Jumaat, Disember 05, 2008

Surat jawapan dari Pejabat Daerah dan Tanah Maran, cc kepada semua pihak terlibat..

Assalamualaikum rodonc-rodonc semmer..
Pertamanya koi mohon jutaan maaf kerana lama tidak mengupdate blog koi ini ekoran koi kursus sebulan dan jaranc amat dapat akses ke internet. Jutaan maaf jugek kepada rodonc-rodonc bloggers yang selama ni koi selalu mengomen di blog wokme, banyok koi nok kena qadha' baca balik ni..hehe

Seperti yanc koi janjikan pada entrada yang lepas, inilah surat jawapan dari Pejabat Tanoh Maran. memang menyakitkan hati koi sebab lain yang ditanya lain yang dijawab, di samping nampok sangat nok mengcover ADO terlibat. Dia ingat koi budok Tadika Kemas ke nok pedo'oh gitu gaye..

Okla.. koi letok surat2 tersebut.. Ulasan koi akan menyusul di bahagian komen atau dalam entrada seterusnya..Insya-Allah..

**Telah disunting semula setelah menerima nasihat dari rakan-rakan yang prihatin supaya menyelindungkan maklumat peribadi. Terima kasih sahabat-sahabatku..






13 ulasan:

  1. Woww...
    adakah ini menunjukkan bahawa tanah tu jadi 'tidak bertuan' selama hampir 2tahun...
    untung gila, siapa yang usahakannya sebelum niih...
    hanya dengan modal l/k 30K lebih sikit...
    kalau 10 ekar pun, dah balik modal dan boleh pegi haji 2 3 kali niih...

    kenapa la, pajabat tanah slow sangat..
    tiada QC dan KPI ker..
    Piagam Pelanggannya, tetapkan berbulan2 untuk sesuatu dokumentasi ker?..
    hmm..hmmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bertuan.. iaitu tuan asalnya dan pemajak seri jaya tersebut

      Padam
  2. Dive,
    tepat.

    KPI? QC? piagam pelanggan? ada tapi sebab takde orang bising deme lenjan je..

    memang proses berbulan-bulan. Hari-hari deme keje tu buat mender koi tok tau ..nampok sibuk memanjang..
    kalau bahagian pelukis pelan memenag koi akui sibuk, koi lepak sana memang orang tok berenti ada urusan..

    kadanc2 bank pun satu..
    koi dengor dari beberapa pelelong yang rapat dengan koi affin bank ni satu hey jugek (dalam surat balasan tu deme tersilap, ni bukan lelong bank islam tapi affin bank)..
    lembab..
    koi ada satu kes affin jugek dalam daerah maran jugek.. nanti koi cerita ke aok.. sakit ati jugek..
    ADO yanc samer jugek..

    BalasPadam
  3. patut la..."kancil kencing org"= "KANCING"..nama pun dah sama dgn orgnya...org pejabat tanoh pulok jd "hantu kencing"="HANCING".tak pandei nak basuh pulok tu.. Doh tu..guane kira.. kencing la atas kepala d'org pulok...hehehe

    BalasPadam
  4. Selamat Idul Adha. Selamat kembali semula berblog. Nak baca tak berapa nampak dah. Apa teruskan. Caiyo.

    BalasPadam
  5. Tulis Don...
    kasi info mantap..
    (memang hebat dan mantap pun , fakta yang ko beri..)
    then,..kalau bersesuaian,..kita forward keatas..
    atau ke MP PR..
    boleh ke gitu?

    BalasPadam
  6. mmg susah nk dakwa pegawai kerajaan tu terlibat sbb tak ada bukti. bukti pegawai tu melayan dato cina tu berborak mungkin tak kukuh..sbb kau org tak tau apa yg diborakkan..takut nnti kauorang pulak yg disaman fitnah oleh pegawai tu..entah..x tau la..

    BalasPadam
  7. Yang koi musykil apasal Pen. Pentadbir Tanah tu tetiba kena transfer ke opis koi. same dept plak tu, tapi tak mesra alam pun

    -yong-

    BalasPadam
  8. D-z,
    Bukan bukti borak itu D-z..
    tanah itu Rizab melayu..
    dalam enakmen rezab melayu negeri pahang, tanah2 rizab melayu tak boleh dilakukan sebarang transaksi dengan bukan Melayu, i.e jual, sewa waima pajak,..

    Hari tu lelong semua tanah rizab melayu..
    apa dato kan ching tu buat kat situ? sebab tanah tu dipajakkan kepada beliau oleh penama tanah Dato' Mohd Nor dan Datin Mahani..
    kalu jatuh tanoh tu ke orang lain (koi n geng) rugi la dia sebab dia doh keluor duit banyok (dan dah untung banyok) atas tanoh tu..
    duit pajok oun doh bayor.. silap dia ialah geran dia tak pegang..
    maka penama tanah pergi kepada Affin bank dan cagarkan tanah untuk dapat wang pokok untuk bisnes.. (atas nama satu syarikat apakenama ntoh..)
    Depan mata dia sendiri Dato' kanching terkocoh-kocoh bila Fatimah binti Musa proxy Dato kanching ditolak bank drafnya oleh peguam affin sebab silap penama, orang bubuh affin bank dia letok pentadbir Tanah..
    kelam kabut tokey Sri tanjung sebagai barua dato' kanching pegi ke CIMB buat bank draf baru..
    sekejap-skejap dengan muka cemas dia menelepon tanya hal bank draf tu..
    3 minit lagi masa nok habis tokey sri tanjung dengan hilux hitamnya naik balik ke pjbt tanoh dengan bank draf baru..

    Sebelum lelonmg koi dengor berapa banyok orang melayu kaya-kaya maran nok masuk, tapi sebab disound oleh dato' kanching semua telur masuk ke dalanc..
    memang malu betul la kita orang pahanc gini..
    dan ini berlaku bukan setakat di pahang malah satu malaysia tanah2 kita nama je masih nama badal bin bedal, pengusaha dan org yg mendapat hasil ialah 3 nama dan kadanc2 a/l dan a/p.

    apa yang koi paparkan ni setakat nok bagi kesedaran kepada umat islam yang berbangsa melayu di malaya ini..takkan itupun nak ISA kot...

    Yong,
    Molek amat la tu kena transfer..
    tak amanah langsung..
    bukan dia tak tau tanoh tu diapjakkan kepada dato' kan ching.. sebab tu koi bulatkan yang pejabat tanah tok tahu menahu hal ni sebab tak daftar.. kamon la wei.. budok2 bermain kotok boleh deme pedo'oh..
    satu lubuk paku dan satu pejabat tanah tau tanah tu dipajak kepada dato' kan ching dari sri jaya..
    masa lelongan orang punya ramai macam tengok eksiden.. aok pun nampok kan.. nak abis satu pejabat tanoh turun tengok sebab tanoh dato' kena lelong...

    tapi carta masih belum update..
    Mahadiah doh transfer lama doh pun masih pegawai daerah.. :)
    http://pdtmaran.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=51&Itemid=60

    BalasPadam
  9. putor belit kuat geng ni
    duit punya pasal macam2 sanggup

    BalasPadam
  10. Pollito,
    gitula gayenyer..

    Koi akan update nanti dengan surat balasan koi,...
    Insya-Allah.. :)

    BalasPadam
  11. koi
    kenapa sorokkan maklumat dan nama2 koi
    takut ISA ke koi
    har har har

    BalasPadam
  12. Tapirus,

    Rodonc koi pegawai kementerian kewangan dari putrojoyo nasihat gitu dengan hujah2 yang koi boleh terima.. :)

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui