    komen aku tak banyak..
    1. Cash mesti banyak, sebab profit yang hang nak tumpukan akan berasaskan volume. Ini disebabkan harga emas yang stabil, bermakna turun naik tak banyak.. sebab itu dinar Islam adalah berasaskan emas, stabil dan adil, iaitu ada sandaran. Bukan wang kertas yang boleh dicetak oleh kerajaan bila diperlukan dan boleh menyebabkan inflasi meningkat. Tengok kes zimbabwe dah la.. nampak duit penuh satu kereta sorong, kereta sorong yang orang kebas sebab ada nilai sebenar, bukan kertas yang tiada nilai lagi..
    2. Baguslah hang beli masa rendah, hang kena consult pakar yang tau setakat mana emas biasa naik, pastu cepat2 cashkan balik..
    3. Point ni sepatutnya aku letak no. 1, tapi aku sengaja letak last sebab tak nak potong angin member akrab aku macam hang ni.. :)
    akaun emas sepatutnya dinilai dari segi syarak dahulu.. antara syarat yang perlu dipenuhi ialah adakah PB ada emas fizikal yang disandarkan dengan akaun hang tu..
    kalau tiada, maknanya PB telah menjual apa yang bukan dalam milikannya..dan ini menurut syarak jelas haram. Tapi kalau depa memanc ada emas tu, Alhamdulillah, emas bagus untuk simpanan.
    Selebihnya hang boleh check www.zaharuddin.net Aku sentiasa menyokong usaha hang dan kawan-kawan yang lain untuk meningkatkan ekonomi, sebab tanpa kuasa ekonomi kita akan tetap dipijak di bumi sendiri..
    Ma'assalamah...

    BalasPadam
  28. wei...ko jgn bg anak ko guna printer...kang tak pepasal ko masuk dlm...ha ha ha

    BalasPadam
  29. Man,
    Betul jugak tu..hehe..
    karanc tak pasey2 koi dapat baju t-shirt hitam kreatif "LOKAP Balai Polis Beranang"..
    member koi keje situ plak tu..hihi

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui