Disclaimer: This blog does not support violence or armed struggle by any group of freedom fighters in the world. Yet this blog does not condemn their cause on the basis that we will never understand the day after day sufferings of colonial oppression. This blog believes in the need of self-determination via peaceful means for each demographic group represented by them through an officially recognized referendum by the UN.
Rabu, April 28, 2010
Jerat Bidas & Merbah Kunyit
Atan, Pare dan koi menahan nafas yang berombak kencang. Lalang tempat persembunyian kami ala jerumun babi berdesir halus diusap bayu sebelas pagi.
Atan menunjukkan isyarat "tungguu..." dengan tapak tangannya.
"Kena!!!!!!!!!!!!!!", laung Atan tiba-tiba. Koi menjentat naik bak Usain Bolt terdengar bedilan pistol pemula. Pare pun tak ingin kalah. Atan turut meluru ke arah mangsa yang masih terbang berputar-putar dengan batang pokok kapal terbang sebagai paksi putaran, di mana panjang benang duku, r=0.8m dan tinggi batang kapal terbang h=0.9m, dapatkan isipadu kisaran penerbangan merbah kunyit dengan anggapan benang tidak terbelit di batang jerat. (10 markah)
Hari itu memang hari yang sangat produktif bagi kami golongan pelapis penjerat bidas Kota Gelanggi. Burung merbah jambul dan merbah kunyit memang pemandangan biasa di Gelangi pada waktu itu.
Sekarang pun masih ada, cuma bilangannya sangat kurang berbanding tahun-tahun permainan koi dahulu. 80-an memang zaman yang ranggi dan independent. Kami tidak terkunci di hadapan Playstation berjam-jam ataupun menonton TV sepanjang hari seperti anak-anak sekarang. Merbah yang kami jerat, kami kumpulkan dalam perangkap tikus. Pisau 10 sen pengasah pensel koi keluarkan dari poket seluor trek sambil air liur koi hampir menitik..
"...بسم الله الرحمن الرحيم"
Leher-leher mulus merbah dikelar-kelar oleh koi the Butcher dengan rakus. Atan dan Pare menyelinap kulit unggas tersebut dan kami segera membasuh hasil tangkapan kami dengan air alur air.
Sampei le ni koi belenjer air liur mikir ke bapak sedapnya BBQ merbah..
Halal kan budak-budak sembelih burung?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
budak skang mana ada dah macam ni. main jauh skit dari rumah mak ayah dah x bagi. jenayah byk. budak kena kidnap pn byk..kesian pn ada ngan budak2. zaman kita dulu balik umah dah santak maghrib..paling truk kena bebel..lagi teruk kena la sedas dua tali pinggang je hehe.
BalasPadamkas dlu x dpt merbah kunyit..payah..merbah biasa ada la..komeh pakai jaring..boleh menggulai. membe2 mana yg pandai melastik tiap ptg lepas skolah agama la melastik. burung murai pn lastik. koi x pandai..asyik x kena.
aok panggil jerat bidas..tpt kas panggil jerat sembat..selalu buat kalau nk menangkap burung kua..
D-z,
BalasPadamKira sama la tu.. sembat tu kome lebih kepada mancing, rasa2 umpan kena main-main dengan ikan je sembat slaluuu..
Bahasa gelangi 2 sembat kena ada pelakunya, manakala bidas berlaku dengan sendiri akibat tenaga keupayaan yang terkumpul pada batang jerat lantaran dipaksa lentur..kuikui
Merboh kunyit pun jarang weh.. sebab tu koi minat amat dengan burung tu.. yang jadi lauk sokmonya merboh biasa je la..
wok-wok Atan intula pakornye..
tapi dia suka guna perangkap tikus tangkap wok-wok..
umpan ikan selayang.. kuikui
Betul tu Dz.. koi kesian ke budok le ni..anok2 pun koi risau kala gi skoloh yang sekentut je dari rumoh koi tu.. seminit 20 saat je jalan kaki.. banyok sangat jenayah pelik2 nye..
koi dulu lepak Sg Taman Rimba dari 9 pagi sampei pukul dua baru ayoh koi datang ajok balik..
Sebab tu minda budok2 le ni tak mencapah.. stereotype kata orang ulu cheka.. kuikui
haa...sabtu ahad baru2 ni ayoh kwn dtg rmh....bw denok wok-wok...hehe..2 hr ni mendekut..tp haram...burung kl ni power sgt...kaloh burung kg...
BalasPadamPayoh-payoh letok jerat bidas je weh.. 2-3 ekor pun kira on la.. kuikui
BalasPadamambo dulu kalau ngobok kunyit ni jarang sangat, kalau puyuh dengan tekukur tu selalu la jugok. hah..ha..
BalasPadambokbon,
BalasPadamalik klate meme tekukur denga ketitir la..
kito alik pehe ning ccaro ko make jah..
ttanding bunyi mugo ni kito tok reti.. kuikui
Budok2 sekarang burung merboh pun tak kenei doh....
BalasPadamBete echanc..
BalasPadamBurung gagok aje la weh..kuikui